46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AIR liur ditelan Suraya. Tangannya sudah berpeluh, basah. Tak berani dia ingin memandang wajah Shark kali ini. Hatinya pula sudah berdebar-debar ketakutan, memikirkan balasan yang bakal ditimpa keatasnya sebentar nanti.

Matilah aku!
Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini?

"Ikut aku balik sekarang." tegas sahaja bunyinya. Tangan kanan Suraya terus dicengkamnya, lalu ditarik memaksa Suraya untuk berjalan mengkorinya menuju kearah kereta Mazda merah yang terparkir diluar pagar masjid.

Tak sampai beberapa langkah, tiba-tiba sahaja Haidin bangun menarik tangan kiri Suraya. Spontan langkah mereka terhenti disitu. Suraya pula sudah terkulat-kulat. Haidin dan Shark dipandangnya silih berganti.

"lepaskan tangan isteri aku sekarang." Arah Shark, memberi amaran. Malah Haidin hanya tersenyum menyenget. Panahan mata tajam lelaki itu langsung tidak membuatkan dia terasa gentar.

"Kalau aku tak nak, apa kau boleh buat? Kau siapa nak paksa dia ikut kau?"

"Aku suami dia."

"ceh! Suami konon. Dia pun tak rela kau jadi suami dia. Hidup dengan kau, ibarat hidup dalam penjara kau tahu? Kau tak layak nak jaga perempuan macam Suraya." sinis Haidin.

Membahang sahaja telinga Shark mendengarnya. Gigi diketap Shark. Tangannya sudah dikepal-kepal membentuk buku lima, tunggu masa sahaja ingin menyingah ke wajah lelaki itu.

"Mulut kau memang kurang ajar!"

BUK!
tumbukan kuat dihadiahkan ke wajah Haidin. Tersentak Suraya dibuatnya. Matanya membulat memandang Shark yang bertindak kasar. Kedua belah tangannya menekup mulut, terkejut.

Haidin tersenyum sinis. Cecair merah yang mengalir keluar daripada bibirnya dicelek sedikit. Darah. Dia berdecik kecil. Cecair merah yang melekat pada ibu jarinya dijilat.

"tak cukup sedaplah... kau punya penumbuk macam perempuan! Lemah!"

"Then, tunggu apa lagi? Tunjuklah sejauh mana kuat kau." cabar Shark. haidin tersenyum menyenget. Suraya yang masih lagi tercegat disitu dipandangnya.

"Im sorry Su. Aku terpaksa mungkir janji malam ni." ucapnya. Lengan bajunya disenteng hingga ke siku. Pisau lipat yang berada dibelakang seluar dikeluarkan. Suraya sudah mula menggigil.

No!

Aku tak boleh biarkan dia orang terus bergaduh!

"Hai... Haidin... "

"Syhhh... " Haidin meletakkan jari terlunjuknya dibibir. Suraya terkedu. Air liur ditelannya.

"Hal lelaki, perempuan tak perlu masuk campur. Don't worry, sayang. Cukup untuk buat ikan ni cacat pun aku dah puas. Kau duduk situ diam-diam ek. Kalau tidak... pisau ni terkena dekat kau. Duduk situ tau!" ujar Haidin, dan ketawa sinis.

Dia kembali mengalihkan pandangannya kearah Shark yang mula kemerahan menahan amarah. Pisau lipat diperkemaskan terlebih dahulu sebelum dia mula membuka langkah. Sesekali dia menunduk memandang tangan Shark yang kosong tanpa sebarang senjata.

Besarlah peluangnya untuk menang malam ini!

"Hiyaaa!"

Tanpa menunggu masa, dia terus menyerang Shark. Pisau lipat dihayunkan kearah lelaki itu, dengan pantas Shark melompat ke tepi. Rahang Haidin ditumbuknya sekali lagi, lantas tangan Haidin yang bersenjata dicengkamnya, lalu disiku kuat sehingga pisau itu spontan terlepas daripada tangannya.

"Ergh!"

Haidin mengerang kesakitan. Dalam kesempatan itu, Shark terus menetak leher lelaki itu, kuat seperti apa yang dipelajarinya dahulu semasa menyertai kelas karate, iaitu cara menidurkan pihak musuh dalam masa beberapa saat sahaja.

Terus kelopak mata Haidin tertutup rapat. Pengsan. Shark tersenyum menyenget, lantas tubuh Haidin ditolaknya kasar jatuh terbaring ke tanah.

"Siapa yang lemah sekarang ni? Dasar mamat psycho! Ergh!" Pinggang Haidin ditendangnya, kuat. Puas hatinya melihat Haidin tumbang sekelip mata setelah sekian lama dia menyimpan dendam.

Suraya menggeleng kepala tidak percaya. Jantungnya sudah berdetak laju, memikirkan sama ada Haidin masih hidup atau pun tidak. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Meremang bulu romanya apabila dia tertoleh kearah Shark yang sedang merenung tajam kearahnya.

GULP!
Air liur ditelan Suraya. Kecut perutnya saat ini. Setapak demi setapak dia mengundur langkah ke belakang, tanpa memikir panjang dia terus memecut lari daripada situ. Malang sekali, Shark lebih pantas menangkap tangan wanita itu.

"kau nak lari mana, huh? Kau ingat kau boleh terlepas daripada aku ke?!"

"Lepaslah! Awak nak apa lagi daripada saya? Awak tak perlukan perempuan macam saya! Lepas!"

"siapa cakap? Kalau aku tak perlukan kau, aku takkan susah payah cari kau sampai sini. Sudah! Ikut aku balik!" Arah Shark, tergas. Memaksa Suraya untuk mengikutnya menuju kearah kereta Mazda yang masih lagi ditempat sama. Malah Suraya masih lagi berdegil.

"Saya tak nak!"

"Aku kata balik!"

"Saya kata tak nak, tak naklah!" bentak Suraya, masih lagi tidak mahu mengalah. Shark mengetap bibir geram. Ish minah ni waktu sewel menyusahkan aku, waktu normal pun sama sahaja menyusahkan! Omel Shark tidak puas hati.

"Kenapa awak pandang saya macam tu? Awak nak pukul saya? Huh? Pukullah!" cabar Suraya, acah-acah berani. Padahal, dalam hati sudah kecut saat ini!

Shark hanya tersenyum sinis. Tanpa menunggu masa, dia terus mendukung wanita itu menuju ke arah kereta. Suraya tersentak. Dia menggerakkan kakinya berkali-kali, meminta untuk dilepaskan. Tubuh belakang lelaki itu ditumbuknya. Namun sedikit pun tidak meninggalkan apa-apa kesan.

"ish, apa ni lepaslah! Turunkan saya!"









ENJIN kereta dimatikan setelah mereka tiba dirumah. Seat-belt dibukanya, sebelum dia mengalih pandangan kearah Suraya yang sedang memeluk tubuh.

"turun,"

"tak nak!"

"kau nak aku angkat kau lagi sekali ke macam mana? Aku tak kisah, tapi kau aje lah. Tak malu ke kalau ayahanda tengok?" soal Shark.

Suraya mendengus geram. Terpaksa juga dia mengalah. Anak mata dijelingkan kearah Shark sebelum dia melangkah keluar daripada perut kereta. Shark tersenyum menang.

"dah, jom." tangan kanan dihulurkan kearah Suraya, menantikan sambutan daripada wanita itu. Malah Suraya hanya menjeling. Dia terus mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Lambat-lambat Shark menjatuhkan tangannya semula. Nasib baik isteri, kalau tidak... nasib kau lebih kurang sahaja dengan Haidin tadi! Omel Shark geram.

Dia menggeleng perlahan, sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Shen mengukir senyuman saat dia bertembung dengan lelaki itu. Beg sandang digalasnya. "Bos baru balik? Lambatnya?"

"Ada masalah sikit tadi. Ayahanda dah tidur ke?"

"dah, tuan. Dia tunggu tuan lama sangat tadi. Apa-apa pun saya minta diri dulu ya, tuan." pinta Shen sebelum berlalu pergi daripada situ. Shark mengangguk.

Setelah kelibat Shen menghilang, dia mendongak memandang ke tingkat dua. Pasti Suraya sudah masuk ke dalam bilik. Berani lagi dia nak lari daripada aku?

Lantas, dia mengatur langkah ke sana. Tombol pintu dipulasnya setelah dia tiba dihadapan pintu, lalu ditolak ke dalam. Hembusan nafas kecil dihelanya perlahan, melihat Suraya sedang duduk diatas birai katil.

Pintu bilik ditutup rapat kembali. Dia mengatur beberapa tapak mendekati wanita itu.

"kenapa kau lari?" Soal Shark, sekadar ingin tahu. Malah Suraya tidak membalas apa-apa. Dia hanya berpaling memandang ke arah lain.

"Aku tanya, kau jawab!"

"Sebab saya ingat siapa diri saya! Dan saya ingat siapa awak!" bentak Suraya, kuat. Lantas dia bangun daripada birai katil berdiri dihadapan lelaki itu. Kening Shark bertaut pelik, tidak faham.

"apa maksud kau?"

"Ayah saya pernah cerita dekat saya yang awak ada niat untuk culik saya dan jual saya. Disebabkan awak... saya kena paksa kawin dengan Fajar!"

"itu bukan ayah kau. Itu Haidin. Aku cakap macam tu pun sebab dia yang cari fasal dengan aku! Lagipun, aku tak pernah terlintas untuk jual kau waktu kau jadi isteri aku, Su!"

"heh, tak pernah terlintas konon...Sebab apa? Sebab awak tahu saya dahulu sewel? Tak laku, huh?!" soal Suraya, sedikit meninggikan suara.

Malah Shark menggeleng menafikannya. "Bukan sebab itu... "

"Habis tu? Sebab apa? Sebab awak nak saya jadi pemuas nafsu awak, huh?! Orang macam awak mana ada hati dan perasaan! Kerja awak cuma pukul orang, dan puaskan diri awak dengan semua perempuan dalam dunia ni!"

"Kau merepek apa ni? Aku tak pernah terfikir pun untuk buat semua tu! Kenapa kau tuduh aku macam tu?"

"sebab awak gangster!" bentak Suraya.

Shark terdiam.

"Saya benci orang macam awak. Bertatoo! Buat maksiat sana sini! Entah-entah masa saya sewel dahulu, awak dah berjoli dengan mana-mana perempuan! Saya sahaja yang bodoh waktu itu sebab tak boleh berfikir! Selepas itu awak sanggup rahsiakan semua ni daripada saya! Awak dah tahu saya siapa tapi awak sengaja diamkan diri! Kenapa awak buat semua tu? Kenapa awak seksa saya macam ni?! Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya sekarang? Awak memang lelaki tak guna! Sampah masyarakat!"

"Hei, Suraya!" Bentak Shark. Kedua belah bahu Suraya dicengkamnya kasar. Suraya tersentak. Air liur ditelannya sejenak saat dia memandang mata lelaki itu. Turun naik nafas Shark. Berombak dadanya waktu ini.

"Aku bukan macam itulah, Suraya! Kalau aku betul-betul nak jadikan kau pemuas nafsu aku, dah lama kau lunyai kau tahu tak?! Aku bukan jantan dayus yang pergi cari betina lain untuk keseronokan diri aku sendiri! Aku dah ada isteri, dan aku tak bodoh untuk cari perempuan lain! Lagipun, dah lama aku tingalkan dunia gangster disebabkan kau! Aku tahu kau takkan selamat dalam dunia aku, sebab itu aku pilih jalan untuk berubah! Semua ni aku buat untuk kau, Suraya... untuk kau!"

"heh, jangan cakap pakai mulut sajalah! Awak cakap macam itu sebab awak nak suruh saya stay lama dekat sini, kan? Jangan harap! Saya takkan tertipu lagi dengan lelaki macam awak!"bentak Suraya.

Tubuh lelaki itu ditolaknya sehingga Shark tergenjak sedikit ke belakang. Terus Suraya melangkah kearah pintu, ingin menuju keluar daripada bilik itu. Shark mengetap bibirnya, geram. Entah mengapa hatinya kini tercabar dengan kata-kata wanita itu.

Lantas, tangan Suraya ditariknya kasar lalu ditolak jatuh ke atas katil. Suraya tersentak. Matanya membulat memandang Shark. Perlahan-lahan dia mengesot diri ke belakang. Perasaan gelisah mula melanda dihatinya. Apa mamat ni nak buat dekat aku?

"aw...awak nak buat apa ni?"

"just want to prove I'm not a useless guy!"ujarnya dengan nada sinis. Suraya sudah mula terketar-ketar. Anak matanya sudah melilau mencari jalan keluar. Baru sahaja dia ingin turun daripada katil, tubuhnya sudah dihempap lelaki itu. Kedua belah tangan Suraya digenggamnya, mengunci Suraya daripada melarikan diri.

Cepat-cepat Suraya memejamkan kelopak matanya saat bibir Shark mendarat pada dahinya, selepas itu ke hidung hinggalah ke bibirnya.

"aw... awak lepas!"

"You know what? Aku hafal doa tu demi kau." ujar Shark, berlagak. Suraya mengerut kening tidak faham. Doa? Doa apa?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro