9 Kerja sekolah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nyawa ibu... Cinta hati ibu..." bisik Raudhah.

Satu figura remaja lelaki dalam pakaian sekolah menengah menjadi tatapan sang mata. Lega melihat senyuman milik anak sulung. Wajah itu diusap dengan ibu jari.

"Ibu bagi tak kalau abang kahwin lepas habis sekolah?" soalan cepumas terbit tidak terduga. Botol ubat diletakkan ke tepi sambil tekak dibilaskan dengan air kosong.

"Abang nak bagi anak dara orang makan apa? Makan pasir?" selamba Raudah menjawab persoalan anak bujangnya. Permintaan Iskandar pada malam itu kedengaran lucu di gegendang telinga. Entah apa yang di mimpi malam tadi.

"Takdelah macam tu... Duit biasiswalah bayar nafkah abang," seloroh Iskandar. Bantal dibawa ke dalam dakapannya.

"Tak yahlah fikir hal kahwin lagi. Abang masih muda... Baru 17 tahun." Raudhah menggeleng tidak bersetuju.

"Abang tahu tu. Ibu risaukan abang... Takut abang tak mampu nak tanggung banyak beban. Rasa usia abang tak padan nak jadi suami orang. Dan... Ibu takut kalau abang duakan kasih sayang abang pada perempuan lain."

Balingan jawapan Iskandar mengenai tepat pada sasaran. Raudhah hampir terlupa bahawa anaknya semakin menginjak dewasa dan sudah arif akan isi hatinya. "Semua tu betul. Ibu masih nakkan abang jadi anak bujang ibu."

"Takkanlah abang akan berubah hati hanya kerana seorang perempuan? Ibu wanita pertama yang sayang abang dan abang takkan mudah lupakan ibu. Abang dah kahwin atau apa sekalipun ibu tetap ratu hati abang." Kulit kekura tangan Raudhah disentuh Iskandar. Sementara Salahuddin terulik tidur di kamar bersama-sama Zulaikha, tidak ada halangan buat dia meluangkan masa bersama-sama bondanya. Waktu malam itu dihiasi masa berkualiti antara anak dan ibu.

Barangkali Faizal akan cemburu andai Raudhah berterusan hadir ke bilik Iskandar setiap malam. Lama hidup tidak bersuami, beberapa hari yang lalu pasangan itu telah mengangkat akad nikah buat kali kedua.

"Berikan pada ibu sebab. Kenapa abang nak kahwin?" Anak mata jatuh pada elusan di tangan.

"Abang nakkan seorang peneman setia yang akan menemani abang seperti ibu yang masih setia dengan ayah. Abang nak sangat ibu ada 24 jam dengan abang. Tapi... Permintaan abang tu mustahil sebab ibu milik ayah. Ayah akan terasa kalau abang terus berkepit 24 jam dengan ibu. Itu tak termasuk lagi dengan cemburu Ika dan Salah. Lumrah manusia kan berpasang-pasangan? Abang rasa permintaan kahwin abang ni tak pelik pun. Lambat laun abang akan utarakan juga."

"Abang yakin ke nak kahwin? Kahwin ni bukan perlumbaan. Bukan tentang siapa kahwin dulu dia hebat atau siapa anak ramai dialah pemenang..." Raudhah masih berat hati. Terkadang dia tidak dapat bezakan yang anaknya sedang bergurau atau serius.

"Abang yakin. Kalau sekadar keperluan nafkah asas, abang boleh je sediakan. Disebabkan usia abang ni seharusnya digunakan untuk menelaah pelajaran, abang akan beri jaminan untuk belajar bersungguh-sungguh juga." Nafas halus dihelanya apabila tiada balasan sang bonda." Mesti ibu nak gelakkan abang. Yelah... Abang ni baru setahun jagung. "

Raudhah mengetap kedua-dua bibir. Garisan pada wajah Iskandar diusap lembut. Telapak tangannya melekap elok pada muka itu. " Ibu tak gelak pun, sayang. Ibu cuma... Cuma tak nak lepaskan abang. Abang masih anak kecil ibu... Janganlah membesar cepat sangat."

Iskandar menggeleng. "Sayang abang pada ibu tak berubah walaupun dah besar panjang. Buktinya abang masih sayangkan ibu sampai sekarang. Ibu jangan risau, ya?"

"Ibu tahu anak ibu takkan mungkir janji." Tubir mata yang berair dikesat Raudhah. Dia tersenyum nipis dalam sebak di dada.

"Bu, permintaan abang melampau ke? Sampai ibu menangis macam ni..." Remaja lelaki itu terdiam.

"Macam mana kalau abang dapat anak masa tengah belajar? Siapa nak jaga anak tu? Macam mana kalau abang tak ada duit... Isteri abang marah..." Lihatlah kerisauan di mata Raudhah. Baginya Iskandar masih belum bersedia hendak melayari bahtera rumah tangga.

Iskandar mula menempel di sebelah Raudhah. "Hm, abang tak rasa perkara akan jadi seburuk tu. Abang masih belajar, dia pun macam tu juga. Itulah fungsi family planning, financial planning... Abang boleh kawal keadaan. Lagipun... Abang dapat rasakan dia gadis yang melengkapi abang. Semua yang abang nak ada pada dia. "

" Apa yang abang nampak?" Wanita itu mengintai wajah anaknya yang berkerut seperti memikirkan sesuatu.

"Pertama, dia mestilah lengkap dengan ilmu agama. Kedua, abang nak perempuan yang menjaga kehormatan diri. Ketiga, seorang yang berwawasan dan tahu arah tuju sendiri," terang Iskandar.

"Macam mana abang boleh yakin sangat? Bila naik kolej, ramai lagi perempuan yang baik-baik..." Lihatlah hati Raudhah masih berat. Jika boleh, biar soal kahwin ditangguhkan. Dia hendak belai anaknya seperti selalu tanpa gangguan sesiapa.

"Sebab abang dah tanya beberapa soalan pada dia. Jawapan dia membantu abang buat pilihan."

"Abang ajak dia kahwin?"

"Eh, takdelah macam tu. Gelojohlah ibu ni." Langsung Iskandar ketawa halus. Bantalnya ditolak ke tepi. Katil bujang itu menempatkan dua beranak yang duduk bersebelahan. "Abang cuma tanya soalan macam kawan biasa. Kadang-kadang abang tanya juga soalan yang sama pada kawan perempuan yang lain. Tapi... Cuma dia yang berikan jawapan yang abang nak."

"Abang betul-betul ke maksudkan tentang ni?" Nada suara sang bonda mendatar. Ralik mencari kesungguhan pada lensa mata anaknya.

Kepala dijatuhkan Iskandar. "Ya. Abang cuma nak sampaikan... Sekarang ni kena fokus SPM dulu."

"Tahu pun. Ingat ke dah berangan naik pelamin."

"Abang tak terfikir pun pasal pelamin. Banyaklah benda nak fikir." Iskandar meraup rambut hitamnya ke belakang lalu memalingkan badan menghadap ibunya.

Wajah kusut anak teruna itu mencuit hati Raudhah. "Jangan beratkan bahu abang dengan beban lain. Apa kata abang fokus pada kesihatan abang. Muka abang selalu pucat kebelakangan ni. Kenapa jadi macam ni?"

Langsung Iskandar menggeleng tanda tidak tahu. Dia menjatuhkan kepala perlahan-lahan ke riba wanita kesayangan. Balasannya polos. Andailah diri itu tahu cara buat memulihkan diri, pasti sudah dibenteng awal-awal. Sungguh dia cuba menjalani kehidupan seperti sedia kala. Sudah patuh arahan doktor pun berat badannya makin susut.

Raudhah meraih telapak tangan Iskandar yang juga pucat tidak berdarah.

"Ibu izinkan tak kalau abang nak kahwin?" bisik Iskandar. Suaranya kian perlahan dek mahu melelapkan mata di riba ibunya.

"Apa makna perkahwinan pada abang?"

"Terlalu besar maknanya. Bukan sekadar nak kan peneman. Kalau abang nak teman 24 jam, baik abang bela kucing. Kan, bu? Tapi... Abang nak dengan dia jadi asbab untuk abang peroleh keredhaan Allah."

Wanita 30an itu menurunkan kekura tangan ke atas kelopak mata anaknya. "Dah... Tidur. Ibu tak nak abang membesar cepat sangat. Tak nak cakap pasal hal-hal orang besar."

Gelap gelita permandangan dunia. Pada mulanya Iskandar hendak mengalihkan tangan Raudhah namun dia mematikan hasrat. Tubuh diiringkan berhadapan abdomen badan Raudhah lalu dia melingkarkan tangan pada pinggang ibunya.

" Tidurlah. Ibu nak masuk bilik lepas ni. Kesian ayah duduk sorang-sorang."

"Abang gembira sangat sebab ibu dan ayah dah bersatu. Rasa hidup abang dah lengkap," gumam Iskandar.

Pelukan erat berganti longgar. Tangan kekal mengusap ruas dahi panas Iskandar.

"Ibu sayang Salah. Tapi Salah makin kurang ajar kebelakangan ni. Ibu tak tahu nak buat macam mana, abang. Ibu cuma boleh maafkan dia dan berharap dia akan faham... Faham yang ibu tak boleh berhenti rindukan abang."

Bicara kosong pada sekeping figura gambar Iskandar Dzulkarnain yang telah pergi hampir 15 tahun lalu. Si bongsu asyik mencuka siang dan malam. Setiap kali wajah menyapa, hati Raudhah menjerut sakit. Dia sudah berusaha memaniskan wajah malah beralah buat memujuk. Namun, Salahuddin mengeraskan hati tidak mahu bertegur sapa dengan ahli keluarga sendiri pada minggu ini.

"Abang, hati ibu sakit dengan perbuatan Salah." Album gambar dibawa ke dalam dakapan.

Kerana kerinduan ini, mulut delima yang asyik memanggil 'abang' boleh melupakan panggilan 'adik'.

***

" Seriuslah kau nak jual burger ni?" Bebola mata Aqil jelas kelihatan dek keterujaannya.

"Janji jangan merajuk?" soal Salahuddin.

"Eleh, kau merajuk dengan ibu kau boleh pula. Suka hati aku lah." Pengawas itu mencebikkan bibir. Sengaja mahu membakar hati Salahuddin.

Geram juga hendak bertekak dengan sahabat sendiri. Salahuddin terus memaut batang leher  Aqil dari belakang. Langkah mereka seiringan ke tapak perhimpunan pada pagi jumaat yang permai. Kebiasaannya akan diadakan bacaan surah Yasin sebelum masuk ke kelas seperti sedia kala.

"Qil, janganlah pergi tandas sorang-sorang lepas ni. Ajak aku sekali," kata Salahuddin.

"Eh, kau ni... Kenapa pula nak bawa kau? Aku bukannya budak kecil." Hairan si Aqil. Dia membawa langkah ke surau terlebih dahulu buat mengambil sekotak buku yassin untuk diagihkan kepada para pelajar sekolah. Berdirinya di muka pintu musolla sekolah menanti huluran kotak dari pengawas yang di dalam sana.

"Budak kelas belakang selalu merokok dalam tandas. Aku takut dorang berdendam dengan kau," terang Salahuddin. Beberapa naskhah yassin dikeluarkan. Dua sahabat itu menyusuri di bawah laluan beratap sebagai jalan pintas untuk ke tapak perhimpunan yang berturapkan jalan tar.

"Bukan budak kelas belakang je ya...Budak kelas kita pun dua kali lima!" Dia memaksudkan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang melepak di kantin bersebelahan tapak perhimpunan. Mata menjeling dek geram kumpulan Khaifa berlenggang kangkung seperti tidak mengendahkan pengumuman pengawas bertugas di atas pentas.

"Janganlah marah. Balik sekolah ni kita beli barang jualan burger, nak?" pujuk Salahuddin.

"Hm, nak." Aqil menghela nafas halus.

"Hei, Sal." Suara Khaifa menerjah.

Salahuddin yang baru menyerahkan beberapa naskah yassin kepada barisan pelajar tingkatan kembali berdiri tegak.

Serta merta kening Aqil berkerut. Panggilan ringkas merangkap istimewa itu hanya digunakan dia pada Salahuddin. 'Sal', singkatan atas nama Salahuddin. Hairan tatkala Khaifa yang melaungkan.

Khaifa dan beberapa orang pelajar lelaki mendekati tempat berdiri Salahuddin. Bimbang di hati memaksa Aqil mendapatkan sahabatnya. Dia sudah maklum bahawa Khaifa tidak pernah berniat baik dengan Salahuddin.

"Siap tak kerja yang aku bagi semalam?" soal Khaifa.

Aqil yang disebelah bertambah bingung.

"Dah. Nanti aku hantar." Anak mata dijatuhkan ke lantai bumi. Salahuddin tidak boleh menghalau rakan sendiri saat itu.

"Bagus, ini barulah kawan aku," bilang Khaifa lalu menepuk bahu Salahuddin yang berlapikkan baju kemeja sekolah. Sempat senyuman sinis dihadiahkan pada Aqil yang membatu di sebelah dek tidak mengerti apa-apa. Anak kelahiran Singapura itu menyelinap masuk ke celahan barisan pelajar.

"Kerja apa ni?" Aqil tidak dapat berdiam diri. Kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena?

"Takde apa." Pelipis diusap perlahan. "Khaifa paksa aku buat kerja sekolah dia." Entah sampai bila Salahuddin perlu menipu teman sepermainan.

"Dah tu kenapa kau terima? Kau tak boleh buat macam ni, Sal. Kerja sekolah tu tanggungjawab setiap orang. Mana boleh..." bangkang sang pengawas.

"Sikit je kerja sekolahnya. Janganlah risau."

"Macam mana kalau satu geng khaifa paksa kau buat kerja sekolah dorang? Kau tak patut libatkan diri dengan dia. Aku lagi suka kau jadi diri kau yang suka buat hal sendiri walaupun kadang-kadang menyakitkan hati aku." Mood Aqil berubah. Lagi menyakitkan hati apabila mendengar Khaifa berani memanggil Salahuddin dengan panggilan 'Sal'.

"Qil, aku tahu apa yang aku buat. Biarkan je asalkan dia tak kacau kita. Okay?" kata Salahuddin.

***
v

otexkomen
***

Apalah agaknya reaksi aqil kalau tahu Salah bekerja dgn Khaifa dlm sindiket haram. Tapi kita buka gerai burger dulu. Sedap jg makan burger hujan2 ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro