CHAPTER EIGHT 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ubat disapu pada lengan Noah yang kemerahan akibat melecur.

"Pedih lagi?" Soal Crystal sambil melihat lengan Noah. Noah menggeleng dan turut melihat lengannya yang terdapat satu luka melecur yang agak besar.

Aduh, apa nak jawab dengan umi nanti? Alamatnya, pakai baju lengan panjang lah dia sampai luka ini sembuh.

"Saya minta maaf, tapi Tengku pun satu, kenapa berdiri belakang saya macamtu? Terkejut saya tau." Bebel Crystal geram. Tak pasal pasal air panas yang dibuat tadi tersimbah ke lengan Noah.

Noah hanya diam. Mata memandang Crystal yang sedang merisaukan luka melecurnya.

.
.

"Wah! I tak sangka pula you suka dia! Memang sesuai sangat you dengan Crystal tu."

.
.

Terngiang ngiang suara Healy ditelinganya.

"Kenapa Tengku pandang saya macamtu?" Soal Crystal. Tiba tiba rasa seram sejuk dengan pandangan serius dari Noah. Perlahan lahan dia berganjak jauh dari Noah namun tangan jejaka itu mencengkam lengannya.

"Tengku!" Jerit Crystal apabila Noah menolaknya ke sofa dan jejaka itu naik menindihnya. Pantas Crystal meronta.

Noah merentap kasar niqab Crystal dan bibirnya mula turun mencium wajah gadis itu.

"Lepas!" Jerit Crystal sambil mula menangis. Tubuh Noah ditolak kuat namun sedikitpun tidak membuat usahanya itu berhasil.

"Tengku tolong.. jangan.." air mata gadis itu mengalir deras dan menahan Noah yang ingin menanggalkan tudungnya pula. Dimata Noah itu terbias desakan nafsu.

Sama seperti dulu.

Tiada pilihan, Crystal pantas menggigit lengan Noah yang baru melecur tadi.

"Argh!" Noah melepaskan cengkaman dan menekup lengannya. Crystal pantas bangun melarikan diri dari lelaki itu.

Barang terdekat yang ada sekarang ini adalah cawan berisi air panas tadi. Terus Crystal mengambil cawan itu dan membaling kuat ke arah Noah.

Noah pantas mengelak apabila terasa ada benda laju datang ke arahnya.

Crystal berlari masuk ke dalam biliknya dan pintu bilik itu dikunci. Terus gadis itu terduduk dan memekup muka. Air matanya laju mengalir.

"Haura.. buka pintu. Haura, please. We need to talk." Suara Noah kedengaran dari luar. Crystal hanya diam menahan esakannya dari berbunyi.

"Haura, buka sementara aku masih berlembut." Suara Noah bertukar keras. Crystal bangun dan mula mencari sesuatu untuk mempertahankan diri. Noah kuat. Noah sudah terlatih dari kecil untuk berlawan. Jadi tidak mustahil Noah boleh memecahkan pintu biliknya.

Dengan tangan terketar Crystal mengambil sehelai bajunya. Gadis itu bersandar di dinding dan memandang ke pintu. Bersedia jika Noah memecahkan pintu tersebut.

Namun tidak.

Crystal melihat pintu yang terbuka dan Noah bersama sebentuk kunci ditangan. Pastinya kunci pendua.

Crystal menggenggam kemas bajunya.

"Haura."

"Jangan dekat." Crystal bersuara. Noah melihat wajah gadis itu yang penuh dengan air mata. Sisa esakan masih berbaki.

Noah meraup wajah dan duduk di katil gadis itu.

"I'm sorry."

"For what? Tengku sedar tak apa yang Tengku cuba buat tadi? Tengku ingat saya ni perempuan murahan ke sampai Tengku nak lampiaskan nafsu syaitan Tengku pada saya?" Soal Crystal separa menengking.

Noah bangun dan kembali mendekati Crystal.

"Jangan!" Crystal mengangkat tangannya, sedia untuk menjerut leher Noah dengan baju yang dipegang. Noah mengeluh.

"Haura, jangan buat benda bodoh. Kau pun tahu aku takkan kalah dengan tenaga perempuan kau tu." Baju ditangan Crystal diambil kasar dan dibuang ke lantai.

"Aku nak kau." Noah bersuara lagi. Crystal pantas menggeleng dan cuba berundur namun dia sudah berada pada dinding biliknya.

"Tolonglah Tengku. Jangan buat saya macamni." Crystal merayu. Tetapi tidak didengari Noah. Jejaka itu masih inginkannya dan dia juga tidak tahu kenapa! Padahal ada ribuan lagi gadis di luar sana yang jauh lebih elok darinya!

"Kita kahwin!" Jerit Crystal. Noah terpanar. Automatik tangannya terlepas dari Crystal dan jejaka itu statik.

"Apa?"

"Tengku nak saya kan? Kita kahwin." Ujar Crystal mencabar.

Noah terdiam. Jika dia berkahwin, umi dan baba nanti macamana? Restukah mereka?

"Jangan risau. Perkahwinan ini takkan diketahui sesiapa. Tengku kahwin dengan saya hanya untuk halalkan perbuatan Tengku sahaja. Tengku bebas hidup seperti apa yang Tengku mahu asalkan jangan jadikan saya perempuan yang tiada maruah." Ujar Crystal lagi. Biarlah dikata dia tidak sedar diri ingin berkahwin dengan golongan bangsawan sekalipun! Asalkan dia tidak terjerumus dalam zina.

Noah masih diam.

.
.

"Biarlah saya baiki diri saya dulu baru melamar Crystal."

.
.

Suara Nash pula bermain di mindanya. Noah angguk.

"Fine. Kita kahwin misyar." Ujar Noah. Crystal terasa hampir gugur jantungnya mendengar keputusan Noah. Sangkanya, Noah akan menolak dan membebaskannya.

"Kahwin misyar?" Soal Crystal perlahan.

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang berasaskan syarak dan sah disisi Islam, tetapi suami tidak wajib menunaikan kewajipan terhadap isteri, isteri tidak mempunyai hak untuk menuntut nafkah zahir dan batin sebaliknya ia terserah kepada suami sama ada mahu mendatangi isterinya pada bila bila masa. Tapi kesemua tersebut perlu mendapat persetujuan si isteri dan sikap bertolak ansur.

Jadi, Noah boleh berhubungan dengan Crystal secara halal jika Crystal bersetuju untuk berkahwin Misyar dengannya.

"Aku kahwin dengan kau. Dan kau, tiada hak apa apa pun untuk masuk campur hidup aku. Dan siapa yang aku akan berkahwin lagi selepas ini, itu bukan urusan kau." Ujar Noah. Crystal mengetap gigi.

"Baik. Saya setuju. Dan Tengku juga perlu setuju dengan syarat saya."

Noah berpeluk tubuh.

"Apa?"

***

"Aku terima nikah, Crystal Nur Haura Binti Abdullah dengan mas kahwinnya 200 ringgit, tunai."

Crystal memejam mata apabila lafaz sah diumumkan. Tangan diangkat memohon doa dari Yang Esa.

Benarkah apa yang dia buat ini?

Majlis kahwin yang dilakukan sekarang hanya tertutup. Berwalikan hakim dan tiada seorang pun yang dia kenal didalam bilik ini. Semuanya dilakukan dengan pantas oleh Noah.

Selesai doa dibaca, Crystal memandang Noah yang berada diatas kerusi ditepinya. Suasana bilik itu hanya sepi.

"Tahniah, Tengku." Seorang lelaki bersut hitam menunduk sedikit. Crystal berkerut wajah. Inilah lelaki yang menjaga apartment Noah.

"Jom." Noah memegang tangan Crystal dan mereka keluar dari bilik sunyi itu. Crystal turut diam. Habistu? Sekarang dia sudah menjadi isteri Noah?

Crystal memandang Noah. Jejaka itu santai memandu tanpa sebarang perkataan pun yang keluar dari mulut masing masing.

"So.."

"Jadi.."

Serentak mereka membuka mulut. Kemudian saling berpandangan. Kemudian Noah kembali menumpukan perhatian pada pemanduan.

"Kau dulu."

"Tengku dulu."

Lagi sekali, mereka bersuara serentak. Kemudian diam lagi. Crystal bermain dengan jarinya sendiri. Sangat janggal pula. Sebelum berkahwin rasa macam selalu ada benda untuk digaduhkan.

Sehinggalah tiba di apartment, mereka masih diam.

"Err.. Tengku nak air?" Soal Crystal. Noah angguk.

"Boleh juga."

Gadis itu pantas meloloskan diri ke dapur. Kepalanya ditepuk perlahan. Aduh, kenapa janggal pula ni?! Tiba tiba atmosfera diantara mereka semakin tebal kerana dipenuhi dengan perasaan kekok antara satu sama lain.

Air dibancuh dan diletakkan diatas meja. Kemudian gadis itu duduk di sofa lain. Agak jauh dari Noah.

"Sit here." Noah menepuk sofa disebelahnya. Crystal teragak agak seketika.

"Atau kau nak aku duduk sebelah kau?" Soal Noah sambil menjongket kening. Terus Crystal bangun. Sofa dia duduk sekarang ni hanya satu. Noah nak duduk di mana? Atas riba dia?

Crystal duduk di tepi Noah dan jejaka itu menarik dirinya rapat ke arah Noah. Hampir tidak bernafas Crystal apabila dekat sebegini dengan Noah.

Tangan Noah menyentuh niqab Crystal dan dibuang. Kali ini secara lembut. Wajah Crystal ditilik lama.

"Haura (Cantik)."

Crystal hanya diam apabila Noah menyebut nama yang tidak disebut orang lain. Biasa orang memanggilnya Crystal, namun Noah memanggil dirinya Haura. Tanpa dia tahu sebabnya.

Tudung Crystal juga ditanggalkan dan jemari Noah mengurai rambut milik gadis itu. Rambut coklat karamel. Sangat anggun dengan alunan yang lembut sehingga ke paras siku.

Pipi Crystal mula bertukar kemerahan apabila Noah merenungnya dengan lama. Pandangan jejaka itu tidak lagi diselaputi nafsu seperti sebelum ini malah dia juga tidak dapat tafsirkan pandangan Noah padanya.

"Patutlah dia suka kau."

Crystal berkerut dahi. Dia?

"Siapa?"

Noah menggeleng. Air yang dibuat Crystal dihirup perlahan.

"Lepasni pindah masuk bilik aku. Bawa semua barang kau. Dan aku takkan selalu ada di Malaysia, aku perlu balik Swiss untuk kelas." Ujar Noah. Crystal angguk. Tahu akan status Noah yang masih menjadi seorang pelajar.

"Saya mandi dulu." Ujar Crystal. Noah hanya diam. Tanpa menunggu balasan jejaka itu, Crystal melangkah masuk biliknya.

Dadanya dipegang. Berdebar.

Selesai mandi, Crystal berdiri dihadapan almari. Niqabnya dipandang. Sudah tidak perlu dipakai lagi.

Gadis itu menyisir rambutnya dan mula memakai wangian. Terasa bebas pula apabila tidak perlu berhijab dan berniqab didalam rumah ini.

Bibir tersenyum. Namun senyumannya mati apabila pinggangnya terasa dipeluk. Habis meremang bulu romanya apabila menghidu wangian Noah didalam hidung.

"Haura.." Noah berbisik dan mula mencium leher Crystal. Crystal meneguk liur.

Dia suami kau, Crystal! Jangan buka silat!

Crystal memandang Noah. Perlahan lahan tangannya memekup kedua pipi Noah dan dia mencium sekilas bibir jejaka itu. Noah terkedu dengan tindakan Crystal.

Mata Noah terus bersinar. Membuatkan Crystal tergelak.

"Naughty wife!" Noah mendukung Crystal. Crystal terjerit kecil sebelum ketawanya terhambur.

***

Crystal membuka pintu bilik apabila terhidu aroma yang sangat menyelerakan. Kepala dijenguk ke luar dan terus matanya bersambung dengan bahagian dapur.

Kelihatan Noah sedang memasak. Tanpa baju, hanya sweatpants sahaja yang dipakai mendedahkan otot badannya.

Seksi.

Pipi Crystal kemerahan. Amboi kau gatal. Masa tak kahwin bukan main jaga pandangan. Gadis itu menepuk pipinya perlahan. Kemudian pipinya kembali merona merah apabila teringat kisah romantis semalam.

"Ish sudah!" Crystal kembali masuk ke dalam bilik dan mencuci muka didalam bilik air yang terdapat dalam bilik itu. Gigi diberus lalu gadis itu mengikat rambut style messy bun. Lipbalm juga dioles sedikit.

"Tengku!" Sapa Crystal ceria. Noah memandang gadis yang baru bangun tidur itu.

"Morning. Awalnya bangun." Jam dilihat. Baru pukul 7 pagi. Lagipun rasanya tadi Crystal tidur selepas solat subuh.

"Tengku lagi awal. Masak apa?" Soal Crystal sambil tangannya memeluk tubuh Noah. Selepas kejadian semalam, sudah terbang rasa malunya kepada Noah. Dan terasa selesa pula bergaul mesra dengan Noah sebegini.

"Pancakes. Simple breakfast for us." Noah mencium kepala Crystal dan membiarkan si isteri melekat di badannya. Namun semakin lama, semakin pelik pula rasanya apabila tangan Crystal tidak habis habis meraba ototnya.

"Haura, no. Pagi ni aku makan breakfast, bukan kau." Ujar Noah. Crystal tergelak.

"Body Tengku cantik." Puji Crystal sambil melihat badan Noah lagi. Tangannya menyentuh bahagian perut Noah.

"Dua.. empat.. enam.. lapan?!" Bulat mata Crystal melihat otot diperut si suami. Noah meraup wajah.

"Haura."

"Wah! Ada lapan ketul. Eight packs ke ni?" Soal Crystal teruja. Noah menggenggam tangan Crystal. Nafas dihela perlahan apabila perasaan teruja mula terbit dalam diri.

"Kalau kau tak berhenti, we might skip this breakfast and you're gonna be my breakfast." Ujar Noah. Crystal terdiam dan terus dia berhenti. Seram sejuk mendengar ayat Noah.

Noah tersenyum sinis.

"Semalam tak ada pula puji badan aku. Tak sempat puji?" Double meaning ayat Noah sambil keningnya terangkat angkat. Terus Crystal melarikan anak mata dan duduk di atas kerusi.

"Pandai juga Tengku masak." Ujar Crystal, cuba mengalih topik. Noah meletakkan pinggan pancakes buat si isteri dan duduk bersebelahan gadis itu.

"Tell me something I don't know." Ujar Noah. Crystal mencebik dan mula makan. Noah turut makan dengan senyap.

"Aku kena pergi istana. Kau nak ikut?" Soal Noah. Crystal membulatkan mata.

"Nak! Dah lama saya duduk sini, saya bosan. Saya nak jalan jalan." Mata dikelipkan secara comel ke arah Noah. Noah tersenyum dan kesan coklat di pipi Crystal dilap dengan jarinya.

"Lepas zohor kita pergi." Ujar Noah. Crystal angguk.

***

"Crystal!" Lily pantas berlari apabila melihat gadis berniqab keluar dari kereta Noah. Pantas dia memeluk gadis itu.

"Umi rindu Crystal. Crystal pergi mana? Kenapa tak bagitahu umi?" Soal Lily sambil memegang kedua bahu Crystal. Kemudian dia memandang Noah.

"Noah jumpa Crystal dimana?" Soal Lily. Noah hanya senyum.

"Rumah dia lah umi. Noah masuk dulu." Noah terus berlalu pergi ke dalam jamuan makan dikalangan ahli keluarga sahaja diadakan. Tiada lagi tetamu yang ramai seperti semalam.

Langkah Noah terhenti apabila melihat Nash yang turut memandang dirinya.

"Dia duduk dimana sekarang?" Soal Nash. Noah mengeluh dan membetulkan baju lengan panjang yang dipakai.

"Kau minta aku bawakan dia pada kau and I did. Jadi jangan banyak bunyi." Ujar Noah dan menyambung langkahnya. Noah duduk di sebelah Hazzel yang nampaknya sedang angau dengan si isteri.

Eleh, dia pun dah ada isteri la.

"Apa kau ni!" Hazzel mendengus geram apabila Noah duduk tengah tengah diantaranya dan Healy.

"Suka hati la. Aku ni first love kau, jangan nak lupakan aku pula. Mentang mentang dah ada isteri." Noah bersuara. Healy mencubit lengan Noah.

"Auch!" Noah memekup lengannya.

"You tu yang rampas suami I dari I!" Ujar Healy geram.

Hazzel berkerut dahi. Tangannya menggenggam tangan Noah dan lengan baju lelaki itu diselak.

"Oh my god!" Healy menekup mulut apabila melihat kesan melecur yang agak besar di lengan Noah.

"Shh! Nanti umi dengar." Noah berbisik dan pantas menutup semula lengannya dengan baju.

"Macamana boleh melecur macamtu?" Soal Hazzel.

"Terkena air panas. Sikit je ni." Ujar Noah.

"I'm so sorry." Pinta Healy kerana dia mencubit Noah di luka jejaka itu. Noah tersenyum nipis dan mengisyaratkan 'tak apa'.

Pandangan Noah teralih apabila melihat gadis berniqab sedang bergelak ketawa.

"Saya tak pergi mana mana pun." Ujar Crystal.

"Umi bukan apa, ni lah anak teruna ni. Asyik risaukan je Crystal sampai tak lena malam." Ujar Lily sambil menggosok bahu Nash.

"Umi." Tegur Nash sambil menggeleng.

"Borak boraklah dulu ya? Umi nak pergi ambil kek kejap." Ujar Lily. Crystal angguk sahaja.

Setelah Lily pergi, keduanya diam.

"Assalamualaikum." Nash membuka bicara.

"Waalaikumussalam." Balas Crystal.

"So, awak pergi mana je selamani? Kami semua cari awak tapi tak jumpa." Ujar Nash. Crystal memandang Noah sekilas.

Jejaka itu sedang berborak dengan Viviana.

Ya Allah, jangan cemburu Crystal! Ingat, itu hak dia untuk kahwin lain sekalipun.

"Tak ada pergi mana. Ada je." Hanya itu jawapan Crystal. Mata ditahan agar tidak memandang ke arah Noah. Risau terbit rasa cemburunya nanti.

"Jangan panas lama sangat, istana ni sunyi je tak ada awak. Dahlia pun dah berhenti kerja sebab awak tak ada." Ujar Nash. Mengundang kerutan di dahi Crystal.

"Dahlia berhenti kerja?" Soal Crystal terkejut. Setahunya, Dahlia adalah antara orang yang paling lama bekerja disini. Kenapa dia berhenti?

Nash angguk.

"Katanya dia nak pindah ke Indonesia, kahwin dengan orang sana." Ujar Nash. Crystal angguk. Dengan Dahlia lah dia paling rapat di istana ni.

"Crystal!"

Crystal menoleh dan terus dia memeluk Healy.

"I rindu you!" Ujar Healy. Crystal turut senyum disebalik niqabnya.

"Saya pun rindukan miss."

Healy mencebik.

"I dah cakap tak payah panggil I miss. Panggil Healy je. Lagipun tak lama lagi kita dah nak jadi keluarga." Ujar Healy sambil tersenyum penuh makna ke arah Nash.

"Healy!" Nash bersuara sambil menahan malu. Crystal terpinga pinga. Keluarga apa?

Healy menyenggol siku Crystal.

"You dah lama kan berkawan dengan Nash ni, tak ada rasa apa apa ke." Ujar Healy. Nash menghela nafas dan menggeleng. Healy tergelak apabila melihat telinga Nash yang sudah bertukar merah.

"Saya.."

PRANGG

Mereka menoleh apabila terdengar bunyi sesuatu berkecai.

"Noah!"

"Sorry. Terjatuh." Ujar Noah sambil mengelap kasutnya yang terkena air didalam gelas yang terhempas ke tanah.

"Biar pembantu istana kemaskan." Ujar Lily sambil menarik Noah jauh dari kaca tersebut. Crystal memerhati wajah Noah. Wajah itu agak marah.

Kenapa marah tiba tiba ni? Dah jumpa girlfriend pun marah lagi ke?

Noah pergi ke dalam istana.

"Err.. Nash, saya masuk sekejap ya? Nak ke tandas." Ujar Crystal. Nash angguk dan senyum. Terus gadis itu berjalan masuk ke ruangan istana. Memandangkan semua orang berada di luar, makan dia boleh bertanya pada Noah.

"Tengku?" Bisik Crystal sambil mencari si suami. Hampir menjerit dia apabila ditarik masuk ke dalam salah satu bilik.

Terus gadis itu memandang Noah.

"Tengku okey? Ada kena kaca tadi tak?" Soal Crystal risau. Noah menggeleng dan memeluk tubuh Crystal.

"Tengku.. okey?" Soal Crystal lagi.

"Jangan rapat sangat dengan Nash. Aku tak suka." Ujar Noah. Crystal tersenyum lebar.

"Tengku jealous?" Soal Crystal sambil mencuit pipi Noah. Noah menjeling dan membuka pintu. Crystal mencebik. Macam perempuan period pula nak marah marah!

Gadis itu turut keluar.

"You okey? Ada luka mana mana ke?" Soal Viviana risau sambil menilik badan Noah.

"Okay je. Tak mati lagi." Ujar Noah.

"You ni kenapa macam badmood je? Are you okay?" Soal Viviana lagi. Noah hanya angguk dan mengambil air baru. Viviana memandang Crystal yang berada bersama Lily sedang berbual.

"Atau maid tu ada buat apa apa pada you?" Soal Viviana. Noah pantas memandang gadis itu.

"Apa you panggil dia?" Soal Noah.

"Maid. Iyalah, dia kan pembantu di istana ni dulu. That's maid." Ujar Viviana sambil menjongket keningnya.

"Dia dah berhenti. Jadi jangan panggil dia sebegitu lagi." Ujar Noah tegas. Viviana terkedu sebelum tawa sinis keluar dari mulutnya.

"Oh wow. You backup dia ke? How come? Bukan selama ni you selalu bergaduh dengan dia ke? Konon menyampah dengan dia lah apa lah." Ujar Viviana.

Noah hanya diam.

***

"Tengku marah saya lagi ke?" Soal Crystal sambil duduk di tepi Noah yang sedang membaca artikel di telefon. Jejaka itu menoleh dan menggeleng.

"Come here." Tubuh Crystal ditarik agar berbaring bersamanya diatas katil.

Crystal memeluk tubuh Noah.

"Aku kena pergi Swiss minggu depan. Kau jaga apartment ni okay?" Ujar Noah. Crysta angguk dan berfikir seketika.

"Boleh tak saya nak pergi istana nanti? Saya takut saya bosan duduk disini sendirian. Dekat sana ada umi." Ujar Crystal. Noah menjeling.

"Ada umi ke ada Nash?" Sindir Noah. Crystal mencubit bahu Noah membuatkan jejaka itu terjerit kecil.

"Auch!"

"Padan muka! Dahla malas cakap dengan awak. Saya nak tidur." Crystal menjauhi Noah dan menarik selimutnya sebelum dia memejam mata.

Noah tergelak kecil dan menarik selimut. Wajah Crystal dicium.

"Janganlah marah marah." Ujar Noah sambil mencubit lembut pipi Crystal. Tubuh Crystal dirarik rapat kembali ke arahnya dan dipeluk kemas.

Bibir Noah mencium mata Crystal. Lama.

"Sini. Dekat lagi." Tubuh Crystal ditarik agar meniarap diatas badannya. Terus pinggang gadis itu dipeluk.

"Amboi, mentang mentang dah halal." Crystal memicit hidung Noah membuatkan Noah tergelak bebas. Rambut Noah diusap dengan jemarinya dan mata memerhati wajah itu

"Kacak betul Tengku ni. Tak tahu pula kombinasi Melayu-Itali boleh jadi sekacak ini." Ujar Crystal jujur. Wajah Noah boleh dikira sebagai wajah yang kacak kerana genetiknya dari keturunan yang kacak juga.

Lihatlah baba, walaupun dimamah usia wajahnya masih boleh menjadi kegilaan ramai perempuan. Tapi semuanya tolak tepi, sebab baba nampak umi je yang menarik di mata dia.

Umi juga tidak kurangnya, wajah jelita dan lembutnya masih berkekalan sehingga kini.

"Really? So aku kacak lah?" Soal Noah mengusik. Crystal angguk jujur.

"Haah. Kacak."

Noah tersenyum menampakkan lesung pipit disebelah kanannya. Suka apabila dipuji oleh Crystal.

Crystal turut senyum. Biarlah dia menikmati momen ini, dimana Noah hanya miliknya dan dia adalah satu satunya isteri Noah. Selepas ini jika Noah berkahwin dengan Viviana atau mereka bercerai, sudah tidak boleh begini.

Lagipun, lambat laun perkara itu akan terjadi juga. Perkahwinan ini takkan kekal lama kerana takkan lah Noah mahu memperkenalkan dirinya sebagai isteri seorang pewaris takhta? Dia bakal menjadi Tuan Puteri?

Haha, mengarut!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro