5T5B: WB |Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Don't give me up."
— Birdy

——————

SUASANA hospital riuh tatkala itu. Baik doktor, para pekerja mahupun ahli keluarga, masing-masing tidak putus berulang-alik dalam kawasan tersebut.

Ternyata, kegelabahan tersebut tak dapat ditutup sejurus mengetahui khabar mengejut dari para doktor itu. Wajah yang jelas dalam cuak mula berubah mendung. Air mata mula bergenang hebat.

Tatkala Hana semakin tekun memerhati, tiba-tiba dia terasa telinganya dijentik kuat.

"Aduh!"

Terus terganggu fokus Hana melihat drama penuh mendebarkan tadi melalui telefon pintarnya.

"Sakitlah, Fahrin Wildan! Kamu mahu apa? Saya sudah sampai babak genting ni!" Hana menggosok-gosok telinganya.

"Babak genting, babak genting. Tak cukup lagi ada dalam hospital ni sampai nak tengok drama dalam hospital jugak?" Perli Fahrin yang sempat menjeling Hana.

"Saya mahu berbual dengan kamu, kamu tak layan. Sekarang, saya dijentiknya pula. Ish, dia ni mengjengkelkan saya betullah." Gumam Hana, tak puas hati.

"Memang tak ada sesiapa nak berbual dengan kau. Cepat, urut aku."

Sejak Fahrin tersedar dari pengsannya, Hana terasa bagai asyik dibuli. Disuruh ambil itu, buat ini, sampai Hana memang tak boleh duduk diam.

Dia tahu, Fahrin sengaja buat begitu. Sebab Hana terlalu berkeras memaksa Fahrin tinggal lebih lama di hospital, manakala Fahrin sering memaksanya untuk pulang.

"Aku dah sihatlah! Buat apa lagi kat sini lama-lama? Bosan, tahu tak?"

Itulah alasan yang Fahrin berikan sejurus apabila hasratnya untuk pulang ke rumah ditentang Hana.

Hana dilihatnya mematikan telefon pintarnya. Dalam riak wajahnya yang mencemik itu, kaki Fahrin mula diurut.

"Hei, budak." Panggil Fahrin tak semena-mena.

Hana yang terpandangkan wajah Fahrin itu serta merta mengangkat keningnya.

"Budak?" Siapa budak?

"Ye la, kau la. Bila aku boleh keluar hospital?" Soal Fahrin.

Hana menjungkitkan bibirnya. "Tak payah keluar langsung lebih bagus." Kalau dah perangai pun macam ni. Huh, menyebalkan.

"Kalau kau taknak bawa aku keluar, aku lari." Ugut Fahrin.

Nafas dihela.

"Kamu begitu mahu tahukah?" Soal Hana.

"Apa dia?" Soal Fahrin pula.

Hana dengan nada bersahajanya berkata. " Kamu harus menjalani terapi mulai sekarang."

"Terapi? Apa kau mengarut ni?" Soal Fahrin, pelik.

Wajah Fahrin dipandang. "Doktor tahu kamu ambil ubat berlebihan."

Serta merta wajah Fahrin berubah.

"Apa maksud kau?"

"Kamu tanya saya? Mana saya tahu. Semuanya salah kamu sendiri. Makan ubat tahan sakit macam makan gula-gula. Siapa suruh."

Bibir Fahrin diketap.

"Mesti kau yang beritahu semuanya, kan?" Soal Fahrin, geram.

"Muka saya seperti pelapor peribadi kamukah? Kamu pengsan saja sudah hampir dua hari. Logik saja kalau doktor buat pemeriksaan dalaman tubuh kamu." Balas Hana sambil menjeling. Tak nak kalah.

Fahrin memandang Hana dengan muka tak puas hatinya. Tubuhnya mula dipeluk sebelum dia mendengus.

"Kau batalkan segala jenis pertemuan dengan doktor. Aku tak nak, dan aku tak ada masa. Jangan atur hidup aku sesuka hati." Begitu tegas Fahrin bersuara.

Hana memandang Fahrin yang memalingkan wajah, menghadap ke arah jendela.

"Aku tak sakit. Aku tak perlukan bantuan."

Nada yang berubah sedikit rendah itu membuatkan Hana mula memandang tetap ke arahnya.

Masing-masing terus menyepi. Hana kemudiannya terus berhenti dari mengurut kaki Fahrin.

"Kamu takkan perlukan ini semua jika kamu sepenuhnya yakin dengan takdir, yakin dengan Allah." Ujar Hana.

Fahrin yang mendengarkan ayat itu kelihatan berubah riaknya, namun masih tak memandang Hana.

"Bila kali terakhir kamu mengadu pada Tuhan yang hati kamu sakit? Bila juga kali terakhir kamu rasakan Tuhan itu sedang menguji kamu untuk mengangkat darjat kamu?"

Sepi. Suasana sudah tidak segamat tadi.

Hanya apabila bunyi telefon kedengaran, barulah Hana melepaskan keluhan kecilnya.

Dia terus mencapai telefon pintarnya itu dan dilihat sekilas nama yang terpapar di skrin.

Dari jarak itu, Fahrin dapat lihat riak Hana yang berubah. Hana umpama kaku sebentar tatkala itu. Terus mata Fahrin berkalih kepada skrin telefon bimbit Hana itu.

Dr Ameena is calling....

Dr. Ameena? Siapa?

Ketika dia kembali melihat wajah Hana, wanita itu pantas berlalu keluar, mahu menjawab panggilan. Meninggalkan Fahrin sendirian.

Tatkala begitu, Fahrin mengambil pandang ke arah luar jendela. Dia kemudiannya termenung jauh, seolahnya berfikirkan sesuatu.

Sememangnya dia sedang fikirkan sesuatu ketika itu.

Kakinya mula ditarik, dibawa ke dada lalu mula dipeluk perlahan.

Dalam pada di luar, ada satu getaran nada suara yang sudah terduduk di kerusi ruang menunggu, sedang menahan sejuta perasaan dalam dirinya tatkala menerima satu khabar itu.

Dadanya dicengkam dengan kuat, sambil menarik satu nafas yang dalam. Yang dihembus dalam getar, langsung tak teratur.

Yang hanya membiarkan talian itu disambung tanpa disahut.

"Mrs. Hana, are you still there?"

----------------

SEUSAINYA Hana menunaikan solat Isyak tadinya, yang Fahrin lihat, dia terus melelapkan mata dan terlena di atas sofa dalam bilik wad itu.

Sejak siang tadi sebenarnya Hana begitu. Umpama menyepikan diri, tak bising macam selalu. Membuatkan Fahrin tertanya-tanya jua namun ditegaskan hatinya untuk tidak mempedulikan wanita tersebut.

Dari sudut pandangannya yang masih berada di atas katil itu, Hana ditatap dengan ekor mata.

Tatkala dia mula mahu memejamkan mata, dia terdengar erangan dari bibir Hana.

"Mum...Dad...!"

Mengigau.

Fahrin terus memandang Hana. Kelihatan Hana yang bagaikan mula termengah-mengah di situ.

"Somebody, help! Help my Mom! Help my Dad! Please..."

Hana mula meracau di situ.

Fahrin pula tanpa berlengah, terus turun dari katil dan mendapatkan Hana.

"Dad's still inside the house! Please, save him! Mom! Where's Mom...!"

Tangisan Hana mula memecah suasana sepi. Mula mendatangkan cuak buat Fahrin yang telahpun di sisinya kini.

"Hei, Hana. Hana." Bahu Hana digoncang-goncang.

Hana terus menangis di dalam mimpi itu. Tangannya terus dihayun tak tentu arah. Meraba-raba, umpama mencari sesuatu.

"Please, keep them alive....! Help them, please!"

Hingga tepat lekap pada baju di bahagian dada Fahrin, baju itu terus dicengkam kuat.

Esakan Hana semakin kuat. Tubuhnya berpeluh dingin.

Fahrin pula, semakin gelabah di situ. 

"Hana! Hana! Bangun! Kau mengigau teruk ni!" Tubuh Hana digoncang-goncang agak kuat.

"Don't let them die.... I'm scared...I'm scared to be alone... Please... Don't leave me..." Tersedu-sedu Hana menangis ketika mengucapkan itu.

Fahrin tergamam tatkala mendengar itu.

"Kamu di mana! Saya takut sendirian...!"

Wajah Hana yang berpeluh-peluh itu ditatap. Agak lambat, dahi Hana disentuh. Kemudian, kepala itu terus dipangku.

"Hana...."

Seketika dia terasa Hana semakin erat menggenggam bajunya, mendorongnya untuk semakin dekat, Fahrin memeluk Hana di situ.

"Syhh, tak ada apa-apa, Hana."

Tubuh itu ditepuk perlahan-lahan.

Mendengarkan tangisan Hana yang masih kedengaran, Fahrin memeluk tubuh itu, lebih erat.

"Tak ada apa-apa, Hana. Aku ada." Pujuknya.

Hana yang masih dalam sendunya tadi mula tenang dalam dakapan itu.

Dalam keadaan tak sedarkan dirinya, Hana perlahan-lahan meleraikan genggamannya. Dia terus lena dalam dakapan tersebut kemudiannya.

Fahrin yang melihat keadaan Hana yang sudahpun tenang itu lantas menoleh ke arah katilnya sekilas.

Dengan penuh berhati-hati, tubuh itu dicempung lalu dibawa ke atas katil. Direbahkannya tubuh itu perlahan sebelum Fahrin berdiri di sisi katil itu, memandang Hana.

Sambil juga dia teringatkan sesuatu. Tentang kepingan gambar keluarga yang dijumpai di bilik Hana dahulunya.

Apa dah jadi dengan ibu bapa Hana sebenarnya?

Fahrin berpaling, mahu berehat di atas sofa. Tatkala itu, dia terdengar namanya pula dipanggil.

"Fahrin Wildan..."

Segera dia menoleh, memandang Hana.

"Bangun, sedarkan dirimu..."

Mengigau lagi.

Fahrin terus merapati Hana.

"Fahrin Wildan, kamu perlu kuat..."

Terus terpempan Fahrin mendengar kata-kata yang berbunyi halus itu.

Lebih mendatangkan gamam adalah apabila mendengar kata-kata Hana seterusnya.

"Maafkan saya, saya lambat... tapi kamu tidak sendirian sekarang..."

Hana terus menyepi kemudiannya, terus terlena.

Nafas Fahrin tarik, agak dalam.

Sebelum perlahan-lahan, dia naik dan duduk di atas katil. Mengambil tempat di sisi Hana. Umpama menunggu Hana yang sedang terlena.

Umpama menjaga wanita tersebut hingga bangkit dari lenanya.

----------------------

PANDANGANNYA dihalakan kepada lelaki itu, dari atas melurut ke bawah.

Dari tadi begitu, Fahrin juga tak betah melakukan yang sama. Berserta jelingannya yang menyusul kemudian.

"Apa?" Soal Fahrin. Nak pandang-pandang macam tu pulak.

Hana masih memandangnya dengan tak puas hati. Tubuhnya dipeluk.

"Kamu lakukan apa pada saya semalam, huh? Bagaimana saya boleh tidur atas katil kamu?"

Fahrin yang menjeling Hana dengan ekor matanya lantas menolak kepala Hana yang dirasakan semakin dekat dengannya.

Melihatkan tiada jawapan dari Fahrin, Hana tiba-tiba mencebik sambil menjeling.

"Rupa-rupanya kamu juga bernafsu dengan saya. Saya ingatkan hidup kamu cuma mahu menjadi tiang gol seumur hidup." Ujar Hana sebelum berlalu ke meja kecil di sebelah katil dan menuangkan air untuk dirinya sendiri.

Terbuntang biji mata Fahrin mendengar itu.

"Apa?"

Apa sampai ke situ pulak dia fikir! Ish, dia ni!

Hana senyum mengejek. Gelabah. Itu pun nak marah.

Tatkala itu, dia berlalu ke sebuah rak kecil yang terletak di sudut bilik itu. Semua barang yang ada disimpan ke dalam sebuah beg.

Perlakuan itu hanya dilihat Fahrin dari jauh.

"Hei, kau nak buat apa mengemas semua ni?" Soal Fahrin kemudiannya.

Hana menoleh ke arah Fahrin sekilas. "Mahu berkemas. Kamu boleh balik hari ini."

Kening Fahrin terus terangkat.

Dah kenapa tiba-tiba?

"Kau jangan main-main, boleh tak."

"Saya tidak ada masa bermain-main dengan kamu. Lagipun, saya ada hal saya sendiri. Kamu tidak ada teman nanti." Ujar Hana tanpa memandang Fahrin.

Fahrin terus mendiamkan dirinya.

Pelik betul perangai si senget ni hari ni. Tersampuk sebab semalam mengigau teruk ke apa.

Entah-entah memang Valak yang merasuk dia sampai hari ni.

Di rumah sepulangnya mereka dari hospital, Hana mendapatkan Fahrin yang sedang berehat di atas katil dalam biliknya.

Segelas air diserahkan buat Fahrin.

"Kamu harus minum banyak air. Doktor pesan." Ujar Hana.

Fahrin, dalam keadaan tertanya-tanya dengan Hana hanya memandang gelas air itu.

"Kau kenapa masuk sini?" Huluran itu tak diendahkan.

Hana meletakkan gelas air itu ke atas meja. Dia perlahan-lahan duduk di sisi Fahrin.

"Ini, untuk kamu." Ujar Hana.

Sebuah kotak sederhana dihulurkan buat Fahrin.

Kening Fahrin terangkat seketika. Hana tanpa berlengah terus membuka kotak tersebut.

Tatkala melihat isinya, Fahrin kelihatan terpana, terkelu jadinya.

"Doktor sarankan kamu berjumpa pakar psikiatri kerana keadaan kamu. Tapi, saya lebih mahu membawa kamu pulang, dan membantu kamu dengan cara selain ubat mereka."

Wajah Fahrin yang masih menunduk memandang isi dalam kotak itu dipandang dengan senyuman lembut.

"Jadi, ini cara saya untuk membantu kamu. Tengoklah."

Sepersalinan pakaian solat itu bertukar tangan. Lengkap berisi sehelai kain sarung dan jubah. Tasbih dan Al-Quran juga ada diserahkan buat Fahrin.

"Fahrin Wildan, kamu mula bersolat ya, hari ini?"

Wajah Hana ditatap. Agak lama. Permintaan itu sesungguhnya membuatkan hati Fahrin terasa dijentik tiba-tiba.

"Kamu selalu berasa sakit dalam hati, adalah kerana kamu jarang luahkan perasaan kamu kepada orang lain. Jadi, orang lain tidak mampu menyokong kamu. Mulai hari ini, kamu belajar untuk meluahkan kepada yang Maha Esa. Itu sudah lebih dari memadai." Ujar Hana.

Tangan Fahrin diraih lalu diramas lembut.

"Jangan risau. Hati kamu diciptakan atas izin Tuhan, jadi kamu masih sentiasa boleh pulang kepada Tuhan, bila-bila kamu mahu. Belajar solat mulai sekarang, ya?"

Suasana terus sepi.

Hana kemudian menarik tangannya kembali dan berlalu pergi.

Meninggalkan Fahrin yang masih umpama terkelu dengan pemberian hadiah itu, juga kata-kata Hana tadinya.

------------------

MALAM itu, sedang Fahrin melangkah ke dapur, dia tiba-tiba terpandang kabinet di situ. Susunan ubat-ubatannya yang selama ini diambil diperhatikan sebelum dia menghampiri kabinet tersebut.

Botol ubat itu dicapai satu persatu lalu dibelek, sambil mengingat masa lalu.

"Ini ubat tahan sakit encik. Sila makan ikut preskripsi, ya. Kalau sakit masih berlanjutan, harap encik sudi berjumpa doktor untuk rawatan."

"Ok, terima kasih."

Dia termenung lagi.

"Cik...?"

"Ya, encik?"

"Painkiller boleh ke hilangkan rasa sakit dalam hati?" Bagaikan naif dia bertanya itu.

"Pedih ulu hati, maksud encik?"

Sepi sejenak.

"Em, tak apalah. Maaf ganggu." Terus dia meminta diri, tahu tidak akan mendapat jawapan yang dimahukan.

Nafas dihela. Penutup tersebut mula mahu dibuka.

Namun, ketika digoncang kecil botol tersebut, dia terdengar bunyi yang berbeza dari dalam botol itu.

Tanpa berlengah, botol itu dibuka. Dan, isinya membuatkan kening Fahrin terangkat seketika.

Sekeping kertas yang terselit di dalamnya dikeluarkan lalu dibaca.

'Painkiller? No, I'm happy candy now! I can make you smile brightly! Try me! I won't dissapoint!'

Fahrin melihat pil-pil di dalam botol itu. Yang semuanya sudah berganti bentuk. Apabila dihidu, itu adalah bau manisan, bau gula-gula.

Dia mencapai botol yang lain. Kertas yang diselitkan sekali terus dibaca.

'I'm not a happy pill, but I'm the sweetest tiny creature in this town! Taste me! You'll know how sweet I am (;'

Tentunya yang "tersangat rajin" melakukan semua ini adalah Hana.

"Apa benda la yang dia buat ni." Ujar Fahrin sendirian.

Apabila dia menjenguk sekilas ke arah tong sampah berdekatan, dilihatnya butir-butir pil sebenar dibuang di situ.

Erk, dia dah buang semua ubat aku ke?

Aduhai, dia ni!

Fahrin mengetap bibirnya.

"Memang kalau tak menyibuk, tak sah dia ni." Kata Fahrin dalam ketap bibir itu.

Fahrin terus menuju ke biliknya. Dalam ketika itu, dia terpandang pula bilik Hana.

Perlahan, langkah itu diatur ke situ. Tombol dipulas perlahan sebelum dia mencari bayang Hana dari celahan pintu.

Dilihatnya Hana sedang duduk di birai katil, mengaji. Bacaannya Hana jelas tidak fasih, bahkan masih lagi merangkak-rangkak membaca setiap butir tulisan itu. Namun, itu tidak mematahkan Hana untuk meneruskan bacaannya.

Manakala Fahrin yang terlihat Hana sudah berubah air mukanya. Melihat kesungguhan itu, sungguh dia tak nafikan bahawa hatinya bagai mula dijentik sesuatu.

Langkah perlahan-lahan diundur, berlalu ke biliknya.

Di birai katil, dia terpandangkan kotak pemberian Hana yang diletakkan di atas meja di sisi katil itu. Kotak itu dicapai lalu dilihat kembali semua isinya.

Fahrin merenung pakaian solat itu lama. Sambil dalam dirinya teringat pula akan permintaan Hana.

Bolehkah dia? Sekarang?

Matanya dipejamkan. Seketika kemudian, dia bangun dan berlalu menuju ke bilik air. Mula menunaikan rukun itu secara tertib.

Untuk hari ini, dia mahu "berjumpa" Tuhannya. Kali pertama, dia mahu meluahkan rasa hatinya kepada-Nya.

Tatkala takbir mula diangkat pada malam itu, ada genang yang dicipta Fahrin. Entah mengapa, begitu sebak hatinya tatkala itu.

Di tempat yang lainnya, Hana masih meneruskan pembacaannya. Perlahan, lambat dan merangkak.

Bukannya dia tak tahu membaca Al-Quran. Dia bahkan pernah berguru ketika di tempat asalnya dulu, dan bacaannya juga hampir lancar kalau diikutkan.

Cuma kini, dia tak mampu fasih adalah kerana satu sebab itu.

Mengingati hal tersebut, bacaan itu terus dihentikan.

Dalam menggenggam kitab itu, Hana melarikan bebola matanya. Cuba mengawal genang mata yang mula bertakung.

Nafas ditarik dalam sebelum dia perlahan-lahan bangun.

Solat sunat dua rakaat dilakukan Hana kemudian. Hanya semata-mata mahu mendapatkan ketenangan dalam solat itu. Mahu meminta kesabaran, kerana hanya Dia yang mampu menyerahkan semua tanpa beban.

Tanpa tertahan, Hana menitiskan air mata buat kesekian kalinya.

Dalam pada itu, Fahrin juga turut melakukan yang sama di biliknya, di atas tikar sejadah itu. Berasakan syahdu dalam hatinya, juga rasa sedih yang selama ini tak pernah pun terluah.

"Ya Allah, aku adalah yang sangat jahil, dan aku buntu, tak tahu apa yang harus aku lakukan, maka bantulah aku..."

"Ya Rabbi, saya tidak akan pernah kuat tanpa izin-Mu, kuatkan hati saya untuk mengharungi segala yang Kamu tentukan buat saya..."

----------------

PAGI esoknya, seusainya Hana menunaikan solat Subuh, dia berlalu ke bilik Fahrin.

Pintu bilik itu diketuk perlahan.

"Fahrin Wildan?" Panggil Hana.

Pintu itu diketuk lagi.

"Fahrin Wildan, kamu buat apa?" Hana memanggilnya lagi.

Ketika itu, pintu bilik ditolak perlahan.

"Fahrin Wildan?" Panggil Hana. Dia memandang sekeliling. Namun yang dilihatnya tiada bayang Fahrin yang kelihatan.

Hana mencebik sendirian. "Ke manakah?" Soalnya sendirian.

Tatkala itu, dia terlihat di atas katil akan kain sarung pemberiannya. Diletak kemas di hujung katil, umpama sudahpun digunakan.

Mata Hana tak berkedip memandang kain sarung itu.

Kain sarung itu dicapai.

"Dia gunakannyakah?" Soal Hana sendirian.

"Hei, kau buat apa kat sini?"

Tiba-tiba kedengaran suara Fahrin yang menerjahnya. Terkejut Hana dibuatnya.

Seketika dia menoleh, semakin terkejut Hana dibuatnya apabila melihat Fahrin yang separuh bogel, hanya memakai seluar pendek singkat separas atas peha sambil menggantungkan tuala di leher.

"Er...er..."

"Apa 'er'?" Soal Fahrin pula.

Hana semakin gelabah. Namun segera dia mengawal riak wajahnya. Pandangannya terus dialihkan dari memandang tubuh seksi Fahrin itu.

Sungguh, berdebar-debar jantung Hana melihat Fahrin begitu. Tersangat seksi pula bagi Hana ketika itu. Terasa segan dan malu, entah mengapa.

Fahrin melihat wajah Hana yang semakin kemerahan menahan malu itu. Mata Hana yang mencuri-curi memandang tubuhnya terus membuatkan Fahrin teringat sesuatu.

Kening pantas dinaikkan, tinggi.

Terus dahi Hana ditunjal.

"Hei, pervert. Tengok apa, ha?"

"Eh, mana ada!" Pintas Hana. Membulat matanya demikian.

"Kalau tak tengok, kenapa muka kau merah?" Soal Fahrin.

"A..apanya? Muka saya m..memang merah begini!" Balas Hana.

Fahrin mengjungkitkan bibirnya. Iya la tu.

Kain tuala mula dililit ke pinggangnya. Membiarkan bahagian paras bawah pinggangnya tidak terlalu terdedah seperti awalnya tadi.

Tatkala itu, dia terpandangkan Hana yang memegang kain sarung itu di sisinya.

"Tu, nak buat apa? Alas tidur?" Perli Fahrin.

Hana melihat kain sarung yang masih di tangannya itu.

" Er, er... Saya cuma..."

Fahrin menjeling wanita itu. Gelabah bukan main. Dulu bukan main berani.

Hana dirapati. Kain sarung itu ditarik.

"Tak payah nak periksa sangat. Aku dah solat Subuh hari ni." Kata Fahrin yang kemudian terus menyangkut kain sarung itu ke tempat yang tersedia.

Kata-kata Fahrin itu terus membuat Hana tergamam.

"Kamu bersolat?" Soal Hana. Tanpa disuruh?

Fahrin yang tadinya berlalu menjeling Hana sekilas.

"Dah la. Aku pergi tandas lepas solat tadi. Banyak bunyi la kau ni." Ujar Fahrin yang mula menuju ke almari dan mencapai baju kerjanya.

Hana dilihat mula tersenyum lebar. Umpama terus melupakan rasa malunya tadi.

Tali leher milik Fahrin yang tersedia di atas katil dicapai lalu dihulurkan kepada Fahrin yang sedang membutangkan bajunya.

Fahrin menjeling Hana sejenak. Tak lama kemudian, dia terasa tali leher itu dililit.

"Kalau buat sarapan, buat banyak sikit. Aku lapar."

Wajah Fahrin tanpa reaksi yang tak memandangnya itu terus ditatap tanpa berkedip.

"Kalau kau pandang macam tu lagi, aku humban kau keluar tingkap." Kedengaran mendatar dalam tegas nada Fahrin demikian.

Senyuman Hana kemudian diukirkan simpul.

"Baiklah, bos!"

Tali leher itu cepat-cepat dikemaskan. Terus kemudian dia menghilang di balik pintu.

Fahrin yang melihat Hana demikian hanya menjeling kemudiannya. Masih teringatkan kisah ubat yang dibuang.

Kurang asam betul dia tu. Tak berkurang.

Ketika masing-masing sudahpun berada di dapur, Fahrin lihat Hana sedang sibuk menghidangkan sarapan buatnya.

Tanpa berlengah, dia menikmati sarapan pagi itu bersama-sama Hana.

Usai demikian, Fahrin terus berlalu ke pintu. Mahu menyarung kasut.

"Fahrin Wildan." Panggil Hana.

Fahrin menoleh. Hana dilihatnya sudah ada di belakangnya, dengan tangan yang menghulur sesuatu.

"Ini botol kamu." Ujar Hana dalam senyumannya.

Fahrin melihat botol ubat itu agak lama sebelum diambil dan disimpan, teragak-agak.

Hana terus meraih tangan Fahrin lalu dikucupnya lembut.

Dan, sentuhan itu sememangnya membuatkan Fahrin terdiam kelu di situ.

Tangan Hana yang masih bertaut itu dipandang sekejap sebelum wajah Hana ditatap.

Tanpa diduga, Hana mula menghayun lembut tangan Fahrin itu.

Yang membuatkan Fahrin terus terasa sesuatu secara tiba-tiba dengan sentuhan tersebut.

Suasana umpama terbeku sejenak. Hayunan tangan itu masih diperhatikan Fahrin.

"Hati-hati, Fahrin Wildan. Kamu masih menaiki tren?" Sempat Hana bersoal.

Fahrin yang mula tersedar dari dunianya, berdehem kecil. Terus tangannya ditarik.

"Hmm."

"Saya mahu meminjam kereta kamu, boleh?" Pinta Hana.

"Hmm." Ujar Fahrin tanpa memandang Hana.

Hana mengukir senyumannya. Lambaian kecil disuakan buat Fahrin.

"Bye."

Fahrin terus beredar tanpa berbicara lanjut lagi. Sempat juga dalam hatinya berkata-kata.

Sejak bila dia rajin minta izin nak buat semua benda. Selalunya semua benda aku dia makin rembat je.

Ketika sudah berada di dalam tren dan mendapatkan tempat duduk, Fahrin mula mengeluarkan kembali botol yang diberi Hana dari dalam poketnya.

Penutup itu dibuka. Seperti yang dijangka, terdapat kertas yang terselit dalam botol tersebut, dengan isinya yang sudahpun ditukar ganti.

'I'm the most powerful medicine in the world! I can make your tongue feels nice! Opps, is medifine my name? Call me Maddy Fine!'

Isi botol itu dibawa ke hidung lalu dihidu. Bau gula-gula, macam biasa. Tapi lebih manis baunya.

Botol itu ditatap dan dibelek agak lama. Sebelum kemudiannya Fahrin mengeluarkan satu botol lagi yang lain yang sememangnya dibawa bersama di luar pengetahuan Hana.

Kedua-dua botol itu ditatap.

"Dia ingat comel ke buat benda-benda macam ni." Ujar Fahrin sendirian.

Ingat aku nak makan ke gula-gula budak macam ni.

Pandangannya dihalakan ke arah luar.

Tahu-tahu saja, sebiji gula-gula dimasukkan ke dalam mulutnya lalu dikunyah perlahan.

Fahrin sepi sejenak. Sebelum dia mengambil sebiji gula-gula yang masih di dalam botol ubat lalu dibeleknya.

Gula-gula apa ni? Sedapnya.

--------------------

APABILA malam menjelma, Fahrin mengambil pandang ke arah luar jendela dari tingkapnya. Termenung jauh sejak tadi. Memikirkan perkara lepas sebenarnya.

Agak lama dia begitu, Fahrin mengatur langkah pergi.

Seketika berlalu melintasi meja di dalam biliknya, dia terlihat sebuah bekas kecil yang diletakkan agak tersembunyi di bawah meja tersebut.

Dia mendapatkan bekas itu lalu diambil dan dibuka.

Tatkala melihat isi itu, dia umpama terpana sejenak. Kepingan gambar-gambar lama memenuhi ruang bekas tersebut. Segala barang-barang di dalamnya elok tersimpan.

Itu adalah kenangannya bersama Raihana suatu masa dahulu. Semua yang disimpan, dari sekeping tiket wayang hinggalah kad ucapan hari jadinya, ada di situ.

Agak lama Fahrin membelek semua isinya, dia membawa kotak itu bersama. Menuju ke belakang rumah bersama pemetik api yang sempat dicapai.

Lalu, di belakang rumah yang sepi itu, nyalaan api mula terlihat. Satu persatu isi di dalam bekas tadi mula dibakar.

Fahrin hanya berdiri di tepi unggun api itu kemudiannya. Bersama satu perasaan yang tak mampu ditafsir ketika itu.

Tatkala itu, dilihatnya ada sesusuk tubuh yang perlahan-lahan merendahkan tubuh di sisinya, memerhatikan isi dalam bekas tersebut.

Beberapa keping gambar diambil lalu ditatap.

"Terlalu bahagiakah dulu?" Soal Hana yang melihat gambar Fahrin bersama Raihana itu.

Dia membelek-belek lagi gambar tersebut.

"Tak. Syok sendiri semuanya."

Tiba-tiba kedengaran Fahrin membalas itu.

"Itu selepas kamu tahu hakikat kebenarannya. Tapi kamu masih rasa bahagia sebelum itu. Contohnya ketika kamu luahkan perasaan padanya dan saat dia terima kamu." Ujar Hana.

Hana memandang wajah Fahrin.

"Kamu bahagia ketika itu, kan?" Soal Hana.

Fahrin tak menjawab. Hanya bersetuju dalam hati.

Hana dilihatnya kembali menatap foto-foto itu. Perlahan, Fahrin menundukkan tubuhnya, menarik perlahan-lahan foto tersebut lalu dibawa ke unggun api.

"Hati kamu masih sakitkah?" Soal Hana apabila melihat itu.

Fahrin memandang Hana. "Kau rasa 'ubat' kau bagi tu boleh berkesan ke?" Soalnya pula dengan wajah kosong, macam menyindir pun ada juga.

Hana tertawa. "Kamu makankah? Saya ingatkan kamu dah buang."

"Tak ada maknanya aku nak makan." Menipu.

Nanti kalau Hana tahu dia makan hampir separuh botol gula-gula tu siang tadi, minah ni bangga pulak. Baik diam.

"Kalau kamu tak makan, kamu takkan buang semua kenangan seperti ini, kan?" Uji Hana.

"Tak ada tempat nak simpan."

Senyuman Hana terukir. Dia memandang Fahrin yang masih sibuk bermain api kecil itu dengan mencuit-cuitnya menggunakan kayu halus.

"Fahrin Wildan, boleh saya tanya kamu sesuatu?" Soal Hana.

Fahrin sepi sejenak. "Hmm."

"Kamu berpisah dengannya, disebabkan orang ketigakah?"

Cuitan kayu itu terhenti seketika. Dia termenung sejenak.

"I love you, Fahrin. So much."

"Hmm." Balas Fahrin, pendek.

"Siapa?"

"Bukan sebab kau. Jangan perasan orang nak bergaduh sebab kau." Malas melayan.

Hana menjungkitkan bibir. "Bukan maksudnya saya. Saya juga tak mahu menjadi sebab orang lain bergaduh." Cebik Hana.

Fahrin memandang Hana sekilas. Diam sejenak, sebelum dia rendah bersuara.

"Kau memang tak ingat apa-apa?"

Hana menggeleng. "Saya tidak ingat banyak benda, dan saya tidak menipu tentang itu. Mengapa kita berkahwin?"

"Sebab kau nak tinggal sini lama."

"Takut ditangkap?" Soal Hana.

"Hmm."

"Jadi, ketika itu, kamu sudah bersama wanita ini?"

"Hmm."

"Dia tak tahu apa-apa mengenai kita?"

"Tak."

Hana mengangguk-angguk. "Itulah sebabnya mengapa kalian berpisah." Ujar Hana.

Fahrin memandang Hana. "Apa?"

"Kerana tanggungjawab kamu terhadap saya lebih besar. Tanggungjawab suami kepada isterinya."

Terdiam. Suasana terus sepi. Hanya Fahrin tak lekang memandang Hana dengan kelu.

Seketika melihat Fahrin kaku demikian, Hana menyeringai. "Gurau saja. Peace!" Dua jari dinaikkan.

Kepala Hana terus ditunjal.

"Heh, berani kau main-main benda macam tu."

Hana mengekek. Seronok mengenakan Fahrin.

Suasana sepi seketika.

"Kamu tahu, kata kawan baik saya, saya tinggalkan kamu sebab saya sudah tahu lokasi kakak saya di sini. Cuma sayangnya, ibu bapa saya tiba-tiba tahu sebab saya ke sini dan lebih cepat mencari saya. Kami bertembung dan bergelut kemudiannya." Cerita Hana tanpa ditanya.

Fahrin berhenti sejenak dari bermain kayunya.

"Keluarga kami asalnya gaduh besar. Mum dan Dad halau kakak saya. Kakak saya bawa diri ke sini. Jadi saya mahu berjumpa dengannya semula."

Hana diam sebentar sebelum terus menyambung.

"Kawan saya kata, saya hilang ingatan sewaktu di sini kerana kami bergaduh juga. Saya beritahu mereka yang saya menukar agama saya. Mereka tak dapat terima. Asyik bergelut, saya terus lari lalu dilanggar pula. Terus hilang ingatan. Apa saja. Tak berhati-hati betul. Hmm, hmm." Hana menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kening Fahrin terangkat mendengarnya.

Ek, selamba je minah ni. Dah apahal?

Sepi sesaat dua.

"Lepas kau hilang ingatan?" Tiba-tiba Fahrin bersoal itu.

"Ibu bapa saya tahu banyak perkara yang saya tak ingat. Jadi, mereka sembunyikan semuanya dari saya. Saya baru tahu yang saya bertukar agama sejak tahun lepas, selepas saya dapat jumpa kawan saya kembali."

Fahrin terus menyepi. Cuba menghadam situasi. Baru faham akan kejadian yang menimpa Hana selama ketiadaannya.

"Kamu tahu, mereka mengusir kawan baik saya. Supaya dia tidak beritahu apa-apa tentang saya. Mereka memaksa kawan baik saya berpindah, dan menanggung semua kos kehidupannya di tempat lain itu."

Terpana Fahrin dibuatnya apabila mendengarkan itu.

Keadaan berubah sepi sesaat dua.

"Maafkan saya." Ucap Hana.

Fahrin memandang Hana yang tulus mengungkap itu, tanpa sedikitpun berkalih dari Fahrin.

"Kalau saya ada dengan kamu dahulu, saya pasti akan tolong jernihkan hubungan kamu bersama wanita itu. Atau paling tidak, saya akan temankan kamu sehingga kamu reda. Supaya kamu tidak terasa sendirian. Supaya saya boleh menyokong kamu." Ujar Hana.

Air liur ditelan sebelum Hana menyambung lagi.

"Saya faham perasaan perit kehilangan. Sejak dahulu, sejak kakak saya tinggalkan saya, ketika kawan baik saya hilang tanpa khabar berita, ketika kehilangan ibu bapa saya. Saya belajar rasa itu."

Fahrin lama terdiam apabila mendengar semuanya.

Terus Hana memandang Fahrin kemudian.

"Saya harus mengetahui keberadaan kamu lebih awal, kan?" Soal Hana.

Mata mereka bertatapan.

Fahrin terus melarikan pandangannya. Umpama cuba menyembunyikan perasaan hati yang bakal terlihat melalui raut wajahnya.

"Kalau kau ada, sejauh mana kau akan temankan aku, huh? Macam mana kau boleh redakan perasaan aku?" Soal Fahrin dalam rendah nadanya, mendatar.

"Sejauh Abu Bakar sanggup bersama Nabi Muhammad hingga ke Gua Tsur. Seperti apabila dia sanggup membiarkan tubuhnya dipatuk ular hanya untuk membiarkan baginda lena dalam tidurnya."

Begitu tenang Hana katakan itu. Dia tersenyum lembut sambil mula mengalihkan pandangan, mencapai isi barangan dalam kotak Fahrin itu lalu turut diletakkan ke dalam bara api itu.

"Kamu tidak perlu menganggap saya isteri kamu. Saya tidak perlukan kamu menjaga saya seperti pasangan lain. Saya bahkan harus meminta maaf sebab menyusahkan kamu, membuatkan kamu terpaksa menikahi saya. Terpaksa bertanggungjawab atas saya."

Wajah Fahrin ditatap sebelum Hana menggariskan senyumannya. Lantas, tangan itu dibawa ke bibir Fahrin dan merenggangkan bibir itu untuk mengukir senyuman.

"Senyumlah macam dulu, hmm? Kamu tidak lihatkah senyuman kamu dalam semua gambar ini selebar mana? Tidak sedarkah betapa manisnya senyuman kamu? Dia tidak pernah memuji senyuman kamukah?"

Bibir itu terus dimain-mainkan. Fahrin tak pula melawan, bahkan hanya wajah Hana menjadi tatapan dalam kelunya.

Hana tertawa kecil sebelum bahu Fahrin dipeluk.

"Jangan risau, Fahrin Wildan. Kamu kan sudah bersolat. Orang yang bersolat dengan betul selalu dibantu Tuhan. Kamu kan Wildan, pemuda syurga? Itu kan maksud nama Wildan? Itu memang kamu." Kata Hana.

Tak lama kemudian, Hana terus bangun dan berlalu, meninggalkan Fahrin yang terkelu sendirian.

Apabila telah sendirian di dalam bilik, Hana terpandangkan sehelai surat doktor yang sengaja diletakkan di atas katil. Yang menunjukkan pengesahan tentang sakitnya.

Kertas itu dicapai lalu ditenung sekilas isinya.

Tatkala itu, dia terdengar ada ketukan perlahan di pintu.

Segera Hana menoleh dan terus menuju ke pintu. Kertas itu diletak tepi.

Apabila dibuka, dia terlihat Fahrin yang berdiri di hadapan pintu, memandangnya.

"Mahu apa?" Soal Hana dalam senyuman.

Namun, belum sempat dia berkata lanjut, Fahrin terus menarik tubuh Hana, memeluknya erat.

Berkedip-kedip mata Hana dibuatnya. Agak terkejut di situ.

Namun, itu akhirnya membuahkan segaris senyuman yang cukup lebar.

Pelukan dibalas. Leher Fahrin dirangkul mesra sambil belakangnya ditepuk-tepuk lembut.

"Semuanya akan baik-baik saja, hmm? Kamu tahu, kan?" Pujuk Hana.

Fahrin mengangguk perlahan. Terus dia merebahkan kepalanya ke bahu itu. Semakin erat memeluk Hana, meminjam kekuatan daripada perempuan itu.

Kerana dia mampu rasakan tenang dalam saat itu. Dan dia perlukannya.

Hana semakin menepuk-nepuk belakang itu lembut. Sambil matanya mula dipejamkan kemudiannya.

"Mrs. Hana, about the sudden temporary blank vision problem you have, and the result from the last check up you had last week, we've noticed that the complication you have is getting worse..."

"My eyes will never get better, you mean? B..but you said before, we can do something? After that temporary result?"

"I'm so sorry, Mrs Hana. We've tried our best so far. Your sight cannot be improved anymore. The treatment you take is not enough to help. We can only predict now that you'll be totally blind in a month. Or less."

Teringat akan khabar yang menyesakkan dadanya ketika di hospital tempoh hari, yang akhirnya dibalas dengan sepi yang panjang sebelum talian dimatikan. Langsung tak mengendahkan panggilan doktor dari dalam talian itu berkali-kali.

Lalu dia teringatkan saat doktor itu dihubungi lagi beberapa hari selepasnya.

"If I'm going to be blind, can I recover after that? Like...  I can see again?"

"I'm truly sorry, Mrs. Hana. There's no way you can see as usual again. It is permanent."

"How about donation? Or transplant to me?"

"I'm afraid that we can't do that. It's way too risky. Your eyes injured so badly, some parts had disfunctioned. Even when your corneas get replaced, chances are low for you to see as usual. You can still turn to blind in no time after surgery."

Ketika Hana membuka matanya, genang mula tercipta pada sudut anggota wajah itu.

Pelukan pada lelaki itu semakin dieratkan. Seolahnya meminta kekuatan dari lelaki itu sendiri.

Sambil dalam mindanya bermain-main dengan perkara lepas.

"Don't look for me anymore, Hana. Just take care of yourself."

"I'm sorry. Your parents had suffocated from excessive carbon monoxide. Their lungs had damaged. We failed to save them both."

"Doktor! Fahrin Wildan baik-baik saja, kan? S...saya tidak akan kehilangan dia, kan?"

Air liur ditelan. Fahrin semakin dirangkul kemas.

"It's better if you prepare yourself really well from now on. Because you can be permanently blind in sudden, without you even expect when. It just occurs."

Ya. Meski ada istilah 'tapi' yang kita harus terima,
tentang kehilangan demi kehilangan itu.

"Semuanya hanya akan baik-baik saja."

Lalu, air mata itu menitis jua.

-----------------------

Long update as an apology for the late. And Im gonna leave you guys for some time, nak jadi invisible sekejap hahahaha see ya (and sorry, too)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro