20 // AmisyaAdriana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kepala dilentokkan di dinding berwarna biru perpustakaan. Bibir acapkali mengeluh lemah.

"Woi, kau kenapa?"

Kepala dipalingkan ke arah datangnya suara itu. Amili.

"Ermm. Nothing." buku di tangan direnung lama sebelum memalingkan muka ke arah lain.

"Isya okay tak ni?" soal Mifzal pula.

"O-okay."

"Tipu. Kau tak okay. Cakap la, manala tahu kami boleh tolong." Mifzal masih mencuba memujuk. Mereka berdua saling berpandangan.

"Lagi tiga hari, hari lahir ibu. Isya tak tahu nak bagi hadiah apa. Tapi- ibu dah dua hari tak balik rumah. Isya risau." jelas Amisya. Wajahnya menunduk mengukur lantai.

"Lah tu je. Betulah orang cakap, perempuan ni memang complicated. Aish benda macam tu pun fikir bagai nak murung." siapa lagi kalau bukan Amili.

"Hek eleh. Perempuan memang complicated. Tapi nanti kau kahwin dengan perempuan jugak. Bukannya lelaki, lainlah kalau kau gay." mood cerianya sudah kembali. Bibirnya tersungging membentuk senyuman kecil.

"Haa tu kan dah senyum. Takpaa petang nanti kami tolong carikan hadiah tu okay. Tak payah la nak sedih-sedih bagai." wajah lelaki itu dikerling. Kenapa perangai mereka berdua sangat berbeza seorang gila-gila, seorang lagi agak matang.

"Nanti Isya bagitahu ayah okay. Yeayy!"

"Nak berbual di luar okay. Ni perpustakaan bukan market." sampuk satu suara. Pengawas pusat sumber berbaju ungu itu bercekak pinggang.

"Tahulah perpustakaan, takkan lah ni mall pulak."

"Heii!"

"Apo. Apo. Aku lagi tua dari kau okay."

"Hei aku senior. Kau tu baru from 4, behave. Aku report cikgu nanti kang."

"Woi. Aku lagi tua. Aku lahir dulu dari kau--" mulut itu terus dipekup oleh tangan kasar Mifzal.

"Isya aku rasa Mili sakit perut tu. Jom kita ke tandas. Celaka kau." lengan Amili ditarik kasar oleh Mifzal untuk keluar dari perpustakaan itu.

"Bullshit la kau." Amili mula mencarut apabila pengawas tadi menjelingnya.

"Blekk." pengawas tadi menjelirkan lidah ke arah Amili.

"Heiii-- mif, lepas aku. Bagi aku belasah budak ni. Eii aku geram betui." Amili mula meronta di dalam pegangan Mifzal.

"Kau behave sikit. Kau tu dah tua tau. Bodoh. Perangai macam budak-budak tak matang."

"Aku cuba nak dapatkam feel masa sekolah dulu. Lek aa."

"Lek kepala toceng kau. Kau tahu tak, kau dah terlepas cakap tadi."

"Budak tu haa cari pasal dengan aku. Eii panas aku."

"Kau tu dah umur 24, tau bukan 8 tahun. Jagalah perangai. Dah nak jadi bapak budak dah umur macam kau tu. Eish penat aku ada kawan macam ni." marah Mifzal. Telinga Amili ditarik san dipulas.

"Bapak budak tokwan kau. Kawen pun belum. Jangan kata kawen, awek pun tadak. Aish sedih betul hidup. Dan macam bapak aku, kau ni. Garang betul." Amili mencucuk jari telunjuknya ke pinggang Mifzal.

"Kau tak payah nak drama. Aku report Ratu, mati kau nanti." ugut Mifzal. Tahu sangat kawan sorang itu sangat takut dengan ketua mereka.

"Kalau kau berani, report la. Sanggup ke kau duduk dekat sekolah puaka ni sensorang." Amili membuat puppy eyes dan mengoncang lengan Mifzal.

"Kauu--"

"Jom naik kelas. Bergaduh apanya." Amisya yang tiba agak lewat itu memarahi mereka. Dah macam emak-emak perangainya.

"Selamat Isya ada. Kalau tak, dah lama kau jadi jenazah dekat sini. Kubur pun depan tu ja."dia menolak tangan Amili yang menjalar di pinggangnya.

"Woi kalau iya pun tanam la dekat perkuburan islam. Bukan perkuburan kapiaq." Amili mencucuk lagi sekali pinggang lelaki di sebelahnya itu.

"Kau diam sebelum aku terajang kau."

"Ble ble ble ble ble." sudah mula perangai sawannya yang satu itu.

"Sial kau."

"Gaduh lagi. Isya tinggal."

***

"Petang ni Isya nak keluar dengan kawan Isya boleh?" kuku mula bermain dengan kuku.

"Nak ke mana?" soal ayah. Mata masih tertumpu ke arah kaca televisyen.

"Nak beli hadiah birthday ibu." Amisya merapatkan dirinya dengan telinga ayah, dibisik perlahan.

"Okay. Dengan siapa tu?" soal ayahnya lagi. Kedudukan masih tidak berubah. Masih di dalam posisinya yang sama.

"Ermm. Kawan." bibir digigit. Mata meliar memandang sekeliling rumah.

Cantik pulak rumah aku

"Lelaki ke perempuan." soal Ayah. Kali ini dia memusingkan badan menghadap anaknya.

"Ermm lelaki. Mifzal dengan Amili. Isya janji Isya jaga diri Isya."

Jujur sahaja Isya. Tak baik menipu.

"Hmm. Janji dengan ayah, jaga diri baik-baik. Diorang lelaki. Faham. Kalau ada apa-apa terus call ayah okay."

"Jadi boleh la ni?"

"Boleh sayang."

"Yeayy. Sayang ayah."

"Tapi balik sebelum pukul 6 okay." rambut anaknya itu diusap sebelum dia menarik mendekat. Dicium lama dahi itu.

***

"Uhh dah lama aku tak singgah mall. Buzy gila." dan semua manusia dia itu memandang kami bertiga pelik.

"Kau ni kan. Sehari tak malukan aku memang tak sah." Mifzal memijak kaki Amili yang sedang menari di tengah-tengah kawasan lapang mall itu.

"Lek aa. Nanti aku mati, menangis tak berlagu kau." usikan-usikan itu akan bertukar menjadi pergaduhan sebentar sahaja lagi

"Diam sebelum aku unfollow insta kau." tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Eii mana acikk."

"Acikk sidai kain."

"Esh korang ni. Suggest la hadiah." Amisya menyampuk perbalahan manusia berdua.

"Eah lupa pulak kau ada dekat sini." laju sahaja ayat itu meluncur keluar. Amisya sudah mencekak pinggang memerhati Amili yang selalu mengambil ringan terhadap semua hal.

"Okay. Jom. Jom. Jangan dilayan manusia ni." lengan bajuku ditarik dan mulakan perjalanan menjelajah gedung membeli-belah itu bersama-sama.

"Dah fikir nak bagi apa?" soal Amili. Mata ralit bermain telefon.

"Itulah masalahnya. Isya tak tahu nak bagi apa. Hadeh."

"Sebelum ni pernah bagi hadiah dekat orang?" soal Amili lagi.

Mifzal hanya diam dan memerhati sekeliling. Sudah dari tadi dia berasa tidak sedap. Segala upaya dia menyembunyikan perasaan agar tidak dihidu oleh yang lain.

Terasa derapan kali semakin perlahan apabila sampai di satu simpang.

"Kalau kita berpecah boleh tak? Senang sikit nak cari kan?" Amisya memberi cadangan.

Mifzal menggeleng sebelum wajah itu ditatap lama.

"Terlalu bahaya. Stay dengan kitaorang. Jangan sesekali berpecah."  Mifzal memberi amaran. Matanya masih memerhati keadaan sekitarnya.

"Kenapa pulak?" soal Amisya. Selalunya dia berjalan bersendirian tiada apa yang bahayanya.

Pelik!

"Isyaaa aku jumpak!" Amili menjerit dari satu arah. Mifzal dan Amisya berjalan ke arah yang ditunjukkan Amili.

"Takkan nak bagi benda ni? Isya taktahu ibu pakai size apa?"  Amisya sudah berkerut dahinya. Hadiah terpelik.

"Kau tahu kan dia bler. Jangan usik dia macam tu la babun." Mifzal menampar belakang badan Amili yang sudah berura-ura masuk ke dalam lot kedai itu.

"Bodoh, kau tak malu ke nak masuk?" Mifzal menarik lengan Amili ke arah bangku di depan Tealive.

"Aku nak tolong Amisya la gila!" Amili sudah mula meronta ingin dilepaskan.

Amisya yang hanya ikut dari belakang semakjn berkerut dahi. Aik! Tadi bukan kata nak beli?

"Erkk, Mifzal tadi bukan cakap nak beli yang tu ka?" soal Amisya. Wajahnya masih memandang ke arah lot kedai.

"Eii sekali sekala jangan jadi lurus bendul boleh tak? Takkan tu pun tak boleh nak fikir? Otak kau letak mana, lutut? Stupid."

Dan Amisya terdiam.

Bukannya tidak biasa mendengar caci maki yang dilemparkan kepadanya, tapi seakan-akan kata-kata itu sungguh pedih. Menusuk.

"Isya, a-aku tak sengaja."

"Isya nak ke tandas kejap. Nak shuu shuu."

Kaki dilajukan ke hadapan. Jauh dari situ. Jauh dari mereka berdua.

***

Suasana pusat membeli-belah agak riuh hari ini walaupum bukan hari minggu. Banyak manusia yang lalu-lalang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bergurau-senda, shopping bersama keluarga, datang bersama pasangan tapi dia bersama dengan mamat beku sorang itu. Bagaikan berjalan dengan batu berkaki.

"Apa pandang-pandang." marah lelaki batu berkaki tadi.

"Mana ada aku pandang kau. Perasan." bebola mata dilarikan ke arah kanak-kanak yang sedang berlari sambil memegang aiskrim

Debuk!

Ahh jatuh, kesian. Eah padan muka.

"Hek eleh. Aku tahu la aku hensem jangan tenung lama-lama." berjangkit dari siapa perangai perasan dia ni.

Pak!

Permukaan punggung ditampar kuat.

"Kau! Eii memang nak kena. Aku tahu la punggung aku lembut, sesuka hati ja kau ja tampar." tangan lelaki itu pula dicubit kemudiam dipulas kuat.

"Baru lah aku rasa aku berjalan sebelah manusia.  Thank you god." lengan yang dicubit digosok.

"Lepastu tadi kau berjalan dengan siapa? Beruk."

"Sedar pun diri." petah sahaja lelaki itu menbidas.

"Eah eah kau." kemeja disinting hingga ke siku.

"Apo. Apo." butang baju kemeja putih yang teratas dan kedua dibuka. Lelaki di sebelahnya dikerling seklias.

"Belanja aku aiskrim. Lepas tu kita singgah KFC, aku dah lama mengidam nak makan ayam KFC."

"Kau ingat aku girlfriend kau. Belilah sendiri."

"Jahat punya majikan. Belanjalah sekali-sekala. Eleh setakat kau belanja aku tak luak pun lah duit kau." masih dalam cubaan memujuk.

"Kau ni kan. Aish. Tengoklah kejap lagi."

"Yeayy sayang kau." terus rahang lelaki itu dicium.

"Kau!"

***

"Aku rasa Amisya dalam bahaya. Cepat bangun." Mifzal sudah bangun dari bangku.

"Kan dia cakap dia nak ke tandas. Yilek aa." Amili mengeluh dengan perangai Mifzal yang terlalu risau.

"Logik apanya pergi tandas sampai setengah jam." Mifzal menyerabutkan rambutnya yang tersisir kemas tadi.

"Bruh, dia perempuan." lelaki rendah di depannya sudah mengeluarkan fakta.

"Lepastu?" dasar hati batu.

"Dan sekarang baru aku tahu kenapa kau single."

"Jangan main-main boleh tak?" dia sudah bercekak pinggang. Sudah seperti gaya ayah memarahi anaknya yang sangat nakal.

"Perempuan kalau ke tandas mestilah touch-up makeup, perbetul tudung, eah tudung senget, eah tudung tak simetri, eah blusher dah macam ikan siakap warnanya, eah awning tak jadi, eah baju berkedut, eah tulang seluar senget, eah-..."

"Bila kau nak habis?"

"Kejap la, baru permulaan. Tak masuk isi lagi." lengan Mifzal ditarik supaya lelaki itu duduk disebelahnya.

"Bodoh bangun. Jom cari dia."

***

Langkah semakin perlahan apabila dia sudah lupa laluannya tadi. Telefon di dalam beg silangnya dicari.

Aik

"Mana kau ni. Baru tadi aku-

Dan dia teringat sesuatu. Terus dompet duit mickey mouse-nya digeledah. Maigash!

Kakak tadi.

"Macam mana ni." bibir digigit.

"Think Isya. Think. Tulaa siapa suruh kau cuai sangat."

Flashback

Beg diletakkan di sebelah mangkuk jamban. Posisi diperbetul sebelum dia duduk di atas permukaan licin kaca jamban itu.

Ahh

Beg sandangnya direnung sebelum terasa beg itu semakin bergerak ke arah tandas sebelah.

"Eah sejak bila kau berkaki." mata masih galak memerhati beg yang bergerak.

Zapp

Beg dia sudh hilang sepenuhnya.

"Eah eah."

Terus seluar ditarik ke atas dan berlari keluar. Pintu tandas bilik sebelah diketuk bertalu.

Tiada sahutan.

"Takkan hantu."

Pintu tandas itu terus diketuk beberapa kali lagi sebelum ada yang menjawab.

"Sekejap."

Bunyi flush terdengar hingga ke luar. Dia mengeluh dan menunggu untuk gerangan manusia yang mencuri begnya itu keluar.

"Eah ni beg adik ke. Alahai, maaf dik. Akak bangun nak pakai seluar balik tadi tertarik tali beg adik."

Lahh aku fitnah dia ka tadi. Dosa. Dosaa!

"Eahh takpa kak. Takpa. Saya ingat akak nak curi beg saya tadi. Ehehe."

Beg kemudiannya bertukar tangan.

"Adik nama siapa?" soal perempuan yang mengelarkkan dirinya 'akak'.

"Panggil Isya je."

"Ouh isya. Akak gerak dulu eah. Nice to meet you."  akak itu meminta diri untuk berlalu pergi.

Terus beg disangkut ke bahu dah dia pun menapak pergi.

End flashback

"Nice to meet you bapak kau." dirinya sudah tiada petunjuk mengenai kakak tadi.

"Eii habis duit aku kau kebas."

Matanya mula berair.

"Iskk iskk. Duit aku."

"Iskk."

***

"Eah aku macam kenai budak perempuan tu."

"Siapa pulak kau ni. Kau jangan nak bagi pickup line pulak." wajah lelaki di sebelahnya dipandang sebelum dijeling.

"Eah aku nampak jodoh aku." Rafiqi meniru mimik wajah Fezruz yang sangat suka mengayat perempuan.

"Bukan kalini. Tu bukan adik kau ke?" soal Fezruz. Wajah itu mirip sekali.

"Takkan lah pelanduk dua serupa." Fezruz mula menggaru kening. Rafiqi sudah memusingkan badan menghadap ke arah yang ditunjukkan Fezruz.

"Eah tu Isya lah." terus Rafiqi berlari ke arah Amisya tergesa-gesa.

Bang!

"Isyaa!"

[ promote batch 2 akan dipublish esok ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro