10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SURAYA mula cemas. Kedua belah tangannya dikibas berkali-kali cuba untuk menenangkan dirinya. Ke kanan ke kiri dia berjalan daripada tadi. Inilah yang akan jadi jika phobia mula mengusai dirinya sekarang. Rasa macam nak gila!

Sekilas dia memandang sekeliling mencari seseorang yang boleh membantunya. Akan tetapi malang sekali, satu batang hidung pun tidka terlihat dikawasan itu!

"itulah kau Suraya! Mamat Ray tadi dah ajak kau masuk rumah kau tak nak! Sekarang siapa nak jaga kau ni? Nak pergi rumah Shark, aku tak tahu jalan nak ke rumah dia. Aduh, macam mana ni... " rungut Suraya.

Kepala yang tidak gatal digarunya. Tidak sampai beberapa minit, dia terdengar suara orang terbatuk-batuk dikawasan situ. Lantas Suraya mencari pemilik suara itu sebelum ia menghilang.

"Ya Allah, pak cik!" Jerit Suraya, terkejut. Sebelah tangannya menekup mulut yang terlompong melihat orang tua yang terduduk diatas tanah sambil dia mengurut dada yang terasa senak. Nafasnya juga tercungap-cungap seperti seseorang yang sedang sesak nafas.

"Pak cik, pak cik kenapa ni? Pak cik nak mati ke?" Soal Suraya, cemas. Orang tua itu menggeleng kepala. Tangannya menunjuk-nunjuk kearah beg galas yang berada tidak jauh daripada situ.

"Inhaler..." pintanya perlahan. Suraya mengerut kening tidak seberapa dengar dengan apa yang orang tua itu katakan.

"Apa dia pak cik?"

"inhaler..."

"inhaler? Kejap!" pantas Suraya menggapai beg galas yang berada disitu, lantas dia menyelongkar beg itu dan mengambil inhaler berwarna biru sebelum diserahkan pada orang tua itu.

Setelah beberapa minit orang tua itu menyedut alat itu. Dia kembali reda seperti biasa. Nafas kecil dihembusnya perlahan, lega. Mujur Suraya tiba tepat pada waktunya, jika tidak pasti nyawa orang tua itu sudah berada dihujung tanduk.

"Terima kasih, adik...."

"Suraya." cantas Suraya laju. Orang tua itu mengangguk perlahan.

"Terima kasih, Suraya. Apa kamu buat dekat kawasan ini? Kamu tak takut ke?"

"Sebenarnya saya sesat. Saya nak balik dekat rumah bakal suami saya." rungut suraya.

"Siapa bakal suami kamu?"

"Shark." ringkas balas Suraya. Orang tua itu mengerut kening. Aku tak salah dengar ke?

"Si... Siapa?"

"Shark. Shahrin Haider Amar Rayden Karl."

"di... dia..."

"Ayahanda!" Seru dua orang lelaki muda, pantas mereka berlari mendapatkan orang tua itu. Perlahan-lahan mereka memapah ayahanda bangun daripada terduduk diatas tanah. Pasir yang terlekat pada seluarnya ditepis perlahan.

"ke mana ayahanda pergi? Mujur tak ada apa-apa yang jadi kalau tidak apa yang kami nak jawab pada anak ayahanda nanti?"

"Kau orang ni sibuk sahaja. Suka hati aku lah nak ke mana pun? Aku cuma nak tengok sekitar kawasan sini sahaja."

"Kami tahulah ayahanda, tapi kalau pihak musuh nampak macam mana? Tak pasal-pasal kami juga yang kena menjawab dengan tuan muda nanti!" herdiknya.

Ayahanda hanya menjeling. 24 jam asyik kena kawal sahaja, macamlah aku ini budak kecil!

"Sudah! Mari kita balik ayahanda."

"Tunggu!" halang Ayahanda. Suraya yang masih tercegat disitu dipandangnya.

"Kamu nak jumpa Shark ya?" soal Ayahanda, suraya mengangguk laju.

"Pak cik kenal dia?"

"Lebih daripada kenal, suraya. Marilah ikut pak cik. Kita ke rumah dia sama-sama."

Surays tersenyum gembira. Dua orang pengawal itu saling berpandangan. Tak pernah-pernah lagi ayahanda bawa orang ke rumah tuan muda!

"ayahanda biar betul? Tuan muda tak marah ke?"

"Kau orang tak payah risau pasal dia. Lagipun, aku ni ayah dia. Kalau dia marah aku, tahulah apa nasibnya nanti! Sudah, mari Suraya ikut pak cik."

Suraya mengangguk. Lantas dia mengerkori langkah mereka menuju ke arah kereta alphard hitam yang berada dibahu jalan.








PERLAHAN- lahan pintu itu ditolak daripada luar. Dia menjenguk sedikit kepalanya memastikan tiada orang. Takut-takut jika Azim dan Kazam berada didalam, naya nanti!

Senyuman sinis dicarik pada bibirnya, sambil matanya mengerling kesetiap sudut bilik itu yang kemas dan sunyi. Sejak ketiadaan Suraya dirumah, aman sekali hidupnya. Dah macam perpustakaan sudah keadaan rumah aku sekarang!

"Finally, yes!!" jerit Shark, puas. Dia terus merebahkan dirinya keatas katil. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana gembira hatinya sekarang.

"Perempuan sewel tu dah tak ada dalam hidup aku and aku boleh jadi Shark yang dulu. Thank you very much, Rayden! You are my bestfriend forever! I love you friend! " Ujarnya, gembira.

Sekilas dia menoleh ketepi memandang sekeping gambar yang berada diatas laci meja. Lantas dia membetulkan posisinya kepada duduk dan mencapai gambar itu.

Senyuman sinis terbit dibibirnya melihat gambar Suraya dan seorang lelaki berbaju melayu putih duduk diatas pelamin. Agaknya ini kot suami dia? Boleh tahan kacak, tapi tak sekacak aku.

"haih,macam manalah mamat ni boleh terima kau? Aku yang baru kenal kau sehari macam nak mati, inikan dia yang jaga kau bertahun-tahun. Memang patut pun dia ceraikan kau!" Sinisnya.

Tapi ada sesuatu yang pelik pada gadis ini. Apa sebenarnya yang telah terjadi pada Suraya sehingga dia mengalami anuptaphobia? Takkanlah sejak kecil lagi Suraya berperangai lurus bendul sebegitu? Tak lain tak bukan, pasti gadis ini ada rahsianya. Ah, kisah pula aku? Lantak dia lah nak ada rahsia ke tidak, bukannya isteri aku pun untuk aku ambil tahu! Omelnya didalam hati.

"Lantak dia lah, janji hidup sekarang dah bebas." degusnya, lantas gambar itu dicampaknya ke tepi.

"Bos, Ayahanda dah sampai!" jerit Kazam daripada jauh. Shark tergaman sejenak. Jam didinding dipandangnya sekejap. Biar betul tak sampai? Awalnya?

"Ke.. Kejap!" pinta Shark. Cepat-cepat dia membetulkan cadar katil yang sedikit berkedut sebelum berlari kearah ruang tamu yang berada ditingkat bawah.

"Ayahanda!" Sapa Shark, terus berlari memeluk ayahanda yang berada dipintu utama. Hampir setahun juga dia tidak berjumpa dengan ayahanda kerana kerja. Baru hari ini dia dapat melepaskan rindu.

Tak sampai beberapa minit dia memeluk ayahanda, dia terkedu sejenak. Matanya membulat memandang Suraya yang berdiri tercegat dibelakang ayahanda. Siap buat peace lagi!

"Argh!" jerit Shark, mengundur beberapa tapak ke belakang. Terketar-ketar tangannya menunding jari kearah Suraya yang berada dibelakang orang tua itu. Ayahanda mengerut kening.

"Kamu kenapa ni Shark?"Soal ayahanda pelik.

"Pe...perempuan tu... ma... macam mana.. macam mana boleh...."

KEDEBUK!
Terus tubuh Shark rebah ke lantai. Pengsan. Membulat mata Suraya terkejut melihat Shark yang tiba-tiba pengsan dihadapannya. Dia nampak hantu ke sampai pengsan macam tu?

"haih, pengsan terus kenapa ni?" Soal Ayahanda, memandang azim dan kazam yang tercegat disitu.

"Agaknya... Bos demam kot?"

"demam? Ish, cepat bawa dia ke bilik! Dah tahu demam bukannya nak rehat." herdik Ayahanda. Cepat-cepat azim dan kazam memapah Shark menuju ke biliknya yang berada ditingkat dua. Waktu-waktu begini jugalah bos nak pengsan!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro