Part 20 : SHY Is Back

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kkrriinggg!

Semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing untuk mengisi perut mereka yang lapar itu di kantin sekolah.

Seulgi dan D.O mengemas buku mata pelajaran Matematik yang baru belajar tadi dengan Mr.Yoong. Tangan Seulgi asyik mengemas bukunya yang  berselerak itu tapi matanya tetap focus pada D.O yang tengah bermasam muka itu.

"D.O jom pergi k--..." belum sempat seulgi mengajak, D.O memotong.

"Tak nak" potong D.O lalu, D.O pergi dari situ. Sempat lagi bahunya terlanggar dengan bahu kai yang baru sampai dimeja seulgi dan menjeling kai lalu langsung keluar dari kelas.

"Haish ni budak.." kai berdecit.

"Seulgi, jom rehat sekali?" Ajak kai.

"Apa maksud kau peluk aku tadi tu? Tak malu ke orang tengok?" Marah seulgi. Dia terus memaut tangan wendy dan keluar dari kelas dengan tergesa-gesa lari dari kai.

"Yah seulgi!" Kai cuba memanggil seulgi namun seulgi hanya membuat dengar ke tak dengar sahaja.

*****

Wendy membawa sedulang penuh dengan makanan untuk dibawa ke meja makan bersama Seulgi. Wendy meletakkan air susu yang diorder oleh Seulgi ditepi makanannya.

Seulgi hanya meneruskan makannya dengan senyap tanpa kata-kata. Wendy hendak bersuara bertanya pasal tadi pun menjadi takut. Agaknya kalau orang dah badmood mesti marah kan? Entah apa yang difikiran Seulgi. Adakah dia sedih? Tiada sebab untuk bersedih kerana dapat pelukan dari lelaki hot sekolah. Happy? Kalau happy mesti seulgi sudah tersengeh macam kambing busuk yang dapat kene sembelih tu. Malu? Ya mungkin dia malu kerana kejadian itu tadi mungkin membawa padah pada dirinya kerana dia tahu kai mempunyai banyak fans di sekolah ini. Mesti fans-2 nya itu akan bawa parang,pisau,golok, gergaji, etc benda yang tajam-2 untuk serangnya.

"Seulgi-ah, awak okey tak ni?" Wendy bertanya sambil memegang tangan seulgi. Sebagai kawan karib, memang wajib bertanyakan?

"Okey... tapi.."

"Tapi apa?"

"Entah lah Wen, sejak kemenjak ni saya rimas dengan kai dan D.O. Asyik nak berketiak je dengan saya. Btw, awak tahu kan pasal pagi tadi? Saya rasa macam...
happy pun ada, malu pun ada..Hish" luah seulgi pada wendy. Kebetulan juga mereka berdua duduk di penghujung kantin so mereka borak dengan lebih tenang.

Wendy mengeluh. Wendy mengacit bibirnya dan mula meneguk air dan berhenti makan.

"Meh saya cakap kat awak. Saya sebenarnya dah lama perhati perangai kai dengan D.O semenjak dua menjak ni. Agak lain kan? Saya rasa ada sebab. Biasanya bila budak lelaki dah naik secondary. Mereka will mudah terasa marah, benci, sayang, sakit hati dan pahit. Tapi yang paling banyak antara semua ni kau tahu apa? Bende tu dipanggil cinta~! Dan cinta itu berasal dari lubuk hati yang paling dalam. Dan lubuk yang paling dalam itu lah yang membuatkan cinta kita pada seseorang melonjak tinggi. Dan apa bila melonjak tinggi, kita akan berusaha untuk dapat kan perempuan yang dia nak walaupun ada sejuta lipas yang ada di depan kaki. Sanggup mereka jijak lipas tu demi perempuan yg dia suka. aku tak tahu ni sesuai tak dengan keadaan kau sekarang ni tapi aku rasa macam kai dan d.o otw jadi macam ni"

wendy dengan panjang lebar. Sudah seperti pensyarah yang marah ke anak murid pun ada. Macam eomma yang nasihat anak sendiri pun ada. Tapi walaubagimanapun, wendy dah luahkan isi hati dia sebagai mana dia memerhati perangai kai dan D.O semenjak dua menjak seulgi pindah kesekolahnya.

"Hello~ awak dengar tak?" Wendy melambai-lambai tanganya ke depan muka seulgi yang blur.

"Dengarlah. Haih...seolmaa.. takkan lah. Manalah orang orang nak saya yang buruk cam ni. Lagipun diorang kan famous kat sekolah ni" seulgi menafikannya lagipun dia tidak boleh percaya sangat kata-kata wendy ni. Kadang-2 dia hanya merapu.

"Hmm.. whatever kalau awak tak percaya" wendy mengunyah roti kering dalam mulutnya. "Kita tengok apa yang berlaku in future" sambungnya lagi sambil ketawa.

"Yela-yela. Nah makan cepat. Nak masuk kelas lepas ni" kata seulgi yang sudah habiskan makanan lunchnya.

chanyeol pun datang mendekati meja makan wendy dan seulgi. Lalu dia duduk ditepi wendy sambil tersenyum.

"Annyeong jagiyaa~" kata chanyeol sambil memerhati wendy makan dari tepi. Chanyeol ini memang ada hati pada wendy tapi wendy pula sebaliknya.

"Mwo? Boleh tak pergi jauh-jauh?" Wendy mengeluh. Dia hanya membuat chanyeol tidak wujud disitu.

"Ish garangnya bakal isteri saya ni" kata chanyeol sambil mencuit pipi tenbam milik wendy.

Wendy langsung tidak mempunya selera untuk meneruskan roti keringnya. Seulgi hanya melihat sahaja karenah mereka berdua sambil tersenyum kecil.

"Yah chanyeol! Kau ganggu princess aku eh?" Ujar satu suara yang agak deep dari belakang.

Lalu lelaki itu menolak chanyeol menjauhi dari wendy dan lelaki itu pun duduk ditempat chanyeol, ditepi wendy.

"Yah kris, aku dululah duduk sini!" Marah chanyeol sambil cuba menolak kris.

Wendy sudah pun pening kepala dengan sikap menara twins KLCC itu.

"Aku dululah duk tepi dia!" Marah Chanyeol sambil cuba mendekati wendy

"Dia princess aku! Kau main jauh!" Kris berdegil. Dia cuma untuk menolak chanyeol supaya menjauhi wendy

"Annyeong dear smurf" muncul pula seorang lelaki yang dikenali duduk ditepi kanan wendy.  lelaki itu senyum kepada wendy.

"IISSSHHH!!! pergi main jauh jauh!" Wendy menolak chen yang duduk dikanannya, dia juga menola kris dan chanyeol yang sedang bergaduh dibelah kiri sampai jatuh.

"Jom seulgi, pergi dari sini" lalu wendy pun gegas bangun dari tempat duduknya dan pergi bersama seulgi.

"Dah melepas princess aku..." kris berkata perlahn sambil menggaru kepalanya.

"Dear bakal isteri ku.." kata chanyeol sambil mengeluh.

"Ala, tak sempat nak bagi ayat troll romantik dah pergi dia. Korang berdua punya pasal lah ni!" Marah chen pada kris dan Chanyeol itu dengan menggunakan high notenya yang tinggi.

"Apa kita orang pulaknya!?" Kris dan chanyeol menjawap serentak. Lalu mereka bertiga pun bertumbukkan melepaskan geram kerana gagal mendekati wendy untuk harini.

(Sorry wendy+pcy+kris+chen ni. Saje nak tambah cerita hahaha ^_^)



SKIP•
•Keesokkan harinya•

Pagi itu, kai yang datang menjemput Seulgi ke dari rumah ke sekolah. Seperti biasa, mereka memasuki pekarangan sekolah tetapi motor kai itu diparking ke tempat yang tersembungi sikit supaya pelajar lain tidak melihat pekara seperti kemarin lagi.

"Um..Seulgi" kai memanggilnya.

Seulgi berpaling, "nae? Wae?"

"Pasal kemarin tu...ak..aku.. Sebenarnya..." Kai tergagap-gagap hendak meneruskan ayatnya. Dia mengurut lehernya yang tidak sakit itu.

"Tak apa. aku dah maafkan. Tapi, please jangan buat lagi. Kau tu kingka kat sekolah ni. Aku pulak orang biasa. Nanti apa orang kata." Seulgi membantut ayat kai.

"Kalau boleh... Start dari harini, kita takpayah lab pergi sekolah sama-sama lagi. Tak apa kan?" Mintanya pada kai. Kai langsung membulatkan matanya.

"Ya! Takkan pasal tu aku tak boleh nak ambik kau kat rumah kot? Kau nak aku rosakkan kedai unnie kau pulak ke? Kau nak aku buli kau pulak ke? Tak takut?" Tanya bertubi-tubi kai. Dalam tanya itu, ada maksud ugut tersurat.

"Ani.. Bukan tu maksud aku" Seulgi cuba  meleraikan salah fahan kai terhadapanya.

"Dah lah!!" Kai marah. Dia melempar helmetnya ke tanah sehingga pecah. Dia mengambil beg sekolahnya yang ringan itu lalu pergi meninggalkan Seulgi.

Seulgi menarik nafas. Dia mengambil helmet yang pecah itu lalu memandang kai yang sedang berjalan ke geng-2 EXO yang lain.

"Dia tu macam perempuan lah. Ada musim. Kejap baik, kejap badmood, kejap panas kenap sejuk. Sabar je lah" bebel Seulgi lalu dia pergi dari situ sambil menyangkut helmet itu ke pemegang motor (?)

****

Pada waktu yang lain, Kereta sport mewah berwarna hot pink masuk ke kawasan sekolah dan memarking kereta itu ke tempat parking Khas hanya untuk Kingka dan Quenka sahaja.  pelajar memerhatikan kereta tersebut kerana ia amat dikenali ramai.

Sebaik sahaja kereta itu berhenti, 3 pintu kereta itu dibuka luas. Lalu keluarlah tiga orang pelajar perempuan yang amat dikenali oleh warga sekolah Kent HighSchool,

SHY

Mereka berjalan dengan penuh yakin sekali seperti biasa. Kumpulan terkenal queenka itu digantung sekolah selama tiga hari kini kembali dengan semangat yang semakin membara.

Semua pelajar memerhatikan mereka berjalan ke kelas.

"Apa tengok-tengok!?" Marah Yuri sambil mengibas rambut barunya

Lalu pelajar-2 itu pun cepat-2 berpaling ke arah lain dan pergi dari situ untuk menghindari. Kang tak pasal-pasal ada orang kene bawak ke balas polis sebab kes bertumbuk sampai pecah muka.

"Taulah kita ni hot. Macam tak biasa pula tengok" kata sooyoung sambil menyelak rambut ke tepi telinganya sambil terbalikkan matanya (cam mana tah nak explain yang mata tu. Pandai-2 lah imagine^^)

"Omg suho oppaa!!" Jerit hyoyeon tiba-tiba. Lalu perempuan itu pun pergi kepada orang yang bernama suho. Dipaut lengan orang itu sambil menyandarkan bahunya.

"Eeii apa kau ni! Lepas lah!" Suho cuba melepaskan diri dari hyoyeon tetapi hyoyeon berpaut pada suho terlalu ketat.

"Wooaa... 3 perempuan ganas macam singa ni dah kembali lah. Macam mana perasaan bila kene gantung 3 hari, cik yuri?" Luhan menyoal siatan kepada SHY. Kedengaran agak memerli situ. Luhan mengeluarkan tangannya dan mendekati mulut yuri seolah luhan memegang microphone.

Yuri mengeluh ringan. Dia juga menepis tangan luhan itu secara kasar. "Luhan, kalau kau nak gaduh pun. Jangan kat sini. Kang tak pasal-2 kau kene gantung sekolah pulak macam aku kalau pengetua nampak" balas yuri ringkas sambil membersihkan kukunya.

"Kalau pengetua nampak, eomma kau datang sekolah pulak. Then, kau taknak kan orang tahu yang kau anak luar nik---.."

"YAH! KAU JANGAN NAK LIBATKAN EOMMA AKU SIAL!" Marah luhan. Dia cuba untuk menampar yuri namun suho, lay, kris, serta tao menghalang badan luhan dari menyerang yuri.

"Sabar luhan! Jom pergi dari sini. Tak payah layan dia ni" kata xiumin cuba menenangkan luhan yang marah itu.
Kata-kata yuri amat berbisa. Inilah sebabnya EXO dan SHY bergaduh. Malah tidak boleh jumpa pun. Kerana SHY tahu rahsia EXO manakala EXO pun tahu rahsia SHY. Jadi ini sangat rumit untuk mereka.

Suho, lay, Kris serta Tao membawa luhan dari situ. Daripada melayan karenah SHY baik mereka pergi dari situ.

"Tau takut" yuri berkata gembira. Yuri menepuk tangan bersama dengan SooYoung dan hyoYeon dengan gediknya.

"Dah lah!!" Bunyi suara orang lelaki itu bergema di kawasan berhampiran SHY.

Tidak jauh dari situ, kelihatan kai yang seperti marah keluar dari tempat parking motor dengan marahnya. Laju saja langkah dia untuk ke kelas.

"Budak lembab tu lagi...." SooYoung berkata dengan perlahan sambil memerhatikan Kai.

"Tu seulgi kan?"

Tidak lama kemudian, ada susuk tubuh perempuan yang SHY benci sekali dilihat didepan mata. Dia ialah kang seulgi. Kelihatannya seulgi juga datang dari arah yang sama kai keluar tadi. Dia juga sepertinya mengejar kai dari jauh.

Perasaan aneh mula timbul dalam pikiran SHY.

"Nak aku pukul je perempuan tu! Tak sabar rasanya nak guna balik penumbuk ni" kata hyoyeon marah. Dia menggosok  pengenalan tanganya akibat terlalu marah. Disebabkan dialah, SHY digantung.

"Whatever~ jum masuk kelas, girls! Kita mesti dengar gosip-2 terhangat, tercool, terbaik kat sekolah ni. Pallie pallie!" Ajak sooyoung lalu ketiga orang itu berlalu ke kelas mereka, 3-4. Dengan gediknya.

●DIKELAS SHY●

"Shinyoung, kau ada dengar pasal kai peluk perempuan kemarin? Cun gila kot awek tu!" Tanya pelajar lelaki kepada kawan perempuannya.

"Ya, ya!! Ada dengar! Gila lah perempuan tu. Boleh pula dia dipeluk oleh kai? Nak mati je perempuam tu sebab rampai kai aku!" Marah kawannya itu.

"Dah lah haritu dia rapat dengan D.O! Sekarang ni? Kai pulak...aduhai. memang nak kene libaslah dia ni. Tengok gambar aku ambik kemarin" simpuk kawan mereka yang ketiga pula sambil mengeluarkan phonenya dan menunjuk gambar kai memeluk seulgi itu serta kai yang memegang tangan seulgi.

"Weh weh! Shy datang!" Bisik kawan lelaki itu pada kawannya. cepat-2 dia sembunyikan handphonenya ke bawah punggungnya.

SHY pun datang ke tempat 3 sekawan itu dengan gediknya.

Yuri menghulurkan tangannha seperti meminta sesuatu.

"Apa?" Tanya pelajar yang sorokkan phone itu.

"Phone" jawal yuri malas.

"Mana ada. Aku tak bawaklah" tipunya.

"Yuri mintak phone pun susah eh!? Bak sini!!" Marah sooyoung lalu menolak perempuan itu jatuh dari kerusi kerana sooyoung tahu perempuan itu sembunyikan phonenya di bawah punggung (XD hahahah okey)

Sooyoung pun mengambil phone itu lalu diserahkan pada bosnya, yuri.

Yuri membuka phone itu dan menekan icon gallery. Gambar pertama yang keluar, gambar selfie. Kedua, selfie juga, yang ketiga, pun selfie!

Yuri pun hendak memberi semula phone itu pada tuanya kerana apa yang dia lihat cuma selfie yang tidak berguna dan tidak cantik sepertinya.

"Wait wait wait wait" hyoyeun merampas pula phone itu dari tangan yuri dan membuka sesuatu.

"Oh. My. God. Yuri, you should see this!!"  Terkejut sahaja hyoyeon bila melihat gambar yang tidak disangka itu.

"Why darling??" Yuri bertanya ingin tahu.

"See this. Kai and seulgi!" Hyoyeon menunjukkan gambar itu pada yuri dan juga sooyoung.

"WHAT!? Omg ni boleh jadi berita hangat ni!" Kata Sooyoung selaku reaksinya pada gambar itu.

"Apa yang terjadi pada mereka? Kai...seulgi....dan D.O? Baru 3 hari tak datang sekolah dah ada berita macam ni. Hmm.... aku kena siasat ni" kata yuri dalam hati. Perasan ingin tahunya sangat tinggi selepas melihat gambar itu. Dia rasa Kdrama ini sangat menarik untuk ditonton apalagi kalau dia juga ikut sekali.

_______________________________

SHY IS BACK EVEYBODIH!! YOHO!
HEHEHE to be continued ye! ^_^

Thanks for 10k+ readers ily walaupun awak silent readers or tak silent readers.

Fyi, kenapa saya selalu update lewat? Sebab saya tulis berdasarkan apa yang orang comment. Semakin ramai yang comment semakin laju saya update sebab saya tahu ramai nak baca fanfic saya. So kalau comment kurang maknanya tak ada orang nak baca fanfic ni :(

Apapun just wait for next chapter! ^_^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro