Teaser 3 ❤🌹

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#AINULMARDHIYAH
#KEJOUBOOK
#KOMBOFREEPOS

Dalam teaser Ainul Mardhiyah, Kak Min ada selitkan satu watak yang bernama Fareez.

Adik kepada Salman.

Tapi... hubungan sebenar yang dikongsi antara Salman dan Fareez, hanya akan diketahui jika anda pernah membaca AM di watpadd atau membeli bukunya nanti. Watak Fareez asalnya sekadar selitan sahaja.

Terapi bila menulis, idea yang datang membuatkan Fareez menjadi salah satu watak yang sama pentingnya dengan yang lain...

Nak tahu watak yang dimainkan oleh Fareez?
Mari kita baca teaser

🔥🔥🔥🔥🔥

"Assalamualaikum.”

Suara yang menegurnya dari belakang mengejutkan Ain sehingga pegangannya pada pasu itu longgar dan hampir terlepas. Mujur lelaki yang menegurnya tadi bertindak pantas dan berjaya menangkap pasu itu sebelum ia terhempas berderai ke lantai.

Ain mengurut dadanya dan melepaskan nafas lega apabila pasu itu dikembalikan kepadanya. Matanya bertentangan dengan mata Salman. Mata yang sebenar. Ini kali kedua dia melihat warna sebenar anak mata Salman.

Walau kali kedua, Ain merasa tarikannya masih sama.  Pandangan yang berjaya menarik perhatiannya. Pipinya sedikit merah apabila pendangan mereka bertaut.

“Maaf kalau saya mengejutkan Ain.” Salman meletakkan kedua tangannya ke dalam poket seluar pendek separas lututnya. Dia berdiri di atas tumitnya.

Salman mengiringkan badannya, memberi laluan kepada Ain. Dia memang selalu mengambil OHC sebagai pengendali majlis.

Matanya memerhatikan sahaja Ain berlalu pergi sehingga dia hilang dari pandangan. Hatinya berbunga riang. Bagai kata Kamal, ada bunga dalam taman hati.

Kini dia merasakan bahawa setakat melihat Ain dari jauh dari hari isnin hingga jumaat sudah tidak mencukupi. Dia ingin melihat Ain setiap hari. Hatinya ingin melihat mata biru Ain dari dekat, bukan dari balik kaca, bagaikan pencuri menghendap mangsanya. Sejak pandangannya bertemu dengan Ain, Sabtu dan Ahad bagaikan direka bagi menyiksanya. Dia menanti hari Isnin. Namun hari Sabtu ini berbeza. Dia sendiri terkejut melihat Ain yang terpaku di hadapan bingkai potret keluarganya.

“Apa yang tersengih macam kerang busuk tu.” Suara ummminya menarik Salman keluar dari lamunannya sendiri.

“Tak ada apa ummi.” Salman menggosok belakang tengkuknya, tersengih. Dahinya ditepuk. Patutlah Ain melarikan anak matanya tadi. Jika dia tahu Ain datang, sudah pasti dia akan berpakaian lebih sopan apabila menuruni tangga tadi.

“Kenapa ummi tak bagitau Salman yang pihak pengendali majlis dah sampai. Malu pakai macam ni.” Salman melangkah menaiki tangga melepasi umminya. Aishah menggelengkan kepalanya. Belum pernah dia melihat Salman seperti ini.

“Ain, bunga di meja dan buffet table macam mana?” Melissa masih menunduk melihat jadual tugasannya. Ain mengangguk.
Melissa mengangkat kepalanya. “Good.”

“Lampu semua pun dan siap, jadi kita tunggu birthday man sahaja sekarang.”

Birthday man yang dimaksudkan oleh Melissa adalah Dato’ Qadeer. Dia sudah dua hari keluar atas urusan perniagaan dan hari ini beliau pulang, tepat pada tarikh hari lahirnya.
Ain dan Melissa berdiri di suatu sudut bersama Cindy. Pandangan Ain meliar ke kiri dan kanan. Pandangannya akhirnya jatuh pada seorang lelaki yang amat dikenalinya walau baru sekali sahaja mereka bertemu, Fareez. Lelaki itu tersengih sahaja apabila pandangan mereka bertemu.

Pandangan Ain dialihkan ke tepi tika Fareez menghampirinya. “Ambilkan saya segelas air, cik bermata biru.” Hujung bibirnya terjungkit sedikit, mengusik Ain.

“Maaf, sila cari mereka yang berapron merah. Terima kasih.” Ain menjawab tanpa memandang wajah Fareez.

“My father hired you, so just do it.” Fareez tertawa. Matanya masih tajam merenung Ain dari atas ke bawah.

“Waiter.” Ain mengangkat tangan, memanggil seorang lelaki yang berapron merah. Tangannya memegang dulang yang mempunyai beberapa gelas yang berisi air berwarna oren.

“Berikan air kepada encik ini.” Bibir Ain mengukir senyum, meminta dengan hormat.
“I want You.” Suara Fareez keras memberi arahan.

Cindy dan Melissa berpandangan sesama mereka. Ain memang sering menjadi perhatian tetamu namun belum lagi ada tetamu seperti Fareez yang berterusan menganggu.

Ain mengangkat gelas berisi air oren dan diberikan kepada Fareez. Diikutkan rasa hati, mahu sahaja dia membuang seluruh gelas berisi air itu ke wajah Fareez.

Salman  yang sudah menukar bajunya, sudah mengorak langkah, mencelah di antara kumpulan orang ramai yang sedang berkumpul. Fareez yang berdiri di sebelah Ain menjemput perasaan kurang enak.

Pelayan lelaki yang dipanggil Ain berlalu pergi. Fareez mengambil gelas di tangan Ain namun sengaja membiarkan jarinya mengusap perlahan tangan Ain. Lidahnya pula dijelirkan sedikit kepada Ain bagaikan dia sedang merasakan sesuatu.

Tangan Ain segera melepaskan pegangan gelas yang masih belum Fareez pegang dengan kejap. Ain terasa begitu jijik sekali dengan perlakuan Fareez.

Prang! Bunyi gelas menghempas lantai.
Berderai.

Beberapa tetamu berdekatan mereka berpaling, mengalih perhatian kepada Ain dan Fareez. Ain menjegilkan matanya melihat Fareez. Dadanya berombak, bibirnya diketap. Melissa berulang kali meminta maaf. Cindy pula memegang bahunya, mengusap belakangnya dengan perlahan.

Salman yang hanya beberapa langkahnya sahaja jauhnya dari mereka tika bunyi deraian kaca jatuh ke bumi menghentikan langkahnya. Gerak hatinya memberitahu semuanya kerana kelakuan Fareez.

Sekejap lagi walid akan tiba dan segala perancangannya akan musnah kerana Fareez. Dia hanya beberapa langkah jauhnya dari Ain dan Fareez bila lampu ditutup dan seluruh rumahnya bergelap. Itu memang arahannya, lampu ditutup jika kereta walid melepasi sekuriti.

Tanpa berfikir panjang, Salman terus melangkah dalam gelap dan memegang tangan Fareez. Mereka sekeluarga harus berada di hadapan pintu rumah, menyambut kedatangan walid dan memberi kejutan apabila lampu dibuka.

“Abang sudah berpesan tadi, jangan dikacau Ain, gadis bermata biru tu. Tapi kamu degil.” Mulutnya membebel memarahi Fareez sambil tangannya mengheret Fareez bersamanya. Pegangan Salman pada tangan Fareez bertambah kejap bila dirasakan Fareez cuba melarikan diri daripadanya.

🔥🔥🔥🔥🔥

Fareez ni memang mengundang rasa marah je.. suka hati dia je kacau Ain...

Salman ooo Salman... kau ni... entahlah...

Sekali lagi Kak Min nak habaq... cerita ni ada 1001 cerita... duka... happy... cinta...

Tinggal 6 hari je lagi kesayangan semua... jadi cepat2 grab kombo ekslusif yang super duper jimat... rm 64 dapat baca 9 cerita... macam mana tu?

Jimat kan?

Kak Min ada buat video unyuk promo Ainul Mardhiyah... jika nak lihat tekan link ni.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=620280418794852&id=100024386977636

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro