27 // AmisyaAdriana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh."

"Bagi meyempurnakan titah perintah Sri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia Raja-Raja. Maka adalah ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi seluruh negeri-negeri Malaysia adalah pada hari selasa , 13 hari bulan April tahun 2021."

"Sekian, Wasalamualaikum Warahmatullah."

***

Hari puasa pertama tidak begitu memenatkan. Cuma yang penatnya, berperang mulut dengan  makhluk-makhluk di dalam rumah itu. Setiap masa ada sahaja perkara yang berlaku.

Mifzal, Rafiqi, Remy, Fezruz si pembantu Rafiqi dan  ayah Amisya juga turut sekali.

Yahh rumah aku menang hotel pun.

Kaum lelaki tidur sebilik,  kecuali ayah Amisya. Sebelum tidur, pasti mereka akan membuatkan orang di tingkat atas panas telinga dengan suara mereka yang bagaikan  kuda tertelan batu.

Menyanyi hingga ke pagi. Tapi nasiblah, Amisya mendapat ayah yang prihatin dan, ayahnya juga telah memberikan sepatah dua kata tentang peraturan di dalam rumah teres dua tingkat itu.

Maka rumah itu pun aman dan damai dengan wujudnya peraturan Tuan Jeffri.

The End.

Fikir dah habis.

***

Tengah hari itu semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing muka sudah berubah riak. Masing-masing membuat muka lelah. Baru hari kedua puasa.

"Buat apa ni ?" soal Mifzal. Dia duduk bersila di atas sofa.

"Saja. Takkan la puasa nak tidur ja. Buatlah ibadah sikit." tegur Amisya. Dia melihat gelagat mereka semua.

Tuan jeffri awal pagi lagi sudah keluar. Kerja.

Di rumah itu ada seorang wanita  yang agak berusia bekerja sebagai pembantu rumah. Ibu Sufi namanya. Mana mungkin Tuan Jeffri meninggalkan anak daranya di rumah seorang diri.

Bahaya.

Alkisah, prince Charming di rumah itu sangat gatal dan tidak cukup tangan hendak menggarunya.

"Okay, Isya ada buat jadual-"

"Untuk?" Remy menyampuk.

"Jangan potong cakap orang muda boleh tak?" Amisya mencekak pinggang. Dilihat lelaki itu atas hingga ke bawah.

"Isya ada buat jadual untuk imam solat. Kita berjemaah. Amacam?" bersemangat dia mengutarakan pendapatnya.

Dan masing-masing terkelu.

What the heck.

"Aku tak setuju." orang pertama yang membantah, dan diikuti suara sumbang yang lain.

"Takut ke bang?" si batu api mula muncul, Affendi.

"Siapa cakap aku takut. Aku cuma tak bersedia." balas Mifzal. Dia mengigit bibir.

"Suruh lead solat je pun. Bukan pergi membunuh." lancang keluar dari belahan bibir Fezruz yang dari tadi hanya diam.

"Fez." tegur Rafiqi. Ditenung lelaki itu tajam.

"Erkk, ampun bang jago." Fesruz mengangkat tangan menyerah kalah.

"Saya tidak menerima sebarang bantahan ya. Okay. Minggu pertama puasa, kita akan start dari ayah Isya dulu." Amisya menggoyangkan jari telunjukkan ke kiri dan kanan.

"Okay. Setuju. Minggu kedua, Mifzal."  laju Remy membalas. Mengenakan lelaki itu.

"Okay. Minggu ketiga, Remy."

"Minggu ketiga, fezruz."

"Aaa mana acikk."

"Minggu keempat, pakcik."

"Jap, siapa pakcik?" soal Affendi. Dia meletakkan jari telunjuk di dagu. Berfikir.

"Tuan Rafiqi." selamba Fezruz membalas membuatkan Affendi tersedak.

"Siyes aa." soalnya tidak percaya.

"Jap. Apa kata kita buat gilir-gilir. Minggu ni cam tak cun ja." Rafiqi memberi pendapat. Dilihat seperti Affendi akan meletuskan tawanya. Cehh.

"Macam okay jugak. Ikut macam tu la. Baru semua boleh merasa jadi imam." Amisya bersetuju dan kembali duduk di atas sofa. Bantal dilapik di paha.

Suasana mula sunyi kembali.

"Malam ni berbuka makan apa?" soal Amisya. Sesekali dia membelek telefon pintarnya di sebelah.

"Masak nak?" Mifzal bertanya.

"Memanglah masak. Takkan nak berenang." Remy membalas.

Pak!

Belakang Remy ditampar kuat membuatkan lelaki itu meringkuk menahan sakit.

"Bab-"

"Puasa." Amisya mengangkat kening dan membuatkan lelaki itu mendiamkan diri.

Remy mengangkat jari manisnya kepada Mifzal yang tersengih melihat dia dimarahi Amisya.

"Isyaa! Dia buat jari tengah." jerit Mifzal. Jari diangkat menunjuk ke arah jari manis Remy.

"Mana ada. Aku buat jari lain." lelaki itu mempertahankan dirinya.

"Tapi maksud dia sama kan."

"Buuuuu!"

"Gaduh! Gaduh! Gaduh!" si batu api, Affendi.

"Anak-anak. Diam." Amisya menyampuk pergaduhan mereka membuatkan masing-masing diam. Yang diam bertambah diam.

"Sejak bila kau jadi mak aku?"

***

Bahan-bahan untuk membuat paprik telah disediakan oleh Mifzal awal-awal lagi di atas meja. Tidak sia-sia Amisya keluar membeli barang dengan di Remy minggu lepas.

Ayam sedang disiang oleh Affendi dan Fezruz. Bergaduh juga. Seorang geli-geleman dan seorang lagi kaki usik.

Astagaa.

"Dah siap siang ayam tu, potong dadu." arah Amisya. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan mereka berdua.

"Orite. Tapi jap. Kau tengok dia, main-main." Affendi dan mengadu berpisah tiada.

"Shhh. Buat kerja diam-diam." Remy meletakkan pisau di mulut Affendi dan membuatkan lelaki itu membisu.

"Dah. Siapkan cepat."

"Ada nak makan kuih apa-apa? Sempat lagi kalau nak buat."

"Buat cucur jangung sudahlah. Banyak dah makanan, nanti tak habis. Membazir." Rafiqi yang baru tiba memberi cadangan.

"Betul juga. Okay. Pakcik, tolong Isya." Amisya terus menarik baju di bahagian pinggang Rafiqi dan bergerak ke dapur kering.

Rumah ini mempunyai dua dapur, dapur basah dan dapur kering. Dapur basah lebih kepada memasak dan menyediakan masakan. Dan dapur kering untuk ruangan memotong dan ruangan untuk makan.

***

Tiga tongkol jagung dikeluarkan dari peti sejuk dua pintu. Dibawa jagung itu ke meja dan matanya meleret memandang Amisya yang tekun membacuh tepung.

"Isya." panggilnya.

"Ya." sahut Amisya. Dia masih fokus pada adunan tepungnya yang sedikit cair itu.

"I have something to tell you." suara garau lelaki itu menyapa gegendang telinga.

"Astagaa, Isya behave. Puasa woi. Puasa. Pakcik jangan la bagi Isya cair." monolog gadis itu sendiri.

"Benda apa? Macam mustahak ja." dia berdehem dan terus menatap wajah lelaki itu.

Mata bertemu mata, menjentik satu rasa yang hebat di dada. Jantung laju mengepam darah.

"Uhukk." batuk yang dibuat-buat itu mematikan perbuatan Amisya dan Rafiqi.

"Puasa." balas lelaki itu dan berlalu pergi.

"A-aku tahulah."

"Jaga-jaga. Jangan sampai kau-" ayat lelaki itu tidak sempat dihabiskan.

Ragiqi mengangkat pisau ke arah lelaki itu.

"Aku bidik tak pernah tersasar tahu." gertak Rafiqi. Lelaki penggangu abadi itu berlalu pergi.

"Tak baik ugut dia macam tu." tegur Amisya.

"Biarkan dia. Memang macam tu. Tak pernah nak betul." Rafiqi memasukkan butir-butir jagung yang telah dikeluarkan dari batangnya.

Dikacau dengan adunan tepung Amisya.

Api dibuka.

"Isya, actually..."

"Actually you I dah lama suka you, tapi takut-takut ja nak bagi tahu you." lelaki penyampuk tadi kembali.

"Woi." marah Rafiqi. Terus dia berlari ke arah lelaki itu dan berlakulah aksi kejar-mengejar di antara mereka.

Kanak-kanak yang tak pernah dewasa.

"Apa maksud dia? Pakcik su...sukakan Isya ke?" bibir dikemam rapat. Dada dipegang.

"Allah, aku tak kuat." terus bibir menguntum senyuman.

Aaaaa pakcik.

Penapis dibawa dekat dengan kuali. Ditutup api dan dia membawa penapis itu dan menuang cucur ke dalam raga. Ahh settle.

Cucur jagung, selesai.
Air, selesai.
Kurma, selesai.
Pingan makan, selesai.
Orang baca doa makan, demam.

***

Kesemua mata tertumpu ke arah Mifzal. Tangannya menggeletar.

"Baca doa je Mif. Jangan over sangat takut kau tu." tegur Ayah Amisya, Tuan Jeffri.

"Eheh."

Allahuakbar, Allahuakbar
[ Allah maha besar, Allah maha besar ]

"Yeayy makan."

"Cepat baca doa."

Mereka semua menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Mifzal. Walaupun tergagap, namun dia telah belajar sesuatu.

"Makan-makan." pelawa Tuan Jeffri.

"Ni aku yang masak tau. Mesti sedap punya." Affendi meletakkan jari di mangkuk ayam masak merah.

Affendi yang masak? Untunglah.

"Alhamdulillah. Done puasa hari kedua." Amisya mengutip pinggan mereka semua. Dibantu oleh Rafiqi.

"Two done, twenty eight more." ujar Fezruz. Dia turut membantu mengutip pinggan dan membasuh bersama-sama tuannya dan Amisya.

***

Sejadah dihampar menghadap kiblat. Bilik solat itu mula berisi dengan manusia yang dahagakan pahala dari tuhannya. Masing-masing sibuk berteleku di atas sejadah dan fokus membaca doa.

Mifzal meraup mukanya kasar. Tangisannya sudah reda. Dia rindukan sahabatnya. Sekarang tiada lagi voice note dari lelaki itu. Tiada lagi pesanan untuk dirinya.

Dia kembali teresak. Sebak dadanya.

Al-quran dia atas rak itu dipandang lama. Ingin sekali dia menyelak halaman itu. Dia mahu tapi...

"Mifzal. Kau okay." tegur Amisya. Dilihat lelaki itu memandang sesuatu sampaikan tidak berkedip.

"Aku bodoh."

"Lah kenapa pulak." soal Amisya hairan.

"A-aku tak pandai baca Al-quran." jelasnya. Air matanya kembali menitik.

"Hmm. Kau nak aku ajarkan." pelawa Amisya.

"Betul?" Mifzal mula teruja.

"Yaa betul." Amisya mengangguk.

"Gumawo." [  Terima Kasih ]

"No problem."

"Mana acik. Kau kena ajar aku jugak."

Okay si penyibuk sudah datang.

"Okay, nanti Isya ajar jugak."

"Uwuu kami dapat ustazah cantik." jerit Mifzal.

"Sudah. Sudah. Cepat Isyak dah masuk ni."

"Minggu ni, ayah jadi imam dulu." Tuan Jeffri berdiri membentuk saf.

Allahuakbar, Allahuakbar 
[ Allah maha besar, Allah maha besar ]

***

Bismillahhirahmanirrahim

"Tuhan, maafkan aku jika sering mengeluh. Bimbinglah aku untuk selalu bersyukur atas rahmatMu."

"Ya Allah ya tuhan, ampunkan dosa. Kedua ibu bapa yang menjaga kami dari kecil hingga dewasa. Balas silah mereka dengan syurga."

"Ya Allah ya tuhan, ampunkan dosa. Kedua ibu bapa yang menjaga kami dari kecil hingga dewasa. Balas silah mereka dengan syurga."

"Ya Allah ya tuhan, ampunkan dosa. Kedua ibu bapa yang menjaga kami dari kecil hingga dewasa. Balas silah mereka dengan syurga."

"Ameen. Semoga diperkenankan."

Tangan diraup ke muka. Selesai terawih lapan rakaat berjemaah mereka. Masing-masing sudah menguap.

Padanlah sudah pukul 11.45 malam.

Alhamdulillah, masih diberikam kesempatan untuk menyempurnakan ibadah puasa pada hari ini.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro