65

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     sorry guys lama tak update. Tangan saya melecur kena air panas. Kalau ada sebarang typo maafkan saya.

                  SHARK menjeling. Berombak dadanya apabila memandang Fajar yang duduk berhadapan dengannya. Kedua belah bahu Shark sudah ditahan oleh Azim dan Kazam, risau jika lelaki itu bertindak sekali lagi memukul Fajar.  Lagipun mereka tahu, kehadiran Fajar pasti berniat sesuatu bukan sekadar ingin menonjolkan diri.

Secawan teh diletakkan diatas meja.  Rayden menyenteng lengan bajunya hingga ke siku sebelum melabuh punggung disofa. Wajah Shark dan Fajar dipandang silih berganti. Dia berdehem buat seketika.

"So? Kau buat apa datang sini?" soal Rayden setelah lama dia berdiam diri.  Dia menebarkan anak matanya ke arah Fajar, menantikan jawapan daripada lelaki itu. Namun, Fajar masih lagi berdiam.

Dia mendongak memandang Shark. Tak sampai beberapa minit, dia kembali menunduk memandang jari-jemarinya. Takut ingin bertentang mata dengan lelaki jerung  itu. Akan tetapi, nak tak nak dia terpaksa berterus-terang. Sampai bila dia ingin  berdiam diri dan menyeksa mental sendiri, bukan?

"Haa... " Fajar mengeluh kecil. Dia memejam mata buat beberapa minit, sebelum membuka suara.

"Ak... Aku datang sini sebab Suraya." ringkas dia berkata tanpa memandang wajah Shark.

Shark tersenyum sinis. Kepala digelengnya berkali-kali. "Baru sekarang kau nak datang sini sebab dia? Untuk apa? Kau nak dia jadi isteri kau balik, huh? Hei, kau sedar tak? Disebabkan kau... "

"Shark!" Cantas Rayden. Dia menggeleng kepala. Fajar belum habis cerita lagi dia sudah menyampuk.

"Benda ini takkan setel selagi kau mencelah. Cuba bagi Fajar masa untuk cerita apa yang dia nak cerita. Tak semestinya dia datang sini untuk rampas isteri kau."

"Heh, mamat ni kalau tunjuk batang hidung dia depan aku memang tak ada benda lainlah, Ray. Entah-entah apa yang jadi pada Suraya sekarang ni ada kena mengena dengan dia.  Kalau betullah kau punca Suraya kena culik... aku memang takkan lepaskan kau."

"Memang salah aku. Kau tak salah." sampuk Fajar.

Shark terdiam. Keningnya bekerut pelik. Rasanya aku tak salah dengar tadi.

"Kau cakap apa? Kau ulang lagi sekali!"

"Fasal Suraya kena culik memang aku puncanya. Ta... Tapi... Aku terpaksa. Haidin yang ugut aku! Kalau aku tak culik Suraya, Athirah akan jadi mangsa dan aku tak nak semua itu berlaku tapi aku silap... Haidin dah perangkap aku." ujar Fajar berterus-terang sahaja.

Shark mengetap bibirnya geram. Kedua belah tangannya sudah mencengkam seluar. Aku dah agak mamat ni ada kena mengena!

"Aku lepaskan Suraya sebab aku ingat tiada lelaki yang akan kutip dia. Perangai dia yang menggila seperti tidak waras jarang ada lelaki yang boleh bertahan tapi aku tak sangka...  Lelaki seganas kau yang tiada jiwa boleh kutip dan sayang dia berbanding aku. Dia jadi macam tu pun sebab Haidin. Daripada dulu lagi... perempuan yang kau kawin selama ni milik Haidin. Dia serahkan Suraya kepada aku pun untuk jaga dia daripada terlepas ke tangan kau. Tapi waktu itu aku lupa. Aku terus ceraikan dia tanpa fikir apa-apa dan sekarang aku kena tanggung semua ni. "

"Mayat yang kau jumpa tu pun bukan Suraya tapi Athirah. Haidin takkan sesekali bunuh orang yang dia sayang. Tapi nasib kau malang Shark, kau dah buat benda yang dia tak suka dan mungkin Suraya takkan selamat lagi." sambung Fajar.

Shark terdiam. Dia mula gelisah. Mereka hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk mencari lokasi tempat Haidin. Kalau tidak, nyawa Suraya pasti melayang. Aku kena buat sesuatu! Mamat psycho tu memang dah cari fasal dan tak boleh diberi muka lagi.

"Jadi kau tahu lokasi Haidin dekat mana?" soal Rayden pula.

Fajar menggeleng.

"Aku tak tahu."

"Takkan kau tak tahu langsung? Kau ada dekat tempat tu, takkan kau boleh tak tahu Haidin bawa Suraya ke mana?!" cantas Shark, mula meninggikan suara. Dia tidak boleh tahan lagi dengan semua ini. Selagi Suraya berada ditangan Haidin, dia takkan boleh berdiam diri walaupun untuk sesaat.

"Tapi... aku cuma tahu satu tempat ini sahaja iaitu lokasi penyeksaan Haidin.    Mungkin Suraya boleh ada dekat sana?"

"Hmm... Mungkin boleh jadi betul? Kita boleh cuba cari Suraya disana tapi kita orang perlukan pertolongan kau untuk tunjukkan tempat tu. Kau jangan risau... Kita orang takkan apa-apakan kau macam Haidin. Kalau kau bagi kerjasama, semuanya akan setel." ujar Rayden.

Fajar mengangguk setuju.










                         “SAYANG... "
panggilnya meleret dengan nada manja. Dia melutut dihadapan wanita itu. Bibir dicebiknya apabila melihat Suraya sedang menangis teresak-esak.  Darah di pahanya juga sudah mengering  dan dibalut dengan kain putih bagi menghentikan pendarahan.

Ibu jarinya menyeka air mata Suraya. Dia menggeleng kepala. "Syhhh...  Jangan nangis. Luka kau dah kering sikitkan? Kalau kau menangis macam ni aku susah nak duduk diam." ujar Haidin.

"Cukuplah Haidin...  Saya dah penat." rayu Suraya.

Haidin mengerut keningnya. "Kau penat sebab apa? Aku tak suruh kau pergi mana-mana pun? Daripada tadi kau cuma duduk atas kerusi ni sahaja takkan itu pun boleh buatkan kau penat? Ke... Kau nak mandi? Kau dah tak sabar ke nak aku mandikan kau?"

Pantas Suraya menggeleng. Haidin ketawa besar. Dia tahu wanita itu dalam ketakutan sekarang tetapi apa dia kisah? Kalau Suraya tidak mengikar janjinya dahulu, Haidin takkan melakukan kerja bodoh seperti ini.

Anak mata Haidin ditebarkan kearah tudung Suraya yang basah kerana peluh. Timbul rasa kasihan dalam hatinya. Dia pasti Suraya sedang menahan panas sekarang. Mana tidaknya di dalam bilik ini tiada satu pun kipas kecil. Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh kerongsang dibahagian bawah dagu Suraya. Suraya pantas mengalihkan wajahnya ke lain.

"Awak nak buat apa ni, Haidin?"

"Aku nak bukakan tudung kaulah. Kesian kau dah berpeluh macam ni. Aku tolong bukakan ek?"

"tak perlu Haidin. Saya tak nak!" protes Suraya.

"kenapa kau tak nak pula? Bukan ke aku dah biasa lihat aurat kau? Kau tak ingat ke waktu aku jadi bapak kau dahulu? Aku siap pernah belai rambut kau lagi. Kau tak ingat?"

"Itu sebab awak tipu saya, Haidin. Kalau saya tahu orang itu adalah awak, saya takkan sesekali tunjuk aurat saya!"

"really? Tapi siapa yang kisah sekarang? Disini cuma ada aku dan kau sahaja Suraya. Tiada orang lain. Kuncu-kuncu aku semua tengah khayal. Jadi kau tak perlu risau, su. Aku sahaja yang akan tengok kau." ujar Haidin.

Suraya sudah menggeleng kepala saat Haidin bangun menyentuh kerongsangnya. Dia cuba meronta untuk dilepaskan namun gagal. Terus tangan Haidin membuka tudung Suraya sehingga rambutnya terjuntai ke bawah lantas tudung itu dicampakkan ke lantai. Dia mengusap sedikit rambut Suraya supaya kelihatan tidak serabut.

Haidin tersenyum puas. Dia suka apabila melihat wanita itu tidak mengenakan tudung dihadapannya. Nampak lebih cantik dan berseri.

"Kan bagus kalau kau tiap-tiap hari begini dihadapan aku. Lawa pun lawa... Tak adalah aku jadi kejam sangat." puji Haidin. Dia menghidu rambut ikal mayang Suraya. Bau haruman syampu yang masih melekat pada rambut wanita itu dinikmatinya. Wangi.

"kau buat aku tergoda lagi sekali Suraya tapi malang...  Aku takkan tertipu lagi. By the way, i have something special for you." dia lantas bangun berjalan ke arah meja. Baldi berisi cecair asid dicapainya lalu dibawa kepada Suraya.

"Aku tak sabar nak cuba cecair ni dekat kau, tapi aku tak pasti sama ada cecair ni betul-betul berkesan ataupun tidak. Mungkin kita kena test dahulu?"

"Haidin, tolonglah. Saya merayu sangat-sangat sekarang ni dengan awak. Saya janji, saya akan buat apa sahaja yang awak pinda Haidin. Please... " rayu Suraya.

Haidin menggeleng.

"Too late my dear... "  ucapnya separuh berbisik. Dia ketawa sinis.

"Rafael!" jerit Haidin kuat.

"Ya, bos!"

"Bawakan perempuan tua tu datang sini. Aku nak buat uji kaji sedikit dengan dia!"

"Baik, bos!" Rafael menurut daripada luar bilik itu. Tak sampai beberapa minit, pintu bilik itu dikuak daripada luar lantas tubuh Puan Siti ditolaknya sehingga jatuh terlentang ke atas lantai.

Terbeliak mata Suraya melihatnya.

"Mak!"

"And now... Show me the result."

"Tidak! Jangan Haidin!" halang Suraya.

Perut Puan Siti dipijaknya memaksa perempuan tua itu untuk membuka mulut. Lantas cecair asid itu disimbah ke wajah Puan siti sehingga ada yang masuk ke dalam mulutnya. Puan Siti merontan kesakitan. Sedikit demi sedikit kulitnya menggelupas dan melecur. Bahagian tekaknya juga sudah berlubang mengeluarkan cecair kuning seperti kudis. Kulit wajahnya juga semakin mengecut dan akhirnya mati.

"wau! Memang berkesanlah. Tentu kau tak sabarkan, su?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro