#istiqomah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[ Oct 29 , 2019 ]

Hijrah itu mudah
Yang susahnya hanya istiqomah
Kuatkan diri untuk terus memapah
Dari nafsu durjana yang punah

Kau tabah untuk terus melangkah
Bangun dan ke depan jangan menyerah
Mencari redhaNya yang terang lagi menyerlah
Sebagai tanda dirimu jujur dan pasrah

Jangan khawatir saat tidak diendahkan
Kerna kau masih punya kekuatan
Dan kau juga masih punya Tuhan
Untuk kau sujud mengadu harapan

Sedarlah dirimu itu hebat
Kerna kau menegakkan agama syariat
Walaupun ditindas jatuh dan susah untuk kuat
Tetapi kau masih punya harapan iaitu semangat

Sudah jangan menangis lagi,
Lap air matamu itu dengan jari,
Kau hebat seperti srikandi,
Allah ada, setia menyokong mu di sisi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro