BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah selesai menunaikan kewajipanku, aku merenung borang kem yang diberikan oleh Cikgu Shahirah. Setiap unit beruniform hanya 10 orang. Terdiri daripada  5 orang pelajar dari sesi pagi dan 5 orang pelajar dari sesi petang.

PROGAM PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 2017

Sudah sepuluh kali aku membaca maklumat yang tertera di borang itu.

Pada awalnya, aku agak teruja untuk menyertai kem yang ditempatkan di Barrew I.J.Youth Camp, Cameron Highlands, Pahang ini. Tapi, perasaan  teruja itu tidak kekal lama apabila salah satu aktiviti yang aku tidak suka turut disertakan. Iaitu 'Night Adventure'.

Aku memang tidak suka aktiviti malam seperti itu. Aktiviti 'Night Adventure ' itu mungkin sama seperti 'Night Walk'.

Berjalan di dalam kegelapan malam di mana semua mata para peserta akan diikat dengan kain. Mungkin...

'Solo Walk ?'

Ataupun

'Solo Drop ?'

Sungguh aku tidak mahu !!!
Walaupun yang mengusik itu abang atau kakak fasilitator sahaja.

Oh tidak ! Mungkin 'benda' itu pun turut ada ? Membawa diriku ini ke alam lain kerana telah menganggu tempatnya ? Aku membuat andaian tersendiri.

Beberapa andaian negatif yang lain menerjah di fikiran. Inilah akibatnya menonton dan membaca kisah-kisah seram sejak dari kecil.

Tapi ketakutan ini tidak melebihi ketakutanku terhadap-NYA.

So, nak pergi ke tak ?

Setelah lama berfikir aku menuju ke ruang tamu bersama borang itu. Nak minta pendapat daripada mama.

Aku memerhatikan suasana di ruang tamu.

Mama, tengah layan drama 'Jadikan Aku Yang Kedua'. Abang tak ada ? Dalam bilik kut. Adik, tengah main game.

Budak ni, main game je tahu ! Tak sedar ke, dia tu ambil UPSR tahun ni ? Pergilah study . Sekurang-kurangnya kalau dapat result cemerlang boleh masuk MRSM  atau asrama-asrama yang lain. Jangan jadi macam aku pulak. Takut duduk asrama.

Aku mengeleng-gelengkan kepala melihat perangai Syafik ini.

"Kau dah kenapa geleng-geleng kepala tu ?" sapa Abang Rul dari belakang.

Terkejut aku !

"Tak ada apa-apa," jawabku lalu pergi ke arah mama.

"Mama..."panggilku.

Serentak itu, aku menghulurkan borang perkhemahan yang berada di tanganku ini.

Puan Suriana meneliti borang yang diberikan itu.

"Kem perkhemahan... Sha, nak pergi ke ? " soal mamanya.

"Tak tahu lah ma. Mama rasa patut tak Sha pergi? " soalnya pula.

"Lah, tanya mama pulak. Bagi mama, kem ni bagus. Melatih sifat kepimpinan dalam diri. Tahun lepas kan Sha tak jadi pergi, tahun ni mama rasa Sha cubalah pergi. Dapat sijil lagi tau. Tahun depan PT3, kalau dapat keputusan cemerlang tapi tak aktif dalam kegiatan kokorikulum, tak seimbang lah kan." kata Puan Suriana.

Aku mengangguk faham dan mengambil kembali borang itu.

"Meh sini aku tengok," pinta abangku.

Aku menghulurkannya.

Beberapa saat kemudian,
"Semua aktiviti ni sesuai dengan kau. Cuma, yang 'Night Adventure' ni... Hati-hatilah ya," pesan abangku dan tersenyum.

Aku mencebik.

Saja nak buat aku takutlah tu !

"Hmm, Sha pergilah kem ni. Nanti Sha isi borang lepastu bagi mama tandatangan nanti, "kataku.

"Ok,nanti duit mama bagi sekali." kata Puan Suriana.

3 hari 2 malam... Sekejap je rasanya...

Aku menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk.

"Relakslah,kitkat kan ada." kataku sendirian lalu mengambil kitkat daripada dalam peti sejuk.   

   ❤

Bosan.Itulah satu perkataan yang menggambarkan situasi aku sekarang yang sedang berada di atas katil.

Aku mencapai handphone di atas rak kecil di sebelah katilku.Aplikasi whatapps dibuka.

Wooo!

Banyaknya mesej masuk. Aku membuka grup T.F.U.J.I 💞 lalu membaca perkara yang sedang dibualkan oleh mereka.

Ohhh.. Tentang kem...

Aku menyampuk dengan memberi salam.

T.F.U.J.I 💞

Yow! Assalamualaikum!

Wawa
Waalaikumussalam.Sha jadi ke pergi kem tu?

Nisa
Waalaikumussalam.Lambatnya online.

Ikin
Waalaikumussalam sahabatku❤

In Shaa Allah aku jadi pergi :)

Wawa
Sha kau duduk dengan Ikin. Aku duduk dengan Nisa. Okay ?

Aku okay je. Janji ada tempat duduk✌

Ikin
Weyh Sha! Esok cerita tentang 'SeniorK' tu tau ;)

Nisa
Haah.Pagi tadi dah janji nak cerita kalau Ikin ada sekali.

Wawa
Jangan lupa jalan cerita pulak👊. Jangan tokok tambah ya...

YA,AKU JANJI ! ESOK AKU CERITA TENTANG 'SENIOR K' TU.
100℅ KISAH BENAR !

Nisa
Ok2 😂👌

Wawa
Lek argh, jangan marah. Nanti cepat tua😂✋

Ikin
HAHAHAHA😂✋

Nisa
Tapi kalau Sha marah kan comel 🙈💞😂

Aku tak marah lah.Cuma menyampah asyik cerita tentang dia.

Wawa
Nisa! Aku tiba-tiba teringat cerita tentang Sha dengan Abang Ikhwan yang kau bagitahu tu 😂

Nisa
Ouh, yang waktu balik tu ehh😂? Hahaha... Abang Ikhwan baru nak kenal lebih dengan Sha. Tapi tak dapat.

Nak kenal sikit bolehlah, lebih-lebih boleh blah !

Wawa
Kau kan comel + cantik. Mesti dia suka kau ❤

Jap, macam mana kau orang tahu? Bukan aku seorang je ke waktu tu ? Waktu tu kau orang dah balik kan ?

Wawa
Nisa yang cerita kat aku 'personal' petang tadi

Nisa
Abang Ikhwan tu kan kawan abang aku -_- Dia datang rumah petang tadi. Lepastu, adalah cakap pasal kau~ Dia pun cerita, tentang dia jumpa kau waktu balik.

Ouh...

Ikin
Cerita apa ni? Aku tak tahu pun?

Ikin
Shaaa!!! Kau hutang dua cerita dengan aku !

Tunggu je lah esok~~~

Aku malas nak meneruskan perbualan di whatapps. Senang cerita aku offline terus.

Teringat pula tentang aku dan senior Ikhwan pagi tadi.

Ketika aku sedang menunggu mama di luar sekolah, seorang pelajar lelaki menyapaku.

"Hai ! "

Aku sekadar tersenyum, bukan sombong! Cuma mulut ni berat nak membalas sapaannya. Dia pun aku tak kenal. Fikir aku kesah pasal senior?

"Nak berkenalan boleh? Nama saya Muhammad Ikhwan Naufal. Nama awak ?"

Mama!!! Lambatnya! Dah lah ada senior macam perhati aku je.Tak jauh mana pun,dekat sebelah ni... Bersaya-awak pulak dah dengan aku !

"Awak!"panggilan itu menyedarkanku.

"Ouh ya, nama Sha !" jawabku ringkas lagi.

"Nama penuh?"

"Nur Sharmima binti Khairul,"

"Sha kelas apa ehh?"soalnya lagi.

Banyak tanya pulak dia ni !

"Kelas 2Kemahiran 2.Senior pulak?" soalku pula.Asyik dia je tanya aku,aku tanyalah pulak!

"Tak payah panggil 'Senior'. Panggil Ikhwan."

"Ouhk, Ikhwan kelas apa?"aku menyoal kelasnya sekali lagi.

"Kelas 4Perniagaan 1,"jawabnya laju.

What?! Dia sama kelas dengan mamat kerek tu? Urghh! Mesti ni member dia!

"Sama kelas dengan Ahmad Mikael eh? " aku sengaja inginkan kepastian. Padahal dah memang aku tahu kelas dia orang sama!

"Yup! Macam mana Sha tahu? Sha suka dia ehh?"

Aku suka mamat kerek tu? Memang tak lah !

"Tak lah, saja tanya. Jangan bagitahu dia pulak yang Sha tanya ni," pesanku.

"Saya tak bagitahulah. Ingatkan awak suka dia. Haha.. Lagipun saya kan lagi hensem dari dia,"katanya.

Ya allah, dia ni pun perasan macam mamat kerek tu jugak? Sah, mesti kawan rapat ni. Perangai sama! Cuma dia ni terlebih ramah pulak.

Dah pukul 12.40 ni. Mana mama? Ouhk, dah nampak dekat sana !

"Sha balik dulu," kataku ringkas dan ingin berlalu pergi.

"Jap!" Dia menghalang pergerakanku.

"Kenapa?"soalku pelik.

"Nak nombor telefon boleh?"

"Maaf tak bolehlah,"jawabku.

Kalau ada benda penting je, aku boleh bagitahu nombor telefon!

"Alah... Ada instagram?"soalnya lagi.

"Ada."jawabku ringkas.

"Apa nama username?" soalnya lagi dan lagi.

"Tak boleh bagitahu jugak," jawabku.

"Ermm,kedekutlah awak ni..." katanya dengan nada kecewa.

Baru tahu ke aku kedekut?

"Id Wechat?"soalnya.

Aku mengeleng-gelengkan kepala.

"Susah jugak nak 'berkawan' dengan awak ni. Tak apa lah kalau awak tak bagi, saya cari sendiri.Bye! Take care ! " ucapnya dan tersenyum.

Aku membalas senyumannya dan berlalu pergi.


"Jangan Nisa bagitahu Ikhwan sudah lah," aku bercakap sendirian di atas katil.

Ya Allah! Borang lupa nak isi !

"Betul ke nak pergi ni? " Aku menyoal diri sendiri.

Pergi jelah...

Aku mula mengambil pen dan buku sebagai alas lalu mengisi maklumat yang diminta di dalam borang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro