28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RANTAI besi diseretnya ke lantai. Satu persatu anak tangga dipijaknya dengan perlahan tidak mahu satu bunyi pun yang keluar. Biarpun keadaan disitu gelap gelita, dia tahu ke mana jalan yang harus dia pilih. Bilik yang berada dihujung kananya menjadi sasaran. Dia tersenyum sinis walaupun ia dilindung dengan topeng muka.

Tombol pintu yang tidak berkunci dipulasnya, lalu ditolak perlahan. Sesekali anak matanya melilau memandang sekeliling bilik mencari kelibat seseorang sebelum dia menyasar tepat kearah figura Fajar yang sudah leka menaip papan kekunci.

"sial kau... "gumamnya perlahan. Dia terus berlari kearah Fajar, lantas rantai besi itu dililit pada leher lelaki itu sehingga dia tidak mampu untuk bernafas. Fajar mula panik. Tangannya terkapai-kapai cuba untuk membuka lilitan itu, namun gagal.

"Mana suraya?" soalnya, separuh berbisik. Fajar hanya mampu menggeleng sebagai jawapan.

"Aku tanya mana Suraya!" sekali lagi dia mengulangi soalan, tetapi kali ini lebih keras. Lilitan pada leher Fajar diketatkan lagi sehingga dia terbatuk-batuk. Wajah Fajar mula kemerahan.

"Ak... aku tak tahu... di... dia ada dengan lelaki lain... "

"Aku dah agak. Kau ini memang tak boleh harap! Siapa lelaki yang ambil Suraya, huh? Cakap!"

"Shah... Shahrin... " balas Fajar, gagap dengan nafas yang tersekat-sekat. Lelaki itu tergamam sejenak. Perlahan-lahan lilitan itu terlerai pada leher Fajar. Hembusan nafas lega dilepaskan Fajar, sambil dia mengurut dada.

"Shahrin?"

"ya. Aku minta maaf. Aku tak sengaja ceraikan dia. Aku... aku pun tak tahu yang ada orang lain bakal ambil dia. Aku ingat, orang macam Suraya tak ada siapa akan terima. Tapi aku silap. Maafkan aku... "

"Takkan ada orang terima kau kata? Hei, Fajar! Kau ingat suraya tu perempuan macam mana, huh? Kau ingat dia gila ke?"

"Tak... mak... maksud aku..."

"aku menyesal sebab harapkan kau. Aku ingatkan kau boleh jaga Suraya dengan baik sebelum aku ambil dia, tapi kau lembab! Bodoh! Ergh!"

Kepala Fajar ditolaknya kasar. Kedua belah tangannya mula mencengkam rambut memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk dapatkan semula gadis itu. Fajar sudah menggigil ketakutan. Pisau rembo yang berada pada pinggang lelaki itu diperhatikannya. Kalau aku tak dapat tunaikan permintaan dia kali ini, pasti pisau itu akan hinggap ke tubuh aku sekarang.

"Aku nak kau cari rumah mamat tu dan dapatkan Suraya semula."arahnya.

Fajar menggeleng tidak setuju. Tak mungkin dia mampu untuk menculik Suraya kali ini. Lelaki bernama Shahrin itu akan belasan aku cukup-cukup punya kalau dia dapat tahu semua ni!

"Tak boleh... suami dia gangster. Aku tak mampu! Bila-bila masa dia boleh bunuh aku!"

"Kau nak aku bunuh kau, atau mamat tu? Kalau kau nak aku bunuh kau, aku takkan bunuh kau dengan cara senang. Aku akan seksa kau sampai kau mampus! Kau nak?"

"Tapi... "

"kalau kau tak dapatkan Suraya semula. Aku akan gantikan perempuan tu dengan Athirah." ugutnya memberi amaran.

Fajar sudah mula menggeleng kepala . Dia tidak sanggup jika orang lain yang menjadi sasaran lelaki itu lebih-lebih lagi Athirah. Cukuplah hati gadis itu yang aku seksa.

"Tolonglah jangan macam ni..." rayu Fajar.

"Kalau kau tak mahu semua ni jadi, cari Suraya semula dan serahkan pada aku. Aku takkan ugut kau kalau kau tak serahkan Suraya pada mamat tu. Faham?"

"Fa... faham... "

"Bagus. Aku akan datang sini semula nanti dan pastikan tiada siapa tahu tentang identiti aku. Terutama sekali, mamat gangster tu. Kalau tidak... nahas kau!" ujarnya memberi amaran keras pada lelaki itu. Fajar mengangguk laju. Senyuman sinis dilemparkan kearah Fajar sebelum dia berlalu pergi daripada situ.

Keluhan kecil dilepaskan Fajar. Dia menunduk kesal memandang lantai. Lelaki inilah yang dia maksudkan pada Shark petang tadi. Tak mungkin Shark mampu melawannya. Dia akan dapatkan apa sahaja yang dia mahukan, walau bagaimana cara sekalipun. Sama ada hidup ataupun mati, Suraya pasti bakal berada dalam genggamannya.

"Kau takkan mampu Shahrin... kau takkan mampu..."







TING! TONG!
kedengaran loceng rumah yang ditekan berkali-kali, mengalihkan perhatian Suraya yang sibuk menyusun lauk diatas meja. Lantas dia mengatur langkah ke arah pintu utama. Daripada jauh sahaja dia sudah melihat figura Rayden yang sedang tercongok dihadapan pintu rumahnya. Senyuman lebar diukir Suraya.

Rayden mengerut kening, tidak percaya. Sesekali dia menggosok kedua belah matanya memastikan apa yang dia lihat itu benar. Aku tak sangka pula Shark kutip minah ini semula!

"Suraya?"

"Hai, Abang Rayden. Nak ajak saya balik rumah lagi sekali ke?" Soal Suraya, sengaja dia menyakat lelaki itu sambil kening dijongket berkali-kali. Pantas Rayden menggeleng menafikannya. Tak sanggup dia ingin membawa gadis itu kerumahnya lagi selepas apa yang jadi minggu lepas.

Suraya tertawa kecil. Tahu pula mamat Rayden ni takut dengan aku.

"Aku datang sini nak jumpa Shark lah. Kau pula macam mana boleh ada dekat sini? Bukan ke Shark dah tak mahu jaga kau lagi?"

"Heh, ini Surayalah... saya dah jadi isteri dia dah pun, sebab itu saya ada dekat sini." ujar Suraya, selamba dia memberi tahu.

Terbeliak biji mata Rayden mendengarnya. "Dah jadi isteri?! Mak... maknanya dah kawinlah ni?"

"Habis tu? Takkan merisik pula?"

"Kau biar betul? Shark takkan kawin dengan perempuan macam kau lah! Dia tu mafia. Mafia mana boleh bercinta!"bentak Rayden tidak puas hati. Kelibat Shark yang baru sahaja turun daripada anak tangga menjadi sasarannya. Tanpa sebarang pelawaan dia terus masuk ke dalam rumah itu, berlari mendapatkan Shark yang sedang menuju kearah ruang makan.

"Shark!" seru Rayden. Lantas Shark menghentikan langkahnya ditengah-tengah jalan dan memusing ke belakang.

"Eh, Ray?"

"Shark, betul ke minah tu dah jadi isteri kau?" Soal Rayden, sekadar ingin memastikan. Jari terlunjuknya ditunding kearah Suraya yang berdiri memeluk tubuh dibelakangnya. Shark terdiam buat beberapa minit. Ini mesti Suraya yang bagitahu! Minah ini kalau sehari tak kecoh, memang tak sah.

"Panjang cerita dia. Kau tak payahlah ambil kisah sangat. Jomlah makan. Suraya ada masak banyak hari ni." pelawa Shark. Soalan Rayden tadi dibiarkan tidak berjawab. Kerusi kayu ditariknya sebelum dia melabuh punggung disitu.

Suraya tersenyum menang memandang Rayden yang masih lagi tercengang ditempat sama.

"jemput duduk abang Rayden." pelawa Suraya. Kerusi yang berada dihadapan Shark ditariknya, mempelawa lelaki itu untuk duduk dikerusi itu. Nak tak nak, Rayden terpaksa juga menerima.

"Abang Rayden nak lauk apa? Hari ni Su termasak lebih pula. Lupa yang ayahanda tak ada dekat rumah." ujar Suraya sambil tangannya lincah menceduk nasi untuk Rayden.

"Ambil ajelah lauk apa pun."

"baiklah kalau macam tu Su ambilkan abang lauk ayam masak rendang ni ya? Sedap tahu?"

"Ini yang aku cadang nak kawin lain ni..." sampuk Shark, tidak puas hati. Geram pula dia melihat Suraya yang melayan Rayden lebih daripadanya. Anak mata dijelingkan keatas. Macam mana aku tak geram? Siap panggil abang lagi!

Suraya mengemam bibirnya menahan tawa. Aku memang sengaja nak jeleskan mamat jerung ini. Yela, semalamkan aku ada bercadang nak cari lelaki lain? Sajalah nak test dia.

"Alololo...merajuk pula bucuk bucuk jerung kita ni. Kita gurau aje. Nah, abang Rayden. Ceduk sendiri lauk. Nanti tak pasal-pasal abang pula yang jadi lauk suami saya ni." ujar Suraya, menyerahkan sudu kepada Rayden untuk menceduk lauknya sendiri sebelum dia melangkah kearah Shark.

Rayden tergamam sejenak. Ini pertama kali dia melihat Shark berperangai manja. Aku harap-harap tak salah rumahlah.

"Awak nak makan apa?"

"Tak ada selera aku nak makan... "

"alaa, janganlah macam ni. Kejap lagi kita shower sama-sama nak?"

Shark tidak membalas apa-apa. Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Dia hanya menjeling dan berpaling ke lain. Suraya tersenyum lebar, bak kata orang tua-tua kalau diam itu tandanya mahu!

Malu pula si Shark ini nak mengaku! Mentang-mentang ada Rayden dekat depan.

"Shark, are you okay?"soal Rayden setelah sekian lama dia memerhatikan Shark dan Suraya silih berganti. Lain pula perangai kawan aku ini selepas kawin dengan Suraya.

"Yes, Im okay. Saja nak berlakon manja tadi."

"sure?"

"ya."

"eleh, tak nak mengaku lah tu... " sampuk Suraya. Sengaja dia ingin menyakat lelaki itu. Jelingan tajam dipanah tepat kearah Suraya. Suraya terdiam. Pantas dia menceduk lauk untuk Shark sebelum lelaki itu bertukar menjadi jerung.

"jemput makan baby, eh? I mean... Shark."

"ada Rayden bukan main berani kau menyakat aku ya?" ujar Shark separuh berbisik.

"Sekali sekala apa salahnya? Hihi. Makanlah... Enjoy your chiken."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro