15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                     BAHAGIAN kolar baju melayu dikibas-kibasnya kepanasan. Sesekali kawasan sekitar gerai itu diperhatikan sementara menunggu Suraya yang sedang memilih kuih-muih dibahu jalan.

"Wau, ada awek pula dekat sini. Jarang kedai pak mat ada awek datang kedai... " sampuk suara lelaki itu dan berjalan menghampiri gerai itu bersama dua orang lagi rakannya.

Pemilik gerai itu pula hanya menundukkan kepala, seperti sudah terbiasa dengan tiga orang lelaki muda berambut pang. Daripada bawah hingga keatas Shark memerhatikan mereka.

"Hai, baby... " sapa salah seorang daripada mereka. Senyuman nakal ditayang pada Suraya sambil dia menjongket keningnya berkali-kali.

Suraya mengerut kening. Sekilas Shark yang bersandar ditiang elektrik itu dipandangnya. Malah Shark berpaling ke lain, buat-buat seperti tidak nampak.

Kurang ajar punya suami!
Kecil sahaja suraya memandangnya.

"Pandang sana buat apa? Pandanglah sini..." dagu Suraya ditariknya lembut, pantas Suraya menepis kasar. Malah mereka hanya tertawa kecil apabila melihat mimik wajah gadis itu yang mula pucat ketakutan.

"Takut ke sayang? Kita orang tak buat apa-apa pun lagi, lainlah kalau aku pegang kau macam ni." lelaki itu kula bertindak berani menyentuh lengan Suraya. Sekali lagi Suraya menepis kuat.

"Jangan macam-macam ek, suami saya mafia tau! Dia tumbuk gigi awak nanti, tak pasal-pasal rongak!" herdik Suraya.

Mereka terdiam untuk beberapa saat dan ketawa.

"Suami? Mana suami? Tak datang pun... meh, lah nak bermanja sikit.. "

Tangan lelaki itu cuba untuk menggapai tangan Suraya. Akan tetapi, perbuatannya sekelip mata terhenti apabila seseorang lebih pantas menangkap tangannya. Mereka terkedu. Perlahan-lahan dia menoleh kearah Shark disebelahnya.

"Aku suami dia." ucap Shark bernada keras.

Suraya mengemam bibirnya, menahan diri daripada tersenyum. Dalam hati dia sudah terloncat-loncat gembira.

"Jangan kacau isteri aku, kalau nak juga... pergi cari orang lain. Jangan nak cari pasal dekat sini." ujar Shark, tegas. Lantas tangan lelaki itu ditolaknya kasar.

Jelas sekali wajahnya menunjukkan yang dia tidak puas hati. Malah Shark hanya membiarkan sahaja. Peduli apa aku kalau dia buat muka macam tu?

"Cepat sikit pilih kuih tu. Kejap lagi..."

BUK!
Satu tumbukan menyapa kuat wajah Shark daripada tepi. Suraya tergamam sejenak, kedua belah tangannya menutup mulut yang melopong terkejut. Shark dan lelaki itu dipandang silih berganti.

"ini Thailand tempat aku! Suka hati aku lah nak kacau sesiapa sekalipun! Kau siapa nak halang?" bentak lelaki itu tidak puas hati. Berlagak.

Cecair merah yang mengalir keluar daripada bibirnya dicelek sedikit dengan ibu jari. Jelas wajah Shark kini mula kemerahan menahan sabar.

"Aw... Awak okay tak tu?"

"budak mentah ni memang cari pasallah..."

BENG!
sedas peluru dilepaskan kearah paha lelaki itu sehingga dia jatuh terjelepok ke tanah. Terbeliak biji mata Suraya melihat tindakan berani Shark. Dua orang rakannya sudah mula menggelabah.

Lelaki itu mengerang sakit.

"Aku cakap dengan kau baik-baik saja kan tadi? Kau sampai tumbuk muka aku memang cari nahas lah jawabnya!" bentak Shark, lantas dia menyepak kuat kaki lelaki itu yang ditembak tadi.

"Erghh!"

"ini kira mood aku baik tahu? Kalau tidak, dah lama kepala kau bersepai atas tanah ni! Kau jangan cabar orang macam aku. Faham?!"

"Fa...faham, bang... " balasnya terketar-ketar.

"Shark? Apa dah jadi ni?" Sampuk Ayahanda, terkejut dia mendengar bunyi tembakan tadi didalam kereta. Lelaki yang terbaring diatas tanah dipandangnya silih berganti.

Shark hanya mendiam dan tersenyum sinis. Air liur yang bercampur darah diludahnya ke tepi. Lantas tangan Suraya ditarik kasar mengikutnya menuju masuk ke dalam perut kereta.

"Sa... saya tak beli kuih lagi.. " rungut Suraya. Sempat lagi dia memikirkan tentang kuih tadi. Sudahlah perut aku ini dah berkeroncong kelaparan. Ini semua salah budak rambut pang tadi!





                          
                       KEADAAN didalam kereta kini sunyi sahaja tanpa sebarang suara. Ayahanda pula duduk di seat hadapan, tak dapatlah aku nak ajak berborak. Nak berborak dengan Shark takutlah pula selepas tengok kejadian tadi.

Krrukkkk....

Suraya terkedu sejenak. Dia menunduk memandang perutnya yang mula berkeroncong meminta untuk diisi makanan. Hampir dua jam didalam kereta, tapi satu gerai pun tidak kelihatan dikawasan ini.

"Laparnya..." keluh Suraya, sambil dia memicit perutnya yang lapar. Lambat lagi ke nak sampai rumah?

"nah," roti coklat dihulur pada Suraya. Lambat-lambat Suraya mencapainya. Wah, mamat ni belikan untuk aku ke?

"Bila awak beli?" soal Suraya, sengaja dia ingin tahu. Yela, setahu aku kereta ini tak berhenti dimana-mana pun selain gerai kuih tadi.

"tak beli pun, aku jumpa dekat dalam kereta ni. Entah bila punya, tapi rasanya belum basi lagi." ujar Shark.

Ceh!

ingatkan dia beli untuk aku. Baru nak terharu! Omel Suraya didalam hati. Plastik roti itu dikoyakkan terlebih dahulu, lalu dia mencubit sedikit isi roti itu lantas disuap kedalam mulutnya.

"Awak... " panggil Suraya meleret. Dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan lelaki itu.

"hmm..." ringkas balas Shark. Dia tersentak sedikit saat sebelah tangannya disentuh Suraya. Pandangan terus dialihkan kepada gadis itu.

"Terima kasih sebab tadi awak tolong saya. Saya tak sangka awak lagi hebat daripada Shark Kl gangster tu. Rasa macam nak menjerit pula dapat suami caring macam awak ni." ucap Suraya.

Shark berdecik kecil dan menggeleng kepala. Dia kembali mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap kereta. Ada-ada sahaja si Suraya ni...

Roti coklat tadi diletakkan ke tepi, lalu tubuh Shark dipeluknya erat daripada tepi. Shark tergamam sejenak. Hilang nafasnya saat ini. Jantungnya juga sudah mula berdegup laju.

"Awak orang pertama yang paling ambil berat pasal saya. Saya janji, saya akan berikan kasih sayang saya sepenuhnya pada awak seorang sahaja." ucap Suraya.

Kelu lidah Shark tidak dapat untuk mengungkapkan kata manis seperti itu. Dia terkunci dengan kata-kata Suraya.Tak lama selepas itu, dia menggeleng laju seraya dia menolak kembali Suraya ke tepi dan memperkemas sedikit bajunya yang berkedut.

"kau merepek apa ni? Kau makan aje lah, tak payah nak berdrama bagai. Geli tahu tak?" herdik Shark.

Suraya memuncungkan bibirnya. Roti coklat tadi kembali dicapainya, lalu dicubit disuapkan kedalam mulutnya. Bagi ayat itu salah! Ini salah! Habis aku nak cakap apa? Jadi bisu nanti baru tahu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro