20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI berganti malam, sesekali dia menunduk memandang jam tangannya yang sudah menandakan pukul 9:30 malam. Hampir 15 minit juga dia menunggu Suraya diluar, namun kelibat gadis itu masih belum muncul.

Shark mula mengeluh. Kedua belah tangannya disilang pada tubuh cuba untuk bersabar menunggu gadis itu bersiap.

"Inilah sebab aku malas sangat nak keluar dengan perempuan. Nak pergi majlis pun bukan main lama lagi dia bersiap! Silap hari bulan, dia keluar rumah aku dah jadi tengkorak dekat sini!" sinis Shark, geram.

Batu-batu kecil diatas tanah disepaknya sementara bosan menunggu diluar rumah. Tak sampai beberapa minit, dia kembali mendongak memandang suraya yang terhegeh-hegeh berlari kearahnya dengan memakai baju kabaya nyonya milik arwah bondanya dahulu.

Shark tergamam. Matanya tak berkelip memandang daripada bawah hingga keatas pakaian gadis itu. Suraya tersengih.

"maaflah lambat. Kain ni ketat sangat dekat bahagian bawah, susah saya nak lari." ujar Suraya, memberi alasan.

Shark masih lagi tumpu memerhatikannya. Suraya mengerut kening. Sesekali dia cuba menoleh ke belakang, mencari jika ada sesiapa yang berdiri dibelakangnya sehingga Shark merenungnya dengan pandangan begitu.

Shark menggigit bibirnya. Jantungnya sudah berdegup laju saat ini. Tipulah kalau imannya tidak tercabar sekarang.

"Awak?" Tegur Suraya, sambil dia melambai tangan dihadapan wajah lelaki itu. Pantas Shark menggeleng laju mematikan lamunannya.

Sebelah tangan meraut wajah, sambil mulutnya terkumat-kamit membaca zikir. "Astaghfirullah hal azim, tak boleh Shark... tak boleh... kau jangan buat hal time macam ni." desisnya perlahan.

Kening suraya bertaut pelik. Kurang jelas mendengar apa yang lelaki itu bisikkan daripada tadi.

"Awak cakap apa?" Soal Suraya. Shark tidak membalas apa-apa, dia hanya berdehem membetulkan suara anak tekaknya yang hampir hilang tadi.

"Jomlah, masuk. Nanti lambat pula nak ke majlis tu." ujar Shark, terus membuka pintu pemandu. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam perut kereta, Suraya sudah menarik tangannya kembali memusing kearahnya.

"Apa dia?" Soal Shark, dingin.

Senyuman nakal terbit dibibir Suraya. Jari terlunjuknya menindung kearah baju kot yang dipakai lelaki itu. Shark mengerut kening tidak faham.

"ada apa dengan baju aku?"

"you look so sexy. Meletop kebabom baju awak hari ni, betul-betul kena dengan wajah awak yang kacak, plus hot gitu!" ucap Suraya, selamba memuji pakaian lelaki itu.

Shark menjeling. "Sekarang ni kita nak ke majlis. Jangan sampai kau yang aku letopkan dekat sini. Cepat kita pergi, cepat kita balik! Heh!" bentak shark dipenghujung ayatnya.

Dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta lalu pintu dihempasnya kuat membuatkan suraya tersentak.

"ish, orang puji salah... tak puji pun salah. Mamat ni nak aku buat apa sampai dia suka dekat aku?Bencilah macam ni! Tumbuk karang baru tahu." sinisnya, geram.

PIN! PIN!
hon ditekannya berkali-kali saat gadis itu masih tercegat diluar kereta. Terpinga-pinga Suraya dibuatnya, lantas dia berlari anak menuju masuk kedalam perut kereta secepat yang mungkin.

"lembab kau ni tahu tak?"

"eleh, lambat sikit pun nak marah. Cepatlah bawa kereta tu!" herdik Suraya. Shark hanya menjeling. Sebelah tangannya lincah menukar gear kereta sebelum dia memandu pergi daripada situ.









KERETA mazda merah diberhentikan dihadapan rumah banglo tiga tingkat dihadapan mereka. Shark menjenguk sedikit melihat keadaan rumah itu yang dihadiri oleh tetamu jemputan mereka sebelum dia berpaling memandang kertas kecil ditangannya yang bertuliskan alamat rumah dato Ilyas.

"Dah sampai. Jom keluar." ucap Shark, seat-belt dibukanya sebelum dia melangkah keluar daripada situ. Suraya pula masih tercegat ditempat yang sama. Rumah banglo itu diperhatikan lama.

"ini bukan rumah perempuan tu ke? Atau aku yang... "

TOK! TOK! TOK!
Terhinjut bahu suraya apabila mendengar ketukan pada cermin kereta secara tiba-tiba. Lantas, dia membuka seat-belt lalu melangkah keluar daripada perut kereta itu. Baju kebaya yang agak sedikit berkedut dibetulkan sedikit.

Kening Shark berkerut pelik memandang wajah Suraya yang berubah masam. Dagu Suraya ditariknya perlahan, mendongak memandang wajahnya.

"Kau kenapa ni? Tak sihat ke? Tadi bukan main ceria, tiba-tiba jadi muram apahal?" soal Shark. Malah Suraya hanya membalas dengan gelengan.

"Kau nak balik ke?" Soal Shark, risau.

"Tak lah. Kita masuk aje lah, alang-alang dah sampai, kan?"

"betul ni?"

"Betul... jom lah." Lengan kanan lelaki itu dipeluknya erat. Mengajak lelaki itu untuk berjalan bersamanya masuk ke dalam rumah itu.

Tak sampai beberapa langkah, Shark berhenti. Begitu juga suraya. Dia menunduk memandang lengan kanannya yang dipeluk Suraya sebelum kembali memandang gadis itu.

"Apa ni?"

"kata dating? Kenalah sweet, lagipun inikan majlis tunang. Mesti ramai pasangan punya dalam rumah tu. So, saya pun nak nampak macam pasangan mereka juga." ujar Suraya.

Shark tidak membalas apa. Dia hanya menurut sahaja apa yang Suraya inginkan.

"Apa-apa aje lah." gumam Shark, lantas mereka kembali menyambung langkah menuju masuk ke dalam halaman rumah itu.

Daripada jauh sahaja mereka sudah melihat ada sepasang kekasih duduk diatas pelamin yang bertemakan warna putih. Tetamu-tetamu yang hadir pada malam itu sibuk mengambil gambar mereka dan ada juga yang mengisi perut mereka dengan hidangan yang tersedia dibahagian sebelah kanan berdekatan dengan kolam renang.

Terasa janggal pula apabila aku seorang sahaja yang mengenakan kebaya merah. Gadis-gadis lain pula kebanyakannya memakai pakaian yang berjenama serta mengikut fesyen terkini. Lantas Suraya menundukkan kepalanya ke bawah menahan malu apabila orang-orang disitu ada yang memerhatikannya.

Shark pula tersenyum sinis. "itulah kau... nak sangat pakai baju bonda kan? Padan muka!" sindir Shark, separuh berbisik.

Suraya merengus geram. "eh, elok sikit ya. Manalah tahu diaorang pandang saya sebab jeles saya paling cantik malam ni!" balas Suraya, ingin menyedapkan hatinya sendiri. Shark berdecik kecil.

"Yelah tu... sudahlah, aku nak pergi ambil makanan. Kau duduk sini jaga meja."

"awak nak ambilkan makanan untuk saya juga ke?"

"Tak. Selepas aku ambil, baru kau ambil. Ada kaki kan? Ambil sendirilah..." balas Shark sedikit menyindir sebelum dia melangkah menuju kearah buffet makanan. Spontan tangan suraya meleraikan pelukan pada lengan lelaki itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang berada dibelakangnya.

Pandangan dialihkan kearah sepasang kekasih yang duduk diatas pelamin. Senyuman pada bibir Fajar itu jelas menandakan dia bahagia bersama gadis bernama Athirah. Yela, belum apa-apa lagi dah berkepit macam dah kawin! Aku dulu waktu kawin dengan dia tak ada pula nak berkepit macam tu! Omel Suraya tidak puas hati.

"eh, bang... itu bukan Suraya ke?" soal Athirah, menunding jari kearah gadis yang memakai kebaya merah itu. Seraya Fajar berpaling ke sana, dan mengecilkan sedikit matanya cuba untuk mengecam wajah gadis itu.

"Haahlah. Papa kenal Suraya ke?"

"tak kenal rasanya. Papa cuma jemput orang-orang ternama sahaja datang sini. Tapi pelik pula macam mana dia boleh sesat sampai ke sini?"

"baguslah kalau dia datang, inilah peluang kita untuk dapatkan Suraya semula. Agaknya dia datang seorang kot?" ujar Fajar.

Athirah menggeleng menafikannya apabila melihat seorang lelaki muda berjalan menghampiri Suraya. "Itu siapa? Mesti dia datang dengan lelaki tu. Tengok gaya rapat semacam aje."

"ish, tak mungkinlah! Mungkin lelaki tu cuma kongsi meja aje kot? Mana mungkin Suraya dapat berkenalan dengan lelaki macam tu." sindirnya.

"Bang, pandang depan bang. Kita nak ambil gambar." sampuk jurukamera itu yang sedia memegang kemera ditangannya. Lantas mereka mengalihkan perhatian kearah jurukamera itu dan mengabaikan suraya buat seketika.

Athirah merapatkan sedikit jaraknya dengan Fajar, lalu lengan kiri lelaki itu dipeluknya erat sambil dia menongkat dagu diatas bahu lelaki itu. Sesekali dia menjeling kearah Suraya yang jelas cemburu melihatnya.

Pantas Suraya berpaling ke lain. Kedua belah tangannya memeluk tubuh dan merengus geram. "ingat dia aje ada pasangan? Aku pun ada lah!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro