BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cahaya mentari mula menyinari bumi. Burung-burung pula berkicau - kicauan. Sementara itu, Sharmima sedang menghirup udara pagi yang segar di balkoni.

Awal-awal pagi lagi , dia sudah bersiap untuk keluar bersama adik, abang dan mamanya. Tidak sabar untuk pergi ke pusat membeli belah .

"Pagi dah menjelma, bersinar suria, hari pun cerah... Burung-burung pula, terbang sini-sana, menyanyi riang... " nyanyian Sharmima dengan penuh ceria.

"Bila hari petang, burung-burung pulang, masuklah ke sarang... Hari mulai kelam, suria terbenam, hari pun malam..." sambungnya lagi.

"Wow ! Boleh tahan sedap jugak suara kau ya, kak !" puji adiknya, Syafik sambil bertepuk-tangan.

"Terima kasih,suara akak memang sedap didengari. Baru tahu ke ? " soalnya sambil tersenyum bangga.

"Baru puji sikit dah kembang hidung, " balas adiknya kembali.

"Eeeei, kau diamlah ! Pergi keluar !" halau Sharmima kepada adiknya.

"Ouh ya, mama panggil turun makan ! Semua dah ada kat bawah. Cepat sikit, nanti kena tinggal dengan abang Rul baru tahu !" pesan adiknya.

"Ya...Ya..." balasnya acuh tak acuh sambil memperkemaskan lilitan selendang di kepalanya.

"Dah cantik dah tu, retak cermin tu nanti kalau tengok lama-lama." jerit adiknya dari luar bilik dan bergegas turun.

"Syafik !!!!!" jerit Sharmima lalu segera keluar dari bilik dan turun menuju ke ruang makan di bawah.

Geram betul lah aku dengan budak ni ! Ingatkan dah blah tadi.

"Sini kau..." kata-kata dia terhenti disaat ahli keluarganya menyanyikan lagu selamat hari jadi.

"Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi.. Selamat hari jadi Nur Sharmima.. Selamat hari jadi.."

Hari jadi aku ? Ermm, tarikh hari ni... 14 Mei ! Ya Allah hari jadi sendiri lupa ! Nyanyuk betul lah aku ni !

"Tunggu apa lagi tu ? Tiuplah lilin," kata Syafik.

Sharmima meniup kesemua batang lilin di atas kek itu lalu bersalaman dengan ibunya. Puan Suriana mencium kedua-dua belah pipi dan mengusap lembut kepala anaknya itu.

"Dah besar anak ibu ni.. Belajar rajin - rajin , jadi anak yang solehah dan ibu doakan Sha berjaya dalam semua bidang yang diceburi , " ucap mamanya.

"Betul cakap mama, belajar rajin-rajin ! Kau tu ambil PT3 tahun depan. Apa- apapun abang doakan yang terbaik untuk kau," ucap abangnya pulak.

Belum sempat Sharmima ingin berterima kasih kepada mama dan abangnya, Syafik pula menyampuk.

"Aku pun nak cakap ! Selamat hari jadi, ubahlah sikit perangai tu ya. By the way , minta maaf pasal pagi tadi. Aku buat macam tu pun, sebab kau lambat sangat nak turun! Dah berbunyi perut aku ni," kata adiknya sambil memegang perut.

"Ok , aku maafkan. Terima kasih semua sebab buat suprised untuk birthday Sha ni... " ucap Sharmima terharu lalu tanpa disedari air matanya menitis.

"Kenapa menangis ni ?" soal Puan Suriana bimbang.

"Kalau papa ada mesti lagi meriah kan ? " katanya sambil menangis lalu mengukirkan senyuman.

Suasana menjadi sepi seketika.

Kali terakhir dia menyambut hari jadinya bersama ayahnya tercinta adalah dua tahun lepas.

Beberapa hari selepas hari jadinya, papa telah mengalami kemalangan di tanah tinggi Cameron Highlands. Kemalangan yang melibatkan motor Superbikes papanya dan sebuah lori.

Tidak sempat papanya untuk melihat result UPSR nya yang cemerlang, 5A.

Puan Suriana memeluk erat tubuh anak daranya seorang itu.

"Jangan menangis dah, mama kan ada? " kata mamanya sambil mengelap air mata yang mengalir di pipi anaknya.

"Adik rindu kat papa," kata adiknya tiba-tiba.

"Abang pun sama," kata abangnya pula.

Sharmima masih dengan sisa tangisannya.

"Kalau rindu, kita sama-sama sedekahkan Al - Fatihah dekat papa." kata mamanya pula.

"Uarghh!!! Sakitnya badan. Separuh hari berjalan-jalan. "rungut Syafik apabila memasuki rumah.

"Orang masuk rumah, bagi salam. Bukan merungut penat." tegurku.

"Hehe.. Assalamualaikum," ucap Syafik.

Abang Rul dan mama mula memasuki rumah.

"Rehat-rehat lepastu mandi. Solat isyak terus," pesan Puan Suriana kepada anak-anaknya.

"Ok ma," jawab kami.

Aku berjalan menaiki tangga menuju ke bilikku.

Setelah beberapa minit berehat, aku mula membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepada-NYA.

Usai mendirikan solat isyak, aku mula membaca Al-Quran yang menjadi rutinku setiap kali selepas solat.

Selepas itu, aku membaringkan badan seketika di atas katil .

Genap 14 tahun umurku hari ini... Hmmm, rindunya lah kat papa...

Aku bangun lalu duduk di birai katil sambil memeluk teddy bear pemberian papa.

Mataku tiba-tiba tertumpu pada suatu objek.

Aik, apa benda pulak kat tepi pintu tu?

Aku turun daripada katil dan menuju ke pintu bilik.

"Hadiah?" kataku spontan.

"Hadiah untuk aku lagi ke ? Tadi rasanya mama dah belanja macam-macam..." kata Sharmima bersendirian sambil membawa hadiah tersebut ke katil.

"Ada tiga hadiah. Besar daripada abang, sederhana daripada adik dan kecil daripada mama.Hmm,buka daripada mama punya dululah.."

"Wah,cantiknya rantai ni! Ada nama lagi! Sharmima ." kataku penuh teruja.

"Apalah budak ni bagi aku.."

Dia mula membuka bungkusan hadiah kedua daripada Syafik.

"Jam tangan Baby-G ! Perghh,warna kegemaran aku Merah Hitam ! Bolehlah tambah dalam koleksi jam tangan aku."

"Hadiah terakhir ni boleh tahan berat. Jam dinding ke? " kataku dan tertawa seketika.

"Ok,sikit lagi...Yeah,dah koyak! "

"Apa ni? " soalku sendiri lalu membuka kotak.

"Album!" teriakku.

Aku meneliti setiap gambar yang diletakkan di dalam album.

Sememangnya, album seperti inilah yang dia inginkan. Tak silap, semua gambar ini dirakamkan di dalam kamera Canonnya itu.

"Cantiknya gambar ni diedit," pujiku.

Gambar keluargaku, kawan-kawan dan guru-guru juga turut disertakan.

"Gambar hari guru tahun lepas! Aku, Wawa,Nisa,Fika dengan Ikin suap kek dekat cikgu-cikgu.Haha... Comotnya cikgu, " gelakku mengingati kenangan itu.

"Eh,kejap! Ni pulak gambar geng aku dengan geng Fayyad bergambar dengan pentadbir sekolah. Tapi siapa pulak mamat menyibuk join dekat tepi tu? "

Aku menatap sekali lagi gambar dan memikirkan nama lelaki itu.

Aku rasa macam kenal , sapa ehh ?

30 saat berlalu,

"Ouh, baru aku teringat ! Ni senior kerek tu, Ahmad Mikael bin Ridzuan ! Menyemak lah dia ni ! Macam mana dia boleh tersesat ada dalam gambar ni ? ". Aku menyoal diri sendiri.

"Rosak mood aku nak tengok semua gambar dalam album ni, " kataku lalu menutup album pemberian Abang Rul itu.

Semua hadiah itu aku susun di atas meja kecil berhampiran katil. Aku menutup suis lampu utama bilik dan membuka suis lampu tidur.

Aku berbaring di atas katil lalu menarik selimut. Aku membaca ayat suci Al-Quran yang sepatutnya dibaca sebelum tidur.

Aku cuba memejamkan mata untuk tidur, akan tetapi nama senior kerek itu menerjah diingatanku.

"Eeei, apahal teringatkan dia ni ? Gambar tu punya pasal lah ni !"

Beberapa minit kemudian,

"Huwaaa!!!! Macam mana nak lelapkan mata ni ? " jeritku sedikit kuat. Aku mengutuk lelaki itu di dalam hati.

Senior kerek! Poyo! Perasan! Skema! Acah gangster! Berlagak! Sombong !

Tuk ! Tuk ! Tuk !

Tiba-tiba, terdengar bunyi ketukan pintu biliknya.

Sharmima yang berasa takut terus menarik selimut dan menutupi seluruh tubuhnya.

Sapa pulak yang ketuk pintu ni...

"Woi, kak! Apahal kau jerit ?" soal satu suara.

Macam suara Syafik...

Biliknya diterangi semula oleh cahaya utama lampu bilik.

"Lah kau rupanya, buat terkejut je." balasku.

"Akulah, habistu kau ingat siapa ? Hantu ? " soal adiknya selamba.

"Oi! Mulut kau jangan celupar sangat eh ! " marahku. Dah lah malam, disebutnya pulak benda macam tu. Aku dah lah penakut.

"Haha, takutlah tu! Ni aku tanya tadi, kenapa jerit? " soal adiknya lagi.

"Hmm,tak ada apa-apa!" bohongku.

Syafik memberi pandangan seperti
' Yeke tak ada apa-apa? '

"Dah lah pergi tido. Mengacau je !" halauku.

"Awal lagi nak tido, baru pukul 10 lebih macam tu. Actually kau yang kacau aku, bukan aku kacau kau. Menjerit tiba-tiba. Macam histeria pulak," kata Syafik sambil menutup suis lampu utama bilik di tepi pintu lalu bergegas keluar.

"Syafik!!!!" jeritku melepaskan geram kepadanya.

'Benda-benda' macam tu disebut-sebut ! Saja nak takutkan aku ! Urghhhh!

Serta merta nama senior kerek itu dilupakan. Perasaan takut yang menyelubungi diri tadi membuatkan dia terus terlena kerana ketakutan.



















Hai ! Harap karya kedua Mira ni, mendapat sambutan seperti ČIŃŤÁ ŚI ÚĹÁŤ ßÚĶÚ ! Jangan lupa komen tau ! Kalau sudi, vote sekali ya❤ Selamat Membaca 😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro