Part 4 : Secret Letter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokkan harinya.

Seulgi's POV

Aku seram gile sekarang! Macam mana lah aku nak bertahan kat sekolah ni!? Aku berada seorang dikelas sekarang

Aku menjeling kearah jam dinding milik kelas ku. Jarum pendek menunjuk nombor 6 manakala jarum panjang pula berada di nombor 9. Bermakna baru pukul 6:45. Awal lagi ni... Wendy pun tak datang lagi.

Aku pun mengambil keputusan untuk berjalan sekitar kawasan sekolah. Maklumlah baru 2hari lepas aku masuk sekolah ni, tak pergi mana-mana pun kecuali kelas dan kantin. Itu sahaja

Aku berjalan di block A yang berada di belakang sekolah. Aku juga pergi ke taman Hiasan. Kat sana ada kolam, kolam ikan. Cantik sangat.

sedan aku asyik berjalan, aku menlihat jam di tangan kiri ku. Sudah pukul 7:15 minit. Omo~ lamanya aku jalan-jalan. Aku pun terus ke kelas mencari wendy, mungkin dia sudah datang.

Sebelum aku ke kelas, aku pergi ke loker aku dulu untuk check buku-buku matapelajaran seterusnya.

Aku sedang membelek buku math ku tiba-tiba, sekeping surat jatuh dari buku math yang ku pegang tadi.

Aku pun mengambil sekeping kertas itu, dan aku membuka untuk mengetahui apakah isi di dalamnya

' From . Mr . xxxxxx

Aku minta maaf sebab tak dapat lindung kau kemarin. Aku minta maaf. Bukan sebab tak nak tetapi... Aku tak boleh. Aku nak berkawan dengan kau tapi aku malu. Mesti kau nak tahu siapa aku kan? Haha tak payah lah, nanti kau tahu juga. Annyeong.

To : Kang Seulgi '

Aku membaca surat tersebut. Siapa yang bagi ni? . Aku melihat sekeliling ku, namun tiada siapa yang aku lihat mencurigakan. Lalu, aku terus ke kelas.

Di kelas, aku duduk di meja ku sambil berfikir siapa yang bagi surat ni. Aku tertanya-tanya sekarang ni. Ahh peningnya kepala ku.

Tiba - tiba D.O yang baru sampai itu pun duduk di sebelah ku, dimana tempat dia sebenar.

Aku hanya diam membisu sehinggalah kai, sehun dan chanyeol masuk ke kelas dan menegurku

" annyeong perempuan byuntae" tegur sehun sambil meletakkan begnya di atas meja secara kasar lalu sehun mendekati ku

Aku hanya membuat muka menyampah. Kemudian, Geng Exo yang lain masuk ke kelas aku dan mengurumi ku.

" lama tak jumpa kau " tegur kris lalu duduk di tempat wendy.

Aku hanya mendiam kan diri. Bukan apa, malas nak layan kerenah mereka.

"Wooaahh D.O! Kau duduk tepi minah ni lahh!! Deabakk!!" Kata baekhyun keriangan

" well, kita datang sini sebab nak minta duit. So, bagi duit kau!" Suruh suho lalu menghulurkan tapak tangannya.

" apasa pulak nii? Kau tak bawak duit pergi sekolah ke? " tany ku dengan kasar

" ooiii kasar giler minah ni" sampuk luhan pula

Tiba-tiba wendy datang menyampuk.

"Kris, tepi. Aku nak duduk" arah wendy

" weh! Ikut aku lah aku duduk dulu. Aku nak tengok budak perempuan comey ni" kat kris sambil melihat ke arah ku.

"Habis tu?? Dah tak ada tempat lain kah nak tengok!!?? TEPI AKU NAK DUDUKK! " marah wendy. Suara wendy bergema dalam kelas . Woahh daebak juga dia ni.

Dengan pantas kris pin bangun dan memberikan tempat itu pada wendy.

" mujurlah kau ni anak cikgu displin kalau tidak dah lama aku kerja kan. Haiihh" geram kris.

" back to reality, "

" aku nak kau bagi aku duit! Sekarang juga" suruh kai .

Aku pun mengalah lah, aku menyeluk poket kanan di baju ku untuk mengambil duit,

Tetapi, kertas daripada stranger itu tercicir keluar. Aku cepat-cepat mengambil kertas itu supaya geng exo tidak melihatnya.

Tetapi, kegiatan ku dihidu oleh xiumin "apa bende yang kau pegang tu?" Tanya xiumin.

Alamakk!! Xiumin tengok pulaa dah. Dengan cepat aku letakkan dalam poket baju.

" mana ada... Tadi tu kertas conteng je " jawap ku dengan gagap

" huh... Nampak sangat kau bohong! Mari sini kertas tuu!! " marah kai

" anii, kertas conteng je lah" aku memberontak

" bakk sini kertas tuu!! " kata kai lagi

" tak boleh!"

" bak sini! "

" tak boleh! "

" bakk sini! "

" tak boleh! "

" kau ni memang nak kene dengan akuu eh!!?? Aku kan dah kata kemarin kalau kau tak ikut kata kitaorang kau tak selamat!! " marah kai lagi lalu mendekati tu dan cuba merampas kertas itu dari poket yang berada di dadaku.

Wendy yang dari tadi senyap membisu berkata " korang korang cikgu datangg!!!"

Dengan cepat Geng exo kembali ke kelas mereka dan kai, sehun d.o , chanyeol kembali ke tempat duduk mereka

Fffuuhhh leganya aku...

Semasa pembelajaran Cikgu Ling.

" baiklah cikgu nak tanya kamu semua, siap yang belum siap kerja sekolah yang cikgu bagi kemarin?" Tanya cikgu Ling sambil berjalan di setiap tepi meja pelajar

D.o tak habis-habis mencuit lengan ku supaya memberikan jawapan. Dia cubit juga, cubit juga. Aku tahan jer! Nak menjerit tak leh.

" haisshh arraseo! Aku bagii!!! " jerit ku dengan kuat menyebabkan cikgu Ling memandang ku. Aku cepat2 menutup mulutku

" apa yang bagi mrs Kang?" Tany cikgu Ling.

" a-ani, tadi.. D.o yang asyik cubit lengan saya sebab dia nak jawapan soalan yang cikgu bagi kemarin" jawap pun dengan cepat. Wait, aku kata apa? Omoo~ kenapa aku cakap yang d.O!!!??? Habis aku dikerjakan nantii. Tidakkkk

D.O pun berdiri " eehh cikgu!! Saya tak buat apa apa pun! Saya bersumpah betull saya tak buat apa pun! Saya cuma ikut apa yang mereka suruh je" kata D.O sambil menunjuk ke arah 3 pelajar iaitu, kai, sehun dan Chanyeol

" saya? " kata kai, sehun dan chanyeol serentak terkejut dengan kata-kata D.O padahal mereka tak buat apa-apa pun.

" KAMU BERLIMA KELUAR DARI KELAS SAYA! BERDIRI DI LUAR KELAS HINGGA MASA SAYA TAMAT! SEKARANG JUGA! " arah cikgu Ling. Bergegar dan bergema suara garangnya mengarah kami. Haaaiihh!!

Kami berlima pun keluar dari kelas dan berdiri di luar sambil memegang kaki kiri dan mengangkat tangan kiri ke atas. Ahhhh penatnyaa

" ni semua sebab kau lah seulgi! Siap kau nanti rehat!" Kai menjeling ke arah ku

" isshhhh geram betul aku dengan perempuan ni!!! " marah sehun dan chanyeol pula

" apa!!?? Mari lah bergaduhh!!" Ajak aku. Eeh, tetiba pulak aku berani.

Tiba- tiba cikgu keluar menegur kita berlima kerana bising " kamu berlima tolong diam!! " kata cikgu ling sambil menrotan di punggung kami. Ahhh sakitnya!

"Ahhh sakitt!!!l jerit kami berlima

" kalau tak nak kene, sila diam dan jangan bergaduh! " arah cikgu Ling. Kami hanya mengangguk

"Kau punya pasal lah seulgi! " bisik kai apa ku. Aik apasal aku pulak?

"Kim Jong In!!" Jerit cikgu ling dari dalam kelas

Hahhaha padam muka. Aku hanya menjeling ke arah kai. Rasa seronok pula tengok dia kene denda. Hahahah

Btw, aku masih lagi tertanya-tanya siapa yang bagi kertas ni pada aku? Tak akan lah salah seorang dari geng exo...

________

TBC

- sorry kalau membosankan
- will not update too much
- kalau ada cadangan pasal ff ni sila cakap ye. Cadangan/puji/kritik dialu alukan. Terima kasih 😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro