Bab 1 -Suatu permulaan✔

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suatu permulaan

23 tahun yang lalu, tahun 1994.

LAMPU sudah mula menerangi jalanan di bandar Ipoh tatkala cahaya jingga mula menerangi langit senja. Bunyi deruan enjin bas dan kereta yang melalui jalan sesekali mengejutkan Zaharah yang sedang tekun menaip sesuatu di komputernya. Kerja yang diserahkan kepadanya itu harus diselesaikan sebelum pulang hari ini.

"Abah, Ara balik lewat sikit hari ini."

"Ya, Ara ada kerja sedikit... Ara naik bas."

Tugas yang tertangguh itu disambung selepas dia memaklumkan ayahnya, Haji Nasir bahawa dia akan pulang lewat daripada biasa hari ini. Rakan sekerjanya yang lain sudah mula beransur pulang, melambai kepadanya sebelum mereka keluar dari ruang pejabat.

Rambutnya yang ikal mayang ditocang hari ini. Dalam kegelisahannya menaip, tocangnya dibawa ke depan sekejap dan kemudian ditolak ke belakang.

"Ara, banyak lagi ke kena taip?" Sarah, kawan sepejabatnya bertanya sambil mengemaskan meja dan mengangkat beg tangannya.

Zaharah mengangguk, senyum pahit terukir di bibirnya.

"Nak aku tunggu?" Sarah mengetuk meja Zaharah dengan lembut.

Zaharah mengambil nafas yang dalam, "Takpelah, kau balik dulu... nanti tunang kau mengamuk pulak tunggu lama." Dia memuncungkan mulutnya.

"Si Alex ni pun, masa nak balik baru nak bagi kerja pada kamu." Sarah menggelengkan kepalanya.

Dia hanya memandang pintu itu apabila kelibat Sarah menghilang di balik pintu. Hanya bunyi ketukan di atas papan kekunci sahaja yang kedengaran di ruang pejabat itu.

'Nasiblah aku pernah ambil kursus jurutrengkas', getus hati kecilnya.

Hasil dari kursus itu, tangannya agak laju menaip di atas papan kekunci. Memang wujud perbezaan di antara mesin taip yang digunakannya semasa belajar dahulu dengan komputer yang digunakannya kini, namun perbezaannya hanya sedikit. Huruf- huruf yang tersusun di atas papan kekunci komputer masih sama kedudukannya dengan mesin taip yang tersimpan rapi di rumahnya. Jesteru itu, tangannya masih lincah menaip walau mesinnya berbeza.

"We would like to draw." Dia membaca nota yang diberikan oleh majikannya, Alex. Seorang lelaki yang berasal dari Australia.

Alex Pierce adalah seorang lelaki bermata biru dan rambut kerintingnya berwarna keperangan. Warna perang gelap. Talk, dark and handsome bak kata Sarah.

Ada juga gadis pejabat yang masih bujang cuba menggoda orang atasannya itu yang kadang-kala dilayan oleh lelaki itu. Zaharah pula berbeza. Pandangan mata lelaki warga asing itu sering menyebabkan rasa kurang senang hadir di dalam hatinya.

Bukan sekali dua, sudah beberapa kali ajakan Alex untuk makan bersama ditolak Zaharah dengan baik. Malahan kadang-kala Alex membeli makanan dan diletakan di atas mejanya, yang selalunya berakhir di dalam tong sampah.

Sambil menghela nafas yang panjang, Zaharah membaca sekali lagi surat yang ditaipnya. Butang print diketik apabila dia berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Langkahnya diatur menuju ke bilik Alex. Sejurus suara di dalam memintanya masuk, dia melangkah masuk ke dalam bilik yang bertanda General Manager.

"Saya balik ye." Zaharah meletakkan kertas yang telah dicetaknya sebentar tadi di atas meja hitam milik Alex.

Alex tersenyum padanya sebelum mengangguk. Dia sudah tinggal agak lama di Malaysia, jadi dia sudah fasih berbahasa dan memahami bahasa yang sering dituturkan oleh orang tempatan di sini.

Pandangan matanya jatuh pada bibir munggil pembantu pejabatnya itu. Baju kurung yang dipakai Zaharah tidak mampu menutup kecantikan bentuk tubuh badannya. Sudah acapkali ajakannya ditolak mentah-mentah oleh wanita ini. Pandangannya masih pada bibir wanita itu yang sedang menguntum senyum.

Senyuman yang menggoda. Manakan tidak, Zaharah sudah terbiasa menggigit bibir bawahnya sebelum melemparkan senyuman. Tabiat yang selalu mengegarkan hati lelakinya.

Lirik matanya jatuh ke tangan Zaharah yang menarik tocangnya ke hadapan sebelum memusingkan badannya. Dia begitu berbeza dengan wanita lain di dalam pejabat, yang seringkali teruja apabila dia mengajak mereka keluar bersama. Wanita yang sedang melangkah keluar dari biliknya itu pula sering sahaja memberi seribu satu alasan apabila dia mengajaknya keluar.

Zaharah berjalan keluar dari bilik Alex tanpa menyedari pandangan penuh bernafsu yang dilemparkan oleh lelaki itu apabila dia melangkah keluar sebentar tadi.

Laungan Azan Maghrib kedengaran apabila dia melangkah keluar dari pejabatnya. Titisan halus hujan mula kelihatan di atas tar hitam. Dia mula berlari melintas jalan ke arah stesen bas Ipoh apabila hujan yang asalnya hanya rintik-rintik halus sudah mula turun dengan lebatnya. Baju kurung yang dipakainya mula melekat pada tubuhnya apabila hujan yang turun sudah mula membasahi bajunya.

"Itulah, abah tadi pesan... bawak payung ... kau tak dengar." Zaharah memarahi dirinya sendiri. Dia menunggu di sebuah kedai di hujung jalan apabila hujan semakin lebat membasahi bumi. Tidak mungkin dia boleh berjalan dalam hujan sebegini lebat. Sedangkan dia, pejalan kaki sudah tidak nampak jalan di depan apatah lagi pemandu kereta.

Di dalam kekaburan hujan lebat itu, dia ternampak telefon awam di seberang jalan. Rambutnya yang tidak gatal digarunya. Mindanya sedang ligat berfikir sama ada dia harus meredah hujan semata- mata mahu ke seberang jalan untuk menelefon abahnya atau tunggu sahaja di situ bersama orang lain.

Abah pasti sedang menunggu di depan pintu sekarang, dengan memakai singlet putihnya dan berkain pelikat. Rokok daun pula pasti tersepit di antara dua bibirnya. Ibu pula pasti sedang mencari kelibatnya di jalan memasuki rumah mereka.

Abang pula mungkin masih sedang dalam perjalanan pulang dan adik sedang bermain di dalam biliknya ketika ini. Alangkah bagusnya jika dia mampu membeli telefon bimbit yang dilihatnya sering digunakan oleh Alex.

Matanya sedang memerhati keadaan sekeliling, sambil tangannya mengosok tubuhnya yang kesejukan. Angin yang sedang bertiup menambahkan lagi kesejukan yang dirasainya. Lamunannya terhenti apabila terasa bahunya ditepuk lembut.

Lantas kepalanya dipusing, untuk melihat gerangan orang yang menyentuhnya tadi. Ingin dimarahinya orang itu, kerana menyentuhnya tanpa izin. Mulutnya terkunci rapi apabila pandangannya bertaut dengan sepasang mata biru yang amat dikenalinya, Alex.

"Saya panggil awak banyak kali... hon pun sudah."

"Huh... apa?" Zaharah mengerdipkan matanya beberapa kali. Kenapa Alex memanggilnya? Soalan itu tertanam di dalam mindanya.

Alex menggelengkan kepalanya, "Mari saya hantar awak, hujan lebat sangat ni." Alex mempelawanya masuk ke dalam kereta Mercedes hitam miliknya.

"Takpe, saya balik naik bas, sekejap lagi berhentilah ni... baju saya pun basah." Dia menolak pelawaan Alex dengan baik. Bajunya memang agak basah jadi dia tidak mahu merosakkan kusyen kereta Alex.

"Sikit je tu, ada towel dalam kereta saya. Jika awak masih hendak menunggu sehingga hujan reda, saya tunggu bersama awak... awak lewat pun disebabkan saya." Alex berdiri di sebelahnya sambil merehatkan satu kakinya di dinding tempat mereka berteduh. Tangannya pula diletakkan di dalam poketnya.

Hati Zaharah berbelah bahagi. Separuh hatinya memintanya tunggu sahaja sehingga hujan berhenti. Manakala separuh lagi, memintanya menerima sahaja pelawaan Alex kerana hujan yang lebat masih belum menunjukkan tanda akan berhenti dalam masa terdekat.

Mindanya pula menimbangkan baik dan buruk menaiki kereta dengan lelaki yang tidak dikenali.

'Alex ketua kau kan? Tidak mungkin dia nak buat benda bodoh', mindanya yang suci berkata.

Akhirnya, setelah menimbang segala yang baik dan buruk dia membuat keputusan untuk menerima pelawaan Alex.

"Okey, itupun sebab tuan cakap hendak tunggu bersama saya, kesian pulak saya fikirkan."

Benar, itulah yang difikirkan Zaharah sewaktu mengambil keputusan untuk menaiki kereta milik Alex.

Setelah enjin kereta dihidupkan, Zaharah mengelap badannya dengan tuala yang diberikan oleh Alex.

Ada sesuatu yang sedang bermain di hatinya ketika itu. Perasaan yang kurang enak. Dia mula memikirkan bahawa keputusannya untuk menaiki kereta dengan Alex mungkin satu kesalahan. Hasratnya dibatalkan apabila kereta itu sudah bergerak meredah trafik.

Alex pula tidak menyangka bahawa bulan yang berbulan lama dinantinya jatuh ke ribanya hari ini. Lirik matanya mengekori setiap lenggok gerakan tangan Zaharah mengelap muka dah lehernya.

Setiap titisan air yang turun di leher Zaharah diperhatikannya dengan teliti, menambahkan lagi kehausan yang dirasanya kini. Bukan air yang diingininya, namun sesuatu yang lain.

Zaharah pula terus memandang ke luar tingkap memerhati setiap pokok yang berdiri di dalam satu barisan yang lurus, bagaikan melambai-lambai ke arahnya.

Dahinya berkerut apabila kereta itu membelok ke kawasan yang tidak dikenalinya. Kegelapan malam yang pekat itu pula menyukarkan dia untuk melihat arah yang sedang dibawa oleh Alex.

Perutnya mula memulas, manakala jantungnya berdegup laju apabila kereta itu berhenti di kawasan yang kelihatan bagaikan kawasan estet kelapa sawit. Nafasnya pula bagaikan tersangkut di kerongkong apabila dia melihat kawasan sekeliling yang tidak berpenghuni itu. Lampu juga agak malap.

"Tuan... ini." Matanya membulat apabila terasa sentuhan lembut tangan Alex menyentuh pipinya. Tangannya pula sedang digengam Alex.

Badannya terasa panas dan setiap rongga tubuhnya seakan menyucuk. Zaharah menarik tangannya dari pegangan tangan Alex.

"Awak ni cantik, Zaharah... mata awak." Tangan Alex menyentuh matanya.

Zaharah menepis tangan Alex.

"Bibir awak." Alex merapati Zaharah. Jari- jemarinya dilarikan di sepanjang bibir Zaharah.

Pintu kereta itu dikunci. Tangan Alex memegang tangan Zaharah. Dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Zaharah tidak mungkin akan menerima pelawaannya lagi. Pinggang gadis di sebelahnya dirangkul kemas.

Alex merapatkan bibirnya ke leher Zaharah. Dia tersenyum bangga apabila bayangan cahaya ketakutan kelihatan di balik pandangan mata Zaharah.

Ah! Perempuan, suka menunjuk mereka menolak dan tidak mahu tetapi hati mereka mahukannya. Mata yang membutang memandangnya dan juga bibir Zaharah yang bergetar itu hanya satu lakonan sahaja. Sekadar untuk menutup keinginan sebenar di hati.

Desahan nafas Alex meniup ke leher Zaharah. Jantungnya bagai mahu meletup. Tekaknya pula terasa tebal dengan air liur dan manik-manik peluh mulai turun dari keningnya.

"Ja... jangan buat saya macam ni tuan," rayu Zaharah. Setiap urat saraf di dalam tubuhnya menggeletar seperti tangannya kini. Tubuhnya terasa lemah sekali.

Alex memandangnya dengan pandangan penuh berahi.

"Awak selalu senyum pada saya Zaharah... cara jalan awak yang menggoda," dengus nafasnya terdengar di telinga zaharah. Bibir Alex mula mencium setiap lengkok lehernya.

Zaharah menjerit apabila bibir Alex mencium bibirnya. Dia menolak tubuh sasa yang menghimpitnya dengan sekuat tenaga. Namun, lebih kuat dia menolak, lebih rapat Alex menghimpitnya.

Perkataan tidak dan jangan sudah berulang kali keluar dari bibirnya. Namun ia bagaikan lalu di telinga Alex bagai angin sahaja. Tangan Alex lebih rakus menyentuh setiap inci tubuhnya.

"Awak suka saya bukan? Tidak... jangan... maksudnya awak nak... perempuan memang macam ni, nak tapi malu." Tangannya meraba badan Zaharah.

Dia menolak Alex apabila pintu kereta itu berjaya dia buka. Bagaikan mendapat bau kebebasannya dari lelaki yang bernafsu serakah, Zaharah berlari keluar. Hujan dan lopak pula seolah-olah bermusuhan dengannya hari ini. Baru sahaja beberapa langkah dia berlari menjauhi syaitan bertopengkan manusia itu, dia terjatuh. Mukanya tersembam ke bumi.

"Tidak!" jeritan Zaharah begitu nyaring sehingga terasa tanah turut sama bergegar. Hujan pula turun dengan lebat seperti turut sama menangisi nasib yang menimpa Zaharah.

Esoknya, tersebar berita di seluruh Malaysia tentang seorang wanita yang dijumpai di dalam longkang berdekatan dengan estet kelapa sawit dengan pakaian yang terkoyak. Wanita itu kini bertarung dengan nyawanya, akibat diperkosa dengan rakus sekali. Pelakunya masih dicari.

bab pertama,

terima kasih kerana membaca dan tolong jangan lupa untuk vote

ia amat bermakna bagi saya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro