ГЛАВА ТРИДЦАТЬ ТРЕТЬЯ 🗝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kenapa sayang abang masam je ni? Abang ada buat salah ke?" Soal Hazzel yang sedang memandu kereta Healy sambil mengerling ke arah si isteri sekilas.

Healy menggeleng.

"Abang, contoh lah kalau abang pukul Healy, abang rasa Healy patut berdiam diri ke?" Soal Healy geram.

"Kenapa sayang tanya?"

"Jawab jelah!"

"Uhm.. Tak. Abang rasa kalau sayang dipukul, sayang kena buat report lah. Tak pun sayang lawan balik. Isteri abang kan kuat. Haritu pun sampai masuk hospital abang sebab sayang." Hazzel tergelak kecil. Sebenarnya dia boleh sahaja lawan Healy sewaktu gadis itu menyakiti dia kerana tidak mampu menerima hakikat yang mereka bercerai dulu.

Tapi tak apalah, biar isteri lepas geram apa salahnya.

"Kan? Hisy! Kenapa nak diam diri kalau kena pukul dengan suami? Suami pun satu, dayus!" Healy hampir menjerit kerana geram.

"Sayang cakap tentang siapa ni?" Hazzel bernada pelik.

"Tak ada sesiapa lah." Healy mengeluh. Hazzel hanya diam. Tak apalah, mungkin nanti Healy akan datang memberitahu dia sendiri.

Tangan Healy dipegang.

"Dah, jangan marah marah. Takut abang." Hazzel memujuk sambil mencium tangan si isteri. Healy tersenyum dan menyandarkan kepala dibahu Hazzel yang sedang memandu. Tangan mengunyah hirisan buah tembikai yang diberi oleh umi sebelum berangkat pulang tadi.

Setelah hampir empat puluh minit, Hazzel memarkirkan kereta digaraj lalu memandang isteri yang terlena dibahunya.

Hazzel tersenyum.

Bidadari dunia akhirat.

Hazzel mengalihkan kepala Healy dari bahunya dan keluar dari kereta. Kemudian dia membuka pintu penumpang sebelum tubuh Healy dicempung. Tubuh macamni bolehla angkat. Nanti dah sembilan bulan dah tak larat rasanya.

Hazzel meletakkan Healy didalam bilik dan berlalu keluar membiarkan gadis itu lena.

***

PISH

PISH

PISH

PISH

Healy mengerutkan dahi dan bangun dari lena apabila terdengar bunyi libasan kuat. Terus gadis itu bangun dan mencari arah bunyi libasan tersebut.

Kaki melangkah ke arah salah satu bilik dan pintu dibuka.

"Abang! Abang stop!" Jerit Healy sambil mendekati Hazzel dan tubuh Hazzel dipeluk.

Hazzel berhenti melibas dan tali pinggang kulitnya dijatuhkan ke lantai.

"Sayang dah bangun?" Soal Hazzel tenang.

"Apa abang buat ni?! Noah, you berdarah dah tu!" Healy melihat belakang Noah yang sudah luka sehingga berdarah akibat dilibas dengan tali pinggang.

Noah bangun dan kelihatan rahangnya terketap rapat. Pastinya belakang jejaka itu terasa amat sakit.

"Sayang pergi pakai tudung." Ujar Hazzel lembut. Baru Healy tersedar yang dia tidak memakai tudung. Pantas sahaja gadis itu pergi menyarung tudung tanpa berhenti memikirkan kenapa Hazzel memukul Noah seteruk itu?

Kemudian gadis itu kembali mendekati Hazzel.

"Kenapa ni? Apa jadi? Kenapa abang pukul Noah?" Bertalu talu soalan dari Healy.

"Cukup?" Soal Hazzel kepada Noah. Noah tersenyum dalam kesakitan dan angguk.

"Jom." Hazzel menarik tangan Healy dan dicium sebelum mereka berlalu ke sofa.

***

"Jadi you minta Hazzel pukul you sebab balasan you pukul Crystal?"

Noah angguk dan mencicip air didalam cawan.

"Kenapa you pukul Crystal?" Soal Healy.

"Aku.. Tak dapat kawal." Noah melihat tangannya yang kemerahan.

"Tapi dia isteri you. Kalau you pukul dia macamni, kenapa you kahwini dia? Kenapa you nak seksa dia?"

"Aku tak seksa dia. Aku cuba untuk tahan diri aku sendiri dari pukul dia tapi dia.. Dia yang buat aku pukul dia." Noah bersuara.

Healy baru ingin menyoal lagi namun suara Hazzel mencelah kedengaran.

"Minumlah. Lepastu nanti balik sapu ubat." Ujar Hazzel. Noah angguk dan kembali meneguk air didalam cawan.

***

"Noah tak boleh buat Crystal macamtu, baik cerai je dari jadi dayus macamtu! Kaki pukul." Healy masih tidak puas hati walaupun Noah sudah pulang.

"Sayang." Hazzel tersenyum nipis dan memegang kedua bahu Healy sebelum gadis itu dihadapkan ke arahnya.

"Sayang tak nampak perubahan Noah? He's getting better. Dulu masa mula mula keluar dari Bawaat Alhayaa tu sedikitpun dia taknak bercakap. And now dia dah mula bercakap. Dia dah tak mengamuk tiba tiba. Dia dah tak cederakan diri dia sendiri. Mungkin Crystal yang tolong dia pulih." Ujar Hazzel.

"Tapi tak adil. Crystal pula kena pukul." Healy muram.

"Rumah tangga mereka kita tak boleh atur. Kalau Crystal betul betul nak bebas, dia boleh minta fasakh. Tapi tengok? Noah pukul dia pun dia suruh sayang rahsiakan. So let them decide which is the best for them. Okay sayang?" Hazzel mencium hidung Healy.

Healy angguk dan memeluk Hazzel sebelum haruman Hazzel dicium.

Hazzel menekapkan tangan diperut Healy dan perut itu diusap lembut.

"Sampai bila abang nak rahsiakan kandungan ni dari mummy dan daddy?" Soal Healy.

"Abang tak rahsiakan lah sayang." Ujar Hazzel.

"Habistu?"

"Abang tengah tunggu hati abang sembuh dulu. Apa yang jadi betul betul buatkan abang sedar yang abang ni cuma anak angkat. Abang malu nak jumpa mummy dan daddy lepas apa yang abang dah buat. Abang bersubahat untuk bunuh anak mereka." Hazzel meluah.

"Mummy dan daddy tak pernah anggap abang sebagai anak angkat. Tentang Scarlett.. Kenapa abang nak hukum diri abang sendiri? Mummy dan daddy pun datang haritu minta maaf pada abang dan minta abang pulang. Kenapa abang taknak maafkan diri abang sendiri?" Soal Healy.

Tidak faham. Kenapa Hazzel terlalu kejam dengan diri sendiri? Kenapa jejaka itu susah ingin memaafkan diri sendiri?

"Abang.."

"Abang selfish. Jujur Healy cakap. Abang memang selfish. Ego. Ego dengan diri sendiri. Selfish dengan diri sendiri. Abang memang baik dengan Healy, dengan semua orang. Tapi diri abang sendiri? Abang rasa adil ke abang layan diri abang sendiri macamni? Healy dah penat tengok abang asyik salahkan diri sendiri. Apa yang kami perlu buat supaya abang berhenti salahkan diri abang untuk benda yang abang tak salah?" Soal Healy geram. Sudah lama dia simpan benda ini tetapi biarlah hari ini dia jujur.

Hazzel terkedu.

"Abang tak nampak ke orang sekeliling abang semua tak hukum abang. Semua tak salahkan abang. Kenapa abang nak buat diri abang sendiri macamni? Abang tak kesian kan diri abang ke?" Air mata Healy bergenang.

"Sayang." Hazzel menggenggam tangan Healy namun Healy melepaskan genggamannya.

"Terserahlah pada abang. Healy nak balik rumah mummy. Healy taknak buat mummy dan daddy tertunggu macamtu. Kalau abang taknak balik then fine. Suka hati abang lah." Healy berpaling dan mula masuk ke dalam bilik.

Hazzel terdiam di ruang tamu.

Tidak lama kemudian, Healy mula keluar kembali bersama bagasi ditangannya.

"Sayang. Sekarang dah lewat malam. Kita balik esok ya?" Soal Hazzel lembut. Jejaka itu mendekati si isteri dan tangannya mengambil bagasi ditangan Healy.

"Taknak! Healy nak balik sekarang! Healy kesian dengan mummy dan daddy sebab tunggu orang yang ego macam abang! Healy kesian tengok mummy dan daddy tu mengemis kasih sayang dari anak yang mereka anggap macam anak kandung tapi anak tu tak pernah bagi kasih sayang yang mereka perlu! Masih nak anggap diri tu anak angkat!" Healy menolak Hazzel dan cuba merampas begnya kembali namun Hazzel membawa beg itu ke belakang sebelum pinggang Healy dipeluk.

"Okay kita balik esok. Abang janji. Malam ni kita tidur dulu ya? Sayang pregnant tak boleh stress sangat. Okey?" Soal Hazzel cuba memujuk.

Healy menjeling.

"Esok kalau kita tak balik, Healy lari rumah." Healy bersuara sebelum berlalu pergi dan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci.

Hazzel mengeluh dan cuba membuka pintu namun pintu itu dikunci dari dalam.

Jejaka itu berjalan ke sofa dan melabuhkan duduk di sofa.

Dia kejam dengan diri sendiri?

***

PARIS, FRANCE.

"Mummy!" Healy berlari dan memeluk erat tubuh Victoria.

"Healy!" Victoria membulat mata dan teruja apabila melihat anak dan menantunya yang akhirnya pulang.

Hazzel meletakkan bagasi ditepi dan mencium tangan Skyler sebelum Skyler dipeluk erat.

"Terima kasih sebab pulang." Ujar Skyler. Hazzel tersenyum nipis dan angguk.

"Jom mummy, masuk." Healy memaut lengan Victoria. Victoria mengerutkan dahi melihat Healy dan Hazzel yang seolah olah sedang bergaduh.

"Hazzel gaduh dengan Healy ke?" Soal Skyler apabila Healy dan isterinya masuk ke dalam rumah.

"Salah faham sikit je daddy." Hazzel menggosok leher dan tersenyum kekok. Bukan apa, Healy tu dari pagi taknak layan dia. Dah puas diajak berbual namun Healy hanya mendiamkan diri.

Emosi perempuan mengandung kut.

"Biasalah tu mesti gaduh dalam perkahwinan. Biar Healy sejuk dulu. Jomlah masuk." Skyler memeluk bahu Hazzel dan mereka berdua turut masuk.

***

Healy duduk di meja solek dan mula menyapu losen di tangan.

"Sayang." Hazzel tersenyum dan mendekati Healy namun gadis itu hanya diam dan tidak menghiraukan dirinya.

"Marah abang lagi?" Soal Hazzel.

"Sayang janganlah diam macamni. Abang sunyi." Hazzel meletakkan dagu diatas bahu Healy yang sedang duduk diatas kerusi.

Healy masih diam dan menyapu losen dilengan. Langsung tidak memandang Hazzel.

"Sayang dah makan? Nak abang bawa makanan tak?" Soal Hazzel. Healy bangun dan berlalu ke katil sebelum lampu disebelah katil ditutup. Selimut ditarik dan Healy memejam mata.

Hazzel menghela nafas dan menggaru kepala. Tidak pernah pernah Healy merajuk sebegini teruk dengannya.

Jejaka itu mencium dahi Healy dan membetulkan selimut si isteri sebelum melangkah keluar.

"Hazzel nak pergi mana malam malam buta ni?" Soal Victoria yang sedang mengacau air nescafe miliknya.

"Tak ada pergi mana lah mummy. Hazzel nak cakap sikit dengan mummy boleh?" Soal Hazzel. Victoria angguk dan mereka mula duduk di sofa.

"Apa?"

"Kenapa mummy maafkan Hazzel? Hazzel rasa bersalah sangat." Hazzel mula bersuara. Victoria tersenyum sedikit.

"Hazzel rasa bersalah sebab apa?"

"Sebab Scarlett. Hazzel tak selamatkan Scarlett lepastu Hazzel rahsiakan benda ni dari mummy dan daddy. Hazzel.. Hazzel minta maaf."

"Hazzel tahu kenapa mummy maafkan Hazzel?" Soal Victoria lagi. Hazzel menggeleng.

"Sebab Hazzel anak mummy. Mummy taknak taksub dengan anak mummy yang dah meninggal sehingga mummy lupa mummy masih ada anak di dunia ini. Hazzel anak mummy, Viviana anak mummy. Scarlett anak mummy. Tugas mummy untuk jaga Scarlett dah selesai. Jadi sekarang hanya Hazzel dan Viviana yang mummy ada. Mummy taknak anak anak mummy jauh dari mummy."

Mata Hazzel mula berkaca.

Mereka terlalu baik.

"Hazzel tak tahu macamana nak balas budi mummy dan daddy." Hazzel mengesat air matanya.

"Hazzel jadi anak kami pun dah lebih dari cukup untuk mummy. Mummy tengok Hazzel membesar dengan baik sangat. Walaupun Vanessa dan Bernard bukan ibu bapa yang terbaik untuk Hazzel, Hazzel masih mampu menjadi anak yang semua orang inginkan." Victoria memeluk Hazzel dan Hazzel membalas pelukan ibunya.

Ya, ibu.

"Hazzel sayang mummy."

"Me too. Dah, taknaklah nangis macamni." Victoria tergelak dan menyapu air mata Hazzel yang berada didalam pelukannya. Hazzel turut tergelak kecil dan memejam mata.

"Mummy.."

"Hm?"

"Kalau mummy merajuk biasanya mummy nak daddy buat apa?" Soal Hazzel sambil mendongak memandang Victoria.

"Pujuk mummy."

"Tapi Hazzel dah pujuk. Healy taknak bercakap dengan Hazzel." Muram wajah Hazzel memikirkan si isteri yang tidak mahu berbual dengannya.

"Pujuk dengan mulut memanglah tak jalan. Hazzel kena pikat hati Healy balik. Buat surprise ke, bagi hadiah ke." Ujar Victoria memberi cadangan. Hazzel berfikir seketika.

"Okay. Surprise eh.."

***

Healy melihat ke tepi. Sebelahnya kosong. Mana Hazzel?

Gadis itu mengerutkan dahi dan bangun sebelum mencari suami. Merajuk merajuk pun dia kena ambil dadah juga.

Hazzel : dadah Healy.

Pintu bilik air dibuka namun tiada kelibat Hazzel. Pergi mana pukul 9 pagi?

"Abang?" Healy memanggil. Namun tiada sahutan.

Healy mula keluar dari bilik.

"Mummy, mana Hazzel?" Soal Healy. Victoria yang sedang mengunyah coklat memandang menantunya.

"Eh dia tak ada dalam bilik ke?" Soal Victoria pula. Healy menggeleng.

"Dia ikut daddy pergi ofis ke?" Soal Healy sendirian.

"Takkanlah. Buat apa dia nak pergi ofis pula. Dia tak start kerja lagi. Maybe dia keluar sekejap kut." Ujar Victoria. Healy angguk dan turut memakan coklat di sofa.

Namun, setelah hampir menginjak ke zohor kelibat Hazzel masih tiada.

"Mana abang ni?" Healy mula risau. Gadis itu bangun dan mula ke bilik untuk mencari telefonnya.

Nombor Hazzel didail namun tidak berjawab.

Tidak lama kemudian, telefonnya kembali berdering dan nama Nash terpapar di skrin.

Eh jauh betul telefon dari Malaysia ke Perancis.

"He.."

"Healy, awak kena tolong kami. Please, awak je yang boleh kawal Hazzel. Hazzel... Dia.. Dia dah tak waras!" Tercungap cungap suara Nash.

"Kenapa ni? Apa jadi? Hazzel kenapa?" Soal Healy cuak.

"Saya send gambar."

Talian dimatikan. Healy terus membuka whatsapp apabila mesej dari Nash masuk.

"Ya Allah abang!" Jerit Healy apabila melihat gambar tersebut dan terus memakai tudung dan mencapai kunci keretanya.

***

"Depan lagi."

"Kau nak aku jatuh ke?" Soal Hazzel apabila dia sudah berada di tebing. Noah menjulingkan mata ke atas.

"Depan jelah sikit lagi alamak kau ni tak real lah nanti gambar ni. Kau kena duduk hujung hujung barulah Healy percaya yang kau tu nak bunuh diri." Bebel Noah sambil tangannya memegang kamera. Hazzel menggigit bibir dan berjalan ke depan sedikit lagi.

"Depa tangan." Arah Noah. Hazzel terus mendepa tangan dan Noah menangkap gambarnya.

"Cun weh!" Noah melompat teruja melihat gambar yang diambil. Hazzel terus mendekati Noah dan melihat gambar gambar yang diambil.

"Okey. Sekarang call Healy." Ujar Hazzel. Noah angguk dan mencari nombor Healy didalam log panggilannya namun tiada.

"Eh lupa! Aku mana ada nombor Healy. Nombor dia dalam fon lagi satu." Ujar Noah. Hazzel menepuk dahi.

"Dahtu macamana?"

"Kau tak bawa telefon ke?" Soal Noah.

"Mana ada orang nak bunuh diri bawa telefon!" Marah Hazzel. Noah menggaru kepala.

"Suruh Nash lah telefon."

"Tapi dia di Malaysia."

"Aku suruh Nash tolong telefon, bukan suruh Nash pergi jumpa bini kau." Noah menjeling Hazzel.

"Oh.. Okay."

***

Healy pantas keluar dari kereta apabila tiba di lokasi yang dihantar oleh Nash.

"Abang!"

Healy melopong melihat Hazzel yang berada di hujung bumbung.

"Sayang jangan dekat! Biarkan je abang mati." Hazzel membuat riak sedih.

"Apa abang cakap ni?!"

"Apa gunanya hidup kalau dibenci isteri." Hazzel meletakkan tangan di dada seolah olah hati yang terluka.

"Abang jangan macamtu! Healy tak benci abang lah!" Healy mula ingin menangis.

"Kalau sayang tak benci abang kenapa sayang tak pedulikan abang? Biarkan abang pergi." Hazzel bersuara.

"Healy sayang abang. Healy minta maaf. Abang turunlah!" Healy menjerit bersama tangis. Noah yang memerhati hanya diam.

Seronok layan drama depan mata.

"Taknak. Nanti sayang merajuk dengan abang lagi." Hazzel memuncung mengacah acah ingin terjun.

"Tak Healy tak merajuk dah. Healy cintakan abang. Abang turun ya? Healy janji Healy tak marah abang dah." Healy bersuara.

"Janji?" Soal Hazzel.

"Janji."

Hazzel tersenyum dan mula terjun.

"Abang!"

Hazzel mendaratkan badan di tanah dan terus menyambut si isteri yang menerpa ke dalam pelukannya.

"Abang!"

"Bangunan tu satu tingkat jela sayang. Bukan tinggi pun." Pujuk Hazzel apabila Healy masih menangis. Lagipun dia kan sudah terlatih. Setakat terjun satu tingkat apalah sangat.

"Abang jahat! Suka buat Healy takut!" Healy memukul dada Hazzel kemudian tangannya ditangkap oleh Hazzel sebelum tangan itu dicium.

"Sayang juga Healy pada abang." Ujar Hazzel.

"Mestilah sayang. Abang suami Healy." Healy masih menangis.

Hazzel tersenyum dan membawa isterinya pergi.

Noah yang melihat pasangan itu pergi mendengus.

"Dasar tak kenang budi aku dah tolong ambilkan gambar bukan nak belanja air!" Ujar Noah geram.

Hazzel masuk ke dalam kereta diikuti Healy.

"Sini." Hazzel mengelap wajah Healy yang comot dengan air mata. Healy masih tercebik cebik cuba berhenti menangis.

"Abang minta maaf." Ujar Hazzel lembut.

"Healy pun minta maaf sebab tak layan abang. Healy cuma geram dengan abang je. Abang janganlah bunuh diri." Healy menangis kembali.

Hazzel tergelak kecil. Comel betul.

"Tak sayang. Iman abang ni kukuh lagi. Jom." Hazzel mula memandu kereta Healy ke sebuah tempat.

Healy hanya diam lalu memeluk lengan Hazzel yang sedang memandu dan kepalanya disandarkan dibahu Hazzel.

"Marah abang lagi?" Soal Hazzel. Healy menggeleng dan mencium dagu licin Hazzel

Mereka tiba di restoran Nia's Kitchen.

"Jom makan." Hazzel tersenyum. Dah penat buat bini stress kenalah bagi makan pula.

Mereka memesan makanan dan mula berborak.

"Jangan buat macamtu lagi. Healy tak suka. Abang ni." Healy memuncung. Hazzel tergelak kecil.

'Comel je isteri abang marah marah. Sayang marah je tau, jangan merajuk. Susah nak pujuk kalau merajuk. Kalau marah tak apalah abang boleh bunuh diri.' Hazzel membuat bahasa isyarat.

"Ish abang ni!" Healy hampir membaling garfu ditangan kepada si suami.

Nasib baik sayang.

***

Healy meletakkan tablet di atas meja dan mula bergerak ke belakang.

"Ada apa videocall ni?" Soal Quinn Davieka yang sedang bersantai bersama si suami.

"Kitorang ada berita nak share." Healy memandang Hazzel.

"What?" Victoria menyoal.

Healy dan Hazzel saling berpandangan sebelum Healy mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

Benda biru putih itu ditunjuk kepada keempat manusia yang berada diruang tamu dan didalam tablet.

Quinn Davieka membulatkan mata.

"Husbaby! Tengok!" Quinn Davieka menunjuk ke arah benda ditangan Healy. Hunter mengerling dan senyumnya mula melebar.

"Seriuslah?" Victoria turut tersenyum lebar.

Healy angguk dan tergelak kecil.

"Argh!" Jerit Victoria dan Quinn Davieka serentak sebelum Victoria memeluk menantunya.

"Patutlah nampak makin berisi Healy semenjak dua menjak ni. Rupanya memang ada isi! Dah buat check up dekat hospital dah?" Soal Victoria. Healy angguk.

"Dah mummy. Doktor cakap dah tiga minggu." Healy tersenyum dan mengusap perutnya.

"Eii tak sabarnya nak shopping barang baby!" Quinn Davieka mencelah.

"Kan kan kan! Nanti kita pergi shopping dua tau. You nak datang sini ke nak I pergi Itali?" Soal Victoria teruja.

"Mana mana pun boleh. Nanti kita cari barang baby yang comel comel tu."

Healy dan Hazzel menggeleng melihat ibu masing masing yang terlebih teruja untuk membeli barangan baby.

***

Hazzel membuka kunci rumah mereka dan mula masuk. Susah juga Healy ingin duduk di rumah keluarganya kerana Skyler dan Healy bukan mahram. Kesian Healy kena pakai tudung 24 jam pula.

Healy membuka spray minyak wangi milik Hazzel dan menyembur isi rumah itu dengan minyak wangi Hazzel.

Hazzel menggeleng melihat isteri yang obses dengan bau dirinya semenjak mengandung.

"Sayang duduk sini kejap." Hazzel duduk di sofa dan menepuk sofa disebelahnya.

Healy menyimpan minyak wangi Hazzel didalam beg tangannya dan duduk di atas riba Hazzel.

"Hm?"

"Sayang betul boleh jaga diri? Minggu depan abang dah kena masuk ofis, kerja. Abang risaulah sayang disini seorang diri. Abang ingat nak upah maid tapi abang kena tanya sayang dulu takut sayang tak selesa." Ujar Hazzel.

Healy terdiam. Kalau boleh dia tidak mahu rumah ini ada pembantu. Rimas.

"Healy taknak maid boleh? Healy boleh jaga diri abang jangan risau. Lagipun kalau apa apa jadi Healy pergi rumah daddy. Rumah daddy kan dekat je dari sini." Healy memujuk namun riak Hazzel masih ragu ragu.

"Tapi sayang kalau jadi apa apa macamana?" Soal Hazzel risau.

"Healy boleh jaga diri lah abang. Lagipun abang boleh mintak Allah jaga Healy. Kan?" Soal Healy.

Hazzel diam sebelum angguk perlahan.

"Jaga diri jaga baby. Tau. Apa apa call abang terus. Call lah sesiapa yang Healy mampu asalkan call. Bagitahu Healy dalam masalah." Ujar Hazzel. Healy angguk dan mencium bibir Hazzel seketika.

Dalam hatinya berharap agar tiada lagi gangguan selepas ini didalam hidupnya dan si suami.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro