CHAPTER 21 | EX-COMPANIONS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eilya memeluk lengan aku sambil berderam manja. Ekornya bergodek perlahan di sebelah aku. Warna ekornya bertukar merah sepenuhnya. Aku mengemas baju sejuk berbulu yang melekap di badan mugil Eilya.

Suasana kafe yang terletak di lereng gunung itu agak sunyi kerana tiada pelanggan lain melainkan aku dan Eilya...

'Minumlah...Untuk panaskan badan kau...' Aku berkata seraya menyerahkan dia segelas teh lemon. Eilya menurut. Dia menghirup perlahan dan pipinya memerah...

'Kau gembira...Haha!' Aku menegur apabila dia tersenyum memandang aku. Mata kuningnya terus-menerus menatap aku.

'Mestilah! Sebab awak sayangkan saya...!'

'Eh..Mana ada...Aku meluat ada la...'

'Yelah tu...! Hihi!' Dia tergelak dan kembali menghirup teh. Aku mengusap pipinya. Comel betul dia ni.....

ZOOOFFFF!!

Aku dan Eilya tersentak seraya menoleh ke kanan....

Zidane muncul dari kepulan asap. Dia tersengih dan duduk berhadapan denganku.

'Sial...Mentanglah boleh teleport...Sesuka hati kau datang lambat...' Aku menegur. Dia hanya tersenyum mendengar teguran aku.

'Maaflah...Aku ada hal tadi...' Dia meminta maaf sambil menuang teh lemon ke dalam gelas kemudian, dia hirup perlahan.

'Ok...Aku maafkan...Sekarang..Bagi aku lokasi Centour tu...'

'Emmm...Aiden...' Zidane memandang aku dengan pandangan bersalah. Aku mengerut dahi...

'Asal...? Ada masalah...?'

'Yes...Aku dah serahkan tugas tu pada Hunter lain....' Dia berkata lalu menekup muka. Aku tergaman...

Sial...Aku datang dari jauh...Lepas tu dia bagi kontrak ni pada orang lain...? Fuck....

'Jangan buat aku bengang, Zidane...Aku campak kau nanti...'

'Dengar dulu, Aiden! Kau boleh kongsi hasil buruan tu dengan mereka!'

'Mereka...?'

'Yes...Kumpulan Snow Wolf..Kau kenal kan..?'

Aku memeluk tubuh seraya menyandar pada kerusi kayu. Eilya hanya mendengar perbualan aku dan Zidane...

'Aku tak kongsi hasil buruan aku...Aku bergerak solo...'

'Tolong consider, Aiden... Centour tak mudah untuk ditumpaskan...'

'Nope...Kau amiklah balik gold kau...Sial...Kau memang sial...' Aku merengus bengang seraya menyerahkan dia sebunjut kepingan emas bernilai 1000 gold. Zidane tertunduk dan menekup dahi...

'Aiden...Please..'

'Sudahlah...Jangan harap aku nak terima kontrak dari kau lagi...' Aku berkata seraya bangun. Eilya mengikut aku dari belakang.

Zidane hanya memandang sayu padaku...

Hmmm...Sial betul...Aku dipermainkan...Kesian Eilya...Dia letih datang ke sini...Tapi, tiada hasil...

Haih...

Tetiba, aku terhidu bau yang aku kenal...

Yes...Aku kenal sangat bau ni...

Seorang gadis memeluk tubuh di sebelah pintu kafe tatkala aku dan Eilya melangkah keluar...

'Aiden, The son of Lycans... Lama tak jumpa...' Dia menegur perlahan. Aku tergaman...

Ahh...Fuck...

'Aiden..Kenapa ni..?' Eilya menyoal apabila aku kaku disitu. Gadis berambut putih diikat tocang itu datang selamba ke arah aku...

'Rindu betul...Awak tak rindukan saya...?' Gadis itu berkata sambil mengusap dada aku. Eilya pantas menepis tangannya.

'Wow....Siapa ni..?' Gadis itu menyoal sambil memerhati Eilya yang berderam marah padanya.

Aku memegang tangan Eilya seraya beredar dari situ. Eilya menurut...

'Aiden! Saya tahu awak masih sayangkan saya! Jangan buat-buat sombong!' Gadis itu berlari mendapatkan aku. Dia memegang tali pinggang aku dari belakang!

'Fuck! Jangan sentuh aku!' Aku bingkas menepis tangannya. Gadis itu tergaman apabila aku menengking dia.

'Aiden....'

'Jangan kau sesekali sentuh aku! Half breed macam aku tak layak untuk bersama kau! Kenapa sibuk nak cari aku!?'

'Saya minta maaf, Aiden...Saya tak bermaksud macam tu...' Dia cuba memujuk. Mukanya yang sedih itu memandang sayu padaku...

'Whatever...Aku tak kenal kau...' Aku membalas lalu menarik tangan Eilya untuk pergi dari situ.

Sial....Macam mana dia boleh ada disini...?!

'Aiden! I love you!' Gadis itu memekik kuat. Semua orang memandang dia...Langkah aku terhenti...

Hmmmm...

Gadis itu berlari mendapatkan aku semula...

'Aiden...Please...' Dia merayu lagi sambil memegang tangan aku...

Salji terus turun bagaikan meraikan pertemuan kami selepas 20 tahun terpisah...

Yes...

Gadis tu...

Ciryla Angelsnow...

Companions lama aku...

********************************************

Ciry memerhati aku dan Eilya sambil menggigit bibir. Zidane pula menongkat dagu melihat gelagat kami...

Tangan Eilya aku genggam erat. Gadis musang itu memeluk pinggang aku dari sisi...

'Awak sihat...?' Ciry menyoal setelah 20 minit kami mendiamkan diri. Aku menggosok rambut.

'Kau tengok aku sihat ke tak? Jangan tanya soalan bodoh..' Aku membalas dingin. Ciry tertunduk mendengar jawapan aku.

'Errr...Aku gerak dululah...Korang bincanglah masalah peribadi ni elok-elok...' Zidane meminta diri seraya bangun dan berjalan keluar dari kafe. Kami hanya memandang dia pergi...

Hmmm...

'Kau sekarang join group Snow Wolf...?' Aku menyoal selamba. Ciry memandang aku dengan mata berkaca..

'Yes...Awak..?'

'Macam kau tak kenal aku... Aku sentiasa solo...'

'Tak berminat nak join mana-mana group?'

'Tak...Dan takkan join...' Aku membalas tenang sambil mengusap kepala Eilya yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

'Siapa ni...?' Ciry menyoal sambil memandang Eilya yang memeluk pinggang aku.

Aku tersenyum dan mengangkat Eilya duduk di riba aku. Gadis musang itu terpinga-pinga. Ciry pula menggigit bibir apabila melihat aku mengucup mesra pipi Eilya...

'Perkenalkan companions baru aku..Eilya Eara...Musang berekor sembilan yang comel...' Aku berkata sambil memeluk Eilya. Gadis musang itu tersengih menampakkan gigi taring. Ekornya bergodek laju...

'Oh...Hmmm...Awak cintakan dia...?' Ciry menyoal perlahan...

'Yes...I love her...so much! Kan Eilya..? Kita pasangan hebat!' Aku berkata bangga. Eilya mengangguk laju. Haha! Comel gila si musang ni!

'See....? Aku tak perlukan kau, Ciry...Aku bersama Eilya sekarang...Malahan, aku dah tanda dia sebagai milik aku...Soo...'

'But...i need you...'

'Sorry...Eilya bagi tak?' Aku menyoal Si gadis musang. Dia menggelengkan kepala.

'See...? Eilya pun tak bagi... So...You can leave..'

'Aiden....'

'Sudahlah...Aku nak balik...Kontrak centour tu kau amiklah...Aku cari kontrak lain je...Jom sayang..' Aku mendukung Eilya seraya beredar dari situ.

Ciry terus menekup muka dan menangis teresak-esak. Aku tidak mengendahkan dia...

Kenapa aku nak ambil tahu kan?

Aku tak perlukan dia...

Lagipun...

Dia yang tinggalkan aku dulu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro