#hadam

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[ May 22, 2020 ]

Jangan futur terlalu lama
Jangan ikutkan sedih dan luka
Takut nanti makan diri
Tak kasihankah pada hati?

Dunia memang kejam
Dipenuhi manusia yang penuh dendam
Bara sakit hati tak pernah padam
Untuk kau dan aku, tolong hadam

Manusia tak sempurna

Kau lihat dia
Kau nampak sempurnanya
Tapi kau tak tahu sakitnya

Kau lihat dia
Kau nampak dia bahagia
Takkan kerananya hidup kau sengsara?

Bangun,
Buka hati buka mata
Lihat sekekelingnya
Terlalu penuh tipu daya

Aku nampak sakit kau
Aku tahu luka kau
Tapi tolonglah
Dia bukan lagi milik kau

Buka langkah baru
Bina hidup baru
Buat cerita baru

Jangan futur terlalu lama
Kau dan aku, terseksa di dunia
Kerana itu lumrah manusia

Sayang sekali manusia sama kejam
Biarkan hati merintih sayu
Perasaan sakit dibiarkan kelam
Hakikatnya kita sendiri jatuh pilu

Jangan tertipu dengan dunia
Kerana itu semua dusta
Aku dan kau, hadamkan ya?


************


Sabar

Kau mampu
Kerana itu kau diuji
Jangan sebab dunia kau tepu
Bangun dan pergi

Cari siapa kau yang sebenar
Dan jangan tertipu lagi
Kerna dunia bakal akhir
Dan kita akan mati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro