44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ANGIN sepoi-sepoi terasa lembut menyapa wajahnya. Shark duduk di wakaf, sambil tubuhnya disandarkan ke batang kayu yang teguh berdiri. Sebelah lututnya dipeluk, manakala kepalanya pula berpaling ke lain memandang beberapa ekor anak ayam sedang mengkori ibunya.

"Rarr!! Terkejut tak bos? Terkejut tak?" Gertak Azim, sengaja ingin mengejutkan lelaki itu. Malah sedikit pun Shark tidak terperanjat. Dia hanya menjeling dan memandang ke tempat lain.

Azim dan Kazam saling berpandangan pelik. Jari terlunjuk mengetuk dagu, cuba untuk meneka apa yang bermain difikiran Shark saat ini. Daripada segi riak wajahnya sahaja sudah menunjukkan yang dia bermasalah.

Ruang kosong disebelah Shark menjadi tempat mereka melabuh punggung.

"Bos kenapa ni sebenarnya? Macam tak ceria aje? Kata nak jadi PU? Kalau nak jadi PU kenalah ceria. Bukan masam macam ni... dah macam muka ikan jerung tengah tersedak plastik sahaja kita orang tengok." tegur Kazam. Azim mengangguk laju tanda dia menyokong.

Shark mengeluh kecil. Dia memejamkan kelopak matanya buat beberapa minit. Mengambil ketenangan.

"Aku rasa ada sesuatu tak kenalah dengan Suraya. Sejak malam tadi lagi, dia macam nak mengelak daripada aku." ujar Shark.

Mereka mengerut kening. Biar betik? Bukankah Suraya seorang yang suka berkepit 24 jam dengan Shark?

"bos salah pandang kot? Tak silap saya, Suraya mana pernah pulaukan bos selama ni?"

"betul tu. Mungkin sebab dia demam ke, dia jadi macam itu? Bos janganlah fikir bukan-bukan."

"bila masa aku fikir bukan-bukan tentang dia? Kalau betullah dia pulaukan aku disebabkan demam, takkan pandang muka aku pun dia tak nak? Aku rasa ada sesuatulah yang dia sorokkan daripada aku." ujar Shark, was-was.

Aha!
Azim memetik kasar jarinya. Serentak Shark dan Kazam mengalih pandangan mereka kearah Azim. Shark mendongak sedikit kepalanya seperti bertanya, kenapa?

"Selalunya siptom macam tu orang mengandung sahaja yang rasa. Entah-entah isteri bos tengah mengandung sekarang?"

"mengandung?"

"yelah, setahu saya kalau perempuan mengandung banyak perangai pelik yang akan muncul pada dia orang seperti muntah, tak boleh bau badan suami...and banyak lagilah." ujar Azim. Menceritakan serba sedikit apa yang dia tahu tentang orang yang sedang mengandung.

Shark mengerut kening. Was-was pula untuk percayakan kata si Azim ini. Dia selalunya banyak merapu sahaja!

"Kau seriuslah? Mana kau tahu semua tu?" soal Shark, sekadar ingin tahu.

"Mak saya perempuan bos, bukan lelaki. Dialah yang cerita dekat saya waktu saya Kecil-kecil dulu." balas Azim.

"ya ke? Asal aku tak tahu?"Sampuk Kazam.

"Memanglah kau tak tahu, kerja kau asyik terjun lombong sahaja 24 jam!" sinis Azim.

Kazam terdiam sejenak. Kepala didongakkan keatas cuba untuk teringat kembali tentang kisah lama. Haahlah, aku dahulu memang suka mandi dekat lombong dengan Kawan-kawan lama.

"jadi? Betullah fatwa kau tu?" soal Shark.

Azim menjongket bahu tanda tidak tahu. Mungkin boleh jadi betul kalau Suraya mengandung?

"saya tak pasti lagi. Kalau betullah isteri bos tengah mengandung sekarang, saya nak ucapkan selamat menjadi daddy Shark." ucap Azim bersungguh-sungguh.

Senyuman lebar mula mekar dibibir Shark. Hatinya kini kembali berbunga-bunga. Benarkah Suraya sedang berbadan dua sekarang?

"Terima kasih, Zim! Aku nak balik rumah sekejap!" pinta Shark. Bahu Azim ditepuknya kuat, sebelum dia bangun berlari kearah motorsikal kawasaki yang terparkir disebelah kanan.

"Tapi bos... bos belum belajar mengaji lagi!" jerit Azim, malang sekali dia terlambat. Kelibat lelaki itu terus hilang daripada kawasan rumah milik Hairul. Azim mengeluh kecil.

"Sekarang ni kita nak buat apa? Takkan kita pula yang kena belajar mengaji?"

"demi bos apa salahnya? Kalau bos jadi PU, kita jadilah PA."ujar Azim

Kazam mengerut pelik. PA apa? PA yang kerja dekat office itu ke?

"PA tu apa pula?"

"Pemegang amanah." jawab Azim, ringkas. Kazam terkedu. Ada juga ek jawatan seperti itu?

"Eh, mana tuan Shark? Tadi kata nak belajar mengaji?" Sampuk Hairul, dengan membawa dulang berisi tiga cawan air teh lalu diletakkan diatas wakaf.

"Lama betul kau hidang air? Apasal tak pelawa tahun depan aje?" sindir Kazam. Hairul tersengih menampakkan giginya.

"Isteri saya tak ada dekat rumah hari ni, saya lupa mana garam mana gula tadi. Itu yang lama sikit."










HELMET diletakkan diatas seat motor. Dia menoleh ke arah cermin, melihat rambutnya yang sedikit serabai, lantas dia membetulkan semula. Sejambak bunga mawar merah yang dibelinya tadi, dicapai.

Dia tersenyum nipis. Sesekali bunga mawar yang masih segar itu dihidunya sebentar, menikmati haruman wangiannya yang masih lagi terlekat pada bunga itu.

"ini aje yang aku mampu beli untuk kau, Su. Aku tak tahu apa yang kau suka. Harap-harap kau terimalah." ucap Shark, bermonolog seorang diri.
Dia membetukan sedikit bunga mawar itu.

Tanpa membuang masa dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Sejambak bunga mawar tadi disorokkan ke belakang tubuhnya, sengaja dia ingin membuat kejutan pada gadis itu.

Kepala didongakkan keatas, menyasar tepat kearah bilik Suraya. Dia terus berlari memijak anak tangga menuju ke tingkat dua.

TOK! TOK! TOK!
Pintu bilik diketuk beberapa kali terlebih dahulu, sebelum tombol pintu dipulasnya perlahan. Dedaun pintu ditolak separuh, dia menjenguk sedikit kepala ke dalam melihat Suraya yang masih lagi berselimut diatas katil.

Shark tersenyum lebar. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus keluar dengan tenang. Dia melangkah beberapa tapak menghampiri katil itu. Ruang kosong disebelah Suraya menjadi tempat dia melabuh punggung.

"Su... aku ada bawakan something untuk kau. Bangunlah." kejut Shark, sambil tangannya menggoncang lembut tubuh Suraya. Namun, tiada sebarang pergerakan.

"Su, bangunlah. Sampai bila kau nak berselimut macam ni? Dah petang kau tahu tak? Dah, bangun!"

Shark menyelak sedikit selimut itu ke tepi. Spontan dia terbangun daripada katil apabila menyedari Suraya tiada disitu, malah hanya beberapa bantal yang disusun membentuk tubuh seseorang.

"Suraya?" panggil Shark, tiada sahutan. Lantas dia terus berlari ke setiap sudut bilik termasuk bilik air untuk diperiksa. Namun tetap tiada.

Shark mula cemas. "Su, kau jangan main-main dengan aku! Keluarlah!" jerit Shark, kuat dan jelas sambil matanya melilau memandang sekeliling.

Tak sampai beberapa minit, matanya terhenti pada sekeping nota kecil yang ditampal pada belakang pintu. Lambat-lambat tangannya mencapai kertas itu.

"Saya dah ingat siapa diri saya. Saya tak salahkan awak dalam hal ni, sebab saya punca perkahwinan ni wujud. Saya pun tak tahu kenapa saya tak boleh fikir semua tu dahulu. Saya harap awak bagi saya masa. Jangan cari saya."

Shark tergamam. Perlahan-lahan kertas itu terlepas daripada tangannya.

"Kau percayalah cakap aku, Shark. Bila dia dah ingat siapa diri dia yang sebenar, dia pasti akan tinggalkan kau. Orang macam Suraya takkan sesekali dekat dengan syaitan macam kita, Shark."

Kata-kata Haidin kembali bermain difikirannya. Kepala digelengkan berkali-kali, seolah-olah sukar untuk dia percaya apa yang sedang terjadi sekarang.

"erghh!!"

Bunga mawar dihempas kuat ke lantai, habis tercabut segala kelopak bunga yang mekar tadi. Apa sahaja barang yang berada dihadapannya dicapai, lalu dicampakkan ke dinding sehingga berderai pecah.

Turun naik nafasnya, berombak menahan amarah. Kedua belah tangannya dikepal-kepal membentuk buku lima.

"Kau ingat kau boleh lari daripada aku? Sedangkan musuh aku, aku cari sampai ke lubang cacing inikan pula kau yang bergelar isteri aku. Jangan harap kau boleh kembali pada mamat psycho tu!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro