8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEPUCUK pistol diatas meja dicapainya lalu disimpan ke belakang seluarnya. Jaket kulit yang dipakainya ditarik sedikit ke bawah menutup bahagian pistol yang terdedah. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang serabut sebelum melangkah kearah pintu.

Tak sampai beberapa langkah dia terhenti sejenak. Kalau Suraya nampak aku nak keluar nanti mesti dia nak ikut, jadi aku kena keluar senyap-senyaplah jawabnya.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulasnya sebelum dibuka separuh. Dia menjenguk kepala ke luar, mencari kelibat Suraya disekitar situ. Tiada.

"Cantik!" ucapnya, perlahan. Lantas dia melangkah keluar daripada bilik itu dan memecut lari kearah pintu utama. Kunci kereta dan topi dicapainya, sebelum masuk kedalam perut kereta.

Cepat-cepat dia menghidupkan enjin kereta, takut jika Suraya melihatnya.

"Mak saya pesan biar lambat asal selamat. Awak nak ke mana tergesa-gesa ni?" tegur Suraya yang duduk dikusyen belakang.

Shark terkedu sejenak. Lambat-lambat dia memusing ke belakang memandang Suraya yang tersengih menampakkan giginya. Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Macam mana pula minah ni boleh terlepas masuk dalam kereta aku ni?

"bila masa kau masuk, huh?" soal Shark, dingin.

"Ermm... dalam lima minit yang lepas." balas Suraya, dengan menayang senyuman lebar dibibirnya.

Dia tahu jika dia lambat pasti lelaki ini akan tinggalkan dia seorang diri didalam rumah ini. Sebelah tangan Shark menepuk dahinya, rasa hendak menangis pun ada.

"Aku nak pergi kerjalah, boleh tak kau faham? Bukannya aku nak tinggalkan kau sampai bila-bila pun!"

"Tak nak... saya nak ikut juga!" Degus Suraya, masih tidak ingin mengalah.

Shark mula merengus geram. Kedua belah tangannya mengenggam kuat stereng kereta. "ish, kau ni... susah betullah! Kalau aku cakap dengan binatang pun, dia faham tahu?! Engkau ni aje spesies ganjil yang tak faham bahasa!"

"Saya fahamlah. Awak yang tak faham saya! Saya kata nak ikut, nak ikutlah. Awak tak boleh nak halau saya!"

"masalahnya aku nak pergi kerja!"

"masalahnya saya nak ikut awak!"

"ergh!!" Shark merengus geram. Rasa seperti ingin carik-carikan sahaja wajah gadis itu kalau boleh. Makin lama makin gila dia didalam kereta!

Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus keluar. Dia cuba untuk menenangkan dirinya untuk seketika.

"fine. Kau boleh ikut aku tapi kalau apa-apa jadi dekat kau, kau tanggung sendiri! Faham?!"

"Faham, bos!" balas Suraya, sambil dia menabit tangan didahi. Malah Shark hanya menggeleng perlahan. Letih kalau begini tiap-tiap hari dia kena melayan gadis sewel ini!



MUZIK rancak kedengaran kuat memenuhi ruang kelab malam. Air minuman syaitan yang terhidang diatas meja dicapai segelas lalu diteguk laju. Sekilas jam ditangannya dipandang sejenak.

"Mana bos kau ni tak sampai-sampai lagi, zam? Dia tak nak duit ke?" Soal Rayden. Sebelah tangannya memeluk erat gadis seksi disebelahnya. Kazam pula hanya membalasnya dengan menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

"Entahlah, Rayden. Selalunya awal sahaja dia sampai, mungkin sebab perempuan tu kot?" balas Kazam.

Rayden mengerut kening. "perempuan? Perempuan mana?"

"Suraya. Bos kutip dia dekat lorong. Kita orang tengok dia macam lurus bendul sedikit."

"Kenapa Shark bawa balik dia? Dia nak jual ke?" soal Rayden, lagi. Azim mencebik bibirnya, dia pun tidak tahu apa tujuan Shark membawa Suraya pulang ke rumah.

"tengok gaya bos macam saja-saja aje dia bawa perempuan tu balik. Tak ada pula dia kata nak jual ke apa dekat kita orang?"

"Seriously? Cantik tak perempuan tu?"

"Err... "

Tak sempat Azim ingin bersuara, Shark sudah pun muncul dihadapan mereka. Serentak pandangan dialih kearah Shark yang melabuh punggung disebelah Azim begitu juga Suraya.

"Maaflah, Ray. Aku terpaksa bawa minah ni datang sini itu yang lambat sikit." rayu Shark.

"Eh, its okay don't worry. Aku faham, tapi siapa perempuan ni?" Soal Rayden, memandang Suraya daripada bawah hingga keatas. Boleh tahan juga gadis disebelah Shark itu.

"Entahlah, aku pun tak tahu nak cerita macam mana? So, pasal barang yang aku jual dekat kau tu macam mana?" soal Shark, cepat-cepat dia mengubah topik perbualan mereka.

"Laku. Barang kau memang sentiasa terbaik, sebab itu aku suka bekerja dengan kau. Perempuan-perempuan yang kau hantar itu semua aku dah hantar ke siam, and they like it."

"berapa untung yang aku dapat?"

"Dalam 10 ribu seorang perempuan. Cukup kan?"

Shark mengangguk perlahan, setuju. Seorang perempuan sahaja sudah 10 ribu, kalau aku hantar 20 orang perempuan pada Rayden pasti lagi untung.

"tapi... kalau perempuan sebelah kau itu, mungkin aku sanggup bayar lima ratus ribu dekat kau?" ujar Rayden.

Shark terkedu sejenak. Tak sampai beberapa minit dia ketawa kecil.

"perempuan ni? Aku tak rasa kalau kau jual dia dekat siam akan jadi laku sebab perempuan ni macam lurus bendul sikit. So, lupakan sajalah."

"No. Aku tak cakap yang aku nak jual dia dekat siam."

"Habis? Kau nak buat apa sampai lima ratus ribu?" Soal Shark, bingung. Malah Rayden hanya tersenyum sinis sebagai jawapan. Pelukan pada gadis disebelahnya dileraikan lantas dia bangun menuju kearah Suraya.

"Hai." sapa Rayden, menayang senyuman lebar dibibirnya. Ruang kosong disebelah suraya menjadi tempat dia melabuh punggung. Segelas air mineral dihulurkan pada Suraya, lambat-lambat gadis itu mengcapainya.

"thank you." ucap Suraya. Rayden mengangguk perlahan.

"Nama kau Suraya, kan? Nama aku pula Rayden, just call me Ray. Dah lama ke duduk dengan Shark?" ujarnya memperkenalkan diri dengan menyoal sesuatu pada Suraya.

"Tak adalah lama mana... baru sehari." balas Suraya, menunduk memandang gelas yang digenggamnya erat.

"Oh, baru sehari ke? Ingatkan dah lama duduk dengan Shark. Kau tahu ke aku dengan Shark ni siapa?"

"Tahu! Mafia, kan?"

"then? Kau tak takut ke pada kita orang? Kalau kau nak tahu, Shark yang sedang duduk dengan kau sekarang ni dah pernah bunuh beratus orang tahu? Tak kira perempuan ataupun lelaki sama sahaja di mata dia." ujar Rayden.

Suraya tersenyum sinis, sambil kepala digelengnya perlahan tidak percaya.

"Kalau dia bunuh ramai orang, kenapa dia tak bunuh saya?" soal Suraya.

"maybe because you are special for him or... dia tengah tunggu masa untuk bunuh kau. Kecuali... kalau kau ikut aku."

"Ikut awak? Pergi mana?"

"Ermm... Secret. Dekat situ ada ramai orang, dan mereka semua hidup bahagia. Kalau kau perlukan orang untuk jaga kau, aku boleh jaga." ujar Rayden menawarkan dirinya sendiri.

Terlompong mulut Suraya mendengarnya. Biar betul dia nak jaga aku? Sekilas dia memandang Shark disebelahnya.

"Dia kata dia nak jaga sayalah awak, betul ke?" soal Suraya pada Shark. Malah Shark hanya tersenyum menyenget.

"then? Kau tunggu apa lagi? Pergilah ikut dia. Manalah tahu kau akan lebih bahagia dengan Rayden." ujar Shark.

Tersenyum lebar Rayden mendengarnya. Nampaknya betul apa yang mereka kata, gadis ini memang lurus bendul! Senang sangat termakan dengan kata-kata orang lain.

"Kalau macam tu.... nak lah! Saya ikut awak!"

"seriously? Oh my god, thank you so much Suraya. I will make sure you enjoy life with me. So, Shark... Aku ambil dia ek? Nanti duit aku akan bank in pada kau."

Shark mengangguk setuju. Dia langsung tidak kisah jika lelaki itu ingin mengambil Suraya. Tenanglah sikit hidup aku selepas ini!

"Ambil aje lah, bro. Aku bagi free sahaja dekat kau. Aku pun dah malas sebenarnya nak jaga minah sewel ni."

"Kalau macam itu lagi bagus. Jimat sikit duit aku. Apa-apa pun kalau aku dapat untung, aku akan share dengan kau." ujar Rayden. Shark hanya membalasnya dengan membuat isyarat okay. Tak sia-sia Suraya mengikutnya datang ke sini.

Jahat kan Shark? Ke Rayden akan pasrah dengan Suraya pula nanti?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro