Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"I wore your promise on my finger for one year. I'll wear your name on my heart till I die.
Because you were my boy, you were my only boy forever."
– Coco J. Ginger

————————-

DALAM kesunyian bilik itu dengan mata yang terpejam, Daniel mula tersedar dari lenanya yang panjang itu.

Seketika telinganya menangkap bunyian sekeliling, terdetik juga di hati kecil Daniel.

Tuhan, aku masih hidupkah? Bisiknya sendiri.

Daniel mula mendengar sayup-sayup kedengaran alunan bacaan suci itu.

Itu suara yang dia kenal. Dia memang kenal.
Tapi betulkah itu dia?

Aku memang masih hidupkah?

Kalau ya, lalu kenapa dunia ini masih terasa gelap?

Daniel menggagahkan dirinya untuk membuka matanya. Namun gagal. Bibirnya pula diusahakan untuk dibuka, namun tidak berjaya. Semuanya terasa berat.

Akhirnya, dengan sepenuh kudrat yang ada, Daniel menggerakkan jarinya. Memberi isyarat bahawa dia sudahpun sedar.

Bacaan suci itu terhenti sebelum Daniel terdengar namanya dipanggil.

"Daniel?"

Raihana bingkas bangun dan mendekati tubuh Daniel.

"Daniel? Awak dah sedar?" Raihana terus menyentuh pipi Daniel.

"Uhh..." Hanya itu yang mampu dikeluarkan Daniel, menandakan dia sangat lemah.

Raihana terus keluar dan memanggil doktor. Meluru masuk doktor dan beberapa jururawat ke katil Daniel.

"Sekejap ya, Puan. Kita nak periksa tubuh badan pesakit dulu." Kata jururawat itu sebelum menutup langsir.

Raihana hanya mengangguk dan menunggu di balik tabir langsir itu. Hingga kemudian, Doktor Zaid dan jururawat menyudahkan pemeriksaan ke atas Daniel.

"Doktor, dia ok ke?" Soal Raihana, gusar.

Doktor Zaid tersenyum lebar. "Alhamdulillah. Keadaan Daniel stabil."

Raihana mengucap nafas lega. "Syukurlah." Ujarnya, penuh perasaan.

Doktor Zaid masih tersenyum, turut berasa teruja akan itu. Siapa sangka, Daniel masih mampu tersedar setelah sekian lamanya terlantar begitu.

"Tapi ada baiknya kita biarkan dia berehat dulu. Dia masih perlukan kawalan. Nanti, pihak hospital akan datang periksa dia dengan lebih lanjut." Kata Doktor Zaid.

Raihana mengangguk, tanda faham.

"Thanks." Ucap Raihana.

Doktor Zaid hanya mengangguk sebagai membalas dan terus beredar bersama jururawat yang membantunya tadi.

Raihana pantas mendapatkan Daniel.

"Daniel..." Kepala Daniel diusap lembut. Berkaca-kaca mata Raihana melihat Daniel yang sudahpun tersedar itu. Tanda terharu.

Dalam hatinya, tak sudah-sudah mengucap syukur.

"H..Hana.." Halus Daniel memanggilnya, bagaikan berbisik. Tangannya meraba-raba, mencari tangan Raihana untuk disentuh.

Raihana mengambil tangan itu lalu digenggamnya.

"Saya kat sini." Sahut Raihana. Daniel memandang wajahnya.

"S..Sorry.." Ucap Daniel, perlahan.

Raihana menggeleng-geleng.

"Tak apa. Awak rehat je, hmm?" Pinta Raihana yang mengusap kura tangan Daniel itu, lembut.

Daniel mengangguk perlahan. "Stay..." Pintanya, halus.

"Hmm. Tidurlah. Saya teman awak." Dahi Daniel diusap pula.

Daniel yang merasakan sentuhan itu, terus melelapkan matanya kemudian.

--------------------

KETIKA dia membuka matanya. suasana yang sepi itu diamatinya. Sekeliling itu diperhatikan dan diamati.

Dia melihat ruang bilik yang sunyi itu. Kosong, putih dan tak berhias. Dia kemudian memandang pula wayar yang disambungkan ke tangannya.

Tahulah dia bahawa dia masih di hospital.

Dia melihat tubuhnya yang berselirat dengan wayar itu. Dan juga mesin pengimbas nadi.

Begitu parahkah dia sekarang? Daniel juga tak pasti.

Matanya dipejamkan.

Serasanya tadi, bagaikan ada Raihana yang menemani sisinya. Bagaikan dia terdengar alunan ayat suci Al-Quran dari wanita itu.

"Tidurlah."

Raihana juga yang memintanya berehat tadi, bukan?

Tapi, mustahil. Raihana tak tahu aku sakit. Mustahil dia ada kat sini.

Daniel memejamkan matanya lagi sekali. Sebelum dengan sepenuh kudratnya, dia cuba untuk bangun. Namun gagal. Bisanya mula terasa.

Ya Allah, kenapa terasa lemah sangat ni, bisik hatinya.

Daniel memandang sekeliling. Cuba mengingat hari terakhir sebelum dia sedar. Namun tidak berjaya.

Yang dia ingat, ada satu suara yang sempat memanggilnya sebelum dia terlelap sekian lamanya.

Itu Raihana, bukan? Suara tempoh hari, adalah suara Raihana, kan?

Tapi, mana Raihana?

Ke, semuanya memang cuma mimpi?

Daniel menggagahkan diri, cuba mengangkat tangannya. Memerhatikan tiub wayar yang bersambung di kura tangan itu. Tangan itu dibelek-belek sebelum dijatuhkan perlahan ke sisi.

Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin. Apabila dia mula terasa sakit, segera nafasnya dihembus melalui mulutnya. Matanya dipejamkan kemudian.

Masih sakit. Tak berubah.

Tiba-tiba dia teringatkan Raihana. Sebelah hatinya kuat mengatakan bahawa Raihana sudahpun datang ke sini. Namun sebelah lagi hanya menidakkan.

Dia memandang siling itu, sepi.

Daniel, ini bukan kali pertama kau pengsan macam ni. Dan ini juga bukan kali pertama kau andaikan Raihana di sisi kau, membayangkan yang dia menemani kau.

Daniel menarik nafas, terasa sedikit kecewa apabila mengenang itu.

Teringin rasanya mahu Raihana berada di sampingnya tatkala begini. Mahu sekurang-kurangnya Raihana bertanya sama ada dia ok atau tidak. Sekurang-kurangnya, Raihana bertanya.

Tapi ini bukan salah Raihana.

Ya Allah, Daniel. Kenapa kau teringatkan Raihana tiba-tiba ni?

Agak lama Daniel termenung begitu. Masih cuba memaksa dirinya untuk bangun. Lenguh juga berbaring sekian lamanya. Namun, sejujurnya, dia juga masih tidak kuat lagi untuk bergerak.

Dia menyentuh bahagian bawah hidungnya. Ada wayar yang disambung ke dalam hidungnya. Sebagai bantuan pernafasan.

Dalam hatinya, mula mengiyakan parah yang dia alami. Mungkin dia sudah separa nazak. Mungkin dia memang betul-betul kritikal.

Tapi, macam mana pula dia boleh masih sedar begini? Aneh.

Sedang demikian, dia terasa pintu bilik itu dibuka.

Daniel lantas berpaling memandang pintu itu. Sebelum dia mula tergamam apabila melihat susuk tubuh yang baru masuk ke dalam bilik tersebut.

"Daniel?" Raihana juga terkejut melihat Daniel yang sedang menoleh, memandangnya.

Daniel semakin gamam mendengar suara itu.

Ini...mimpi lagikah?

Raihana dengan pantasnya mendapatkan Daniel lalu duduk di sisi lelaki itu.

Daniel masih memandangnya demikian, agak lama. Sebelum tangan Daniel perlahan-lahan diangkat, menyentuh pipi Raihana.

"H...Hana?" Soal Daniel dalam rendah suaranya. Tanda masih tidak berapa kuat.

Raihana mengangguk-angguk dengan matanya yang berkaca-kaca.

Betapa rindunya dia dengan panggilan Daniel yang satu itu.

"Hmm. Ini Hana, Daniel. Isteri awak." Balas Raihana sebelum tangan Daniel yang berada di pipinya disentuh dan diusap lembut.

Mata Daniel tiba-tiba bergenang.

Ini bukan mimpi.

Raihana mengusap kepala Daniel sebelum sebelah tangan Daniel yang lainnya diraih.

"Awak ok?" Soal Raihana, lembut.

Daniel mengangguk. Raihana hanya tersenyum kemudian.

Wajah Raihana itu diperhatikan lagi.

Daniel mencuba sedaya upaya untuk membuka mulutnya. Mahu berkata sesuatu. Namun segera Raihana menghalang.

"Syhh. Jangan banyak cakap. Awak baru sedar. Rehat je, hmm?" Soal Raihana.

Daniel tak membalas apa-apa. Hanya tangannya mencari tangan Raihana lalu digenggamnya. Memastikan dia bukannya bermimpi.

Tangan itu disambut. Raihana mengelusnya perlahan sebelum tersenyum lagi.

Petang itu, tidak ada apa-apa pun yang mereka bualkan. Hanya saling bertatapan sekian lamanya, sebagai meluahkan rindu dalam lubuk hati masing-masing.

---------------------------

KETIKA Raihana bangun dan melipat sejadah juga telekungnya, dia terlihat Daniel yang juga usai dari solatnya, memerhatikan geraknya melalui ekor matanya.

Raihana lantas membetulkan tempat pembaringan Daniel.

"Selesa?" Soal Raihana. Daniel mengangguk.

Raihana duduk di sisi Daniel. Selimut Daniel dibetulkan.

"Awak ada nak apa-apa tak?" Soal Raihana.

Daniel menggeleng kecil.

Raihana segera mendapatkan Daniel semula setelah meletakkan telekung dan sejadah di atas sofa.

Punggung dilabuhkan di kerusi yang diletakkan di tepi katil itu. Suasana dibiarkan sepi.

Tatkala itu, Raihana teringat akan pemberitahuan para doktor akan penyakit Daniel.

Kansernya sudah kritikal. Kemungkinan besar apabila Daniel sedar, dia takkan mampu lagi bercakap seperti biasa. Gagal bangun, dan akan menghabiskan sisa hidupnya di atas katil itu. Untuk itu, tiub pernafasan dan juga saluran pemakanan Daniel akan dibiarkan. Malah, saluran untuk membuang air juga akan kekal begitu.

Kerana mereka menjangkakan keadaan Daniel akan lebih parah dari hari ke hari. Sebagai hari-hari terakhirnya.

Yang paling doktor tekankan adalah, agar Raihana bersedia. Bersedia dengan apa jua kemungkinan. Yang buruk, semestinya.

Dan semestinya, mana-mana kemungkinan adalah sangat sukar buat Raihana menerimanya.

Sedang mengelamun, dia terlihat tangan Daniel meraba-raba, mencari sesuatu. Apabila dirasakannya sentuhan itu mula mengenai kulitnya, terus sahaja Daniel menggenggam lemah tangan Raihana.

Raihana tersenyum. Tahu bahawa Daniel mencarinya.

Mata Daniel menyoroti Raihana. Tangan itu mula diangkat, cuba menyentuh wajah Raihana dalam kelam pandangannya itu.

Terus Raihana merapatkan sentuhan itu ke pipi. "Kat sini." Ujar Raihana sambil mengusap kura tangan itu.

Daniel yang terdengar suara Raihana dan merasai sentuhan itu tersenyum.

"Awak ada." Dua patah perkataan yang keluar dari bibir Daniel itu mula menghadirkan sebak Raihana.

"Hmm. Saya ada je kat sini." Balas Raihana.

Daniel membalas kata-kata Raihana itu dengan senyumannya sebelum mula mengambil nafas pendeknya untuk bercakap. "Sorry."

Raihana menggeleng-geleng. Genggaman pada tangan itu dikukuhkan. "Tak ada apa-apa pun yang perlu diminta maaf. Awak tak salah." Ujar Raihana.

Mata Daniel bergenang.

"Doktor kata apa?" Soal Daniel, halus.

Raihana diam seketika sebelum tersenyum. "Doktor cakap awak sakit. Sakit rindu." Balas Raihana, bergurau.

"Rindukan awak." Tambah Daniel.

"Bodek." Sempat lagi si Daniel ni.

Daniel ketawa kecil. Menimbulkan sejuta kelegaan di hati Raihana apabila mendengar tawa halus itu.

"Kenapa?" Soal Daniel apabila melihat senyuman Raihana.

Raihana menggeleng-geleng. Kura tangan Daniel dikucup kejap sebelum dia meletakkannya di sisi. Dagunya ditongkat dengan tangan di katil itu, memandang Daniel.

"Seronok ke tidur lama-lama? Awak ada mimpi apa-apa ke?" Soal Raihana, sengaja ingin memulakan perbualan.

Tahu tak sepatutnya dia memaksa Daniel untuk bercakap apa-apa pun dalam keadaan begini, tapi mana mungkin Raihana mampu berdiam diri dari meluahkan rasa terujanya dengan berbual begitu.

Kerana setiap detik Daniel koma, itu yang ditunggunya. Raihana tak betah menunggu untuk mendengar suara Daniel lagi, buat kesekian kali.

Daniel menggeleng. "Tak."

Dan, Daniel juga, jujurnya begitu banyak yang dia mahu katakan pada Raihana. Tapi, semuanya bagaikan terbatas.

"Oh. Awak tahu tak, dah setahun awak 'tidur'?" Soal Raihana.

Kening Daniel terangkat, tak percaya. Dia menoleh, melihat sekeliling kalau-kalau terjumpa kalendar atau apa-apa untuk melihat tarikh hari itu.

Raihana ketawa kecil melihat Daniel begitu sebelum memukul tangan Daniel perlahan. "Gurau je la." Balas Raihana. Baru cakap sikit, dah gelabah.

Daniel memandang Raihana, bagaikan tanpa reaksi. Namun tanpa diduga, hidung Raihana pantas dicari lalu ditariknya.

"Aduh!"

Raihana memandang Daniel yang kelihatan selamba itu sambil menahan sakit hidungnya. Juga menahan rasa terkejutnya.

Macam mana tangan dia boleh laju macam tu?!

"Awak sebenarnya sakit ke tak? Baik cakap. Buat-buat sakit ke ni?" Soal Raihana, menahan sakit hidungnya kerana ditarik tadi. 

Daniel hanya tersenyum simpul. Tak pasti juga macam mana dia mampu tangkas begitu. Matanya dipejamkan, berpura-pura mahu tidur.

"Tengok tu. Nak tidur lagi pulak. Tak puas-puas ke? Mengada." Lengan Daniel dipukul perlahan sebelum Raihana mencebik.

Daniel buat-buat tak mendengar. Matanya masih dipejamkan begitu.

Raihana bangun. Selimut Daniel dibetulkan. Juga tempat pembaringan Daniel. Agar Daniel lebih selesa.

Ketika demikian, Daniel membuka matanya. Wajah Raihana yang hanyalah seinci darinya itu ditatap agak lama. Bagaikan membelek melalui renungan mata itu.

Raihana membalas pandangan Daniel. "Kenapa?" Soalnya.

"Tak cukup tidur?" Soal Daniel seketika menatap lagi sekali wajah letih itu.

Mata Raihana sembap yang teramat. Lingkaran hitam bawah matanya juga jelas kelihatan. Mukanya kusam dan tak bermaya.

"Kenapa? Awak ingat saya jaga awak ke? Mana ada. Saya marathon English drama setiap malam." Balas Raihana, selamba. Dia mengalihkan wajahnya, menumpukan ke tubuh Daniel. Sengaja demikian agar tak diperhatikan Daniel lagi.

"Hana."

Raihana kembali memandang Daniel. Tahu Daniel tak senang dibohongi begitu.

Perlahan, dia naik ke atas katil dan duduk di sisi Daniel yang berbaring itu.

"Berapa lama?" Soal Daniel, masih mahu bertanya tentang Raihana.

"Sejak awak koma." Balas Raihana.

Terdengar keluhan dari bibir Daniel. Terasa bersalah, dan risau.

"Daniel, saya ok. Saya takkannya tumbang." Ujar Raihana, cuba meyakinkan Daniel, meredakan riak wajah Daniel yang jelas berubah bimbang itu.

Daniel tak menjawab apa-apa. Hanya memandang wajah Raihana begitu.

Sememangnya dia terasa bersalah akan ini. Tuhan, apa yang aku dah buat pada isteri aku sendiri?

"Sudahlah. Cakap apa-apa dengan awak pun, bukannya awak nak dengar. Saya nak tidur." Kata Raihana sebelum turun. Namun pantas tangannya dicapai.

"Nak balik ke?" Soal Daniel.

"Nope. Tidur."

"Kat mana?" Soal Daniel lagi.

Raihana menjuihkan bibirnya ke arah sofa di dalam bilik itu. "Situ."

Riak Daniel berubah sedikit. Pantas Daniel menggeleng. "Sini." Tangannya menepuk- nepuk sisinya. Dia mengalihkan tubuhnya ke tepi, memberi sebahagian besar ruang buat Raihana.

"Tak apa. Saya dah biasa. Awak tidur je elok-elok." Tolak Raihana.

"Hana, please." Pinta Daniel.

Raihana menghela nafasnya. "Yelah." Mengalah.

Tubuhnya direbahkan di sisi Daniel perlahan sebelum dia mengiring, menghadap Daniel yang masih menelentang begitu. Nak bergerak, wayar banyak sangat.

Nasib baik katil Daniel ni memang besar teramat. Tak berhimpit macam katil bujang biasa. 

Pantas Raihana melarikan tangannya ke pinggang Daniel lalu dipeluk. Daniel melihat sekilas pelukan itu sebelum wajah Raihana ditatap.

Raihana tersenyum simpul. "Goodnight."

Daniel tersenyum. Pipi Raihana dielus sebelum kepala itu dikucup. "Sweet dream." Ucap Daniel.

"Hmm." Balas Raihana.

Hakikatnya, Daniel bukannya nak tidur lagi.

"Hana..." Panggil Daniel.

"Hmm?"

"Tidur ke?" Soal Daniel.

Raihana mengangkat kepalanya. "Awak ada nak apa-apa ke?" Soal Raihana.

Daniel menggeleng. Raihana tersenyum nipis sebelum merebahkan kepalanya kembali.

"Awak marah saya ke?" Soal Daniel, tiba-tiba.

"Hmm?" Raihana bangun kembali.  Wajah Daniel ditatap.

"Sebab saya sembunyikan sakit saya." Balas Daniel.

Raihana tergelak kecil. "Kenapa nak marah sebab tu?" Soal Raihana.

Daniel mengangkat bahunya. Raihana diam sejenak, berfikir sesuatu sebelum mencebik.

"Tapi, awak patut beritahu saya, apa-apa pun." Ujar Raihana.

Daniel tersenyum nipis. "Sorry." Ucapnya, rasa bersalah.

Raihana memandang Daniel sebelum dada Daniel disentuh perlahan. "Tak apalah, Daniel. Benda dah jadi. Saya tak salahkan sesiapa pun. Ini kan takdir?" Pujuk Raihana, lembut.

Daniel hanya mendengar. Bersama matanya yang mula berkaca-kaca.

Raihana menguap tiba-tiba kemudiannya sebelum dia kembali berbaring di sisi Daniel.

"Sorry, Daniel. Baru pukul 10 tapi saya tak larat sangat temankan awak. Kita sambung esok, eh? Awak jangan berjaga lama-lama, tahu?" Ujar Raihana yang kembali memeluk pinggang Daniel.

Entah kenapa tiba-tiba terasa matanya sangat berat pada malam itu.

Daniel mengangguk, tanda faham. Tangan Raihana diraih dan dikucup. Sebelum dia menggagahkan dirinya, mengucup dahi Raihana yang mula memejamkan matanya.

Raihana tersenyum. "Daniel."

"Hmm?"

"Saya seronok sangat sebab awak dah sedar, tahu." Ujar Raihana yang masih memejamkan mata.

Daniel tersenyum. Kepala Raihana ditarik dekat dengannya. Tangan itu sengaja dibawa dan dilekapkan ke dada Daniel, perlahan.

Saya pun, seronok sebab akhirnya awak ada di samping saya, Raihana.

"Night, Hana." Ucap Daniel.

"Hmm. Goodnight, husband." Ucap Raihana pula.

Daniel masih utuh menggenggam tangan Raihana di atas dadanya itu.

Kesiannya Raihana. Nampak penat sangat.

Kepala Raihana diusap lembut.

Daniel mengeluh perlahan.

Teringat jua dia akan ibu kandungnya. Kepayahan yang ibunya alami sepanjang dia tahu akan sakit Daniel. Tangisan ibunya tatkala pertama kali mengetahui tentang sakit Daniel itu.

Mama, Hana menangis teruk macam mama juga ke? Bisik hatinya.

Nanti Hana akan susahkan diri dia macam mama juga ke?

"Daniel, awak dah tidur ke?" Soal Raihana tiba-tiba, menyedarkan Daniel dari lamunannya.

"Belum. Kenapa?" Soal Daniel.

Raihana diam seketika. Sebelum dada Daniel diusap perlahan.

"Boleh tak awak janji satu hal dengan saya?" Soal Raihana.

Kepalanya mula diangkat, memandang Daniel yang juga sedang memandangnya.

"Hmm?"

"Jangan rahsiakan sakit awak lagi." Ujar Raihana.

Daniel hanya menatap wajah itu. Manakala Raihana mula mengusap pipi Daniel.

"Jangan sembunyikan lagi, apa-apa pun. Kalau awak sakit sangat sampai nak menangis pun, just luahkan. Awak risau ke, sedih ke, kecewa ke, just beritahu." Kata Raihana.

Tangannya meraih tangan Daniel sebelum dia mengusapnya lalu menyambung.

"Saya takkan menangis, Daniel. Dah cukup dah saya menangis masa awak koma, dan saat saya tahu semuanya. Saya dah cukup kuat untuk semua ni. Janji, ya?" Pinta Raihana.

Mata Daniel mula berkaca-kaca. Ditariknya kepala Raihana lalu dikucup dahi itu, lama.

"Janji." Ujar Daniel kemudian.

Raihana tersenyum. Pipi Daniel diusap lembut sebelum dia meletakkan kepalanya di bahu Daniel.

Daniel mengucup kepala Raihana yang terlena kemudiannya.

Mungkin, Raihana lebih kuat untuk lebih mengharungi semuanya. Bersamanya.

Tangan Raihana digenggam erat.

Hana, terima kasih.
Saya sayang Hana.

-----------------

SEDANG Raihana yang baru pulang dari kafe hospital berjalan menuju kembali ke bilik Daniel, dilihatnya dari luar akan kedua-dua ibu dan bapa mertuanya sedang berada di dalam wad itu, menghabiskan masa dengan Daniel.

Tidak mahu menganggu, Raihana lantas bercadang untuk hanya tunggu di luar. Membiarkan keluarga itu bersama-sama di dalam bilik tersebut.

Tatkala itu, dia ternampak kelibat seseorang yang sedang datang kepadanya.

Mata mereka bertaut seketika. Sebelum Doktor Zaid terus memilih untuk masuk ke dalam bilik itu. Namun, seperti Raihana, apabila melihat ibu dan bapa Daniel masih di dalam, dia mematikan hasratnya.

Wajah Raihana dipandang sekilas. Sebelum senyuman nipis mula terbit dari bibir Doktor Zaid, bertujuan meredakan sedikit rasa bersalahnya apabila melihat Raihana.

Ketika Doktor Zaid mula mahu berlalu, namanya dipanggil.

"Doktor Zaid."

Doktor Zaid menoleh dan memusingkan badannya, memandang Raihana. 

Raihana jeda seketika sebelum mengukir senyumannya.

"Terima kasih sebab jagakan Daniel." Ucap Raihana.

Doktor Zaid mengangkat wajahnya.

"Itu memang tugas saya." Jawab Doktor Zaid dalam rasa bersalahnya.

Raihana mengangguk, tanda faham. "Terima kasih, atas apa pun." Ucap Raihana lagi.

Doktor Zaid hanya mengangguk-angguk.

Suasana sepi seketika.

"Saya minta maaf. Sebagai doktor, saya tak patut rahsiakan semua ni daripada pengetahuan keluarga pesakit sendiri. Ini sememangnya melanggar etika kerja saya. Saya minta maaf." Ucap Doktor Zaid.

Raihana tersenyum. "Tak apalah, doktor. Kalau bukan sebab Daniel suruh, mesti doktor nak buat, kan?" Soalnya.

Doktor Zaid mengangguk, bersetuju. "Maaf, sekali lagi."

Raihana hanya menggeleng sebelum tersenyum buat kesekian kalinya.

Dapat Doktor Zaid lihat, wajah itu juga nampak letihnya. Mungkin kerana menjaga Daniel setiap hari sepanjang Daniel tidak sedarkan diri.

Masakan tidak, setiap kali Daniel dijaga, setiap kali itulah, air mata Raihana tak berhenti-henti mencurah. Dan mustahil jika Doktor Zaid tak berasa bersalah walau sedikitpun, sedangkan dia juga adalah sebab mengapa rahsia Daniel menjadi berlanjutan.

Teringat juga akan riak wajah Raihana yang jelas terkejut ketika mengetahui Doktor Zaid yang sebenarnya doktor yang ditugaskan untuk Daniel. Namun ketika itu, Raihana lebih peduli untuk mengetahui keadaan Daniel berbanding hal lain.

Mereka berdua duduk di ruang menunggu itu. Masing-masing membiarkan Daniel bersama ibu bapanya di dalam.

"Doktor nampak macam dah lama kenal Daniel. Daniel memang di bawah pemeriksaan doktor sejak mula-mula dia sakit dulu ke?" Soal Raihana.

Doktor Zaid mengangguk. "Hmm. Dia sebenarnya junior saya masa di universiti dulu. Agak rapat, walaupun lain kos." Ujar Doktor Zaid.

"Oh."

Suasana sepi seketika.

"Sebenarnya ini kali pertama Daniel ditahan dalam hospital ni lama macam ni."

Raihana memandang Doktor Zaid. "Maksud doktor?"

"Sejak dia mula-mula tahu dia sakit, memang kanser dia tengah aktif. Tapi dia masih berkeras tak nak diwadkan. Kalaupun dia masuk hospital, tak sampai seminggu dia keluar. Kalau terus dipaksa, dia lari. Pernah satu hari, dia larikan diri lagi. Bila ditanya, dia kata ada perempuan lawa ajak dia balik so dia tak nak tolak." Cerita Doktor Zaid.

Raihana terdiam. Perempuan cantik?

Doktor Zaid memandang Raihana sebelum tersenyum. "Pernah teringat tak pasal satu malam tu?" Soal Doktor Zaid.

Raihana mengerutkan keningnya. Sebelum tiba-tiba dia terus menangkap sesuatu.

Malam ketika kemalangan itu. Yang dia pernah juga tertanya-tanya kenapa Daniel langsung tiada kecederaan pada tubuhnya walaupun kemalangan itu begitu teruk.

Maknanya, Daniel dah memang ada dalam hospital. Patutlah lama tak nampak dia di apartment.

"Terima kasih sebab datang."

Raihana menelan perit liurnya. Seketika itu Doktor Zaid menyambung lagi.

"Pihak hospital banyak kali sarankan dia buat kimoterapi. Dan pembedahan membuang kanser dia. Tapi dia tak nak sebab risikonya sangat tinggi. Dia tak bersedia. Sampailah suatu hari, in which esoknya selepas dia balik dengan awak pada malam tu, dia jumpa saya. Dia setuju nak buat pembedahan tu. Dia kata sebab dia nak hidup lama."

Doktor Zaid tertunduk seketika sebelum tersenyum nipis. "Saya tak lupa masa tu. Sebab itu kali pertama Daniel minta tolong macam tu. Dia tak pernah ambil serius pasal sakit dia dulu."

Raihana melarikan pandangannya.

Pada malam sebelum itu, mereka menghabiskan masa di dalam kereta, melihat bintang. Adakah kerana malam itu, tiba-tiba Daniel berubah hati?

"Jadi dia bersetuju nak buat pembedahan di luar negara. Tapi, belumpun sempat dia nak pergi sana, Daniel jatuh pengsan di lapangan terbang. Dan akhirnya, dia hanya dirawat di sini. Daniel pun macam dah tawar hati nak buat pembedahan tu balik. Entah kenapa." Tutur Doktor Zaid, yang jelas mengejutkan Raihana.

"Pembedahan luar negara?" Soal Raihana.

Doktor Zaid mengangguk. "Ya. Semuanya dah diuruskan pihak hospital di sana. Sebab saya ada kenalan yang memang pakar dalam penyakit kanser jadi saya sarankan dia dapatkan khidmat doktor di sana."

Mata Raihana mula berkaca-kaca. Dia bersandar di kerusi menunggu itu perlahan.

Terkejut, dan sebak.

Jadi, dia pergi luar negara, bukan sebab kerja.

Dia pergi, sebab nak buat pembedahan.

Patutlah dia tak tahu bila dia boleh balik. Patutlah dia tak bagi aku ikut sekali.

Patutlah dia berkali-kali cakap ucapkan sayang buat aku sendiri.

Tuhan, dia buat semua ni sebab aku. Daniel buat semua ni untuk aku.

Doktor Zaid juga membetulkan posisi,  memandang ke hadapan. Sebelum dia menghela nafasnya.

"He loves you a lot." Kata Doktor Zaid.

Raihana hanya mendiamkan dirinya. Sesekali, liurnya ditelan pahit.

Doktor Zaid tertunduk seketika. "Masa diberitahu dia ada sebulan lagi untuk hidup, dia berkeras suruh saya bawa dia jauh dari awak. Sebab dia tak nak awak tengok dia derita. Dia tak nak awak tengok ajal dia dalam keadaan macam ni. Dia tak nak awak sedih."

Air mata Raihana terus gugur setitik.

Doktor Zaid memandang Raihana sekilas sebelum tersenyum nipis.

"Bahagiakanlah dia, Raihana. Pujuklah dia terima takdir dia. Pihak kami memang akan lakukan yang terbaik sedaya kami tapi, lebih baik kalau masing-masing sedia dengan pelbagai kemungkinan yang terjadi." Kata Doktor Zaid.

Raihana menarik nafas sedalamnya. Perit memikirkan itu.

Doktor Zaid menyambung lagi. "Tapi jujur, saya dah anggap Daniel macam adik saya sendiri. Dan saya, takkan diam diri sampai saya mampu buat sehabis daya demi Daniel. Dan, saya harap awak pun macam tu."

Air mata Raihana mula menitis. Segera dia sapu dengan pantas agar tidak disedari Doktor Zaid.

Bibirnya diketapkan, menahan sebak yang semakin memukul dalam hatinya.

Suasana dibiarkan sepi. Sengaja memberi ruang buat Raihana menghadam apa yang terjadi selama ini di belakang pengetahuannya.

Sedang mereka begitu, tiba-tiba kedengaran suara Puan Maria memanggil-manggil.

"Doktor! Doktor!"

Terus Doktor Zaid meluru masuk ke dalam.  Raihana juga yang mendengar panggilan itu lantas menuju ke pintu. Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila menyaksikan apa yang ada di hadapan matanya itu.

Daniel muntah. Dan bukan sembarangan muntah.

Raihana melihat selimut dan cadar yang mulai bertukar merah itu. Malah, dilihatnya Daniel cuba berpaut pada tangan Puan Maria apabila batuknya mula berbunyi kuat. Cairan darah keluar lagi.

Mulutnya ditekup, menahan terkejutnya apabila melihat Daniel demikian.

Tatkala itu, dia terlihat beberapa jururawat mula masuk ke dalam bilik Daniel. Sebelum dia terdengar pula suara tangisan dari Daniel yang mula berpaut pada lengan Puan Maria.

"Sakit, ma...."

"Sabar, Niel. Mama faham..." Suara Puan Maria yang memujuk mula kedengaran.

"Sakit...."

Raihana terus menyembunyikan dirinya di balik dinding itu. Tergamam, terpana. Bagaikan tak percaya.

Tuhan, Daniel akan beginikah sampai akhir hidupnya? Dia akan parah begitukah sehingga hari-hari terakhirnya?

Bibirnya digigit. Menahan esak yang mula terluah. Air matanya mula mengalir deras.

Dia tak pernah tahu Daniel parah begini.

Tuhan, aku tak sanggup lihat Daniel macam tu.

Raihana mengambil masa agak lama di luar begitu. Meredakan perasaannya sendiri. Matanya dipejamkan erat.

Tolong, Raihana. Jangan menangis depan Daniel. Just please. Kau dah janji.

Apabila dirasakannya suasana dalam bilik itu mulai tenang, Raihana melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik itu. Tatkala itu juga, Puan Maria serta ayah mertuanya, Encik Darius mengikuti langkah Doktor Zaid dan jururawat ke luar bilik.

"Rai tengokkan Niel, ya? Mama dengan papa nak jumpa doktor sekejap." Ujar Puan Maria.

Raihana memandang wajah Doktor Zaid yang juga memandangnya sekilas sebelum Raihana mengangguk apabila menoleh ke arah Puan Maria kembali.

Mereka terus menghilang di balik pintu yang ditutup kemudian.

Dengan langkah perlahan, Raihana menuju ke arah Daniel yang sedang memandangnya, lemah.

Kerusi ditarik di sisi katil Daniel sebelum dia melabuhkan punggungnya.

Pandangan sayu Daniel itu sengaja ditutup dengan senyuman nipisnya sendiri.

Raihana merenung wajah Daniel sebelum kepala itu diusap. Tangan Daniel diraih sebelum digenggam kuat.

"Hana.." Panggil Daniel.

"Ya?" Sahut Raihana.

"Saya takut." Balas Daniel.

Raihana menatap sepasang mata itu. Luruh mendengar kata Daniel.

"Takut apa, hmm?" Soal Raihana. Sengaja buat-buat biasa.

"Banyak benda." Balas Daniel, perlahan.  Setelah itu, dia mula mengalihkan pandangannya, memandang siling.

Raihana hanya menunduk, mendiamkan dirinya. Mendengar selanjutnya bicara Daniel.

"Saya takut kalau awak tak mampu tengok saya macam ni." Ujar Daniel.

Mata Raihana kembali memandang Daniel yang tak langsung memandangnya. Daniel menyambung lagi.

"Hana, saya takut esok saya tak sempat nak tengok awak lagi."

Daniel mula memandang Raihana dengan pandangannya yang bergenang. "Hana, saya tak nak "pergi" lagi. Saya tak nak tinggalkan awak lagi."

Suara itu mula bergetar. Menghadirkan genang juga sebak buat Raihana. Raihana terus mengangkat kepalanya, menoleh ke tepi. Langsung tak memandang Daniel. Matanya dipejamkan sebelum dia menarik nafas sedalamnya.

Lantas, Raihana memanjangkan tangannya, menutup mata Daniel dengan tapak tangan halusnya itu.

Suasana sepi seketika. Raihana yang menahan perasaannya berkali-kali menelan pahit liurnya sebelum matanya dirapatkan sebelum dia mula membuka mulutnya.

"Dulu, awak selalu buat macam ni, sebab awak tak nak saya menangis. Dan awak suruh saya bayangkan benda yang indah untuk saya lupakan perasaan sedih saya."

Raihana tersenyum memujuk.

"If only awak boleh cuba bayangkan masa yang awak akan habiskan dengan orang yang awak sayang. Even lepas sebulan nanti. Itu perkara yang awak terlalu inginkan, kan?"

Raihana jeda, agak lama. Mengambil nafas semahunya. Senyuman itu masih lagi terukir, dan masih atas tanda memujuk.

Tatkala itu, dirasakannya tangannya yang menutup mata Daniel itu, basah.

Sebelum kedengaran Daniel mula terhinjut-hinjut menahan tangisnya.

Dan itu, mula menimbulkan sebak Raihana yang bertalu-talu.

Kerana sesungguhnya, kata-kata itu telah jua menghadirkan kesedihan buat diri Raihana sendiri.

Raihana mengetap bibirnya. Cuba meneguhkan perasaannya. Cuba untuk tidak tersentuh sedikit pun dengan esak Daniel. Matanya dipejamkan seeratnya.

Apabila tangisan Daniel semakin mengharukan, Raihana lantas menoleh, memejamkan matanya lebih erat. Daniel dibiarkan menangis begitu.   

Dikatupnya mata Daniel dengan lebih rapat. Walaupun tangannya sudah terlalu basah dek air mata Daniel. Sambil dia juga menahan perit jiwanya yang lebih luluh melihat Daniel demikian.

Dalam mendengar tangisan Daniel, Raihana mula merebahkan kepalanya di atas katil itu, perlahan-lahan. Berpaling dari memandang Daniel.

Dia dah janji, bukan? Yang dia takkan menangis di hadapan Daniel.

Dan itu yang akan sentiasa dilakukannya. Terus bersembunyi dan bersembunyi. Asalkan Daniel tak melihat air matanya.

Tatkala Raihana memejamkan matanya buat kesekian kalinya, air mata itu mengalir jua dari matanya, menitis setitis di atas katil.

Di belakang pengetahuan Daniel.

Tetap di belakang pengetahuan lelaki itu.

Take my mind and take my pain

Like an empty bottle takes the rain

And heal. Heal. Heal.

And tell me something last.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro