CHAPTER THIRTY ONE 🔮

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Haura menangis kerana kau.

Haura terluka dengan perbuatan kau.

Apa kau dah buat?

Kau tak patut sakitkan perasaan Haura.

Macamana jika dia hilang rasa cinta disebabkan kau?

DEBUSH!

Noah tidak sedar bila dia sudah terjatuh ke dalam air, terasa air mula masuk ke dalam rongga hidungnya, membataskan pernafasan. Sebelum dia tidak sedar, dia sempat rasa ada tangan melingkar dibadannya, menarik dia naik ke daratan kembali.

Biarkanlah dia mati. Dia sudah sakitkan perasaan isterinya. Dia sudah lukakan Haura. Dia sudah buat Haura menangis. Jadi biarkan sahaja dia mati.

Dia membunuh manusia yang sakitkan isterinya. Jadi jika dia sendiri yang sakitkan isterinya, adakah dia layak hidup? Tidak. Dia juga perlu dibunuh.

Walaupun dibunuh oleh dirinya sendiri.

***

Crystal masuk ke dalam wad dan melihat tubuh yang masih terbaring kaku. Nafas dihela perlahan dan dia tunduk, mencium dahi si suami.

"Assalamualaikum, abang. Haura datang ni." Crystal melabuhkan duduk diatas kerusi. Tangan Noah digenggam dan dicium lembut.

"Bangun lah abang. Haura rindu. Kenapa abang buat Haura macamni? Abang nak tinggalkan Haura sendirian ke diatas dunia ini? Haura ada abang je. Kalau abang mati, siapa nak manjakan Haura?" Bergetar bibir Crystal mengungkapkan ayat itu.

Dia sayang Noah. Sangat sayangkan Noah.

Luluh hatinya apabila mendengar bahawa Noah cuba membunuh diri. Apa yang dia sudah buat? Dia kah yang menjadi penyebab Noah bertindak sebegini?

Crystal memejam mata dan melentokkan kepala di katil.

"Haura minta maaf." Pinta Crystal. Kerisauan kepada Noah membuatkan dia terjaga sepanjang tiga hari Noah tidak sedar di hospital ini. Dia tidak mahu tidur, takut jika Noah sedar dan cuba membunuh diri lagi.

Anas dan Firdaus betul. Noah masih belum sembuh. Kesihatan mental Noah masih teruk kesan pengambilan ubat yang diberi oleh Viviana dulu.

"Haura.."

Crystal pantas mengangkat muka mendengar suara itu. Mata melihat Noah yang turut memandangnya

"Abang!" Crystal bangun dan mengusap pipi Noah. Air matanya laju mengalir

"Abang okay? Abang rasa sakit? Haura panggil doktor ya?" Soal Crystal bertalu talu. Noah menggeleng dan menarik Crystal rapat ke arahnya. Jarinya naik, mengelap air mata diwajah Crystal.

"Jangan menangis." Perlahan suara Noah. Crystal mengemam bibir, menahan esakannya.

Setelah mendapatkan pemeriksaan doktor, Crystal naik ke atas katil dan tidur didalam pelukan Noah.

"Abang dah banyak buat Haura menangis." Crystal bersuara sambil menyandarkan kepala di dada Noah. Mata melihat tangan mereka yang bertaut. Masing masing tiada cincin dijari.

Noah terdiam. Hatinya rasa bagai dicucuk.

"Abang jahat. Tiga hari abang disini, tiga hari Haura menangis. Haura fikirkan abang, Haura risaukan abang." Crystal berkalih badan memandang wajah Noah yang sedang berair mata.

"Apa yang buatkan abang fikir dengan kematian boleh buat Haura bahagia? Abang ingat abang mati, Haura bahagia ke?"

"But I hurt you.." air mata Noah jatuh.

"Then? You hurted me once, but you healed it twice! Kalau abang betul betul sakitkan Haura, kita takkan bersama sekarang. Haura akan minta cerai dengan abang dari dulu lagi!" Crystal melepaskan segala yang terbuku dalam hati. Dia memegang pipi Noah. Merenung mata amethyst itu.

"Tolong.. jangan mati. Hiduplah. Hidup untuk Haura. Hidup demi Haura. Tolong teruskan hidup untuk Haura. Haura perlukan abang. Haura merayu sangat." Crystal mula teresak dan meminta pada Noah.

Biarlah dia dikata pentingkan diri, jika Noah hidup kerananya jadi biarkan! Biarkan Noah hidup kerananya. Asalkan lelaki ini kekal hidup. Agar Noah tidak lagi bertarung dengan kematian.

Hiduplah. Demi dia.

Crystal menarik Noah ke dalam pelukan dan mereka melepaskan tangis, sedar bahawa sekuat mana mereka cuba menyingkirkan sakit itu, sakit itu masih ada.

Mia mengelap air matanya dan menunduk. Sedari tadi dia dan Anas hanya memerhati pasangan itu dari luar wad, melalui tingkap kaca sahaja.

"Mereka berdua kelihatan tidak sesuai bersama, tapi hakikatnya mereka berdua sahaja yang boleh bersama sesama mereka. I tak rasa Noah akan terus hidup jika bersama wanita lain. Dan I tak rasa Haura akan bahagia jika bersama lelaki lain. Hanya Noah yang boleh uruskan Haura. Begitu juga sebaliknya. Their love are too pure." Ujar Anas. Mia angguk laju.

"In fact, Haura adalah satu satunya sebab untuk Noah hidup. Dan Noah adalah satu satunya sebab untuk Haura bahagia. Technically same, they both can't live without each other. Hidup tanpa kebahagiaan? Ingat sewaktu Tuan Permaisuri pisahkan mereka? Haura seperti mayat hidup. Jasadnya hidup, jiwanya mati. Tapi dia masih hidup kerana Noah berjanji untuk datang mengambilnya di istana. So they choose to breathe for each other." Anas menyambung kata.

"I rasa macam tak percaya cinta seperti mereka itu wujud." Ujar Mia. Anas mengerutkan dahi.

"Apa maksud you? I tak cukup mencintai you ke?" Soal Anas.

"Would you die for me?" Soal Mia.

"I would." Jawab Anas yakin. Mia tersenyum malu sebelum menampar bahu Anas kuat. Kemudian dia menggigil teruja kerana usahanya memikat Anas tidak sia sia.

Anas menggeleng melihat mood swing isterinya. Perempuan, biasalah.

***

Crystal melihat Noah yang terlena diatas katil hospital. Menurut doktor, petang ini dia sudah boleh keluar.

Senyuman terukir di bibir gadis itu sebelum dia melompat ke atas katil.

BAM!

"Aduh! Haura!" Noah mengaduh apabila lenanya diganggu dengan rasa sakit seperti dihempap oleh anak dugong.

Crystal tergelak dan memeluk badan Noah.

"Haura, sakitlah. Ingat Haura kurus ke?" Soal Noah geram. Crystal mencubit perut Noah membuatkan lelaki itu sekali lagi mengaduh.

"Haura kurus, okey!" Crystal mendengus geram. Ada ke patut badannya yang 49kg ini dikata gemuk?

Noah tergelak dan menarik pinggang Crystal rapat ke arahnya.

"Gemuk ke kurus ke, abang akan sentiasa sayang Haura." Bibir Noah mencium hidung Crystal dan pipi si gadis dicubit geram. Crystal memuncung, masih tidak puas hati apabila Noah tidak memberitahu dirinya kurus.

"Merajuklah dengan abang. Duduk sini sorang sorang, Haura nak balik." Crystal mula bangun namun Noah mengemaskan pelukan.

"You're stuck with me forever. Jika abang disini setahun, Haura juga disini setahun." Ujar Noah. Crystal memuncung.

"Abang yang sakit."

"Haura yang buat abang sakit."

"Abanglah salah!" Crystal menepuk geram bahu Noah.

"Auch! See? Dari pagi tadi Haura asyik pukul abang je tau. Sampai hati." Noah mencebik dan menggosok bahunya. Tapi sakit betul. Tangan isterinya itu agak berbisa. Sekali pukul terus sakit.

Nasib baik sayang.

"Eii geramnya!" Crystal menggomol seluruh wajah Noah, membuatkan lelaki itu melepaskan tawa apabila bibir si isteri mencium seluruh wajahnya bertalu talu.

"Nak lagi." Bersinar mata Noah melihat Crystal.

Crystal senyum. Mata Noah kelihatan bersinar setiap kali mendapat ciuman darinya. Seperti kristal yang jernih. Dan dia suka melihat mata itu. Lagi lagi apabila terdapat biasan dirinya didalam mata Noah. Warna mata unik milik Noah tidak akan gagal membuat dia kagum.

"Haura suka mata abang." Ujar Crystal.

"I love yours." Balas Noah. Lelaki itu turut merenung ke dalam mata coklat miliknya. Seolah menyampaikan kejujuran disebalik kata.

"Kan best kalau kita ada anak? Mesti dia ikut mata abang. Dia kena ikut mata abang! Because I love your eyes so much." Crystal mengusap pipi Noah dan mencium kelopak mata suaminya.

Noah hanya diam. Topik anak sudah hilang dari kamus hidupnya. Dia tidak kisah jika mereka tiada anak. Dia tidak kisah jika dia perlu hidup berdua sahaja bersama Crystal sehingga akhir hayatnya.

"Haura nak anak? We can do adoption."

Crystal menggeleng.

"Haura minta maaf, Haura tak sedia lagi nak ambil anak angkat. Haura takut Haura tak dapat sayang dia kerana selalu fikirkan anak kandung kita yang takkan ada." Ujar Crystal.

Noah angguk memahami.

"Don't be sad." Ujar Noah memujuk. Crystal menghela nafas dan angguk.

"Terima kasih faham Haura."

"Anything for my Haura (beautiful)."

***

"Alaaa duduklah sini lama sikit. I need a friend." Mia menggoyangkan tangan Crystal. Gadis itu senyum lembut.

"Proses pertukaran universiti pun dah siap, Mia. Saya kena lapor diri. InsyaAllah nanti free saya datang kesini." Ujar Crystal. Mia memuncungkan bibir.

"Kau nak kawan buat apa, Anas kan hari hari main dengan kau waktu malam tu.. auch! Haura!" Noah menggosok bahunya sambil memandang Crystal yang menjegil mata ke arahnya.

"Anas tu kerja. Asyik kerja je." Mia mencebik.

"Cari madu."

"Abang! Ish, dahla Mia kami pergi dulu. Makin lama makin buat perangai budak ni. Pergi masuk kereta sana." Halau Crystal. Badan Noah ditolak agar menjauhi Mia yang sudah bercekak pinggang, bersedia untuk bergusti dengan Noah.

"Orang bagi solusi je pun." Noah merungut sambil melangkah ke keretanya.

Mia merengus apabila melihat Noah yang pergi. Ingin sahaja dicekik birasnya itu.

"Jangan pedulikan dia." Ujar Crystal sambil memeluk tubuh Mia. Mia senyum dan membalas pelukan Crystal. Wajah gadis berniqab itu direnung.

"But he looks better. He looks like he's enjoying life. Berbeza sangat dengan waktu you tiada. Terima kasih sebab kembali padanya. You both deserve each other." Ujar Mia. Crystal mengangguk.

"Saya pergi dulu. Semoga hidup awak dan Abang Anas diberkati. Nanti ada masa datanglah Malaysia." Ajak Crystal.

"Of course. Take care." Mia bersuara.

Crystal dan Noah mula berangkat ke lapangan terbang dan penerbangan dari Jepun ke Malaysia mengambil masa hampir lapan jam.

"Welcome home, Haura." Noah mencium tangan Crystal dan dibawa masuk ke dalam rumah mereka. Crystal tersenyum nipis melihat rumah milik Noah yang dia tinggalkan sejak belajar di Jepun.

Masih kemas.

Mata Crystal meliar seluruh rumah sebelum terhenti pada sesuatu diatas almari. Kakinya mendekat, menilik barang itu.

"Abang masih simpan?" Crystal melihat keychain arnab yang diberi kepada Noah.

"Why not? Abang simpan semua pemberian Haura. Walaupun sehelai kertas." Ujar Noah jujur. Crystal tersenyum. Dia melihat juga bebola kristal yang Noah hadiahkan kepadanya dulu.

For Haura, not Crystal.

Tangan Noah melingkar di pinggang Crystal dan menarik rapat isteri ke arahnya. Bibir mencium dahi Crystal lembut.

"Haura pergi rehat ya? Biar abang masak." Ujar Noah.

"Haura nak makan laksa." Ujar Crystal. Tahu laksa juga adalah kegemaran Noah dulu, sewaktu Lily memberitahunya.

"Haura suka laksa?" Soal Noah mula teruja. Crystal angguk. Noah senyum manis.

"Okay! Haura pergi rehat abang buat laksa paling special untuk Haura." Ujar Noah sambil mencium bibir Crystal sekilas. Pelukan dilepas dan Crystal mula pergi ke bilik mereka. Noah pula menuju ke dapur. Sebuah buku diatas peti kecil diambil dan dibuka.

"Laksa.. laksa.. laksa.. ha, ini laksa!" Noah melompat setempat apabila jumpa resepi laksa yang dicari. Apron mula dipakai dan dia menyediakan bahan dengan penuh cermat.

Noah naik ke bilik apabila selesai menyediakan makanan lalu bibirnya tersenyum nipis melihat si isteri yang sedang lena diatas katil.

Cantik.

Noah duduk diatas lantai sambil menongkatkan tangan di katil dan merenung wajah Crystal.

"Haura.."

***

"Aku tak gila."

"Siapa cakap kau gila?" Soal Firdaus sambil melihat kesan imbasan di skrin dan beberapa kertas ditangannya. Noah mendengus dan berpeluk tubuh. Mata memandang seluruh bilik yang tertulis DR. FIRDAUS itu. 

"Dalam sejarah keturunan, pernah ada sesiapa yang ada masalah mental?" Soal Firdaus.

Noah terdiam. Dia teringat baba pernah berpesan untuk sentiasa menjaga tingkah laku dengan umi kerana umi pernah ada sejarah tidak baik tentang kesihatan mentalnya.

"Umi aku."

"Dia masih sakit atau sudah sembuh?"

"Sembuh."

Firdaus angguk, kembali menulis sesuatu diatas kertas.

"Jadi ia boleh sembuh." Ujar Firdaus.

"Look, disini kau ada sejarah percintaan dengan seseorang yang sudah meninggal. Namanya Scarlett, betul?" Soal Firdaus. Noah angguk sahaja.

"Do you still love her?" Soal Firdaus lagi.

"Yes." Jawab Noah yakin. Firdaus angguk dan bangun. Laci rak dibuka sebelum dua keping gambar dikeluarkan.

Scarlett dan Crystal.

Dahi Noah berkerut.

"Fix this." Firdaus meletakkan dua plastik yang terdapat cebisan gambar seperti puzzle itu.

Noah mengambil puzzle tersebut dan mula mencantumkan kesemua gambar.

Bibir Firdaus menyenget.

"Kau cakap kau cintakan Scarlett, tapi kenapa gambar Haura yang kau betulkan dahulu?" Soal Firdaus. Cuba bermain minda dengan Noah.

"Because I love them both. Aku akan buat yang Haura dan aku akan buat juga yang Scarlett." Ujar Noah. Firdaus angguk.

"So it shows here that kau lebih cintakan Haura dari Scarlett. Sewaktu aku keluarkan puzzle itu pun, mata kau hanya lihat pada puzzle milik Haura." Ujar Firdaus. Dapat dia lihat sebaik sahaja dia keluarkan puzzle tadi, mata Noah melihat puzzle milik Crystal sahaja.

Noah hanya diam. Tidak menafikan kerana dia memang cintakan Crystal lebih dari Scarlett.

"Pejam mata." Arah Firdaus. Noah memejam matanya dan terasa ada satu kain hitam diikat dikepala, menutup penglihatannya.

Firdaus mengikat kain hitam itu dan memanggil manusia diluar masuk. Dua orang wanita. Sama pemakaian, sama ketinggian, sama saiz badan dan memakai wangian yang sama.

Cuma wajah sahaja berbeza tetapi tiada masalah kerana kedua mereka memakai niqab.

"Touch his neck." Arah Firdaus. Wanita asing itu datang dan menyentuh leher Noah. Firdaus melihat skrin yang memaparkan bacaan jantung Noah.

Beep... Beep... Beep...

"Great. Your turn." Firdaus menunjuk kepada Crystal. Crystal menyentuh leher Noah dengan tangannya yang berlapik sarung tangan seperti wanita tadi.

Beep. Beep. Beep. Beep.

"Great. You both may out now." Ujar Firdaus. Kain dikepala Noah dibuang.

"It seems like you know your wife's touch very well." Firdaus menunjukkan bacaan jantung Noah.

"We made a duplicate of your wife. Kami suruh dia pakai seperti Haura, guna perfume yang sama dengan Haura. To confuse you. But you still know her. Disini kau dapat lihat perempuan pertama yang sentuh leher kau, orang asing. Jadi bacaan nadi kau hanya normal." Firdaus menunjuk di skrin.

"And then, wanita kedua which is Haura, sentuh leher kau.. bacaan nadi kau meningkat mendadak."

Noah hanya diam memerhati bacaan jantungnya yang meningkat apabila lehernya disentuh oleh Crystal.

"Sebab kau tak ada perasan pada orang lain. Numb. Anything they done, takkan beri kesan pada kau. Tapi Haura, dia hanya sentuh kau dan kau sudah berdebar."

Firdaus duduk di tempatnya kembali dan mengeluarkan kertas lain sebelum dia menulis sesuatu.

"Haura, masuk." Firdaus bersuara melalui interkom diatas mejanya. Tidak lama kemudian, Crystal masuk dan duduk di sebelah Noah.

"Diagnosis awal yang dapat aku simpulkan disini ialah minda kau hanya ada Haura. Kau letak Haura di satu tempat dimana kewarasan kau berada. Hilang Haura maka hilanglah segala kewarasan minda kau." Ujar Firdaus.

Crystal menelan air liur.

"Jangan risau, benda ni boleh sembuh dengan rawatan terapi berkala. Mungkin kehilangan Scarlett memberi satu kesan trauma di otaknya sehingga Noah dimanipulasikan mindanya sendiri. Haura tahu kan, sekarang yang Haura boleh kawal minda Noah?" Soal Firdaus.

"Maksud abang Firdaus?"

Firdaus senyum.

"Noah is breathing, but for you. Not for himself. Dalam erti kata lain, Haura adalah satu satunya punca Noah masih bernyawa sekarang. Apa yang dia buat sekarang, syarikat dia, rumah dia, kereta dia, semua dia buat untuk Haura. Jika Haura pergi dari Noah, it's over. Kemungkinan minda Noah akan hilang warasnya dan tidak mungkin Noah akan terus hidup. Dia akan bunuh dirinya sendiri." Ujar Firdaus.

"Remember when you both separated? Masa tu Noah sudah hilang waras tetapi dia masih hidup kerana Haura. Kerana dia tahu Haura sedang tunggu dia, jadi dia tidak mati. Jika waktu itu Haura bagitahu Noah yang Haura tidak menunggunya, mungkin Noah sudah membunuh diri. He can't live without you."

He can't live without you.

Ayat itu mungkin kedengaran romantis, tapi tidak apabila ianya benar benar dimaksudkan. Ia mula menjadi ngeri. Tidak dapat bayangkan apa akan jadi pada Noah sekiranya dia memutuskan untuk bercerai dengan Noah. selama bersamanya pun Noah banyak kali cuba bunuh diri, apatah lagi jika mereka berpisah.

"Sikap obsesif sebegini sangat jarang berlaku. Dan ia berlaku kepada Noah kesan dari kehilangan Scarlett dulu. Minda dia sudah trauma untuk menerima kehilangan, jadi dia buat apa sahaja untuk pastikan dia tidak hilang Haura." Ujar Firdaus. Crystal memandang Noah ditepi. Lelaki itu hanya diam, dan merenung lantai. Pastinya Noah sendiri terkejut.

Kerana dia terlihat normal sebagai lelaki yang mencintai isteri. Hakikatnya, cinta dia memudaratkan. Hilang cinta itu maka hilanglah nyawanya.

Dan Crystal adalah cinta itu.

Crystal menggenggam tangan Noah dan bibirnya tersenyum manis ke arah Noah. Tangan Noah sejuk.

Suasana juga hanya sepi didalam kereta.

"Hah." Noah melepaskan keluhan kemudian tertawa kecil. Crystal memandang suaminya.

"Kenapa?"

"Can you believe that? Abang gila. Benda yang abang paling takut, sedang terjadi."

"Abang tak gila." Crystal bersuara tegas.

"Tak perlu jaga hati abang, Haura. Firdaus yang doktor tu pun dah sahkan." Noah memandang jalan raya tanpa berkelip.

"Abang Firdaus cakap abang ada kesan trauma di otak abang. Itu je. Dia tak cakap abang gila dan suami Haura tak gila."

Noah memberi isyarat kecemasan lalu memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Kalau abang sakit sampai bila bila macamana? Abang taknak Haura pergi dari abang sebab abang sakit. Abang takut satu hari nanti abang buat Haura jauh dari abang."

Crystal memeluk Noah erat.

"Haura takkan pergi. Abang ada masa Haura perlukan abang jadi kenapa Haura kena pergi waktu abang perlukan Haura? Haura cintakan abang, Haura takkan sesekali tinggalkan abang." Pipi Noah diusap dan mata berair Noah direnung lembut.

Noah hanya diam.

"Jangan pergi."

"Haura takkan pergi."

Noah melakarkan senyum. Pelukan dilepaskan dan Noah meneruskan pemanduan.

"Kita nak ke mana?" Crystal berkerut dahi apabila melihat jalan yang dibawa Noah semakin jauh dari rumah mereka.

"Adalah." Senyum misteri diberi.

***

Crystal tersenyum apabila satu bekas aiskrim diberi kepadanya.

"Cantiknya matahari terbenam." Crystal merenung matahari yang hampir menghilangkan diri, memberi laluan kepada bulan untuk bersinar. Aiskrim diambil dengan sudu dan dia menikmati aiskrim tersebut.

"Tenang kan? Dah lama tak tenang begini." Noah turut bersuara.

"Walaupun tak tenang, kita masih disini. Berdua. Siapa sangka kita kahwin dulu sebab terpaksa sampai sekarang ianya kekal." Crystal ketawa mengenangkan perkahwinan yang dijangka hanya sementara, tetapi sehingga kini ia kekal.

"Sebab Haura yang sabar dengan setiap yang berlaku. Abang bangga sangat dengan Haura."

Crystal mula sebak namun ditahan air matanya, tidak mahu suasana indah ini disertai tangis. Pandangannya terhala ke hadapan, melihat matahari terbenam.

Kepala Crystal bersandar pada bahu Noah. Masing masing diam, memikirkan betapa masa membawa mereka sehingga ke tahap ini. Rumah tangga yang dulu dibina hanya berlandaskan nafsu akhirnya menjadi rumah tangga yang bercahaya dengan amal.

Noah walaupun sakit mentalnya, tetapi Crystal akui Noah memang sudah berubah. Dia selalu mengaji dan selalu solat sunat. Meskipun Crystal tidak menyuruh. Kadang kala, Noah lah yang mengejutkannya untuk solat.

Noah menanggalkan niqab Crystal. Tempat ini memang sunyi, sengaja dia bawa Crystal ke kawasan ini agar tiada yang melihat momen romantis mereka. Biarkan mereka berdua menikmati dunia.

Pipi Crystal diusap sebelum Noah merapatkan wajah mereka. Deruan nafas masing masing kedengaran, dan akhirnya membawa dua bibir bercantum menjadi satu tautan penuh kasih.

Crystal memejam mata dan melingkarkan tangan di leher Noah manakala tangan Noah memeluk pinggang Crystal.

Wajah Crystal berona merah apabila mata mereka bertatapan. Senyum manis menghiasi wajah masing masing.

"Haura (cantik)."

Hari semakin gelap, dan gelak tawa menghiasi pasangan yang sedang menari di kawasan sunyi itu.

"Lepastu.. darah mahsuri tu pun keluar berwarna putih. Tanda bahawa segala tuduhan keatasnya itu fitnah." Crystal mengusap pipi Noah yang ralit merenungnya.

"Jadi Langkawi terkena sumpahan lah?" Soal Noah. Crystal angguk.

"Tujuh keturunan disumpah. Tapi sekarang Langkawi dah maju, ramai pelancong datang. Tak kurang juga yang ingin melihat makam mahsuri." Ujar Crystal lagi. Noah terdiam. Masuk kali ini sudah tiga cerita lagenda Crystal bercerita, dan dia berminat untuk dengar.

Crystal menggeselkan hidung mereka dan tersenyum.

"Nak dengar lagi." Noah berkata sambil tangan menarik Crystal erat ke arahnya.

"Dengar lagi? Cerita apa abang nak tahu?" Soal Crystal.

"Anything."

"Argh!" Crystal menjatuhkan badan keatas Noah dan mereka terbaring diatas pasir.

"Muah." Ciuman diberi di hidung Noah sekaligus meletuskan tawa Crystal apabila mata Noah bersinar memandangnya.

"Nak lagi."

"Nak apa?"

"Kiss." Jawab Noah laju.

"Muah."

Noah menggigil teruja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro