໑ : 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TANGAN lincah melipat pakaian sambil berbual dengan Sofea yang berada di dalam talian.

"Kau ni, Mara. Aku dah kata, kau dengan dia ni mesti berjodoh," usik Sofea sambil tersengih nakal.

Ammara menjeling tajam skrin telefon. Orang tengah serius, dia boleh main-main.

"Kau ni tak habis-habis jodohlah apalah. Karang aku jodohkan kau orang dua baru tau!" Baju terakhir dilipat lalu diletakkan di atas timbunan baju yang telah dilipat kemas.

Ammara mengangkat timbunan pakaian yang telah dilipat masuk ke dalam almari pakaian.

"Aku dah ada boyfriend okey!" Segera Sofea mematikan niat Ammara. Ini kalau tahu dek teman lelakinya, tak pasal-pasal kena tinggal.

"Tolong la aku, Sof! Patut ke aku minta maaf sebab berkasar dengan dia? Ke buat bodoh je?" Ammara menyelimuti tubuhnya dengan kain gebar. Memikirkan perihal ini saja buat dia tidak senang.

"Kau serba salah?" Soal Sofea.

"Ya."

"Kau takut dia terasa?"

"Ya."

"Kau risau dia kecil hati?"

"Ya."

"Kau suka dia?"

"Ya— Hah?"

Gelak tawa Sofea jelas kedengaran di pendengarannya. Mata digulingkan apabila sedar dia termakan dengan umpan Sofea.

"Kenapa kau nak risau kalau kau tak suka dia? Ke kau suka dia?" Habis sisa tawanya, Sofea menyerang Ammara dengan soalan cepumas.

Terbeliak matanya apabila dituduh sedemikian rupa. Lantas Ammara menyanggah.

"Hei! Mulut tu elok sikit eh. Tak ada makna aku nak suka orang macam dia tu." Membayangkan wajah Noah yang tercalit dengan senyuman sinis membuatkan hatinya kembali berasa sebal.

"Tak apa. Aku nak tengok sejauh mana kau punya tak ada makna nak suka orang macam dia," kata Sofea sambil tergelak jahat.

Ammara hanya diam. Malas mahu bertekak dengan Sofea yang tak habis-habis buat Ammara rasa nak aje ketuk kepala dia.

"Kau free tak esok?" Tanya Sofea apabila suasana menjadi sepi.

"Free."

"Aku datang rumah kau esok, cun tak cun?"

Ammara angguk walaupun tak dapat Sofea lihat.

"Datang la. Parents aku esok tak ada kat rumah. Lusa baru balik," beritahu Ammara sambil mata merenung siling.

"Cun! Esok malam la aku datang. Baru vibe sikit." Sofea sudah fikir ingin beli pelbagai makanan untuk mengubati hati Ammara yang penuh dengan rasa bersalah.

Ammara berkerut dahi. Jarang-jarang Sofea datang rumah waktu malam. Datang pun dulu sewaktu mereka masih belajar.

"Ikut kau la."

———

Mata yang kian layu hampir tertutup rapat. Entah mengapa dirinya begitu mengantuk. Walhal jam baru menunjukkan pukul 9 pagi.

Roti yang bersalut jem strawberi disuap ke dalam mulut dan dikunyah perlahan-lahan. Seleranya juga terbantut gara-gara kantuk yang masih bersisa.

"Kak!" Anayra yang menyergah menyentakkan dirinya hingga roti yang dikunyah tertelan.

Dada diusap perlahan apabila terasa tidak selesa di dada bertandang. Air di dalam gelas diteguk rakus.

"Apa kau ni? Salam mana salam? Kalau aku tercekik roti ni tak pasal-pasal aku arwah dekat sini," bebel Ammara tidak puas hati.

Anayra mencebik bibir. Dramatik betul. Padahal dia tak adalah sergah mana. Setakat panggil nama Ammara dengan nada biasa aje.

"Aku dengan abang Rel nak keluar. Jom ikut, kak," ajak Anayra sambil kerusi di sebelah kakaknya ditarik untuk duduk. Beberapa keping roti yang bersalut jem strawberi di atas pinggan diambil.

"Pergi mana?" Ammara menyoal dengan malas. Sekeping roti yang tinggal di atas pinggannya diambil lalu disuapkan ke dalam mulut.

"Shopping."

Terhenti kunyahan rotinya apabila Anayra memberitahu tujuannya ingin keluar. Kening terangkat sambil mata memandang tepat wajah Anayra.

"Kau demam ke?" Belakang tangannya diletakkan di atas dahi Anayra.

Anayra menepis tangannya. Dia mendengus kuat.

"Saja. Tak boleh ke? Alang-alang aku tengok kau macam broken je, aku ajaklah." Anayra bangun ke singki lalu tangan dibasuh bersih.

Ammara termenung seketika. Broken? Merapu aje Anayra ni. Buat apa dia perlu broken?

"Nak ikut ke tak ni? Kalau nak ikut bersiap cepat. Pukul 10 aku dengan abang Rel gerak." Usai itu, Anayra melangkah pergi keluar dari dapur.

Ammara mengusap dagu. Memikirkan sama ada dia perlu pergi atau tidak. Memandangkan Sofea ingin datang ke rumah waktu malam nanti, tak apa rasanya dia ikut. Lagipun dalam rumah ni nak buat apa aje?

Ammara bangun dari duduk. Pinggan dan gelas dibawa ke singki untuk basuh. Selesai basuh pinggan dan gelas itu, kaki dibawa naik masuk ke bilik.

Almari pakaiannya dibuka. Pakaian yang tersusun rapi di dalam almari menyukarkan Ammara untuk pilih pakaian yang sesuai untuk dikenakan. Ini yang dia malas nak keluar ni. Satu hal pula kena fikir pakaian untuk dipakai.

Kemeja berwarna putih dan seluar jeans berwarna light blue dibawa keluar dari almari. Tudung yang tersusun kemas dilihat satu persatu. Akhirnya, tudung berwarna krim menjadi pilihannya.

Kemudian punggung dilabuhkan di atas kerusi meja soleknya. Maskara dicalit pada bulu mata. Pengilat bibir diratakan di bibir. Tak terlupa juga untuk dia sembur minyak wangi sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Anayra yang sedang ralit menonton K-drama langsung tidak menyedari kehadiran Ammara. Ruang kosong di sebelah Anayra diduduki.

"Lambat betul kau ni. Sempat aku habis satu episod." Tisu di sebelah ditarik dari kotak tisu.

"Lambat 5 minit je pun!" Bukan salahnya kerana lambat. Kalau Anayra bagitahu lebih awal, mesti dia sempat siap.

Anayra angkat bahu. Telefon di poket seluarnya dibawa keluar. Nombor seseorang didail sebelum panggilan itu bersambung.

"Cik kak ni dah siap. Turunlah cepat." Panggilan diputuskan.

"Kau ni malas nak mampus la! Airel tu satu rumah dengan kita, pergi aje la naik atas panggil." Kepala digeleng melihat kemalasan adiknya itu.

"Dia mana ada kat rumah. Dia keluar lepak dengan member dia tadi." Anayra menjuihkan bibir. Suka betul tuduh dia begitu. Buatnya dia betul-betul jadi pemalas, baru tahu nak menyesal kata begitu.

"Ye la..."

Bunyi hon kereta di luar rumah jelas kedengaran. Spontan mereka berdua bangun dan keluar dari rumah. Pintu dikunci terlebih dahulu sebelum Ammara memboloskan diri ke dalam kereta.

"Kau broken ke Mara?" Airel menyoal sebaik saja dia melihat wajah Ammara yang duduk di sebelahnya.

Ammara mengerut dahi. Ini dah kali ke berapa dia orang sangka aku broken.

"Apa hal pula?"

"Muka kau tak nampak ada sinar. Dah macam hantu kak limah. Putih saja tapi tak ada sinar," balas Airel selamba.

Ammara tercengang mendengar jawapan dari Airel. Lantas lengan Airel ditampar perlahan. Kurang ajar betul!

"Eh, eh, main tampar pula. Buatnya kita terbabas ni nak salah siapa? Kau juga yang kena..." Sengaja dia menambah rasa sebal dalam diri Ammara.

"Tengok je la depan. Jangan banyak cakap." Tangan naik memeluk tubuh.

Airel tergelak besar. Tahu sangat Ammara koyak dengannya.

———

Ammara mengeluh perlahan. Mata melilau melihat sekeliling. Ada kala dia melihat jam di tangan. Kaki pula dari tadi tidak henti berjalan mundar-mandir di hadapan butik itu.

Mata mengerling ke arah Anayra yang sakan memilih pakaian untuk majlis hari jadi kawannya manakala Airel pula sibuk berbual dengan tunangnya di dalam panggilan telefon.

Dia pula? Setia menanti dua manusia itu untuk selesai. Hampir sejam dia tercegat di situ. Orang yang lalu-lalang tak henti kerling ke arahnya. Nak kata dia ni artis, belum sampai tahap itu lagi.

"Ammara Tasneem?"

Kepala menoleh pada suara yang menyebut namanya. Seorang gadis berambut panjang bersama wajah yang seakan-akan seperti orang Korea dilihat dengan kening terangkat.

"Yes?"

Gadis itu mula tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi. Tangannya bagaikan tertahan dari menepuk tangan.

"Saya dah agak awak Ammara Tasneem! Nama saya Arabella, awak boleh panggil saya Ara." Tangan dihulurkan sambil senyuman lebar masih tercalit di bibir.

Teragak-agak Ammara menyambut huluran tangan tersebut. Dia berasa agak kekok dengan keadaan sebegini. Tak pernah lagi orang datang tegur dia dulu.

"Saya Ammara. Do call me Mara." Ammara melorek senyuman semanis mungkin.

Arabella tertawa kecil. Seolah-olah apa yang dia katakan lucu baginya.

"Saya tahu. Sebab itu saya datang tegur awak. I'm a big fans of you!" Ceria dia bertutur.

Ammara terpinga-pinga.

"Hah?"

Bagaikan dapat membaca fikiran Ammara, terus Arabella meraih tangan Ammara lalu menggenggamnya.

"Saya suka lagu awak. Walaupun awak ada satu saja lagu, tapi saya tak pernah berhenti dengar. I love it. Lagu yang awak cover pun saya suka. Salah satunya adalah lagu Only by Lee hi!" Jelas Arabella.

Ammara mengangguk perlahan. Baru faham apa yang terjadi. Namun hanya seketika, kemudian wajah bingungnya ditayangkan semula. Dia hanyalah artis kecil yang masih belum naik populariti. Jadi perkara ini agak janggal untuk diterima.

"Really? Thank you. Saya terharu sangat awak suka. Saya tak pernah sangka ada yang suka lagu saya dan suara saya," ucap Ammara terharu. Dia hanya menyanyi dan menghasilkan lagu suka-suka saja. Tak pernah dia menyangka akan ada orang suka dengan lagu dan suaranya.

"Nonsense! Kawan saya ramai minat awak. Dia orang kata suara awak sedap sangat. Saya tahu lagu awak sebelum saya fasih berbahasa Melayu. Dan sekarang bila saya dah fasih, saya makin suka lagu awak." Ikhlas Arabella berkata. Ammara turut dapat merasakan keikhlasan di sebalik kata-kata Arabella.

"Awak bukan orang sini?" Soal Ammara sekadar berbasa-basi.

"Saya orang sini. My dad orang sini dan my mom pula Korean."

Ammara mengangguk faham. Patutlah wajah Arabella benar-benar seperti orang Korea. Ini kalau Anayra tengok, pasti dia teruja. Teringatkan Anayra, baru dia sedar dia sudah terlajak berbual dengan Arabella sehingga terlupa tentang Anayra.

"Ara, saya kena pergi. Terima kasih tegur saya," pamit Ammara.

"Terima kasih juga sebab hasilkan lagu yang menyentuh hati saya. Teruskan usaha. Saya akan selalu jadi fans pertama awak. Hwaiting!" Sempat Arabella menitipkan kata-kata semangat sebelum dia turut beredar dari situ.

Tanpa menunggu lama, kelibat Anayra dicari di dalam butik pakaian tadi. Namun bayangnya langsung tidak kelihatan. Bukan saja Anayra hilang, bahkan Airel turut hilang. Merata Ammara cari hingga ke butik-butik lain. Tetapi tiada juga.

Ammara mengalah. Tangan menyeluk masuk ke dalam beg. Telefon dibawa keluar lalu nombor Airel didail. Tidak berjawab. Nombor Anayra pula didail. Sama seperti tadi, tidak berjawab. Ammara terduduk apabila rasa yang bercampur baur mula kuasai diri. Air mata mula bergenang di tubir mata. Tunggu masa saja dia akan jatuh.

"Mara?"

Kepala yang menunduk menekur lantai didongak untuk memandang gerangan tersebut. Spontan Ammara berdiri semula apabila wajah itu terpampang di depan matanya.

"Noah? Awak buat apa kat sini?" Ammara menyoal tanpa memandang wajah Noah. Dia masih serba salah dengan kejadian semalam. Entah mengapa bila dengan Noah aje, sisi kasarnya terlepas.

"Kau buat apa kat sini?" Noah tidak menjawab, sebaliknya dia menyoal. Noah cuba mencuri pandang wajah Ammara yang sedikit terlindung. Ammara berpura-pura menoleh ke belakang seperti sedang mencari seseorang.

"Tak, saya datang dengan Airel dan Nayra," beritahu Ammara tanpa memandang wajah Noah. Wajahnya kini membahang mengingatkan semula pertengkaran mereka semalam. Menyesal pula buat drama. Dari manalah agaknya dia belajar segala dialog-dialog itu.

"Mana Rel dengan Nayra?" Soalan Noah membuatkan Ammara terkaku. Baru dia teringat yang dia sudah ditinggalkan. Pantas kepala berpaling menghadap Noah. Tanpa segan-silu kemeja yang dipakai Noah ditarik sedikit. Noah terkejut dengan tindakan drastik Ammara.

"Saya rasa saya kena tinggal. Awak boleh tolong tak? Kalau awak tak tolong, kita putus kawan," rayu Ammara bersama ugutan.

Noah tayang wajah hairannya. Otaknya seperti sedang loading mendengar ugutan Ammara. Sejak bila mereka berkawan?

"Kau mengarut apa? Kau bukan kawan aku, Mara. You are just my acquaintance, nothing more than that."

Pegangan di lengan kemeja Noah serta merta terlepas. Matanya tidak berkelip memandang Noah. Dia baru lepas kena reject ke?

Kepala digeleng laju. Jarak di antara dia dan Noah didekatkan. Kepala didongak sedikit untuk melihat wajah Noah.

"Kawan tak kawan, awak kena tolong saya. Lepas dah tolong, baru kita bermusuhan balik." Tanpa keizinan Noah, lengan kemeja Noah ditarik bagi mengikutinya. Noah terpinga-pinga apabila lengan kemejanya ditarik. Namun, dia ikutkan saja langkah Ammara.

"Kau nak bawa aku pergi mana?" Wajahnya cuba disembunyikan apabila mata-mata mula memandang ke arah mereka. Mana tidaknya, Ammara tarik lengan kemejanya seperti seorang mak menarik anaknya.

"Cari Rel dengan Nayra!" Ammara panik. Kesesakan di dalam pusat membeli-belah membuatkan dia terasa lemas. Baru Ammara ingat mereka ada adakan sebuah event. Patut pun ramai semacam.

Matanya yang melilau melihat sekeliling langsung tidak perasan akan seseorang yang berdiri di hadapannya.

Buk!

Secara tidak langsung Ammara terlanggar seseorang. Ammara menunjukkan riak risau sebelum menunduk dan meminta maaf. Namun hanya untuk beberapa saat sebelum dia tiba-tiba rebah.

"Mara!"

Mara dengan sakit berpisah tiada...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro