4 // AmisyaAdriana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masih segar di dalam ingatan apa yang dikatakan oleh lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya. Saat itu bagai maruah dipijak kerana seorang lelaki yang kaya dan berpengaruh menyukai seorang perempuan gila dan tiada pangkat malah anak haram!

Tidak masuk akal! Dia mahukan lelaki itu. lelaki itu harus menjadi miliknya seorang sahaja. Mine is mine !

"Sebabnya. Terlalu banyak . Banyak beza kau dengan dia." balas lelaki itu bersahaja

"Kau buli dia. Kau malukan dia. Kau ingat dia akan terima kau!?" suara Qaisara sudah meninggi

"Aku tak kisah. Lebih baik aku sukakan dia dalam diam daripada berterus terang." kata Remy. Wajah di hadapannya dia pandang

"Kau dah tak betul. Kenapa semua sukakan perempuan tu. She's nothing. erghh!"

"But for me, she's everything." balas lelaki itu. Lancar tuturnya

"Perempuan tu tak layak hidup." marah Qaisara. Wajah tampan milik Remy dia tenung lama

"Aku sukakan kau. Kenapa kau pilih dia" suara itu sudah mula mengendur. Air mata wanitanya melimpah di depan lelaki kesayangannya

"Tak perlu bazirkan air mata kau. Menangis la sampai mata kau bengkak biru sekalipun, aku tak kisah dan takkan mempengaruhi keputusan aku." lelaki itu berkata berani

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari aku. lepasni kalau ada apa-apa urusan, suruh saja Natalie jumpa aku. Tengok kau - menyakitkan mata saja." Rambut panjang yang melebihi dahi itu dikuis ke belakang. Dia berjalan meninggalkan Qaisara sendiri

Bantal di atas katil dibaling ke bawah. Dia menjerit kuat, melepaskan segala amarahnya

Dada turun naik menahan geram. Muka seakan membahang panas. Dia berjalan mendekati meja solek berlampu led

Mata memandang tajam manusia di dalam cermin. Dia tersenyum sendiri

"Aku akan kalahkan kau."

"Kau dengan aku memang tak sama. Kau sampah, aku permata . mana mungkin sama."

"Aku akan buat kau melutut cium kaki aku."

"Aku sendiri akan pastikan ayah kesayangan kau halau kau keluar."

"Kau tunggu nasib kau."

Tok ! Tok ! Tok !

"Qai berbual dengan siapa tu?" "soal ibu

Tombol pintu dipulas

Puan Soleha, ibu menghampiri Qaisara. memerhari gelagat anak tunggalnya. Sikat di dalam laci diambil.

"Takde siapa pun ibu. cakap sensorang ja." balas Qaisara. Mata masih kekal memandang pantulan imejnya di cermin satah itu

"Kau jangan jadi gila pulak." kata ibu . rambut anaknya disikat .

"Qai bukan macam isya, bu." balasnya . badan dipusing menghadap ibunya

"Qai, tak suka laa si Isya tu. Ayah selalu lebihkan dia " adu Qaisara. Dia melekapkan mukanya di perut Puan Soleha

"Kau ingat ibu suka dia sangat ke? Menyampah aku budak tu. Menyusahkan kan je. Nak je aku halau budak tu keluar dari rumah ni." kata Puan Soleha . dia meletakkan kembali sikat di atas meja

Raut wajah anaknya ditatap lama

"Ibu ada idea. Qai nak tolong? Bulan depan birthday budak tu kan?" kata ibu

"Ibu nak buat suprise dekat dia ke? Jangann la ibu. Dia tu anak haram bukan anak sah ibu." Qaisara memandang tidak puas hati muka ibunya

"Ibu tahulaa. Time tu laa kita boleh halau dia. Ibu ada plan baik punya." tanduk syaitan di kepala mula terkeluar si sebalik tudung labuhnya

"Ehehehehe share la dengan Qai." Qaisara tersenyum bahagia

'Mati kau lepasni.' monolog Qaisara sendiri

Puan soleha merapatkan mulut puakanya dengan telinga Qaisara. Dia berbisik sesuatu lebih kepada plannya untuk menghancurkan hidup anak angkatnya.

***

Kepala terdongak menatap putih bersih dinding bilik. Dia kemudia ketawa sendiri sebelum dia menangis meraung

Bantal di baling ke bawah. Diselangi tangisan hebat seorang ibu yang merindui anaknya

Kedenganran pintu bilik diketuk beberapa kali sebelum dirinya memusingkan badan memandang ke arah pintu kayu. Dia duduk bersila di atas katil

"Come here." panggil seorang wanita yang agak lanjut usianya sebaik sahaja daun pintu dibuka

Wajah yang dia kasihi . Nyawanya

"Bonda, I found her. Dia baik-baik sahaja." tangisannya makin menjadi-jadi

"Bonda. Raf rindu dia bonda." kata Rafiqi

"Bonda juga rindu anakkanda yang seorang itu. Bonda nak jumpa dia. Mesti dia dah besar. Cantik." kata 'bonda' memuji anaknya yang terpisah sejak dari kecil

"I want her back. Bonda nak peluk dia, bonda nak cium dahi dia dan cakap bonda menyesal. Bonda menyesal tak jaga dia baik-baik dulu. Bonda menyesal sayang." bunyi esakan tangisan semakin reda

Dia duduk bersila dan memandang anak bongsunya. Pipi anak lelakinya diraih lembut sebelum dia kucup lama

"Bonda sayang Raf. Raf cari adik eah. Bonda nak jumpa kakak sebelum bonda tutup mata." kata bonda

"Raf janji bonda . Raf janji dengan nyawa Raf" kata Rafiqi bersungguh-sungguh

***

Amisya duduk memeluk lutut di tepi katil. kepalanya disebamkan di atas tangan. Dia menangis hampir seharian. Jam dinding dikerling sekilas, 9.00 malam

Kesakitan yang menjalar di setiap pelusuk tubuhnya membuatkan dia tidak banyak bergerak. Serpihan kaca dia kaki dia tenung lama

Ting ting ting ting
Burung terbang tinggi
Membelah awan biru
Si burung gagah membelah awan

Telefon pintar di atas meja dia pandang lama

"Time macamni la kau nak bunyi pun. Haish." cakapnya sendiri .

Dia perlu bangun unthk dapatkan telefon itu. Kaki digagahkan berdiri.

"Erghh!" raungnya dan tersungkur jatuh ke bawah. Dia terpijak kaca

Ting ting ting ting
Burung terbang tinggi
Membelah awan biru
Si burung gagah membelah awan

Dia mencuba untuk berdiri lagi. Apabila badannya sudah stabil, dia membuka langkah. Cecair merah pekat itu galak mengalir keluar.

Jubin kelabu sudah berubah warna. Langkah kedua, langkah ketiga, dan langkah keempat

Telefon itu dicapai. Panggilan yang masuk tiada dalam kenalannya.

"Salah nombor ke. Aduh baru aku nak mintak tolong." terbit sedikit perasaan kecewa dan hatinya

Ting ting ting ting
Burung terbang tinggi
Membelah awan biru
Si burung gagah membelah awan

Panggilan ketiga terus diangkat tanoa teragak-agak. Tlefon berjenama samsung itu ditekupkan di telinga kanannya

"He-hello." sapa Amisya gagap

Tangan masih setia memegang kerusi sebagai sokongan badannya untuk berdiri

Dia tarik sedikit kerusi ke belakang sebelum duduk di atas kerusi. kadang keluar keluhan berat dari bibir kecil itu

"Siapa ni? Call lepastu senyap. Saya letak." kata Amisya. Baru hendak mematikan panggilan dia terdengar satu suara terbatuk di hujung talian

Dia terdiam. Pembesar suara dibuka. Gajet kecil itu dipegang elok

"Erkk kenapa kau tak datang sekolah?" soal seseorang. Suara lelaki jelas kedengaran

"Kau siapa? Aku tak pernah bagi nombor dekat mana-mana lelaki even classmate aku. Kau siapa?" soal Amisya kelam-kabut

Dia menghentak kaki. Lupa agaknya tentang luka itu

"Erghh sakit." jeritnya agak kuat dan telefon pintar itu terjatuh

"Woi, kau okay tak ni?" soal lelaki di panggilan

"Aku okay.kaki aku-

"Lenapa dengan kaki kau. Sakit ke?" tebak lelaki itu. Percakapan Amisya dipotong pantas.

Amisya berusaha untuk mengambil kembali gajetnya yang udah terjatuh ke bawah meja

Dia terpaksa menunduk untuk mengutipnya semula.

Buk!

Badannya terjatuh dan kerusi kayu menghempap badan kurus milik Amisya

"Ahhh sakit!" jeritnya lagi

"Ami kau okau takni?" soal lelaki tadi kembali setelah beberapa saat diam

"Aku- tolong. Aku terpijak kacaa. Aku jatuh kerusi." jelas Amisha tanpa selindung   Dia perlu mendapatkan pertolongan

"Tolong. Erghhh!" raungku lemah. Air mata mengalir laju menuruni pipi

"Jangan matikan talian. Aku datang. Jangan letakkan panggilan. Biarkan ja dia sekat situ. And kau jangan bergerak walau seinci pun. Aku datang sekarang." kata lelaki itu dan kedengaran bunyi tapak kaki kasar menghentak bumi

Amisya mengeluh dan keliru

"Siapa dia? Kenapa kau ceritakan masalah kau? Ya Allah apa aku dah buat ni. Ampunkan hamba ya Allah." rintih Amisya lemah. Air mata di pipi dikesat

Suara lelaki tadi sudah tidak kedengaran. Amisya masih berada di bawah meja. Kudratnya bagai hilang, dia sudah tidak mempunyai tenaga untuk mengalihkan kerusi di atas badannya

20 puluh minit berlalu,

Tiada apa yang berlaku. Hanya bunyi esakan yang jelas kedengaran di dalam ruagan bilik

Dia memandang pintu. Harap ada yang kasihankannnya. Dia berharap suatu keajaiban akan berlaku

15 minit berlalu,

Mata Amisya memberat. Dia menutup mulut selepas menguap besar. Darah di lantai sudah kering dan bau yang kurang enak sudah mula dapat dihidu

Dia terasa satu aura pelik di balkoni. Amisya juga ternampak satu kelibat hitam di sebalik langsir yang menutup ruangan balkoni itu. Bulu romanya mencanak naik

Dia memejamkan mata rapat apabila dia mula mendengar bunyi pintu slinding bergeser dengan lantai

"Ya Allah selamatkan hambamu ya Allah." rintihnya perlahan. Kedua tangan mengemgam antara satu sama lain

Terasa bahu disentuh

Amisya menoleh belakang perlahan-lahan.

"Kau kenapa bodo! Buat apa sampai jadi macamni?" soal lelaki tadi. Telefon di dalam kocek seluar di bawa keluar

Dia mematikam talian. Kemudia Amisya melihat lelaki iti ralit memandang telefon sebelum lelaki itu menekup permukaan bercahaya telefon ke telinga

"Prepare kereta. Aku nak turun bawah." kata lelaki itu dan mematikan panggilan.  Telefon dimasukkan kembali di dalam kocek seluar

Amisya terdiam. Dia terkaku melihat lelaki itu tidak percaya.

"Kenapa kau-

Terasa kepalanya berdenyut laju. Amisha menutup telinga dengan kedua tangannya. Dia menjerit bagaikan kerasukan

"weyh apasalni?" soal lelaki itu kaget

Badan kurus itu dicempung kemudian dibawa keluar melalui balkoni yang agak tinggi

"Aku sayangkan kau-

Mata Amisya tertutup rapat. Dunianya gelap

***

"Kemas bilik dia. Darah merata dah kering dahpun. Siasat apa yang jadi." keras suaranya memberi arahan

Wajah Amisya di atas katilnya dipandang lama. Berbalut kaki dan tangannya.

"Siapa la yang buat kau macam ni?"

"Aku akan balas dendam untuk kau!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro