#kau

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku tenung wajah kau
Berbagai rasa bertandang

Marah, suka, sedih, kecewa
Semua aku rasa
Tiada terkecuali
Bak hujung panah yang tajam
Yang menusuk dalam

Sejak dulu aku perhati
Sejauh mana kau mampu berlari
Sejauh mana kau mampu atur gerak geri

Bila aku tiada nanti
Belajar buat semua sendiri.

Aku tak mampu selalu hulurkan tangan
Waktu kau perlukan pertolongan.

Tapi kau.
Tak kesahlah sejauh mana hubungan kita
Entah akan renggang atau rapat selamanya.
Jangan pernah fikir berpisah ya?

Marah bukan benci
Suka bukan terima
Menangis bukan sedih.

Cuma itu fitrah.
Kau salah
Aku juga salah.

Hadap sahaja
Walau guruh memaksa
Meski langit kelabu setiap masa
Walau gerimis kian terasa.

Hadap dengan sabar.

Aku menulis untuk kau
Menyebut setiap abjad dalam aksara
Tulisan itu cantik
Penuh dengan hilai tawa
Buat kau, sang istimewa.

Aku tak sempurna
Untuk hadiahkan puisi gramatis
Tapi jika kau lihat bagai tiada harga
Jitu aku rela sakit sengsara

Hargai
Sebelum aku
Tawar hati,

Kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro