Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"If we must part forever, give me but one kind word to think upon.
And please myself with, while my heart's breaking."
– Thomas Otway

————————————-

"INI analisis pemeriksaan kau untuk harini."

Doktor itu menyerahkan sekeping kertas yang bercetak kepada Daniel.

Daniel memandang sekilas riak doktor itu sebelum kertas itu dicapai. Matanya membaca isi itu sekilas.

"Tak faham." Dia menolak kembali kertas itu kepada doktor itu. Sempat juga dia menyeringai.

Doktor tersebut yang juga merangkap bekas senior Daniel mengeluh tatkala menatap wajah Daniel itu.

Daniel pula mengjongketkan kerusinya, masih bermain-main.

"Kau tak baca pun isinya, kan?"

Daniel tersengih sebelum dia mengenyit matanya.

"Bijak!" Ujarnya.

Doktor Zaid menjulingkan matanya. Masak dengan perangai Daniel yang selalu tak ambil serius.
Padahal sakit sendiri. Sendiri yang tengah parah.

Sejak pertama kali Daniel diberitahu akan penyakit ini, Daniel langsung bagai tak mahu ambil peduli.

Dia pun tak tahu nak buat apa dengan Daniel ni.
Disuruh kimoterapi, taknak. Pembedahan pun taknak. Rawatan pun bila dipaksa.

"Kimo? Mana hensem kalau botak nanti. Hilanglah macho!"

Macam-macam alasan kalau disuruh buat itu, ini.

Macam manalah dia boleh jadi doktor yang mula-mula dapat kesan penyakit Daniel? Menguji iman betul.

"Kenapa kau terus pergi je semalam? Rawatan kau tak habis lagi." Kata Doktor Zaid.

"Kat hospital ni bau ubat kuat sangatlah. Yucks!" Daniel berpura-pura membuat gaya ingin muntah.

Doktor Zaid hanya memandangnya tanpa reaksi.

Daniel tersenyum. "Lagipun kan, Doc, semalam, ada perempuan cun yang hantar saya balik rumah. Takkan saya nak tolak? Bila rezeki ditolak, namanya rugi, Doc!" Dia menepuk meja itu, menunjukkan kesungguhannya berkata-kata.

Dia memandang Doktor Zaid sebelum menyentuh barang-barang Doktor Zaid di atas meja itu.

Kertas itu diambil kembali sebelum disimpan kemas ke dalam sepucuk sampul bersaiz A4.

"Secantik mana pun awek tu, dia tak boleh sembuhkan kau, Daniel." Kata Doktor Zaid, bersahaja.

Daniel memandang Doktor Zaid sekilas sebelum tersenyum. Dia yang sibuk bermain-main dengan alat tulis yang tersedia ada di atas meja itu ditatap oleh Doktor Zaid sebelum sampul itu ditolak kepadanya.

"Bacalah bila ada masa free." Kata Doktor Zaid.

Daniel memandang Doktor Zaid sebelum tersenyum. Sampul itu diambil.

"Thanks. Ada apa-apa lagi ke? Kalau tak ada, saya balik dulu." Daniel mula mengangkat punggungnya lantas memusingkan badannya.

"Sejauh mana pun kau nafikan, kau tahu kan, sakit kau macam mana?" Soal doktor itu, membuatkan Daniel terhenti seketika.

Daniel menoleh lalu memandang semula Doktor Zaid.

"Ubat kan ada?" Soal Daniel yang tersenyum itu.

"Ubat takkan selamanya membantu, Daniel." Balas Doktor Zaid.

"Macam tu juga kimo, dan rawatan lain, kan? Doktor sendiri pernah cakap, kalau buat apa-apa pun, belum tentu penyakit saya sembuh, kan?" Soal Daniel.

Doktor Zaid terdiam. Daniel, sekali lagi mengukir senyumnya sebelum dia mula menuju keluar.

"Just sebab kau yang memang taknak hidup lama, Daniel, tak bermakna kau kena sia-siakan peluang dan harapan yang ada. Orang sekeliling kau masih perlukan kau." Ujar Doktor Zaid.

Daniel terhenti seketika sebelum terus membuka pintu.

"Jangan lupa ambil ubat." Sempat Doktor Zaid berpesan. Entah terdengar dek Daniel ke tidak.

Pintu itu ditutup rapat kemudian.

Daniel yang sudahpun keluar, berdiri seketika di hadapan pintu itu.

Sekeping sampul di tangannya itu ditatap agak lama.

"Saya simpan bunga mawar yang awak pernah bagi masa mula-mula kita jalan berdua."

Isi kertas dibaca sepintas lalu. Namun, dengan hanya dua perkataan itu, Daniel mampu konklusikan semua tentang keadaannya kini.

Rapidly grows.

Matanya dipejamkan rapat sebelum Daniel menarik nafasnya, dalam. Meminta kekuatan dalam diri.

Pintu itu ditolak kembali.

"Doktor Zaid."

Doktor Zaid mengangkat kepalanya.

"Betul ke tak ada jaminan kalau saya buat pembedahan, atau apa-apapun, saya boleh sepenuhnya sembuh?" Soal Daniel.

Doktor Zaid memandang Daniel, agak lama. Sebelum dia pantas mengalihkan pandangannya.

"Kau pun tahu pasal tu." Balas Doktor Zaid, perlahan.

"Doktor cakap macam ni sebab dulu saya pernah kata, saya tak nak hidup, kan? Tu sebabnya doktor tambah-tambah ayat macam ni, kan?" Soal Daniel sambil mula tersenyum. Tersenyum pahit.

Doktor Zaid yang sedikit terkejut dengan pernyataan itu memandangnya.

"Daniel, kau.."

"Doktor Zaid." Terlebih dahulu Daniel memintas.

Wajah Doktor Zaid ditatap sedalamnya.

"Saya salah. Dulu, saya fikir tak ada orang perlukan saya. Saya fikir saya tak dihargai bila saya ditinggalkan." Tutur Daniel.

"Daniel."

"Tapi sekarang saya dah sedar, yang saya perlu bahagiakan seseorang. Dan, saya nak mintak tolong doktor." Ujar Daniel tanpa mempedulikan panggilan Doktor Zaid.

Dua pasang mata itu saling bertentangan. Tanpa suara. Doktor Zaid juga seakan menunggu jawapan dari Daniel.

"Bantu saya untuk hidup lama." Ujar Daniel, setelah sekian lama menyepi.

Wajah itu masih ditatap. Namun, kali ini, diiringi genang matanya yang tiba-tiba hadir.

Membuatkan Doktor Zaid serta merta terpaku dengan riak Daniel yang tiba-tiba berubah, dan kata-kata itu.

Pertama kali Daniel berbicara serius. Dan, bersama genang di matanya.

Adakah ini sebenarnya yang dia rasakan selama ini?

"Saya tak bahagia pun, sejak awak tak ada." 

Daniel mula menggigit bibirnya, menahan genang yang dirasakan makin berat bertakung di matanya.

"Saya nak hidup lama, hanya untuk kali ini."

---------------------

APABILA pintu bilik itu ditutup, Daniel yang mahu melangkah pergi tiba-tiba menghentikan langkahnya tatkala melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapannya.

Matanya saling bertatapan dengan Fahrin yang bagaikan menunggunya sebelum dia terus mahu berlalu. Tak mahu bertanya akan sebab Fahrin ada di situ.

Tak mahu juga ambil tahu bagaimana Fahrin boleh berada di situ, kerana pastinya Fahrin tahu semuanya melalui isi kandungan kertas itu tempoh hari.

Fahrin segera menghalang laluan Daniel. Mereka kini saling berhadapan.

"Teruk mana sakit kau sekarang?" Soal Fahrin. Matanya menyoroti kepada sekeping sampul surat bersaiz A4 di tangan Daniel.

Daniel hanya memalingkan wajahnya. Tak menjawab.

Melihat reaksi Daniel itu, dia segera mencapai sampul itu lalu dibuka isinya dan dibaca.

Wajahnya terus berubah. Daniel dipandangnya kemudian. Sebelum kertas itu ditunjuk di hadapan Daniel.

"Kau tahu tak sebenarnya apa jadi kat kau sekarang?" Soal Fahrin.

Daniel menarik nafasnya sebelum tersenyum. "Hmm." Sengaja diceriakan wajahnya.

Tubuh Daniel ditolak. "Jangan nak pura-pura ceria sangat depan aku. Ni, ini ke sebab kau nak cari balik Raihana?" Soal Fahrin.

Daniel hanya mendiamkan diri.

Fahrin mencampakkan kertas itu. Tubuh Daniel ditolak lagi.

"Aku tanya kau! Kenapa kau sanggup buat macam ni?" Soal Fahrin. Matanya dijegilkan. Tangannya yang berada di bahu Daniel itu dicengkam kuat, tanda marah.

Kolar baju Daniel pantas dicekak.

"Kau tak patut buat macam ni! Kau hancurkan hubungan aku dengan Raihana, tapi kau sendiri yang tinggalkan Raihana nanti! Kau sedar tak kau dah bagi harapan palsu kat dia?!" Tengking Fahrin.

Daniel memejamkan matanya, menahan sakitnya. Tak membalas apa pun.

"Just sebab kau nak mati, kau tak boleh nak bersama dia hanya untuk bahagiakan kau! Ini tak adil untuk Rai!"

Dalam kedinginan suasana itu, Daniel masih mampu memandang Fahrin, sebelum dia lagi sekali, mengukirkan senyumannya.

"Kalau boleh, aku pun nak hidup lama macam kau." Kata Daniel. Senyuman itu mula bertukar pahit.

Fahrin terdiam seketika apabila mendengar kata-kata Daniel itu.

Daniel menurunkan tangan Fahrin perlahan-lahan.

"Kalaulah kau tetap percayakan perasaan Raihana dan tak buat kerja terkutuk tu, aku takkan jauhkan kau dari Raihana. Aku cuma datang sekarang sebab nak tengok keadaan dia. Tapi, kau hilangkan kepercayaan aku. Dan juga kepercayaan dia." Kata Daniel.

Fahrin menelan liurnya. Terasa ditampar kuat oleh kata-kata Daniel itu.

Daniel tersenyum. "Jangan risau. Aku dengan dia takkan lama. Kau pun tahu."

Bahu itu ditepuk sebelum dia berlalu, meninggalkan Fahrin. Sempat juga kertas yang jatuh di atas lantai itu dikutip sebelum dia memandang Fahrin.

"Thanks ambil berat!" Senyuman lebar diukir sebelum Daniel mula mengangkat kakinya, mahu berlalu.

"Daniel." Panggil Fahrin.

Daniel berhenti seketika.

"Aku tak buat 'benda' tu." Ujar Fahrin.

Daniel menoleh.

Fahrin masih menatap wajah Daniel.

"Semua tu bukan apa yang kau fikirkan. Aku dengan perempuan tu tak ada apa-apa. Dia...dia yang paksa beli. Dia yang buka. Aku cuma hantar dia balik hotel dia tinggal malam tu." Kata Fahrin, dalam rasa serba salahnya. Wajahnya tertunduk. Tahu yang barangkali hal sebenar yang diceritakan ini entahkan dapat diterima Daniel.

Hakikatnya, Fahrin juga sedang bergelut dengan konflik di sebalik pengetahuan sesiapa.

Daniel tersenyum. "Baguslah." Ujarnya sebelum berlalu.

"Jangan ambil Raihana, please." Ujar Fahrin.

Langkah itu terhenti lagi buat seketika. Tanpa memandang Fahrin, Daniel menarik nafas sedalamnya sebelum tersenyum.

"Hmm, nampaknya macam Tuhan yang ambil nyawa aku dulu."

Daniel menoleh dan mendapatkan Fahrin semula.

"Terima kasih." Ucap Daniel.

Fahrin memandang wajah Daniel dengan tertanya-tanya.

Daniel tersenyum lagi sebelum menyambung.

"Terima kasih sebab buat aku rasa lega. Buat aku tahu, ada orang yang nak jaga Raihana bila aku dah tak ada. Lega gila, tau?"

Fahrin terkelu buat seketika sebelum dia melarikan pandangannya. Wajah itu dipandang kembali.

Dia terus berjalan sambil bersiul kecil.

Meninggalkan Fahrin yang hanya tergamam di situ.

Dan, tak siapa jua tahu, di sebalik siulan itu, Daniel benar-benar menyembunyikan perasaannya.

---------------------

KENINGNYA diangkat-angkat sejurus selepas pintu itu dibuka.

"Dah kenapa angkat-angkat kening macam tu?" Soal Raihana. Ingat tertarik la tu.

Daniel menyeringai. "Jom?" Ajak Daniel.

Raihana melarikan pandangannya sebelum terus keluar dari pintu apartmentnya dan menguncinya. Dia terus berlalu meninggalkan Daniel di belakang.

"Sekejap je, faham?" Soal Raihana yang menoleh ke arah Daniel kemudiannya.

Daniel mengangguk-angguk. "Okay!" Ibu jarinya dinaikkan.

Masing-masing menyepi kemudiannya, sehinggalah mereka tiba di pekarangan parkir dan mula menaiki kereta milik Daniel.

Sepanjang perjalanan itu, masing-masing hanya menyepi. Raihana sememangnya takkan mulakan perbualan dulu, jadi dia lebih memilih untuk diam.

"Kita nak pergi mana ni?"

Termuntah jua soalan yang bermain di dalam benak Raihana sejak semalam. Terpaksa bertanya sebab terlalu rasa ingin tahu.

"Puan Raihana rasa?" Soal Daniel, sengaja menduga.

"Manalah tahu. Jangan bawak tempat pelik-pelik, eh. Awak dah janji semalam." Kata Raihana.

"Jangan risau, Puan Raihana. Saya kan ada? Saya jaga Puan Raihana, okay?" Soal Daniel dalam senyumannya.

"Jaga tak jaga. Kalau ada masalah, awak jugak puncanya. Sebab bawak saya malam-malam macam ni." Kata Raihana.

Daniel ketawa. Raihana hanya mencebik.

Apa entah yang lawaknya si Daniel ni.

Mereka terus sepi kemudiannya. Sehingga kereta Daniel mula meluncur ke satu kawasan yang Raihana rasa, dia pun tak pernah lalu lagi.

"Puan Raihana pernah pergi sini?" Seolah mengetahui isi hati Raihana, Daniel bertanya.

Raihana menggeleng.

Daniel hanya tersenyum gembira. Kereta itu dipandu sehingga tiba di destinasi.

Brek ditarik.

"Dah sampai!" Ujar Daniel.

Raihana memandang Daniel seketika sebelum melihat sekeliling.

Amboi, besarnya villa!

"Ini villa siapa?" Soal Raihana.

"Rasanya?" Duga Daniel.

Raihana mengerutkan keningnya. Dia menjengukkan kepalanya. Nampak macam tak ada orang.

Daniel tersenyum. "Jom keluar. Tengok-tengok sekeliling." Katanya sambil menjenguk sekeliling.

Raihana hanya menurut. Tangannya dipimpin Daniel berjalan di sekeliling rumah itu.

Daniel menjenguk lagi buat kesekian kali.

"Cantik, kan?" Soal Daniel.

Raihana memandang Daniel agak lama.

Cantik tu memang la cantik. Tapi, masalahnya si Daniel ni dari tadi macam menghendap, dah kenapa?

"Ini rumah siapa?" Soal Raihana pula.

Daniel menarik tangan Raihana, berlalu ke sliding door sebelum menjenguk ke dalam melalui pintu kaca itu.

"Ish, Daniel. Janganlah main jenguk je rumah orang macam tu. Jomlah balik. Nanti orang ingat kita mencuri pulak." Kata Raihana, risau.

Daniel memandang Raihana sebelum ketawa.

"Mana ada orang mencuri kat rumah sendiri, Puan Raihana!" Ujar Daniel.

Terangkat kening Raihana dibuatnya. "Ha?" Soalnya, tak percaya.

Daniel ketawa lagi apabila melihat reaksi Raihana.

Tak nampak ke dia pura-pura je main-main hendap sejak tadi?

"Eh, gelak apa awak ni?" Soal Raihana. Main-main pulak.

Daniel menunjal dahi Raihana. "Lembab."

Raihana membulatkan matanya.
"Apa awak cakap?"

Sesuka hati dia je!

Belum sempat Raihana mahu mengambil langkah pergi, Daniel terlebih dahulu menarik lengan Raihana.

Daniel menggoncang-goncangkan kunci rumah villa itu di hadapan Raihana. "Jom!"

Leher Raihana dipeluk dan mereka mula masuk ke dalam villa itu.

Raihana terpaksa menurut. Macam biasa.
Sempat juga dia menjulingkan matanya ke atas. Blergh.

Pintu dibuka. Mereka lantas masuk ke dalam.

"Wow." Besar gila! Cantik gila!

Raihana melihat dekorasi dalaman rumah itu. Sangkanya, apartmentnya dah cukup cantik. Namun, ini sangat luar daripada apa yang pernah dia bayangkan.

Dia menoleh, memandang Daniel.

"Ini villa awak?" Soal Raihana.

Daniel hanya mengangkat bahunya.

"So, selama ni memang awak tinggal sini, eh? Seronoknya." Ujar Raihana.

Daniel tersenyum. "Sini." Tangan Raihana ditarik menaiki tangga, menuju ke bilik utama villa itu.

Raihana melihat sekelilingnya.

"Daniel, ini bilik utama?" Soal Raihana, tak percaya.

"Hmm. Cantik, kan?" Soal Daniel.

Raihana mengangguk-angguk setuju. "Cantik sangat. Sangat, sangat!" Pujinya, tulus. Bersama senyuman girang yang hadir.

Daniel mengukir senyumannya. Dia duduk di birai katil sambil memerhatikan Raihana yang ralit memerhatikan setiap isi bilik itu.

Raihana kemudiannya berlalu ke beranda. "Wah! Banyaknya pokok boleh nampak dari sini!"

Dari jarak itu, dia terlihat Raihana yang mendepangkan tangannya, menghirup udara segar, sebelum tawanya meletus di situ.

Senyuman Daniel makin lebar terukir. Bersama matanya yang mula berkaca-kaca.

Raihana sangat begitu jarang bahagia bila bersama dengan dia, bukan?

Dalam lima tahun mereka menjadi suami isteri, Raihana memang tak bahagia bila bersama dia.

Daniel melangkah perlahan ke arah Raihana.

Raihana hanya memandangnya sekilas dengan senyuman sebelum dia kembali memandang luar. Daniel juga begitu.

"Em, Puan Raihana.." Panggil Daniel setelah sekian lama mereka menyepi.

"Hmm?" Sahut Raihana.

"Saya ada benda nak cakap dengan Puan Raihana ni." Balas Daniel.

"Apa dia?" Soal Raihana yang mula memalingkan tubuhnya ke arah Daniel, memberi sepenuh perhatian.

Daniel melarikan pandangannya ke arah lantai seketika sebelum dia menarik nafasnya. Wajah Raihana dipandang kemudiannya.

"Saya kena pergi."

"Hmm? Pergi mana?" Soal Raihana.

"Em, outstation." Balas Daniel.

Raihana menatap wajah Daniel. "Lama ke?" Soalnya.

"Well, maybe akan tinggal sana. Dalam tempoh yang panjang." Balas Daniel.

Raihana tergamam.

"Kat mana?" Soalnya.

"Amerika."

Raihana terdiam seketika sebelum dia menghadap beranda, melarikan pandangannya. "Bila?" Soalnya perlahan.

"Em, dalam beberapa hari lagi."

Wajah Raihana terus berubah. Tak seceria tadi.

Daniel mengangkat dagu Raihana. "Sedih ke saya nak pergi, Puan Raihana?" Duganya.

Raihana menepis tangan Daniel. "Mana ada. Perasan." Balasnya.

Ekor matanya melirik ke arah Daniel yang masih juga memandang Raihana dengan senyuman.

Buat apa lama sangat outstation? Deal apa dengan negara luar? Tak cukup maju ke Malaysia ni? Kerja dalam negara sendiri kan bagus jugak, getus hatinya.

Daniel masih tersenyum.

"Nak ole-ole?" Soalnya.

"Buat apa nak ole-ole." Orang nak dia, bisik hati Raihana.

"Alololo, masamnya muka Puan Raihana. Macam jeruk. Rasa nak gigit!" Gurau Daniel yang berpura-pura mahu menggigit Raihana.

"Ish!" Raihana menolak wajah Daniel.

Daniel ketawa sebelum suasana mula sepi. Raihana mula termenung jauh.

"Kenapa baru cakap?" Soal Raihana.

"Hmm?"

"Awak ingat saya senang ke nak ambil cuti semata-mata sebab nak hantar awak? Kalau bos saya tak bagi, macam mana?" Soal Raihana. Dah la tinggal lagi berapa hari.

Sengal sungguh dia ni la.

Daniel tersenyum.

"Pihak hospital boleh uruskan kalau kau nak cuba. Aku pun banyak kenalan dengan pakar kat sana. Kalau dipermudahkan, mungkin dalam awal minggu depan kau dah boleh berangkat."

"Hmm, sebab tu la saya nak jumpa Puan Raihana malam ni. Nanti tak payah nak susah-susah ambil cuti." Ujar Daniel.

"Maksudnya?"

"Maksudnya, Puan Raihana tak payah datang kat airport kalau dah jumpa malam ni. Anggap je ni farewell kita, ok? So, lepas ni dah tak payah jumpa." Kata Daniel.

Raihana hanya memandang Daniel demikian.

Daniel melarikan pandangannya. "Well, lagipun, saya taknak tengok ada orang leleh masa saya nak pergi nanti. Kerja saya tu penting, tau? Takkan nak tunda sebab ada orang tu menangis kat airport nanti."

"Ish!" Bahu Daniel dipukul. Tahu siapa yang dimaksudkan.

Daniel ketawa.

Raihana mencebik. "So, kita tak boleh jumpa ke kat airport nanti?" Soal Raihana.

"Hmm."

"Lepas ni, pun?" Soal Raihana.

"Hmm, hmm."

Raihana menghela nafasnya. "Okay, then." Mengalah.

Tiba-tiba je, malam ni jadi malam terakhir dia dengan Daniel berjumpa.

Tapi kan, masih ada esok, lusa.

Ish. Kalau namanya Daniel, memang suka buat benda merapu. Tak fikir langsung orang lain. Geram betul. Rasa nak ketuk je kepala dia ni.

"Awal lagi kalau farewell sekarang. Kan lama lagi. Habis, esok, lusa, tulat nak buat apa?" Soal Raihana.

Daniel tersenyum sebelum pipi Raihana ditarik. "Alololo. Berat hati nak berpisah, ya?" Usiknya.

"Sakitlah!" Tangan Daniel dipukul. Daniel ketawa.

Raihana memasamkan wajahnya. Memandang langit malam tanpa mempedulikan Daniel lagi.

"Bila saya boleh jadi bintang Puan Raihana?" Soal Daniel.

Raihana memandang Daniel sekilas. "Tak boleh sampai bila-bila."

"Ye ke?" Soal Daniel.

"Hmm."

"Hmm, kalau macam tu, saya jadi langit Puan Raihana je la!"

"Awak nak jadi bulan ke, matahari ke, terserah. Tapi bukan saya punya, ok." Balas Raihana.

Daniel tersenyum sebelum leher Raihana dipeluk.

"Saya kena jadi sesuatu untuk Puan Raihana. Nanti, bila Puan Raihana tak nampak saya, bila tengok 'sesuatu' tu, baru boleh hilang rindu. Kan?" Soal Daniel.

"Jangan merepek. Awak bukannya tak balik sini dah." Balas Raihana.

Daniel memandang langit, termenung seketika.

"Pembedahan ni macam aku pernah cakap, berisiko. Mungkin kau boleh sembuh, tapi mungkin juga, kau akan..."

"Mati?"

"Hmm. Sebab kau pun tahu macam mana melaratnya sakit kau."

"Seberapa besar peluang saya boleh sembuh?"

"30 ke 50 peratus."

"Cuma 30 peratus?"

"Tapi ini lebih baik. Kalau pembedahan berjaya, kau boleh sembuh. Daripada tak berusaha langsung."

"Kalau tak balik?" Soal Daniel.

"Awak memang suka sangat tinggalkan saya ke?" Soal Raihana, terasa jengkel tiba-tiba.

"Hmm? Suka? Puan Raihana yang tinggalkan saya, dulu." Balas Daniel, bersahaja.

"Itu sebab mulut awak tu dulu. Baru seminggu kahwin sibuk nak cerai la, berpisah sementara la, apa la. Sebal, tahu tak. Kalau tak suka, cakap je la awal-awal. Ni tak, nak kahwin jugak. Dah jadi satu masalah." Bebel Raihana secara tak langsung.

Daniel mengawal tawanya.

"Marah sebab tu la ni?" Duga Daniel.

"Mestilah. Dah la tiga tahun lepas, awak tak nak datang pun. Dua kali ajak keluar bincang, dua kali tak datang. Penat cari sana sini. Si Fahrin tu tak habis-habis tanya, 'Bila nak kahwin? Bila nak tunang?' Tak ke serabut jadinya?" Luah Raihana akan rasa tak puas hatinya.

Raihana menggumam akhirnya. "Last-last si Fahrin tu entah apa-apa jadinya."

Daniel tersenyum.

Baru pertama kali mendengar luahan hati Raihana begini.

"Fahrin tak curang pun." Kata Daniel.

"Hmm?"

"Dia tak curang. Cuba Puan Raihana tanya baik-baik kenapa dia buat macam tu. Nanti dia terangkan, Puan Raihana mesti faham dan tahu semuanya." Kata Daniel.

Raihana mencebik. "Taknaklah. Kalau saya dengan dia balik pun, bukannya boleh kahwin pun." Gumamnya.

"Boleh. Satu hari nanti. Fahrin pun, kali ni, mesti boleh tunggu sampai hari tu tiba." Balas Daniel.

Sebab dia dah tahu semuanya, tambah Daniel dalam hati.

"Awak tak payah suruh sangat. Hakikatnya, sekarang ni saya masih isteri awak. Awak tu tak nak lepaskan saya. Jengkel, tahu tak?"

Daniel ketawa.

Memang cara perempuan kalau lepaskan rasa tak puas hati dia comel macam ni ke, atau Raihana je yang buat dia rasa akan itu?

"Tengok tu. Orang cakap betul-betul dia gelak pulak. Suka main-main." Ujar Raihana.

Daniel mematikan tawanya dan tersenyum. Raihana menjelingnya sekilas.

"Sudahlah. Asyik senyum je. Mengalahkan angau." Raihana menolak pipi Daniel.

Daniel mengekek.

"Suka tak?" Soal Daniel.

"Suka apa?" Soal Raihana pula.

"Villa ni."

Raihana terdiam seketika sebelum memandang Daniel sekilas.

"Hmm. Untunglah tinggal sini. Udara segar, senang tengok bintang." Ujar Raihana.

"Em, untung, ya? Hmm, macam mana kalau...."

Tangan Raihana diraih sebelum dibuka telapak tangannya. Kunci rumah itu diletakkan di tengah-tengah telapak tangan tersebut.

Raihana memandang Daniel, tak berkedip.

Daniel tersenyum. "Ini villa awak sebenarnya. Saya belikan untuk awak." Kata Daniel sebelum mengatupkan jemari Raihana agar menggenggam kunci itu.

Raihana ternganga. Sebelum dia memejamkan matanya, tersedar dari gamamnya.

"Kenapa?"

"Sengaja. Awak kata cantik tadi."

"Tak, Daniel. Villa besar, cantik macam ni, awak nak bagi saya? Eh, tak boleh, tak boleh." Kunci rumah itu diserahkan kembali. "Dah. Saya nak balik. Awak kata sekejap je, kan?"

Raihana mula mengangkat kakinya.

"Raihana. Dengar dulu, please." Tangan Raihana ditarik.

Raihana berhenti, menoleh ke arah Daniel. Daniel merapatkan tubuhnya dengan Raihana.

"Memang niat saya nak bagi villa ni untuk awak. Sejak mula saya buat bisnes kecil-kecilan sampailah dah maju sekarang, saya memang terfikir nak berikan awak sesuatu. Awak tak pernah minta apa-apa dari saya, dan saya tak pernah bagi apa-apa. So please, ambil. Saya akan rasa sangat berat hati kalau awak tak ambil. Hmm?"

Kunci itu diserahkan kembali kepada Raihana.

Raihana memandang Daniel agak lama. Sebelum matanya melurut, memandang kunci yang berada semula pada genggamannya itu. Dia memandang Daniel lagi.

"Jangan buat macam ni, Daniel." Ujar Raihana, perlahan. Dia memalingkan wajahnya kemudian.

Daniel memandang Raihana. "Hmm?"

Raihana menatap juga wajah itu, lama.

Awak buatkan saya makin berat hati nak lepaskan awak, bisiknya. Jauh di sudut hatinya.

"Thanks." Ucap Raihana.

Daniel tersenyum lebar. "Macam tulah. Seronok, kan?" Soal Daniel.

Raihana mengangguk sambil tersenyum nipis.

Suasana sepi seketika. Raihana dan Daniel bersama-sama memandang ke arah luar beranda itu.

"Daniel?"

"Hmm?"

"Apa cara berpisah yang lagi baik dari bercerai?" Soal Raihana.

Daniel menatap wajah Raihana. "Kenapa tanya?" Soalnya dalam senyuman.

"Sengaja nak tahu." Balasnya.

"Adalah." Balasnya, dalam main-main.

Raihana mencebik.

Suasana sepi seketika.

"Awak taknak tanya pasal apa jadi antara saya dengan Fahrin sekarang?" Soal Raihana tiba-tiba.

"Em, kalau nak cerita, saya sudi dengar." Balas Daniel.

"Nope. Unless awak tanya." Ujar Raihana pula.

Daniel tersenyum kecil. Tubuhnya didekatkan kepada Raihana.

"Dah break?" Soal Daniel.

Raihana mengangguk lambat.

"Betul-betul break?" Soal Daniel.

"Hmm."

"So, Puan Raihana sedih?" Soal Daniel.

"Entah. Tak tahu nak rasa apa. Nak kata kecewa tu memanglah kecewa. Tapi saya yang buat dia jadi macam tu." Balas Raihana yang mengeluh kemudiannya.

Daniel tersenyum nipis sebelum menggosok kepala Raihana.

"Tak apa. Bukan salah sesiapa pun. Semuanya akan ok, hmm? Kalau Puan Raihana nak bersama semula, bincanglah baik-baik." Pujuk Daniel.

Raihana memandang Daniel sebelum mengangguk kecil.

Tangan Raihana diraih. "Jom balik. Dah lewat ni. Nanti jangan lupa selalu datang sini, tau? Best tempat ni nak buat hilang stress. Ok?" Ujar Daniel.

"Hmm." Kata Raihana.

Entah kenapa, hatinya menjadi berat mahu meninggalkan villa itu.

Mungkin kerana itu adalah pertemuan terakhir mereka. Dan berbulan-bulan lamanya nanti mereka tak akan bersua.

Tapi kenapa kau sedih sangat ni, Raihana? Nanti lepas tu macamlah kau tak boleh jumpa lagi.

Raihana memandang wajah Daniel.

"Dah pack barang ke belum?" Soal Raihana.

"Hmm, belum lagi. Baru dapat tahu sebenarnya. Kenapa?" Soal Daniel.

"Saja je."

"Caringnya Puan Raihana sejak saya masuk hospital hari tu." Usik Daniel.

"Bila masanya caring?" Tak mengaku.

Daniel hanya tersenyum. Pegangan itu dikemaskan. Membiarkan kehangatan tangan mereka saling berpindah.

Raihana mencuri pandang Daniel yang sedang berjalan itu.

Sebelum dia menghela nafasnya, berasa hampa. Entah kenapa.

Daniel pula hanya tersenyum nipis, sendiri.

Saya gusar sebenarnya, Raihana.

Gusar kalau pembedahan tu tak berjaya.

Sebab macam Doktor Zaid kata, semua peluang dan kebarangkalian untuk hidup lama adalah tipis. Dan berisiko.

Dan satu-satunya risiko yang harus dihadapi adalah, kematian.

"Saya nak cuba, doktor."

Daniel mengeluh kecil sebelum memandang Raihana.

Raihana, untuk satu ketika, saya nak awak bahagia.

Sungguh, saya cuma nak lihat awak bahagia.

Sebab kalau awak boleh tunjukkan yang awak bahagia, kalau saya boleh temankan awak sampai awak bahagia, saya takkan teragak-agak lagi untuk 'pergi'.

Meskipun saat saya hampir 'pergi', awak tak akan berada pun di samping saya.

Demi Tuhan, Raihana.
Maafkan saya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro