CHAPTER ELEVEN 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Haura.. wake up, makan."

Crystal mengerutkan dahi apabila ada jari lembut menguis hidungnya dan terus dia membuka mata.

"Tengku?! Bila Tengku balik?" Soal Crystal terkejut apabila melihat Noah sedang santai berbaring menghadapnya. Jejaka itu berbaju kasual seolah olah sudah lama pulang.

"Tadi lagi. Kau tu tidur lena sangat." Ujar Noah. Crystal bangun dan membetulkan rambutnya.

"Tengku.."

"Hm?" Noah turut bangun.

"Tengku nampak kurus." Ujar Crystal. Noah kelihatan terkejut seketika sebelum riaknya menjadi biasa semula. Tawa dilepaskan.

"Aku diet." Jawab Noah sambil mengenyit mata. Crystal hanya diam. Orang lain tidak akan perasan, tetapi dia boleh lihat badan Noah semakin susut.

"No. Jangan diet. Kesihatan Tengku lagi penting. Lagipun Tengku dah okey, kurus sangat pun boleh sakit." Ujar Crystal. Noah hanya senyum dan angguk.

"Jom, makan." Ajak Noah lagi. Crystal angguk dan mereka mula berlalu ke meja makan.

"Kenapa Tengku balik?" Soal Crystal apabila mereka sedang makan.

"Saja. Rindu. Kenapa? Aku tak boleh balik ke?" Soal Noah pula. Crystal menggeleng laju.

"Tak, saya pelik je. Tengku tak bagitahu pun Tengku nak balik." Ujar Crystal.

"Tadi kau hampir kena langgar?" Soal Noah terus. Crystal terkaku. Mungkin Anas yang mengabarkan berita itu kepada Noah.

"Ya. Tapi bukan saya, Mia yang hampir kena langgar. Alhamdulillah nasib baik saya sempat tarik dia." Ujar Crystal. Masih terbayang kereta tadi yang tiada pemandu.

Ngeri.

"Be careful. Aku takkan selalu ada disini untuk jaga kau." Noah bersuara sambil menyuap sebiji brokoli ke dalam mulut Crystal. Gadis itu mengunyah dan angguk.

Kemudian dahinya berkerut.

"Jangan cakap Tengku balik kesini hanya kerana saya hampir dilanggar." Ujar Crystal terkejut. Noah tersenyum manis.

"Petang esok aku ada exam. So aku kena ke airport pagi esok. Baba dan umi pun tak tahu aku balik harini jadi jangan bagitahu mereka." Ujar Noah. Crystal ternganga.

Noah memang kaya. Tapi dia juga gila! Siapa je yang sanggup pulang dari Switzerland ke Malaysia hanya kerana mendengar khabar isterinya hampir dilanggar?

Hampir! Bukan sudah dilanggar.

Crystal mengurut pelipis. Noah, Noah. Otaknya sukar untuk dijangka.

"Makanlah." Ujar Noah.

***

Crystal mengusap pipi Noah yang sedang tidur. Bibirnya tersenyum.

Give him love. A love is like a medicine to a heartless human like him.

Crystal teringat ayat yang dibaca didalam buku psikologi manusia itu. Perlahan lahan dia mendekatkan jarak mukanya dengan Noah.

Cup.

Noah membuka mata dan memandang Crystal.

"Apa yang kau buat?"

Crystal membulatkan mata apabila Noah masih tidak tidur.

"Eh, saya.. saya.. arghh!" Jerit Crystal apabila Noah menariknya rapat je arah jejaka itu dan bibir Noah tersenyum lembut. Mata lelaki itu bersinar memandangnya.

"Lord.. macamana aku nak ke Swiss jika kau buat begini pada aku?" Soal Noah. Crystal bingung.

"Saya tak ada buat apa pun." Ujar Crystal. Noah menyenget sinis dan dia menunduk, mencium lembut bibir gadis itu. Mata Crystal membulat.

"You did that." Ujar Noah. Wajah Crystal mula kemerahan.

"And I love it." Noah kembali mencium bibirnya. Crystal melingkarkan tangan di leher Noah dan memejam mata.

Noah mula membuka bajunya.

Serentak itu hilang segala rasa malu Crystal, diganti rasa terkejut.

"Tengku!" Crystal menyentuh bahagian lengan Noah yang bercalar calar dengan parut yang sangat banyak.

Calm down Crystal. Act like a calm and he won't hide you this scars. Be his place for him to show his weak side.

Crystal berdehem.

"Tengku buat?" Soal Crystal tenang. Noah turut angguk dengan tenang. Crystal tersenyum nipis dan mencium kesan torehan ditangan Noah yang banyak itu.

"Kau tak marah?" Soal Noah.

"Tak. Tapi saya nak Tengku berhenti buat ni. Berhenti sakitkan diri sendiri. Kalau Tengku ada masalah, cari lah saya. Saya boleh dengar semua masalah Tengku. Sakitkan diri sebegini tak akan selesaikan masalah." Ujar Crystal lembut. Kesan torehan di tangan Noah agak banyak. Lukanya meninggalkan parut.

"It's nothing. Tak sakit pun."

"Ini bukan tentang sakit! Ini tentang nyawa! Islam pun haramkan kita sakitkan diri sendiri. Tengku buat benda ni, Tengku boleh mati tahu? Silap silap berdarah teruk nanti macamana?" Soal Crystal. Noah memejam matanya seketika sebelum membukanya kembali.

Mata itu sudah hilang sinarnya.

"Fuck." Sepatah carutan keluar dan Noah mula bangun. Pakaiannya dipakai kembali.

"Tengku nak ke mana? Tengku!" Crystal menarik baju Noah dan terkedu apabila pandangan Noah menghala ke arahnya.

"Jangan sentuh aku." Ujar Noah dengan gigi yang terketap rapat. Tatapannya dingin sehingga Crystal terasa penumbuk Noah bila bila masa sahaja boleh hinggap ke mukanya.

Perlahan lahan dia melepaskan genggaman pada baju Noah.

Crystal memakai jubah dan niqabnya dengan pantas sebelum turut berlari keluar. Malangnya, kereta Noah sudah hilang dari pandangan.

"Puan Muda kenapa keluar malam sebegini?"

"Argh!" Jerit Crystal terkejut apabila suara garau kedengaran di tepi telinganya. Terus dia menoleh. Anas tersenyum manis ke arahnya.

Namun, mata Crystal tertumpu pada tepi bibir Anas yang terlihat agak lebam dan ada sedikit darah kering.

"Apa.."

"Puan Muda patut masuk ke dalam apartment. Tengku hanya keluar sekejap je tu." Ujar Anas.

"Kami bergaduh tadi. Sekarang dia keluar dan saya tak tahu kemana dia akan pergi. Saya risaukan dia." Ujar Crystal jujur. Anas mengangguk faham.

"Nak ikut kereta dia? Dia baru pergi so we can still trace him." Anas tersenyum nakal dan menunjukkan kunci keretanya.

Crystal membulatkan mata.

"Serius?!"

"Well, saya mungkin akan ditumbuk sekali lagi oleh Noah sebab buat Puan Muda dalam bahaya but it was worth it jika itu dapat selesaikan pergaduhan Puan Muda dan Tengku." Anas mula pergi ke arah Mia yang sedang mogok dengannya sebelum lengan Mia ditarik ke kereta bersamanya. Tahu Crystal tidak akan naik kereta berdua dengannya sahaja jadi dia perlu membawa Mia juga.

Crystal berkerut dahi. Anas kena tumbuk dengan Noah? Jadi luka ditepi bibir Anas itu kerana Noah?

"Jom Puan Muda! Kita tak ada masa sangat nanti tak boleh track dia!" Laung Anas. Crystal angguk dan pantas menuju ke dalam kereta.

***

Crystal melangkah keluar dari kereta dan melihat Noah yang sedang termenung di tasik.

"Saya dan Mia pulang dulu." Ujar Anas seolah tidak mahu mengganggu mereka berdua. Sekali lagi lengan baju Mia ditarik ke dalam kereta.

"Hei I taknak ikut you! I tak habis merajuk lagi dengan you!" Sayup sayup kedengaran suara Mia sebelum Anas memandu kereta itu pergi. Crystal menghela nafas dan perlahan lahan mendekati Noah yang membelakanginya.

Noah terkedu apabila ada tangan melingkar di lehernya. Pantas dia menoleh.

"Macamana kau sampai kesini?" Soal Noah terkejut dan bangun dari bangku. Crystal tersenyum manis.

"Anas hantarkan. Dengan Mia. Mereka dah balik." Ujar Crystal. Noah terdiam seketika dan angguk. Tangannya menarik Crystal rapat.

"Aku minta maaf." Ujar Noah perlahan. Crystal tersenyum nipis.

"It's okay. Saya yang patut minta maaf. Saya tak patut cakap macamtu, saya tak lalui apa yang Tengku lalui." Ujar Crystal pula. Noah memeluk erat tubuh Crystal dan hanya diam.

Lama.

"Tengku nanti orang nampak." Ujar Crystal perlahan apabila ada dua orang baru tiba di tasik itu. Noah melepaskan pelukan dan menggenggam tangan Crystal. Sebelah tangannya lagi mengangkat kepala hoodie agar menutup separuh wajahnya.

Crystal tersenyum. Susah juga jadi anak kerabat ya, berjalan ke mana mana kena tutup sebegitu.

"Sekarang kita nak pergi mana?" Soal Crystal apabila Noah membawanya ke kereta jejaka itu. Noah membuka pintu kereta mewahnya untuk Crystal.

"Dating."

Crystal hanya diam dan angguk. Noah mula membawa keretanya pergi ke sesuatu tempat.

"Tengku."

"Hm?"

"Tengku tumbuk Anas?" Soal Crystal. Noah terdiam seketika dan memandang Crystal sekilas.

"Kenapa?"

"Tengku janganlah kasar sangat dengan dia. Kesian dia." Ujar Crystal. Memang dia terasa kasihan tadi apabila melihat tepi bibir Anas yang lebam. Mungkin Noah menumbuk Anas kerana Anas tercuai tadi sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar.

Walaupun hakikat, Mia yang hampir dilanggar. Dia hanya menolong sahaja.

"Because I paid him a huge amount. Dan tugas dia hanya satu, untuk jaga kau. Jadi itu salah dia kerana tidak jaga kau baik baik." Ujar Noah selamba. Crystal mengerutkan dahi.

"Berapa Tengku bayar dia?" Soal Crystal pelik. Menurut Mia, Anas sudah kaya. Pastinya amaun wang yang ditawarkan oleh Noah mencecah angka tidak masuk akal sehingga orang kaya seperti Anas sanggup bekerja menjaganya.

Dan, kenapa Anas? Noah boleh dapat penjaga lain yang lebih murah atau yang benar benar memerlukan pekerjaan. Tetapi Noah memilih Anas.

Noah tersenyum kecil.

"Suatu hari nanti kau akan tahu berapa amaunnya." Ujar Noah. Crystal kembali diam. Jika itu jawapan Noah, maka dia tahu bahawa Noah tidak akan memberitahu amaun tersebut walaupun dipaksa.

Mata Crystal memandang ke luar tingkap kereta dan melihat dunia yang bewarna warni.

Cantik. Dunia pun sudah cantik, apatah lagi syurga.

Tiba tiba tekaknya teringin makan aiskrim yang bewarna warni. Gadis itu memandang Noah kembali.

Boleh minta ke?

"Err.. Tengku?"

Noah menoleh sekejap.

"Ya Haura."

"Saya nak aiskrim yang warna warni tu." Pinta Crystal perlahan. Risau jika permintaannya membuat Noah marah. Noah terdiam seketika.

"Aiskrim warna warni? Aiskrim apa tu?" Soal Noah pelik. Crystal turut diam. Dia juga lupa aiskrim itu jenama apa. Tetapi ia bewarna pelangi.

"Tak apalah, mungkin tak ada dekat sini. Lain kali lah saya beli." Crystal menayangkan senyuman dibalik purdahnya dan kembali memandang ke tingkap. Noah turut diam dan memandu keretanya.

Dahi Crystal berkerut apabila Noah berhenti di hadapan sebuah kedai aiskrim. Kepalanya ditoleh ke arah jejaka itu dengan riak terkejut.

"Eh Tengku.."

"Jom." Noah keluar dari kereta dan Crystal turut keluar dari kereta mewah itu. Noah menggenggam tangan Crystal lalu mereka berdua masuk ke kedai aiskrim.

"Choose which ice cream that you want." Ujar Noah sambil menunjuk ke arah peti didalam kedai yang terdapat pelbagai jenis aiskrim.

Crystal mula bersinar mata. Gadis itu menilik setiap aiskrim didalam peti.

"Saya nak yang ini." Ujar Crystal. Noah melihat aiskrim itu dan mengangguk. Aiskrim itu diambil dari peti.

"Anything else?" Soal Noah. Crystal menggeleng. Dia nak aiskrim tu je.

Noah berjalan ke kaunter dan membayar aiskrim tersebut sebelum dia memberi aiskrim itu kepada Crystal. Senyuman Crystal semakin lebar menerima aiskrim dari Noah.

Mereka mula duduk didalam kereta dan aiskrim itu dimakan. Crystal menyuruh Noah memarkir kereta di tempat gelap supaya dia boleh menanggalkan niqab dan makan aiskrim dengan selesa.

"Tengku nak?" Soal Crystal. Noah menggeleng.

"It's okay." Tolak Noah. Crystal mencebik. Tahu sikap Noah yang diwarisi dari babanya itu iaitu tidak makan sembarangan.

"Makanlah sikit. Kalau Tengku tak makan, saya pun tak ada selera." Ujar Crystal muram. Noah ketawa kecil dan menggigit sedikit aiskrim ditangan Crystal. Hanya sedikit.

"Done." Ujar Noah. Crystal tidak puas hati.

"Sikit je?" Ujar Crystal. Noah angguk.

"Aku.."

TOK TOK.

Kedua mereka tertoleh apabila ada satu ketukan di pintu kereta. Pantas Crystal memberi aiskrim kepada Noah dan memakai niqabnya kembali. Mereka berdua berkerut dahi melihat beberapa orang lelaki berjubah di luar kereta.

Noah menurunkan cermin kereta apabila Crystal sudah lengkap berniqab.

"Assalamualaikum, encik. Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami minta encik tolong beri kerjasama ya? Encik dan cik berdua ke dalam kereta ni?" Soal lelaki itu. Berkopiah. Noah memandang Crystal seketika.

"She's my wife." Ujar Noah. Mereka semua saling berpandangan. Disebabkan keadaan malam dan tempat yang agak gelap, mereka tidak dapat mengecam wajah Noah.

"Boleh saya tengok kad kahwin?" Soal lelaki itu lagi. Noah kembali memandang Crystal.

"Wear your seatbelt, Haura. We're going into fast and furious this night." Ujar Noah sambil memberi aiskrim kepada Crystal kembali. Crystal seakan faham pantas memakai tali pinggang keledar dan Noah menaikkan cermin kereta sebelum gear dimasukkan dan keretanya memecut pergi.

Noah melihat ada kereta yang mengekorinya dari belakang. Rahang diketap dan dia semakin laju membawa kereta.

Lampu isyarat dilanggar dan dia memecut ke dalam lorong sunyi dan terpencil sehingga kereta yang mengekorinya tadi tidak lagi kelihatan.

Noah menghela nafas lega.

"Are you okay?" Soal Noah sambil mengusap pipi Crystal. Gadis itu angguk dan tawa kecil keluar.

"Tengku bawa laju macam pelumba F1." Ujar Crystal teruja. Noah turut senyum dan mencium tangan Crystal.

"Aku rasa makcik dalam kedai tadi report jabatan agama tu. Mungkin sebab dia tengok aku dan kau muda lagi." Ujar Noah. Crystal tergelak. Lucu apabila pertama kali ditangkap basah dan mereka melarikan diri.

Dia tahu, Noah lari bersebab. Identitinya dan perkahwinan mereka perlu dirahsiakan. Jika Noah tertangkap tadi, tersebar luaslah berita bahawa Noah sudah berkahwin.

"Kita dah jauh sangat dari apartment ni. Sekarang pun dah tengah malam. Are you okay if we're staying at the hotel tonight?" Soal Noah lembut. Crystal angguk.

"Saya tak kisah. Lagipun Tengku kena rehat juga esok nak naik flight." Ujar Crystal. Noah tersenyum dan mula memandu ke hotel berdekatan.

Jantung Crystal hampir gugur apabila tiba di hotel yang dibawa Noah. Hotel ini.

Hotel yang sama. Hotel dimana kesuciannya diragut oleh Noah tahun lepas secara paksa. Saksi bahawa dia telah dinodai Noah.

Noah yang melihat reaksi Crystal berkerut dahi sebelum menepuk dahi.

"God.. I'm sorry. Kita pergi hotel lain ya Haura?"

"Tak. Tak apa. Jomlah." Potong Crystal dan mula keluar. Noah terdiam didalam kereta sebelum keluhan dilepaskan.

Mereka melangkah masuk ke ruangan hotel mewah itu. Serta merta minda Crystal teringat kejadian Noah memaksanya dulu. Jantungnya berdebar laju.

"Are you sure? Haura, kita balik apartment je la ya?" Soal Noah lagi. Crystal menggeleng. Kesian juga pada Noah jika ingin ke apartment sekarang. Pastinya memakan masa berjam untuk ke apartment kembali. Esok pagi pagi lagi Noah perlu ke lapangan terbang. Lagipun hanya satu malam mereka disini.

"Tak apa." Crystal memaniskan wajah. Tangan Noah digenggam dan mereka mula menuju ke bilik yang sudah dibayar oleh Noah tadi untuk satu malam.

Pintu dikuak. Dekorasi yang sama.

Semua kejadian gelap dulu kembali ke minda Crystal. Kali kedua dia disini bersama Noah. Bezanya, dulu dia dipaksa namun sekarang dia rela. Crystal menanggalkan niqab dan tudungnya juga dilepas.

"I'm sorry." Kedengaran suara Noah berbunyi dari belakang. Crystal menoleh dan tersenyum.

"Benda dah lepas. Saya harap sangat Tengku berubah dari apa yang Tengku buat dulu. Saya nak Tengku tinggalkan maksiat. Walaupun dengan Viviana. Seperti yang saya cakap, kahwinilah dia jika Tengku bernafsu padanya. Saya tak kisah, itu hak Tengku. Tengku mampu untuk berpoligami." Ujar Crystal. Benar, lagipun Noah perlukan isteri untuk diperkenalkan sebagai permaisuri nanti. Pastinya Viviana adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi pengganti Lily nanti.

Noah tidak menjawab dan menanggalkan bajunya meninggalkan singlet hitam dibadan.

Kemudian jejaka itu mendekati Crystal.

"Aku tak cintakan dia."

Dahi Crystal berkerut sedikit.

"What? Habistu hubungan Tengku dan dia yang dah bertahun tahun tu?" Soal Crystal pelik. Mustahil mereka berdua boleh bercinta dengan sangat lama dan Noah tiada perasaan pada Viviana.

"Aku tak cintakan dia, Haura. Aku cuba jauhi dia tapi tak boleh. Jika aku jauh, aku akan selalu ingatkan dia. Aku akan selalu inginkan dia. Tapi sumpah, aku tak pernah cintakan dia." Jelas Noah. Crystal terdiam. Mungkin benar sihir Viviana sudah mempengaruhi Noah sehingga begini sekali.

"Habistu? Takkan Tengku nak bermaksiat dengan dia sampai bila bila? Cubalah bercinta selepas kahwin. Cinta boleh dipupuk." Kedua pipi Noah dipekup dan dia mencium hidung Noah dengan lembut. Noah menggeleng. Tangannya melingkar di pinggang Crystal.

"No.. I don't want her." Noah menggumam.

"But I want you." Sambung Noah.

Crystal terkedu.

***

Pukul 8 nanti Anas datang ambil kau. Jangan pergi ke mana mana tanpa Anas.

Crystal melihat sticky note diatas meja dan menguap seketika. Pandangan dihala ke sekeliling. Sudah masuk waktu subuh. Noah juga sudah tiada disebelahnya. Mungkin jejaka itu perlu ke lapangan terbang dengan awal.

Badan dibersihkan dan Crystal mula menunaikan solat subuh. Selesai itu, dua helaian alQuran dibaca sebagai rutin. Nasib baik hotel ini menyediakan naskhah alQuran.

Selesai itu, Crystal mula bersiap untuk pulang ke apartment. Dia menunggu di lobi hotel sementara matanya memandang pelbagai ragam manusia sekeliling.

"Puan Muda."

Kepala Crystal mendongak mendengar suara Anas ditelinganya. Bibir jejaka itu tersenyum manis ke arahnya. Crystal turut senyum dan bangun.

"Dah lama ke Puan Muda tunggu? Maaf, sebab Tengku arahkan saya datang pukul 8. Tak tahu pula Puan Muda dah tunggu disini." Ujar Anas. Jam ditangannya dilihat. 7.57 am.

"Eh tak adalah. Saya saja je turun awal. Baru je turun tadi." Ujar Crystal pula. Anas angguk dan mereka berdua mula berjalan ke kereta. Disitu sudah ada Mia menunggu.

"Crystal!" Mia menerpa dan memeluk Crystal. Gadis itu tergelak. Dia punya rindu macam dah setahun tak berjumpa.

"I miss you!" Ujar Mia. Crystal memandang Mia dengan riak pelik. Amboi, bukan main ceria nampak. Semalam bukan main merajuk dengan Anas.

Pandai juga Anas ni memujuk Mia.

Setibanya di apartment, Crystal masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil. Nafasnya dihela perlahan.

Mindanya berfikir kejadian semalam.

Noah tidak cintakan Viviana. Tetapi jejaka itu tidak boleh jauh dari Viviana.

Tangan mencapai buku di rak. Entah bila rak ini sudah semakin lama semakin penuh. Suka pula dia membaca buku berkaitan psikologi ini.

Satu per satu helaian dibelek sehingga jam hampir menginjak ke angka 12 pagi. Akhirnya, Crystal tertidur dengan buku ditangan.

"Sleep well."

Dahi Crystal berkerut mendengar suara garau berbunyi ditepi telinganya bersama satu ciuman didahi. Akibat mengantuk yang amat, Crystal kembali kena. Terasa juga tubuhnya dibetulkan dan diselimutkan oleh tangan itu.

***

Noah membetulkan tuksedo dibadannya. Harini sekolahnya mula membuat jamuan akhir sekolah atau dikenali sebagai prom night.

Minyak wangi hadiah pemberian Viviana disembur pada badan dan dia tersenyum dihadapan cermin buat kali terakhir. Viviana sudah menunggu didalam kereta kerana Hazzel sudah pergi bersama Healy ke majlis prom.

Untunglah boleh pergi dengan isteri.

Noah masuk ke tempat duduk pemandu dan melihat Viviana yang sudah sedia bersama gaun labuhnya yang bewarna lavender.

"I rindu you. You langsung tak call I." Luah Viviana apabila Noah agak lama menyepi darinya. Pandangan Noah tertumpu kepadanya sekilas sebelum jejaka itu kembali memandang ke jalan raya.

"I need time for myself. Kan I dah bagitahu you, and now we're together again. Jadi you jangan risau." Noah meletakkan tangan di paha Viviana dan paha itu diusap lembut.

Viviana tersenyum lebar.

Mereka tiba di perkarangan hotel.

Viviana memaut lengan Noah dan mereka berjalan masuk ke dalam kawasan hotel. Seperti biasa, mereka menjadi tumpuan kerana status tinggi mereka sekarang.

Noah menarik kerusi untuk Viviana dan dia duduk di sebelah gadis itu. Mereka mula meneguk air anggur dengan perlahan.

"Lepasni pergi hotel dulu ya? I miss you." Ujar Viviana sambil mencium sekilas pipi Noah. Noah mengelak dan hanya diam.

Kata kata Crystal berlegar di mindanya.

Kahwinilah dia jika Tengku bernafsu padanya.

Viviana yang terkejut apabila Noah mengelak ciumannya mula terasa marah didalam diri.

"What's wrong with you? Sejak berkahwin ni dah berani tolak I ke?" Soal Viviana bengang.

"Lower your voice. Hazzel akan dengar nanti." Ujar Noah sambil memandang Healy dan Hazzel yang sedang menuju ke lif. Nasib baik mereka berdua sudah jauh.

"God, I tak tahu apa yang perempuan tu buat pada you sampai you berubah sebegini!" Viviana menghentak meja dan berlalu pergi. Noah menghela nafas dan kembali meneguk air anggurnya. Malas melayan perangai Viviana.

"Tak sangka I boleh jumpa lagi you disini."

Suara wanita lain menjengah. Noah mengangkat wajah dan melihat si gadis.

Fiona. Rakan baik Healy. Mereka sudah berjumpa sebelum ini.

Noah tidak menghiraukan Fiona yang duduk di sebelahnya.

"You nampak macam tidak berada dalam mood yang baik. Mind to share?"

"No." Ringkas jawapan Noah. Fiona mencebik dan mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

"Tak perlu lah sombong sangat.. you tu sebenarnya lemah. Hidup dibawah kuasa Viviana. You dengan I tak ada beza. Bezanya you masih hidup dan I sudah mati." Ujar Fiona. Mengundang kerutan didahi Noah.

"Apa maksud kau?"

Fiona tergelak.

"I dah mati, Noah. I adalah syaitan yang menjelma sebagai manusia atas seruan Viviana. Perjanjian dengan syaitan. I adalah syaitan tu." Ujar Fiona sambil tersenyum ngeri. Noah memegang kepala. Terasa pening tiba tiba mendengar kenyataan itu.

Noah membulatkan mata.

Gadis ini! Dia pernah melihat Fiona bersama Crystal pada malam pertama dia bertemu Crystal. Fiona adalah kawan Crystal juga!

"Kau!"

"Kecil kan dunia? You berkahwin dengan Crystal, si alim yang sudah berhijrah. Langsung dia tidak ambil tahu tentang I. Kematian I pun dia tidak tahu. Dan sekarang, dia hidup bahagia dengan you. Dia akan jadi permaisuri. No, she didn't deserve that! So you.." Viviana mengeluarkan sebentuk cincin permata biru dan ditunjuk pada Noah.

"Sleep."

Pandangan Noah mula gelap dan seluruh alam di sekitarnya mula sunyi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro