42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAIDIN tersenyum menyenget melihat perempuan tua itu sedang duduk dalam keadaan lemah. Kedua belah tangannya sudah diikat pada kerusi begitu juga dengan kaki. Anak mata puan siti melilau ke sekeliling tempat yang penuh dengan alatan tajam. Kesan lebam diwajahnya masih terasa berdenyut-denyut.

"Kenapa kau bawa aku ke sini?" Soal puan siti, perlahan.

"kalau nak diikutkan aku nak sahaja bunuh kau. Tapi, kalau aku bunuh kau masa dekat hotel hari tu, aku akan masuk penjara. Kalau aku masuk penjara, aku dah tak boleh tengok Suraya. Bijak tak aku? Bijak,kan?" ujarnya dan ketawa sendiri.

Kerusi yang tidak jauh daripada situ ditariknya, lalu dia melabuh punggung dihadapan puan siti. Sebelah tangannya menongkat dagu memandang perempuan tua itu.

"kenapa kau sanggup rogol anak aku malam tu? Kenapa kau tergamak sangat bunuh suami aku semata-mata untuk Suraya? Apa yang kau cari sebenarnya... "

"Banyak benda yang aku cari, tapi yang paling aku nantikan adalah Suraya. Alaa... fasal suami kau tu, kau jangan risaulah. Kalau dia cukup amal ibadah dia masuklah syurga." balas Haidin selamba.

Puan siti tidak membalas apa-apa. Sekilas dia menoleh kearah polaroid yang ditampal pada dinding. Semuanya gambar Suraya. Haidin tersenyum lebar.

"rapatkan aku dengan anak kau? Dia pernah janji dengan aku, kalau aku dah sihat. Aku boleh kawin dengan dia. Tapi... aku lebih sayangkan nyawa dia. Aku tak nak Suraya masuk dalam dunia aku, sebab itu aku menyamar. Malam hari kejadian itu pun, aku dah tak tahan sangat tengok Suraya... sebab itu aku hampir terkam dia."

"banyak lagi perempuan lain kau boleh cari selain anak aku... dia takkan terima lelaki gila macam kau."

"siapa kata? Aku kenal Suraya dah lama, mak cik. Dia takkan pernah tak terima lelaki macam aku."

"Itu sebab kau pesakit dia! Dia sebagai doktor kena layan kau dengan baik, bukan bermaksud dia suka kau! Engkau tu gila! Perempuan normal macam Suraya takkan terima lelaki tak betul macam kau! Anak aku bukan bodohlah!"

BUK!

Satu tumbukan hinggap ke wajah puan siti. Puan siti mengerang sakit. Haidin mula kegelisahan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja dia terasa seperti tidak tentu arah. Kepalanya juga semakin berdenyut kuat.

"ini semua salah kau! Sial punya perempuan tua!" bentaknya, sebelum berlari kearah kabinet. Beberapa biji ubat penenang dicapainya, lalu ditelan. Dahinya berkerut menahan rasa kelat ditekak. Akan tetapi malang sekali, ubat itu tidak membantunya kali ini. Denyutan dikepala terasa lebih kuat.

"arghh! Tolong aku Su!" jeritnya, kuat. Terkapai-kapai tangannya cuba untuk mencapai segelas air putih diatas meja. Tak sampai beberapa minit, dia terus rebah ke lantai. Anak matanya mula menjadi kabur. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup rapat. Pengsan.

"Suraya..."








SURAYA tersentak. Entah mengapa dia terasa seperti baru sahaja tersedar daripada mimpi. Sesekali dia menunduk kepala, memandang jari jemarinya yang hampir kecut berada didalam air sabun pencuci pinggan. Dia ralit termenung sehingga lupa apa yang dilakukan sebentar tadi.

Pantas Suraya menggeleng kepala. Pinggan kotor yang masih berada didalam sinki dibersihkan semula, lalu disusun ke tempat asal. Sisa makanan yang berlebihan dibuang ke dalam tong sampah.

Suraya terkedu sejenak.

Dia mengecilkan sedikit mata memandang beberapa keping gambar yang berada didalam tong sampah. Dia merenjis dahulu tangannya beberapa kali, sebelum menunduk mengutip gambar itu.

"gambar apa ni?" Soal Suraya, sendirian. Dia menerbalikkan gambar itu ke belakang. Kelu lidahnya secara tiba-tiba apabila dia mendapati wajah gadis itu mirip dengannya.

Kening Suraya mula bertaut pelik. Hatinya kini semakin berdetak laju. Anak matanya dialihkan pula kepada lelaki muda yang berada disebelahnya.

"Lelaki ni tak silap aku... "

"Suraya!"

Cepat-cepat Suraya mencampakkan semula gambar itu ke dalam tong sampah, sebelum memusing memandang Shark yang sudah berdiri dibelakangnya. Berkerut kening Shark, melihat wajah Suraya yang bertukar pucat.

"kau kenapa ni? Macam baru nampak hantu aje kenapa?" Soal Shark, pelik. Malah Suraya hanya membalasnya dengan menggeleng laju, tanda tiada apa-apa.

"aw... awak buat apa dekat sini?" Soal Suraya, setelah dia mendiamkan diri untuk beberapa minit.

"haih, takkan tak boleh berjalan dekat rumah sendiri? Kau kenapa sebenarnya ni? Pelik semacam aje daripada tadi?" tegur Shark.

Suraya menggeleng. "tak ada apa-apa. Errr... saya naik atas dulu ya." pinta Suraya, sebelum mengatur langkah pergi daripada situ. Tak sampai beberapa tapak, tangannya sudah dicengkam Shark. Suraya tersentak. Langkahnya spontan terhenti disitu.

Lama Shark memerhatikan wajah gadis itu. Entah mengapa dia terasa seperti ada sesuatu yang aneh pada Suraya malam ini.

"kau serius tak apa-apa?"

"ya, betul. Awak jangan risaulah... "

"cakap betul-betul dengan aku, aku tak suka orang tipu aku, Su. Kalau kau rasa tak sihat bagitahu aku. Aku boleh bawa kau pergi klinik." ujar Shark, sedikit bernada tegas.

Malah Suraya tetap menggeleng. Tangan Shark yang masih mengenggam pergelangan tangannya, ditolak perlahan.

"Saya tak tipu awak. Kalau saya sakit saya akan bagitahu, cuma sekarang saya perlukan rehat."

"tapi tadi kau dah janji dengan aku nak keluar makan sama-sama?"

"awak batalkan sajalah. Kita pergi lain kali ek?" cadang Suraya. Dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ. Baru sahaja setapak dia melangkah, tiba-tiba sahaja lututnya terasa lemah. Mujur Shark sempat menangkap tubuh Suraya sebelum jatuh rebah ke lantai.

Dia mula cemas.

"Suraya kau kenapa ni? Bangun!" pipi Suraya ditampar lembut beberapa kali. Namun, gadis itu masih lagi belum sedarkan diri. Sesekali dia cuba menyentuh dahi Suraya. Panas. Tubuh gadis itu juga terasa semakin sejuk.

"haish! Aku dah agak kau tipu aku! Shen! Datang sini sekejap!" jerit Shark, kuat.

Terhegeh-hegeh Shen berlari mendapatkan mereka didapur. Terbeliak biji matanya melihat Suraya yang tidak sedarkan diri. "Tuan! Kenapa dengan Cik Suraya?"

"just call doktor datang sini cepat! jangan banyak tanya!"

"ba... baik, tuan."



say "hai" to Konflik guys! 😱

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro