6 // AmisyaAdriana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Puan Soleha berjalan bermundar-mandir di depan pintu bilik anak angkat . sudah masuk tiga hari . bilik ini hanya senyap tanpa sebarang bunyi . dia juga naik hairan

Pinti bilik diketuk berkali-kali . juga tiada sahutan . mana mungkin tidur sehingga tiga hari berturut-turut

'Budak ni mati ke apa ?' monolog dia sendiri

Pintu diketuk lagi . seperti tadi , tiada sahutan dari orang dalam

"Isya ! Isya !" nama itu diseru pula

Tiada yang menyaut

Bunyi derapa kaki di belakangnya membuatkan titisan peluh merenik keluar . janganlah suaminya !

"Ibu ? Buat apa depan pintu bilik Amisya" suara itu membuatkan Puan Soleha menghembus nafas kasar

"Erkk . nothing . tiada apa pun" balas ibu tergagap-gagap

"Yekee ? Mana si isya bu . dari semalam tak nampak ?" soal Qaisara . Puan Soleha cepat menekup mulut anaknya

Tubuh kecil itu dibawa ke bilik sebelah , bilik stor .  wajah ibunya sudah pucat lesi .

"Kenapa ibu takut sangat ni ?" soal Qaisara hairan . Gelagat ibunya yang sangat pelik

"Ibu taksengaja" itu sahaja balasan dari ibunya

"Ibu buat apanii ? Cuba story dekat Qai ?" Qaisara menarik lengan ibunya untuk duduk di atas kerusi yang agak usang di situ

Ibu membuka mulut dan menceritakan semula kejadian semalam . Dia ketakutan . tangannya menggeleter

"Jadi ibu kurung dia sebab taknak ayah tahu ?" soal Qaisara sebaik sahaja ibunya habis bercerita

"Haa . ibu takut kalau ayah tahu . mati kita" kata ibu . Tangan tua itu memegang erat tangan anaknya

"Mungkin dia cuma tak sedarkan diri kut" Qaisara mencuba menyedapkan hati

"Kalau dia mati ? Apa kita nak jawab dengan ayah ? Ibu taknak duduk lokap" Puan Soleha mula gelabah . Dia takut tertangkap

"Tak mungkin la dia mati , ibu . Ibu tak cuba buka pintu ? Mana la tahu dia tidur ?" Cadang Qaisara dalam masa yang sama mencuba memujuk ibunya

"Ibu takberani nak buka . kalau-

" kita cuba dulu okay" Qaisara memujuk ibu dan  lengan ibunya digosok

"Qaisara buka eah . kejap Qai turun bawah ambil kunci pendua"  Qaisara meminta kepastian ibunya . lantas dia bergerak menuruni tangga .

Di sebelah rak kasut , terdapat segugus kunci rumah dia pagut kasar dan terus berlari mendapatkan ibunya

Kunci pendua diserahkan kepada ibunya . Tetapi huluran iti dibiarkan

"Eah lupa . takpa Qai buka okay . jangan risaula" balas Qaisara yakin . kunci dimasukkan ke dalam lubangnya kemudia dipusing

Klak !

Baju Qaisara diramas kasar .

"Takut laa" Puan Soleha mula gugup . Dia berharap tubuh Amisya masih di atas katil dengan keadaan yang baik-baik sahaja

Qaisara mula menapak masuk ke dalam bilik . kemas dan tersusun . Seperti tiada apa yang berlaku

"Takde apa pun ibu" balas Qaisara

"Mana isya ?" soal ibunya sebaik wajah yang dicari tiada di dalam bilik

"Ha ahh mana dia ? Takkan kena culik ? Siapa yang nak culik budak miskin ?" soalnya sendiri

"Ibu risau kalau jadi apa-apa nanti" wajah tua itu sudah cemas .

"Takkan laa dia kena culik ? Hmm pelik . bilik dia kemas macam kejadian tu tak berlaku langsung . ke ibu mimpi je ?" soal Qaisara . dia juga hairan

"Ibu pasti , ibu pukul dia . Kaca tu tertusuk kaki dia . laptop dia hancur . ibu yakin semua ni bukan mimpi" jelas Puan Soleha .  Air matanya mula mengalir , bukan kerana dosanya tetapi takut akan suaminya menceraikan dirinya

"Kalau ayah tanya kita nak jawab apa ni ?" soal ibu lagi . Dia merebahkan punggung di atas katil Amisya

"Adeh kerasnya . macam papan , tilam pun dah hancur . macam mana dia tidur setiap malam" dia menyatakan ketidakselesaannya terhadap bilik ini

"Hahh ! Qai ada idea . baik punya.  Selain boleh buat ayah percaya , dia jugak boleh kena halau rumah" kata Qaisara yakin . Dia juga turut duduk di sebelah ibunya

Syaitan mula menyuntik rasa untuk tetus membenci Amisya , yang tidak bersalah malah menjadi mangsa keadaan .

"Dah jom keluar . kita anggap je tak jadi apa-apa . Qai yakin . plan kalini mesti menjadi" balas Qaisara bersungguh-sungguh meyakinkan ibunya .

Mereka berdua keluar beriringan dari bilik itu . Pintu dibiarkan tidak berkunci .

"Assalamualaikum" Qaisara yang mendengar gerangan yang memberi salam itu tersenyum senget

"Jom , bu . ayah dah balik . Sambut ayah macam biasa . ada apa-apa biar Qai yang jawab" kata Qaisara . dia meninggalkan ibunya di tangga dan meluru ke arah ayahnya yang sedang membuka kasut

"Eah Qaisara . Bukan selalunya hari cuti tak melekat dekat rumah ? Pelik" sindir ayahnya .  Dia tahu jarang gadis itu berada di rumah ketika hujung minggu

"Ehee . takde yang ajak keluar this week . so stay dekat rumah jelah" balas Qaisara . Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku

"Takdak orang ajak ke takdak duit sebenarnya ?" tebak ayahnya . Dia tersengih mengaru kepala yang tidak gatal

"Mana Amisya ? Senyap je . selalu dia yang sambut ayah balik" soal ayah , Tuan Jeffri

***

Pokok sebesar lima pemeluk dipandang lama . Dia bersyukur , dia telah menjumpai orang yang bertahun dicarinya . Kesayangan mereka sekeluarga

Puas merata dicari , dari dalam negara hinggalah ke luar negara masih tiada berita tentang kehilangan jiwa dan nyawa mereka . sampailah suatu tahap , mereka sudah berputus asa . hampir semua pencarian menemui jalan buntu . mereka hampir mati akal

Suatu hari mereka terkejut kerana pembantu uapahan mereka yang menyiasat kes itu memberitahu bahawa mereka sudah menjumpai adiknya . yaa adik kandungnya

Thought I found a way
Thought I found a way out
But you never go away
So I guess I gotta stay now

Telefon di dalam poket bergetar meminta tuannya memgangkat . Nama pemanggil dilihat sekilas kemudian barulah dia mengangkatnya

Fezruz (pA)

"Assalamualaikum , yaa kenapa ?" soalnya

"Walaikumsalam . Dia dah sedar tuan . dia takut tengok aku sampai menangis" kata orang di hujung talian dan ketawa

"Adeh kau ni . muka kau macam monster mana dia tak takut . okay aku naik atas . tanya dia nak makan apa-apa tak ?" soal Rafiqi dan menunggu balasan orang di hujung talian

"Dia baling bantal dekat aku . siot !" marah Fezruz dan merengus kasar

"Woi adik aku tu . AHAHHAHAHA aku tahu dahh . dia takut dengan muka monster macam kau" balas Rafiqi dan mula menapak ke arah kefeteria hospital pantai itu

"Dah ahh aku letak ni-

"Jahat bhaii adik kau . dia mencarut dekat aku . dia cakap aku sentuh dia" kata Fezruz . terdengar dia memarahi adik si tuan majikannya

"Ya Allah korang gaduh apa ni ? Jap aku beli makanan sikit . kau ada nak apa-apa tak ?"  soal Rafiqi . Dia menuju ke rak roti .

"Woi aku nak pau . pau kacang tiga lepastu nak milo ais satu"

"Eah kau . banyak cekadak mintak banyak-banyak . duit mana ?!" balas Rafiqi kasar .

"Elehh kauni . kedekut laa . dengan member sendiri pun nak berkira" balas Fezruz dia bergerak pula ke arah makanan yang sahabat musibatnya mahukan itu , pau kacang

Cakap sahaja pau kacang , tapi semua pau dia beli

"Aku beli banyak , tak habis sumpah aku sumbat pau ni dalam punggung kau !" Rafiqi memberi amaran

"Siapa suruh kau beli banyak-banyak , dahlaa cepat woi. Penat woi gaduh dengan adik kau , mulut macam peluru, perghh sekali keluar macam pupupupupupupupufpufpfufpu, penat aku dengar"

Rafiqi menjauhlan telefon dari telinganya. adeh. Dia menuju ke kaunter pembayaran, pau tadi diberikan kepada makcik yang menjaga kaunter itu. Selesai membuat pembayaran, dia tersenyum dan meninggalkan kawasan kantin

Dia mematikkan talian. Telefon disimpan kembali ke dalam kocek seluar. Malas nak dengar tapi dia kena hadap satu benda

Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
T

ing !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !

Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
T

ing !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !

Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
T

ing !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !
Ting !

Ahh sudah. Dia terus berlari ke arah wad yang menempatkan adiknya. Sampai di depan pintu wad, dedaun pintu ditolak dan dia merempuh masuk

Dua orang manusia yang sedang bergaduh itu terkejut. Senyap untuk beberapa detik

Plastik makanan diletakkan di atas meja . dan dia berlari mendapatkan Fezruz. Kolar baju lelaki itu dicekak kasar sebelum tubuh itu ditolak ke belakang

"Asal kau spam aku huh ?! Kau tahu tak makcik-makcik dekat situ semua tengok aku pelik, sial la kau!" Rafiqi menghamburkan marahnya. Penumbuk dikepal sebelum tangannya ringan

Pap !

Punggung lelaki itu ditampar kasar

"Balasan !"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro