60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"APA kau merepek ni, Zim? Benda ni tak kelakarlah! Kau jangan main-main dengan aku boleh tak?" suara Shark mula meninggi. Turun naik nafasnya kali ini memandang Azim yang masih lagi melutut dihadapannya.

Azim menggeleng kepala. Berjurai air mata yang keluar daripada kelopak matanya. Dia tahu Shark bakal kecewa dengan dirinya yang tidak pandai menjaga keselamatan orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang tersayang.

Kazam juga turut berasa kecewa. Dia tidak mahu selepas ini, Azim dikeluarkan daripada hidup Shark. Bahu adiknya diurut perlahan, cuba untuk meredakan tangisan Azim yang masih lagi tidak henti.

"Sabar Zim, cuba cerita elok-elok dekat bos apa yang jadi. Kalau kau diam macam ni... kita orang takkan tahu apa-apa."

"Aku tak nak bos benci aku..." rengek Azim.

"Kalau kau diam macam ni kau ingat bos tak marah ke? Cerita sajalah. Jangan risau, aku ada dekat sebelah kau." ujar Kazam, cuba untuk memberi semangat pada adik lelakinya itu.

Azim mengangguk perlahan. Air mata disekanya seketika, sebelum dia mendongak memandang wajah Shark yang tegang. Perlahan-lahan dia bangun daripada mulutut di lantai, berjalan menghampiri lelaki itu.

"Mana isteri aku, Zim?"

"Sebenarnya, tadi... "

Dia kembali mengimbas insiden yang berlaku beberapa detik yang lalu. Dimana, waktu itu dia dan Suraya baru sahaja selesai membeli barang difarmasi. Sesekali isi yang berada didalam beg plastik itu dilihat Suraya. Senyuman kecil mula terbit dibibirnya sebelum pandangan itu beralih ke arah Azim.

"awak janji ek jangan bagitahu Shark yang saya beli benda ni. Saya cadang, kalau saya mengandung. Saya nak buat suprise untuk dia."

"Haih, bab-bab simpan rahsia ni awak Jangan risaulah Su. Saya takkan bongkarkan pada dia, tapi dengan syarat kalau awak ada anak lelaki, awak letak nama saya Azim. Nama tu paling sedap di dunia tau! Idaman para gadis." ujar Azim, dan tertawa sendiri.

Suraya menggeleng kepala. Kalau bab puji diri sendiri laju sahaja si Azim ni.

"Tak adalah, Su. Saya gurau sahaja. Lagipun, saya memang nak tengok reaksi bos kalau terkejut. Saya nak sangat tahu nanti dia akan letak nama apa dekat anak dia. Kalau lelaki mungkin ikan laga? Latif Ahmad Ghani Almunasabah, mungkin?"

Suraya tertawa kecil mendengarnya. "awak ni pandai-pandai sahaja,kan? Dapat tahu dekat Shark, teruk dia kerjakan awak tau!"

"yelah, yelah... saya takkan kutuk dia lagi selepas ini. Sudahlah, jomlah kita balik. Hari pun nampak macam nak hujan sahaja ni, kan?" ujar Azim, sesekali dia mendongak memandang awan yang mendung.

Suraya mengangguk setuju.

"hmm... eloklah tu, jom." ajak Suraya.

Pintu penumpang dibahagian hadapan ditarik Azim, mempelawa untuk Suraya masuk ke dalam terlebih dahulu. Senyuman nipis diukir Suraya tanda terima kasih, sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Tak sempat Azim hendak menutup pintu, tiba-tiba sahaja bahunya ditarik kasar oleh seseorang sehingga dia tergenjak beberapa tapak ke belakang.

BUK!
Satu tumbukan hinggap ke wajah Azim. Suraya tersentak. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus keluar daripada perut kereta.

"Azim!" jerit Suraya. Dia cuba untuk menghalang lelaki bertopeng itu daripada memukul Azim, akan tetapi tubuhnya telah ditarik oleh seorang lagi rakannya. Lantas sapu tangan yang sudah disapu kloroform ditekup pada hidung Suraya. Suraya merontan untuk dilepaskan namun gagal.

Tak lama selepas itu, matanya tertutup rapat. Tubuhnya kini terasa berat, mujur dia sempat menahan daripada Suraya jatuh terbaring ke tanah. Kawasan sekeliling itu diperhatikan buat seketika, memastikan tiada sesiapa pun yang melihat aktiviti jahat mereka.

"Suraya!"

"Cepat! Kita kena bawa dia jumpa Haidin!" arah lelaki itu, bernada tegas. Wanita itu mengangguk setuju. Lantas dia memapah tubuh Suraya masuk ke dalam perut kereta honda yang tidak jauh daripada situ.

"woi lepaslah! Kau orang nak buat apa ni?!"

"Kau ikut sahaja aku, atau aku bunuh kau dekat sini!" ugut lelaki itu, memberi amaran. Guni yang berada dibelakang seluarnya, dicapai lalu disarung pada Kepala Azim. Tidak mahu Azim melihat ke mana jalan yang mereka ingin bawa.

Azim merengus geram. "lepaslah! Kau nak mati dengan shark ke?"

"Aku kata diam, diam sajalah bodoh!" bentaknya. Tubuh Azim terus ditolaknya masuk ke dalam perut kereta. Tak lama selepas itu, kedengaran seperti enjin kereta dihidupkan lalu dipandu pergi daripada kawasan itu.

Azim mula cemas. Dia cuba untuk membuka guni yang tersarung dikepalanya, namun telah dihalang oleh lelaki itu. Pistol yang berada didalam dashbox dicapainya lalu diacu tepat pada kepala Azim.

"Kau buka guni ni, aku tembak kau. Aku tembak perempuan belakang kau!"

"Kau ingat kau buat semua ni, kau akan terlepas? Kau sentuh isteri bos aku, kau memang tempah mautlah syaitan!"

"kau diam sajalah! Aku buat semua ni terpaksa. Kalau tak kerana bos kau kawin dengan Suraya, semua ni takkan jadi! Aku pun tak faham macam mana orang macam kau orang boleh terima minah sewel tu! Sepatutnya dia hidup merempat tepi jalan, bukannya duduk dengan gangster tu!" sinisnya.

Setelah tiba dikawasan hutan, akhirnya kereta itu diberhentikan. Kelihatan beberapa orang lelaki bersenjata dan Haidin sudah menunggu mereka disitu. Lantas, dia terus melangkah keluar daripada perut kereta mengheret Azim untuk turut mengikutnya ke sana.

Tubuh Suraya juga dipapah perlahan-lahan menuju kearah Haidin. Dia membaringkan Suraya ditengah-tengah pasir, sebelum mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Boleh kita orang pergi sekarang?" soalnya.

Haidin menggeleng.

"Takkan nak pergi cepat sangat? Rilexlah, jangan tergesa-gesa. Tapi kenapa kau bawa anak buah Shark ni sekali? Bukan ke aku cuma minta kau bawa Suraya sahaja?"

"Kalau aku tinggalkan dia, dia pasti akan minta tolong pada sesiapa nanti." ujarnya.

Haidin mengangguk faham. Ibu jari dipetiknya kasar, menandakan satu arahan. Lantas baldi berisi air dicapai Jack, lalu disimbah ke wajah Suraya. Suraya tersentak. Hidungnya terasa pedih saat air itu masuk ke dalam rongga hidungnya. Dia Terbatuk-batuk buat beberapa kali.

Haidin tersenyum sinis. Dagu wanita itu dicengkam memandang wajahnya.

"Hello, sayang. Sorry sebab kasar sangat. Sakit ke?" soal Haidin, sambil tangannya mengurut lembut hidung Suraya yang kemerahan. Pantas Suraya menepis.

"Awak ni kenapa Haidin? Dah keluar daripada hospital pun masih lagi dengan perangai yang sama ke? Awak tak serik ke Haidin? Apa yang awak nak daripada saya?" suara Suraya mula meninggi.

Malah Haidin hanya tersenyum sinis. "Aku keluar untuk kau. Aku kawal emosi aku untuk kau dan semuanya untuk kau! Kau dah lupa ke janji kau, huh? Kau dah janji dengan aku yang kau nak jadi isteri aku! Kau dah lupa? Huh?!"

"Apa awak merepek ni, huh? Saya dah kawinlah! Cuba awak buka sedikit minda awak tu! Jangan terlampau ikutkan hati, Haidin!"

"Siapa yang ikut hati sekarang ni?" Tudung Suraya dicengkam kasar, membuatkan wanita itu sedikit terdongak keatas. Pantang betul jika ada wanita yang berani meninggikan suara padanya.

"Mentang-mentang aku gila, kau ingat aku tak ada perasaan? Huh?"

"Saya tak cakap pun macam tu. Awak yang... "

"Aku cintakan kau sepenuh hati aku, kau tahu tak? Aku tak sepatutnya lepaskan kau ke tangan Fajar! Kalau aku tahu semua ini bakal terjadi, aku dah lama kawin dengan kau Su. Apa yang ada sangat pada lelaki ikan tu? Dia dah tak ada kerja, Su. Dah banyak minuman arak yang dia dah teguk! Tapi aku tak macam dia. Aku setia dengan kau. Aku tak pernah sentuh perempuan lain semata-mata demi kau, Suraya."

"Cukuplah Haidin. Daripada dulu lagi saya dah cakap pada awak yang jangan terlampau ikutkan perasaan! Apa yang awak nak itu cuma sekadar mainan diri awak, Haidin! Tolonglah... jangan buat macam ni. Saya tak nak Shark apa-apakan awak!"

"Shark! Shark! Shark! Tak habis-habislah dengan nama jantan tu! Aku rimas, kau tahu tak aku rimas? Punca aku kena sumbat dalam hospital sakit jiwa semuanya kerana dia! Kenapa kau suka sangat pada dia? Apa yang kurang pada aku? Cakap!"

Tubuh Suraya digoncangnya berkali-kali. Suraya tidak menjawab, dia hanya berpaling memandang ke lain. Haidin mengetap bibir geram. Sekilas anak matanya beralih memandang kotak kecil yang berada didalam poket jaket wanita itu.

"Kotak apa tu?"

Baru sahaja Haidin hendak mencapainya, Suraya cepat-cepat menyorokkan kotak itu ke belakang.

"Ini bukan barang awak!"

"Semua barang kau adalah hak milik aku! Bagi!" Dia terus merampas kotak itu dengan kasar. Suraya tersentak dengan tindakan pantas lelaki itu. Haidin menjeling sebelum anak matanya membaca ayat yang tertulis diatas kotak itu.

Pregnancy test.

Air liur ditelan Suraya saat melihat wajah Haidin yang mula berubah merah padam. Jelingan tajam dipanah tepat kearah Suraya. Kotak yang masih berada ditangannya digenggam sehingga kemek.

"Lelaki tu dah sentuh kau?"

"Haidin... "

"Aku tanya lelaki tu dah sentuh kau, kan?! Siallah! Apa fasal kau bodoh sangat, huh? Berapa kali aku nak cakap yang kau milik aku! Kau memang dah cabar aku Suraya!"

"Awak nak buat apa ni Haidin?"

"pegang dia!" arahnya, tegas. Dua orang lelaki terus berjalan ke arah Suraya, memegang lengan wanita itu supaya tidak dapat bergerak ke mana-mana

Tali dan pita pelekat yang berada didalam kereta dicapai Haidin. Dia terus melekatkan pita pelekat hitam itu pada mulut Suraya, lantas kedua belah tangan diikat ketat.

"Woi, kau nak buat apa tu Haidin? Kau jangan buat kerja gilalah!" bentak Azim, mula cemas. Dia tidak tahu apa yang jadi diluar sana. Guni yang masih lagi tersarung dikepalanya cuba untuk dibuka, malang sekali tangannya sudah dihalang oleh jack.

Bau minyak tanah dapat dihidunya. Semakin berdebar jantungnya kali ini. "Haidin! Jangan buat macam ni Haidin! Shark takkan maafkan kau kalau kau buat macam ni! Kau dengarlah cakap aku!"

"kau diamlah Azim! Semua ni salah bos kau! Aku dah warning dia jangan sentuh Suraya, tapi dia degil! Sekarang biar dia tahu siapa aku!" sinisnya.

Botol minyak tanah yang telah kosong dicampaknya ke tepi. Azim mula tidak duduk diam. Dia dapat mendengar seperti seseorang sedang meronta untuk dilepaskan. Pasti itu Suraya!

"Su!"

Baru sahaja Azim hendak bangun daripada tempatnya, dia telah dipegang oleh beberapa orang lelaki. Ah, sudah! Apa dah jadi sebenarnya ni?!

"lepaslah! Su!"

Pemetik api dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Terus dia membaling api itu masuk ke dalam kereta yang sudah dibasahi dengan minyak tanah. Haidin tersenyum sinis. Jeritan wanita itu membuatkan dia terasa puas.

"Ermmm!!"

"setel. Blah semua!"

Haidin dan kuncu-kuncunya terus melangkah masuk ke dalam perut kereta, memandu pergi daripada situ. Pantas Azim menarik guni itu keluar daripada kepalanya apabila dia ditolak jatuh ke tanah. Terbeliak biji matanya melihat kereta yang sudah dijilat api. Rontaan jeritan wanita yang dalam kesakitan jelas kedengaran.

"Ya Allah, Suraya! Siallah kau orang semua! Suraya! Apa aku nak buat ni?"
Azim semakin cemas. Air mata sudah mengalir turun daripada kelopak matanya. Dia cuba untuk mendekati kereta itu, tetapi gagal kerana apinya yang semakin lama semakin membesar.

"Kau biarkan isteri aku mati terbakar, Zim?"

Azim mendiamkan diri. Kepala ditundukkan kebawah tidak berani ingin bertentangan mata dengan Shark. Dia tahu semua kesalahan itu berpunca darinya! Memang patut pun aku dihukum!

Kedua belah tangan Shark dikepal-kepal membetuk penumbuk. Bibir diketapnya kuat. Shark cuba untuk mengawal emosinya, namun gagal.

"Kau memang kurang ajarlah, Zim! Apa guna aku jadikan kau anak buah aku, tapi kau tak boleh selamatkan Suraya?! Kau memang siallah!"

Kolar Azim ditarik kasar, terus dia menghayunkan tumbukan pada wajah lelaki itu sehingga dia jatuh terjelepok keatas lantai. Tak cukup dengan itu, perut Azim ditendangnya berkali-kali. Namun sedikit pun Azim tidak melawan. Dia sanggup menerima pukulan daripada lelaki itu atas kesalahannya sendiri.

"Bos, cukup bos! Dia adik saya!" pantas Kazam menarik Shark mengundur ke belakang. Tidak sanggup dia untuk melihat Azim yang meronta kesakitan.

"Sampai hati kau buat aku macam ni Azim! Aku menyesal! Aku menyesal serahkan kepercayaan aku pada kau! Kau berambus!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro