Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Part of me aches at the thought of her being so close yet so untouchable."
– Nicholas Sparks

———————————

PANDANGANNYA dihalakan kepada kereta milik Fahrin yang meluncur laju dan berhenti di hadapannya.

Segera Fahrin keluar dan menyambut Raihana untuk masuk ke dalam kereta.

"Masuklah." Pelawa Fahrin.

Raihana hanya menurut.

Fahrin yang mula masuk ke dalam perut keretanya kemudian mengetatkan tali pingangg keledar dan terus memandu keluar dari pekarangan apartment itu.

"Sorry, lambat datang. Hujan baru renyai pagi macam ni pun kereta dah bersesak." Kata Fahrin.

"Tak apa." Balas Raihana.

Fahrin tersenyum sebelum terus memandu.

Setelah sekian lamanya dia tak berhubungan dengan Raihana, akhirnya Raihana sendiri yang menghubungi Fahrin, mengajaknya keluar.

Mungkinkah, ini petanda bahawa Raihana akan kembali kepadanya seperti sediakala?

Fahrin tersenyum lagi, sendiri.

"Awak sihat?" Soal Fahrin sekilas memandang Raihana yang sedari tadi hanya memandang ke luar tingkap.

Raihana yang mengelamun mula tersedar dan memandang Fahrin.

"Sihat." Balasnya sepatah sebelum memandang ke luar tingkap lagi.

"Baguslah. Lama betul tak jumpa awak. Risau juga kalau awak ada masalah apa-apa." Ujar Fahrin.

Raihana hanya mendengar kata-kata Fahrin, tanpa membalas.

Suasana sepi seketika sebelum Fahrin berdehem kecil.

"Kita pergi tempat biasa yang selalu makan, borak-borak tu. Ok tak?" Soal Fahrin.

"Hmm. Ok je." Raihana memandang Fahrin sekilas dan mengukir senyuman nipisnya.

Fahrin terus memandu keretanya meredah pagi yang dibasahi renyai-renyai hujan di kawasan itu.

Raihana pula, masih termenung.

Hari ni, Daniel akan berangkat pergi. Pukul berapa, Raihana juga tak pasti.

Tak dia tahu yang Daniel sebenarnya berniat nak berpindah terus ke luar negara. Dan meninggalkannya sendirian di sini.

Daniel memang tak ada apa-apa perasaan terhadapnya, kah? Habis, yang selama ni begitu banyak masa Daniel habiskan bersamanya, hanyalah sebab nak jaga hati Raihana sajakah?

Raihana menghela nafas kecewa.

Sampai hati awak, Daniel.

Sampai saat sekarang, awak masih pentingkan diri sendiri.

Padahal, saya bukannya minta lebih. Awak hanya perlu katakan yang awak sayang saya, dan jujur, itu dah lebih memadai.

Saya cuma harapkan tiga kata itu, sebab itulah sepaling-paling mudah untuk awak buat.
Tapi awak masih taknak.

Dan awak habiskan masa beberapa bulan dengan saya, lalu awak terus pergi. Yang takkan kembali lagi.

Sampai hati awak.

Air matanya yang mula bertakung itu segera dipadamkan.

"Fahrin..." Panggil Raihana.

"Hmm? Ya?" Sahut Fahrin.

"Kalau saya terpaksa tinggalkan awak dalam beberapa tahun, adakah awak masih sayang saya lagi nanti?" Soal Raihana.

"Kenapa tanya macam tu? Awak nak pergi mana-mana ke?" Soal Fahrin pula.

"Tengah berfikir tentang 'kemungkinan' dan tanggapan orang lelaki." Balas Raihana.

Fahrin tersenyum sebelum mula mahu membuka mulut.

Sebelum juga, dia tiba-tiba teringat akan perkaitan soalan Raihana.
Yang ada kena mengena dengan Daniel, semestinya.

Terus Fahrin memilih untuk diam.

Raihana memandang Fahrin. "Awak tak tahu?" Soal Raihana.

Fahrin berfikir sejenak. "Hmm, of course, saya lupakan awak. Dan dah tak akan ada perasaan apa-apa pada awak. Out of sight, out of mind, kan?" Balas Fahrin.

Raihana terus terdiam apabila mendengar jawapan itu.

"Lelaki tak boleh faham perasaan perempuan sangat ke?" Soal Raihana.

Fahrin menarik nafasnya. "Nope. Tidak sama sekali."

"Kalau dia tak pernah ungkapkan yang dia sayangkan perempuan tu, maknanya dia memang tak pernah pun sayang? Bukan sebab lebih suka tunjukkan yang dia sayang berbanding cakap?" Soal Raihana.

"Tak. Kalau dia memang sayang, dia akan cakap dan dia akan buat." Balas Fahrin.

Raihana menelan liurnya pahit sebelum mengangguk-angguk faham.

"Oh." Ujar Raihana, perlahan.

Fahrin hanya mendengar keluhan hampa yang keluar dari bibir Raihana kemudiannya.

Sebelum kemudian, Fahrin sendiri yang mengeluh.

Kenapa awak sangat kecewa, Raihana?

Raihana terus mengelamun begitu sebelum tiba-tiba pesanan mesej diterimanya.

From Daniel.

Daniel?

Segera dia membacanya.

'So, berapa lama pakai gaun malam semalam? Hoho'

Raihana mencebik. Gila, bisik hatinya. Pantas, tangannya menaip.

"Takkan pakai sampai bila-bila."

'Oh, really? Then saya beruntunglah sebb dapat pakai sama-sama semalam!'

"Hmm, untung sangat."

'Alololo, Puan Raihana marah ke ni, hmm?'

"Mana ada."

'Marah sebab saya semalam tinggalkan Puan Raihana, eh?'

"Tk kuasa nk marah."

'Janganlah marah, bucuk. Saya ada benda nak beritahu ni.'

"Semalam kan dah cakap semua."

'Nope. Ada benda yang tertinggal.'

"Cakap je la. Apa dia."

'Saya dah tak duduk apartment tu. Saya pindah. Tadaaaaa. Surprise, kan?'

Raihana menjulingkan matanya ke atas. Dah agak.

"Oh, surprise la sangat. Eloklah pindah kat luar negara tu. Tak payah balik."

'Garangnya. Aumm.'

Bukannya nak pujuk ke, nak mintak maaf ke. Main-main pulak, lawak sangat ke?

Gatal pulak rasa tangan ni nak menampar si Daniel. Kalaulah ada depan mata, mesti dah lama berbekas pipi tu. Hish.

"Awak kalau takde bnda penting nak cakap, then just end it here."

Raihana sudah tidak mahu menunggu lagi. Makin sakit hatinya demikian. Daniel bukannya faham bahasa pun, fikirnya.

'Hmm, if so, next would be my last text.'

"Okay. Continue."

Jeda seketika. Raihana dengan sabarnya menunggu balasan itu.

Sebelum, mesej terakhir itu diterima dan terpapar.

'In case awak tak perasan or sedar or even tahu.

Saya sayang awak, Raihana.

I really do.'

Raihana terpempan. Mesej itu dibaca berulang kali. Dan, nampaknya dia memang tak silap.

Telefonnya berbunyi lagi, menandakan mesej baru masuk.

'Saya hanya cakap. Tak bermaksud nak ubah hati awak. Be happy always, hmm?'

Raihana bersandar lalu memejamkan matanya.

Liur itu ditelan pahit. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum melarikan bebola matanya yang mula bergenang ke luar tingkap.

"Rai? Awak ok?" Soal Fahrin.

Raihana memandang Fahrin, agak lama. Dengan matanya yang mula berkaca-kaca.

Fahrin terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Rai. Kenapa ni?"

Pandangan itu saling berbalas.

"Fahrin. Sorry, Fahrin. Sorry untuk semuanya."

"Sorry? Kenapa?" Soal Fahrin.

Raihana tak membalas. Hanya merenung wajah Fahrin dengan pandangannya yang semakin kabur dek air mata itu.

Fahrin melihat Raihana sekilas sebelum ternampak telefon pintar di atas riba Raihana.

Telefon pintar itu diambil lalu perbualan terakhir itu dibaca.

Usai membaca, dengan gamamnya, Fahrin membetulkan posisinya dan terus memandang ke hadapan, tidak lagi menatap Raihana.

"Fahrin, sorry. Saya nak jumpa Daniel. Dia dah nak fly. Tolong bawa saya jumpa dia."

Fahrin hanya membatu.

"Saya nak jumpa dia, Fahrin. Please! Saya merayu pada awak! Saya nak jumpa Daniel!"

Fahrin masih lagi begitu.

"Fahrin!"

"No, Rai! No!" Fahrin mula menjawab kasar kemudiannya, menimbulkan bungkam Raihana.

Fahrin memandang Raihana, tak puas hati.

"Boleh tak awak stop cakap pasal Daniel? Awak pernah tak fikir perasaan saya bila awak asyik fikirkan Daniel depan saya? Kalau awak nak jumpa dia, jangan mintak tolong saya!" Suara Fahrin mula terlontar kuat.

Raihana terkedu seketika sebelum dia mengangguk-angguk. Dilihatnya Fahrin yang bagai menahan amarahnya di situ.

Raihana menarik nafas sedalam yang mungkin. Tak mahu menjadi sebak di hadapan Fahrin yang kelihatan sangat mencuka itu.

"At least, bila Daniel tengking saya dulu macam awak buat sekarang, sebab dia taknak saya terluka pada masa akan datang." Kata Raihana, kecewa.

Fahrin tersentak. Dia menoleh memandang Raihana perlahan-lahan.

Raihana lantas mengambil telefon pintarnya dan terus keluar dari perut kereta itu, tanpa memandang Fahrin lagi.

Sempat juga Fahrin terdengar Raihana yang mula menghubungi teksi ketika di berada di luar keretanya.

Dari jarak itu, air muka Raihana jelas berubah sama sekali. Menjadi cuak dan gelabah. Tak sedikitpun dia peduli akan hujan renyai yang mula bertukar hampir lebat.

Fahrin terus keluar. Dilihatnya Raihana yang terus tercari-cari aplikasi e-hailing.

"Buat apa ni?" Soal Fahrin.

Raihana hanya menjeling Fahrin tajam sebelum terus menunggu jawapan panggilannya.

Fahrin lantas merampas telefon pintar milik Raihana dan mematikan talian itu.

"Awak tahu tak, buang masa je awak call bagai ni? Daniel dah tak lama kat airport tu!" Kata Fahrin.

Raihana mengetap bibirnya. Telefon pintar itu cuba dirampas kembali namun gagal. Malah, Fahrin segera mencapai lengan Raihana yang beralas itu dan menariknya masuk ke dalam kereta.

Raihana yang terkejut dengan tindakan Fahrin itu mula berangin. Namun, baru sahaja dia menghambur keras, Fahrin sudah memusingkan stereng keretanya. Berpatah balik.

Kereta itu dipecut laju dengan kelajuan yang sememangnya tak selamat mengikut undang-undang. Sampaikan Raihana sendiri tak mampu bersuara kerana kecut perut dengan kelajuan itu.

Gila! Bentak Raihana dalam hati.

"Awak nak bawa saya pergi mana? Saya nak jumpa Daniel la!" Akhirnya terdengar suara Raihana memarahi Fahrin.

Fahrin tak membalas. Pemanduannya semakin laju dan hampir jua tidak terkawal.

Raihana lantas bertindak agresif. Tangannya mula mencapai pintu kereta sebelum Fahrin lantas menghalangnya dengan sebelah tangan.

"Awak diam je, boleh tak!" Begitu kasar Raihana dimarahi.

Terkejut juga Raihana dengan suara Fahrin demikian. Pertama kali ditempelak.

Fahrin memandang Raihana sekilas.

"Please, diam sekejap. Saya tahu saya nak buat apa." Suara itu berubah kendur apabila melihat reaksi Raihana demikian.

Raihana mengetap bibirnya dan memeluk tubuh. Pandangannya terarah kepada telefon bimbit miliknya.

Raihana terasa sebak tiba-tiba. Mana mungkin dia sempat berjumpa Daniel sekarang. Dia pun tak tahu Fahrin nak bawa dia ke mana.

Matanya dipejamkan, seolahnya mengharapkan keajaiban. Pandangannya kemudian dilemparkan ke arah luar tingkap dengan matanya yang berkaca-kaca itu.

Sebelum kemudian, dia terlihat papan tanda yang terpapar besar itu.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

------------------

DANIEL duduk di salah satu kerusi itu. Sejak tadi.

Mesej yang dihantarnya itu dilihat buat kesekian kali. Dan, sekian lamanya menunggu, masih tiada jawapan daripada Raihana.

Nampaknya itu sememangnya mesej yang terakhir.

Daniel bersandar sebelum tersenyum sendiri. Tersenyum pahit.

Tak apalah. Sekurang-kurangnya Raihana dah baca, hatinya cuba menenangkannya.

Itupun kalau dia nak baca, kan?

Dia mula bangun dan ingin menuju ke tempat check-in. Menyerahkan semuanya pada takdir dan nasib. Berserah diri dan hidupnya pada takdir.

Sebelum, tiba-tiba dia rasakan sesak pada dadanya.

Dan sesak itu mula berubah menjadi pedih yang teramat.

----------------

RAIHANA hanya memandang wajah Fahrin yang ketat itu. Tak sanggup pula mahu bertanya. Takut mengamuk lagi teruk lelaki di sebelahnya itu.

Sesampainya mereka di tempat itu, kereta terus diberhentikan.

Fahrin menarik nafas panjang, masih lagi tidak memandang Raihana. Jam di tangannya direnung sekilas.

Raihana juga hanya membatu di situ. Bagaikan menunggu kata dari Fahrin.

"Awak masih ada masa lagi." Kata Fahrin, masih tak memandang Raihana.

Raihana memandang Fahrin perlahan-lahan.

Fahrin menyambung. "Pergi."

Raihana terkejut seketika mendengar arahan itu.

Fahrin kemudiannya menoleh kepada Raihana.

"Pergi sebelum saya tukar fikiran saya dan bawa awak pergi lebih jauh dari dia." Kata Fahrin yang terus berpaling kemudiannya.

Mata Raihana berkaca-kaca. Terharu.

Tanpa berlengah, dia lantas keluar dan menuju ke pintu masuk itu.

Fahrin hanya memerhatikan susuk tubuh itu dengan ekor matanya.

Fikirannya mula diterjah dengan soalan yang Raihana lontarkan tadi.

Dia menelan liurnya perit.

"Saya masih tak rela lepaskan awak pada dia. Walaupun awak memang akan bahagia bila dengan dia."

Fahrin tertunduk, menelan perasaannya.

"Saya tak mampu bila tengok awak dengan dia, Rai."

Nadanya bergetar apabila mengucap itu.

"Sebab saya pun... sayang awak macam dia."

---------------------

MATANYA memandang sekeliling.

Rasa sakit dada itu masih lagi sedaya upaya ditahannya.

Segera ubatannya dikeluarkan lalu ditelan apa yang ada.

Daniel mencengkam kuat dadanya sebelum terus bangun.
Namun, langkahnya mula bagaikan hilang imbangan.

Dia akhirnya hanya berdiri di tengah orang ramai, cuba menarik nafas sedalamnya dan bertenang sebolehnya.

Allah, sakitnya. Bisik Daniel dalam hati.

Telefon pintarnya lantas dicapai, mahu menghubungi Doktor Zaid. Namun, sakitnya bagai menghalang tindakan itu.

Daniel meredakan dirinya. Dada diurut lembut. Agak lama, dia kembali berdiri. Mula menarik bagasinya dan berlalu.

Ketika sedang berjalan, tiba-tiba dia terlihat satu susuk yang bagai tercari-cari seseorang, melintasinya tanpa sedar.

Raihana?

Daniel hanya memerhatikan susuk yang bagaikan tak tentu hala itu. Yang akhirnya, Raihana hanya berdiri di situ, memandang sekelilingnya.

Dan sememangnya, jarak yang jauh ditambah dengan keadaan Raihana yang membelakanginya membuatkan Raihana tak sedikitpun sedar akan kehadiran Daniel di situ.

Mata Daniel tiba-tiba bergenang melihat Raihana.

Telefon pintar dikeluarkan. Daniel lantas mendail nombor Raihana.

"Daniel?" Pantas Raihana memanggil namanya seketika talian disambungkan.

"R..Raihana.."

"Saya ada kat sini, Daniel. Tapi saya tak jumpa awak. Saya tak tahu saya kat bahagian mana. Jangan pergi lagi, Daniel. Saya nak jumpa awak." Pinta Raihana.

Daniel memejamkan matanya seketika sebelum dia mula menggerakkan kakinya, mendekati Raihana.

"Daniel? Awak masih kat sana ke?" Soal Raihana.

Daniel hanya diam.

"Daniel? Hello? Daniel!"

Raihana yang sedang berada di talian itu seketika terasa talian dimatikan. Telefon bimbit itu dilihat sekilas. Seketika dia mencuba untuk menghubungi lagi, panggilan itu tidak diangkat.

"Ya Allah.." Ucap Raihana sendiri.

Matanya memandang sekelilingnya. Bibirnya digigit, memikirkan tempat mana yang harus ditujunya.

Kakinya mula melangkah melewati kawasan itu. Namun, tiba-tiba dia terasa namanya dipanggil.

"Raihana." Bahu Raihana ditarik.

Raihana lantas menoleh. Tergamam Raihana apabila melihat Daniel sudah berada di hadapannya kini.

"D...Daniel?" Panggil Raihana.

Daniel mengangguk tanda menyahut. Wajahnya dimaniskan. Tangan diangkat.

"Hai..?" Sapa Daniel.

Raihana yang melihat Daniel kini berdiri di hadapannya menjadi sebak melihat Daniel.

"Daniel..." Panggil Raihana lagi.

Serta merta, Raihana menghela nafas lega sambil mengurut dada dan cuba membetulkan nafasnya.

"Berlari ke?" Soal Daniel.

Raihana menarik nafas yang panjang sebelum menjeling Daniel.

"Ye la. Kalau tak, mana sempat jumpa." Balas Raihana.

Daniel tersenyum. "Kenapa cari saya?" Soal Daniel.

Raihana memandang Daniel agak lama sebelum mengangkat sekejap telefon bimbitnya.

"Betul ke apa yang awak hantar tadi?" Soal Raihana.

"Hantar apa?" Sengaja Daniel berpura-pura bertanya.

"Text tu."

"Text yang mana?" Soal Daniel.

"Ish. Jangan la main-main."

Senyuman Daniel melebar. "Kalau ya, kenapa?"

Raihana menatap wajah Daniel sedalamnya. Entah kenapa, tiba-tiba dia terasa sayu apabila mendengar jawapan itu.

"Kenapa pandang macam tu?" Soal Daniel.

Raihana mengetap bibirnya. "Awak bila balik sini?" Soalnya, gundah.

Daniel mengangkat bahunya. "Depends."

"Kenapa depends? Awak kenapa tak cakap awak memang nak pindah terus ke luar negara? Awak kenapa terus pergi macam tu je?" Soal Raihana.

Daniel mengangguk-angguk kecil, bagaikan berfikir. Sengaja demikian. "Hmm, kenapa nak kena beritahu orang lain?" Soal Daniel.

"Lepas awak cakap yang awak sayang saya, awak nak lepas tangan macam tu je? Awak tak boleh ke bertanggungjawab sikit dalam rumah tangga kita? Sikit pun tak boleh?" Soal Raihana, terasa kecewa tiba-tiba.

Daniel memandang wajah Raihana, agak lama. Terasa juga segenap hatinya melihat nada Raihana yang serta merta berubah itu.

Terasa kasihan. Dan rasa bersalah.

Tapi Raihana,

Kalau saya beritahu, awak akan masih pilih saya ke?

Kalau saya cakap, awak boleh terima ke semua sebabnya?

"Kenapa diam? Awak taknak cakap sesuatu? Awak memang nak terus pergi macam tu je? Awak tak suka ke saya....."

Secepat itu, Raihana terasa tubuhnya ditarik. Sekelip mata, dia terasa hangat tubuh Daniel yang memeluknya.

"Sorry." Ucap Daniel.

Raihana memejamkan matanya.
Menahan sebaknya.

"Kenapa awak taknak lepaskan saya, Daniel? Kenapa jugak, awak nak tinggalkan saya?" Soal Raihana, luluh.

Daniel menahan genang matanya.

Hanya pelukan itu dieratkan. Dan semakin erat apabila dia terasa Raihana membalas pelukannya.

Kepala Raihana diusap.

Sebab saya sayang awak, Raihana. Saya taknak putuskan hubungan kita sebab saya sayangkan awak.

Saya putuskan untuk terus berpindah supaya awak takkan desak saya untuk berpisah lagi.

Raihana, saya berat hati nak lepaskan awak pada Fahrin. Walaupun jujur, saya tak mampu jaga awak macam dulu. Sebab saya sakit.

Saya sakit teruk, Raihana. Dan sukar bagi saya nak cakap semua ni, sebab saya taknak awak susah hati.

Dah cukup ramai susah hati sebab saya sakit. Dah cukup ramai yang saya susahkan sebab sakit saya ni. Saya dah terlalu putus asa sebab saya selalu buat semua orang hancur hati sebab saya.

Dan saya taknak awak pun rasa benda yang sama. Awak tak patut rasa semuanya.

Raihana, macam mana saya nak beritahu awak semua ni?

Daniel menarik nafas sedalamnya.

"Raihana, saya kan kerja. Kenapa susah hati sangat ni, hmm?" Pujuk Daniel, cuba bersahaja.

"Sebab awak kata awak taknak balik. Awak nak pindah terus kat sana."

"Bila masa?" Soal Daniel.

"Barang-barang awak kat apartment tu, semua dah tak ada." Balas Raihana.

"Saya kan sewa apartment tu. Mestilah tak boleh tinggal lama." Balas Daniel.

"Habis tu, awak taknak bawa saya sekali ke?" Soal Raihana.

Daniel tergamam seketika. Pelukan dijarakkan.

"Awak kata awak nak pergi lama. Kalau awak sayang saya, kenapa awak tak nak bagi saya ikut?" Soal Raihana apabila menatap wajah Daniel.

Daniel tersenyum nipis sebelum menggeleng. "Sebab tak boleh."

"Tapi kenapa?"

"Hmm, sebab awak kan ada Fahrin. Takkan nak bawa dia sekali?"

Bersahaja, namun mengukir pedih Daniel dalam masa yang sama.

Raihana terkelu. Teringat akan saat di butik itu.

"I'm going to Fahrin."

Segenap rasa bersalah menerjah ruang hatinya.

Daniel tersenyum melihat Raihana demikian.

"Saya pernah kata, kita ada cara yang lebih baik dari cerai untuk berpisah, kan?" Kata Daniel.

Raihana hanya menatap wajah Daniel, mendengar dengan teliti ayat Daniel itu. Pandangan dilarikan.

Perlahan, dia mengangguk.

Daniel mendekati Raihana. Kepala Raihana digosok.

"It won't be long. I promise." Kata Daniel.

"Saya tak faham pun ayat awak tu sebenarnya, tau tak." Kata Raihana.

Daniel tergelak kecil.

"Nanti awak faham la." Balas Daniel.

Raihana mencebik.Mukanya cukup mencuka.

"Bila nak balik sini?" Soal Raihana.

"Soon."

"Soon tu bila? Esok pun soon jugak." Balas Raihana.

"Hmm. Kalau macam tu, esoklah."

Raihana memandang Daniel. "Pembohong." Ujarnya.

Daniel ketawa sebelum dia mendekati Raihana lebih dekat. Pinggang Raihana dipeluk.

Raihana tak pula menolak. Malah, dia hanya membiarkan.

"Be happy, hmm?" Ucap Daniel.

"Tahu la."

"Jangan call, tau." Kata Daniel.

Raihana mengangkat keningnya.

"Kenapa?"

"Sebab saya tak tahu saya boleh angkat ke tak."

"Sibuk sangat ke?"

Daniel mengangguk. "Hmm."

Raihana diam sambil tertunduk. Menahan sebaknya.

"Tak apa. Saya bukannya nak call awak pun." Kata Raihana. Nada suaranya dikawal.

Daniel tersenyum melihat Raihana demikian.

"Terima kasih. Saya tak sangka awak sanggup datang." Ucap Daniel.

Raihana hanya mendiamkan diri.

Daniel mengelus tangan Raihana. Deheman dilepaskan kecil.

"Saya tak bermaksud nak gantung awak." Ujar Daniel.

"Habis tu, apa? Nak balas dendam sebab saya tinggalkan awak dulu?" Soal Raihana, pantas.

Daniel tersenyum sebelum menggeleng.

"Asyik marah je. Datang bulan ke ni?" Usik Daniel.

Raihana tak menjawab. Hanya sebelah tangannya pantas mencubit lengan Daniel.

Daniel ketawa sekejap sebelum menatap wajah Raihana sedalamnya.

Raihana menarik nafas dalamnya.

"Saya teringin nak tahu sesuatu." Kata Raihana.

"Hmm? Apa dia?"

Raihana menatap wajah Daniel.

"Awak tak rasa apa-apa ke bila saya dengan Fahrin? Kalau saya betul-betul bersama dia balik, awak akan rebut saya ke? Atau awak akan tetap biarkan saya pergi?"

Daniel terkelu seketika.

Mata itu hanya memandang Daniel tepat. Dan, sebak Raihana mula hadir tanpa diundang.

"Daniel, apa yang sebenarnya buatkan awak nak berpisah dengan saya dulu?" Soal Raihana buat kesekian kalinya.

"Saya jahat ke? Saya sakitkan hati awak ke dulu? Sekarang, awak masih terasa hati ke sebab saya tinggalkan awak dulu?" Soal Raihana lagi.

Mata Raihana mula berkaca-kaca.

"Kita tak boleh bersama sekarang sebab Fahrin ke? Ke sebab serik dengan masa lalu?"

Daniel masih begitu. Hanya berdiri. Tak menyangka soalan itu keluar dari Raihana.

Sedang mereka hanya berdiri memandang satu sama lain, pengumuman mula dikeluarkan.

"Saya kena pergi." Daniel mula memusingkan tubuhnya.

Tangan Daniel itu digenggam erat.

Daniel memandang Raihana yang mula berkaca-kaca matanya.

"At least, jawab satu pun tak apa." Kata Raihana, bagaikan berharap.

Daniel tersenyum. "Soalan awak banyak sangat. Nanti saya call, saya jawab, okay?" Sengaja dia menyembunyikan perasaannya.

Daniel mula mahu menarik tangannya.

"Daniel." Tangan itu ditarik kembali.

Daniel terhenti.

"Saya tarik balik kata-kata saya nak bersama dengan Fahrin, dan bagi awak peluang. Kita..kita mulakan semuanya balik. And even kalau awak memang kena pergi sekarang, awak izinkan saya ikut awak nanti. Atau awak yang datang pada saya balik secepat mungkin." Ujar Raihana.

Daniel yang masih tak memandang Raihana lantas menarik nafas panjang, melarikan pandangannya.

Betapa sukarnya dia mendengar semua ini.

"Kalau awak pergi tanpa setuju, saya anggap awak tak sayang saya. Saya akan anggap semua yang awak pernah buat, hanya untuk ambil kesempatan atas status saya sebagai isteri yang awak tak pernah anggap pun ni." Tambah Raihana.

Daniel memejamkan matanya. Menahan ledak jiwanya.

"Raihana, biarkan dia pergi."

Tiba-tiba kedengaran satu suara di dari belakang Raihana.

Fahrin kemudiannya berdiri di sebelah Raihana. Raihana lantas memandang wajah Fahrin.

"Biarkan dia pergi." Ulang Fahrin.

Daniel yang pada mulanya terkejut dengan kehadiran Fahrin itu akhirnya tersenyum nipis. Tatkala dia memandang Raihana yang juga perlahan-lahan membalas pandangan itu, tangannya ditarik perlahan dari pegangan Raihana.

Daniel terus berlalu pergi.

"Daniel!" Panggil Raihana yang mula mahu mendapatkan Daniel.

Fahrin segera menghalang gerak langkah Raihana.

"Biarkan, Rai! Biarkan dia pergi! Kalau dia betul sayangkan awak, dia takkan tinggalkan awak, apa pun caranya, faham tak!" Sengaja nada Fahrin kuat dilaungkan agar ditangkap oleh pendengaran Daniel.

Daniel buat-buat tak peduli. Dia terus berjalan.

Hati Raihana mula berkecamuk mendengar itu. Tak terdaya lagi untuk memanggil Daniel yang semakin menjauh daripadanya.

Mulutnya ditekup, cuba menahan gelora perasaannya.

Bayang Daniel hanya dilihat dengan kecewanya.

Daniel, untuk sekali, please.

Patah balik. Cakap yang awak setuju. Cakap yang awak nak bersama saya balik.

"Dia takkan pandang awak lagi, Rai. Tak kira berapa kali pun awak panggil dia. Dia takkan hargai awak yang sanggup susah payah datang sini. Tak kira macam mana pun, dia takkan termakan dengan pujukan awak." Ujar Fahrin.

Hati Raihana bertambah-tambah terluka mendengar ayat itu.

Bayang Daniel dilihatnya makin jauh. Menimbulkan sesak jiwa Raihana yang makin pedih.

Awak tak sayang saya, Daniel.
Awak tak pernah sayang saya sebenarnya.

Daniel, kenapa awak buat saya macam ni?

Perlahan-lahan, dia berpaling. Mengambil jalan yang bertentangan dengan Daniel, semestinya.

Esaknya cuba ditahan agar tidak terhambur semuanya di kawasan awam itu.

Sampai hati awak, Daniel.

Fahrin yang masih berdiri di situ, menatap sekilas tubuh Daniel yang kemudiannya hilang dalam sesak orang ramai sebelum dia berpaling, mengikuti Raihana yang sudah pun berjalan pergi itu.

Daniel pula, masih berjalan dengan lemahnya. Memikirkan kata-kata Raihana, dan juga soalan-soalannya sebentar lagi.

Terdetik juga di hatinya, adakah perlu dia meneruskan perjalanan ini?

Apa gunanya dia meneruskan langkah ini sebenarnya?

Sedang demikian, Daniel terasa hidungnya panas.

Segera jarinya dibawa ke hidung, mengesat cecair yang mula mengalir perlahan dari hidungnya.

Dia meneruskan perjalanannya. Lebih perlahan dari sebelum ini.

Sakit dada tadi mula mencucuk dengan kuatnya. Memaksa Daniel untuk berhenti di situ.

Adakah sakit ini, kerana dia terluka mendengar rayuan Raihana atau sememangnya sakit kerana kanser itu? Daniel tak pasti.

Kerana rasanya bagaikan sama sakit. Sama tak tertanding.

Daniel terbatuk kuat, menahan pedih dadanya yang semakin menjalar itu.

Tatkala itu, dia mula terasa pandangannya kelam.

Dan secepat itu, Daniel terus tumbang.

Tuhan, masa aku, sudah berpenghujungkah?

Kau mahu ambil nyawaku sekarang, kah?

Aku dah bersediakah?

Raihana. Mana Raihana? Raihana lihatkah keadaannya ini?

Daniel terasa tubuhnya terbaring lemah di atas lantai itu. Bagaikan mahu merehatkan tubuhnya di situ.

Sakitnya makin terasa.

Namun, harus dia akur akan sesuatu.

Masa dia yang dipinjamkan Tuhan akan berakhir tatkala itu. Dia tahu.

Mata itu terpejam.

Dan, inilah penamatnya. Penamat untuk jiwa Daniel yang dipinjam Tuhan.

Betapa sekejapnya masa yang pernah diberikan untuknya melihat dunia. Melihat isterinya.

Serasanya baru tadi dia berjumpa Raihana, menatap wajah sugul itu. Dan kini, dia akan meninggalkan Raihana buat selama-lamanya pula.

Tapi, sekurang-kurangnya, Raihana tak akan lihat semuanya.

Raihana tak akan tahu sakitnya. Raihana tak akan nampak betapa dia bertarung dengan dirinya.

Yang Raihana kenal, hanyalah Daniel yang pernah berjiran dengannya dan yang sering menganggu Raihana saban hari. Yang selalu menemaninya melihat langit malam.

Darah terus mengalir tanpa henti. Daniel mula mengucap kecil.

Tuhan, jagakan Raihana. Dia isteriku.

Dan aku cintakannya.

Jagakan Tuhan, kerana aku suaminya, dan aku tak mampu menjaganya lebih lama. Kerana khilaf aku sebagai suaminya, aku lukakan dia.

Jagakan dia, Tuhan. Bahagiakan dia.

Bahagiakan isteriku. Aku mohon.

Kau hadirkanlah untuk dia seseorang yang mampu menjaganya dengan lebih baik.

Tuhan, sampaikan maaf aku buatnya. Bahagiakan dia.

Aku hanya ingin dia bahagia.

Daniel mengucap lagi dalam nafasnya yang mula tak teratur itu.

Sakit. Ini memang bagaikan penyiksaan buatnya.

Sejauh mana aku mampu bertahan lagi, Tuhan?

Dalam keriuhan orang ramai yang mula mengerumuni, dan beberapa pengawal yang mula berpusu-pusu mendapatkan Daniel.

"Encik! Encik!"

Dalam berhempas pulas melawan sakitnya,

Daniel tinggalkan semuanya.

Meninggalkan semua di belakangnya, tanpa berpaling lagi.

Meninggalkan Raihana dengan cinta yang Raihana sendiri tak akan tahu betapa banyaknya yang telah Daniel curahkan.

Meninggalkan dunia sementara yang hanya menjadi saksi tentang perjuangannya melawan sakitnya sendiri.

Daniel akur. Dia terima semuanya.

Mungkin, hidup tentang mereka berdua, memang bukan tentang kisah pengakhiran yang bahagia.

Mungkin, hidup mereka untuk bersatu terpaksa dikuburkan, kerana semuanya adalah sebahagian dari cerita.

Dari hanya sebuah cerita biasa.

-------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro