👑 - 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelopak mata dibuka perlahan. Pandangan yang kabur beransur pulih seperti biasa. Denyutan pada kepala yang masih lagi terasa diabaikan. Mata memerhati keadaan sekeliling untuk mencari tahu dimana keberadaannya saat ini.

Arabella cuba menggerakkan tubuhnya sebelum dia terkaku serta-merta. Tubuhnya kini bersandar pada dinding di bilik tersebut yang kelihatan suram dengan cahaya lampu malap yang menerangi. Tapi bukan itu yang membuat dia terpaku.

Ianya bila kedua belah tangan dan juga kakinya yang bergari dengan rantai besi yang menghalang pergerakannya. Malah di setiap dinding bilik pula terpampang beratus gambar miliknya yang diambil daripada pelbagai sudut dan posisi.

Tekaknya terasa kesat. Bulu romanya meremang dengan muka yang mula berubah pucat tak berdarah— saat dia mengetahui sejauh mana tahap obsesi Marcello padanya selama ini. Ia cukup mengerikan baginya.

Buat seketika, Arabella mula di datangi perasaan yang bercampur-baur membuatkan dia merasa gentar dengan dada yang berdegup kencang memikirkan semuanya yang telah terjadi, tambah lagi bila teringatkan si kecil yang ditinggal seorang diri.

"You're sick, Marcello. Let me go!" anak matanya terhala tepat pada lelaki itu yang sedari tadi duduk di atas sebuah kerusi di penjuru bilik tersebut.

"You have sharp eyes, Bella. That's why I love you." mendalam suara Marcello berkata, mata tak lepas menatap wajah merah padam Arabella.

Panahan anak mata Arabella yang mencerlung tajam bagai pisau belati itu cukup menggerunkan tetapi tidak terasa oleh Marcello yang semakin berkobar-kobar perasaan cintanya pada perempuan itu. Sungguh membuat dia tergoda.

"I'm tired with all your bullshit. Just tell me what do you want?" dengan suara di celah gigi, Arabella cuba menahan perasaan gelisahnya tika itu.

"That's obvious. I told you already... I want you Bella. All of you. And now I can keep you by my side." Marcello tersengih lebar sambil bangun dari duduknya di kerusi kayu tersebut.

Kaki mengatur langkah ke arah perempuan pujaan hatinya yang tak lepas dari merenung tajam ke arahnya. Sekarang hatinya puas kerana dia telah berjaya mendapatkan Arabella.

Marcello menunduk sedikit tubuhnya supaya dapat bersemuka dengan Arabella setelah berada betul-betul di hadapan perempuan itu. Tangan kanannya naik menyentuh tepi wajah Arabella lalu diusap lembut.

"You know... You're so precious that I'm scared to touch you, Bella. But on the other hand, I really want to do something worse, something that will make you completely mine."

Suara tenang Marcello membuatkan Arabella makin berdebar tambah lagi bila dia faham dengan apa yang cuba disampaikan lelaki itu. Lagi pula dia pasti dia tidak akan berjaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi sekarang.

"I ask you what do you want but you can't give me the right answer. You don't even understand yourself, Marcello." tawa halus terkeluar dari bibir Arabella sebaik saja melihat riak wajah lelaki itu yang terus saja berubah.

"Shut up! What do you know about me? Nothing! Just keep your mouth shut and listen to me. Alright?" nada yang tadinya sedikit meninggi, terus saja kembali tenang seperti biasa. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

"You should shut your mouth and get out of my sight!" balas Arabella juga dengan suara yang naik seoktaf. Sudah muak untuk berhadapan dengan lelaki tersebut.

Ya, Arabella tidak terkejut dengan personaliti lelaki itu yang berubah-ubah. Dia tahu sedikit sebanyak bagaimana perangai Marcello. Memang dia tidak punya perasaan pada lelaki itu tapi dia tak tertinggal untuk memerhati sikap dan tingkah laku Marcello.

Lelaki itu terus saja terdiam sebaik Arabella meninggikan suara padanya. Marcello mencerlung tajam ke arah perempuan tersebut buat beberapa ketika sebelum dia berpaling dan mula melangkah pergi.

Tanpa sebarang suara, Marcello membuka pintu bilik tersebut. Arabella pula hanya diam memerhati dengan perasaan yang bercampur-baur. Raut wajah Marcello tegang namun sipi-sipi emosi yang tak pernah dia lihat terpancar di wajah lelaki itu.

Muram. Sayu.

Di satu sudut yang lain dia berasa puas kerana dapat menjentik perasaan lelaki itu, manakala di satu sudut lagi perasaan tertanya makin membuak dalam dirinya tentang siapa sebenarnya Marcello.

Adakah apa yang Marcello pamerkan benar-benar diri sebenar lelaki itu? Bagaimana pula dengan maklumat yang diberitahu oleh Leon padanya tempoh hari tentang lelaki tersebut? Arabella tidak tahu sama ada untuk mempercayai Leon atau mencari tahu siapa sebenarnya Marcello.

BAM!

Pintu bilik yang di tutup kasar menyentakkan Arabella. Nafas dihela panjang sebelum tubuh di sandar pada dinding bilik tersebut. Kelopak kata terpejam rapat, cuba mencari jawapan dengan apa yang perlu dia lakukan selepas ini.

*
*
*

Kereta mewah berwarna putih perlahan berhenti di hadapan rumah milik Arabella diikuti tubuh tegap Dante yang keluar dari perut kereta bersama dua orang suruhannya. Malam yang dingin tak dihiraukan mereka.

Ketiga-tiga mereka melangkah ke arah rumah milik Arabella. Salah seorang daripada mereka membuka pintu utama rumah tersebut yang tidak tertutup dengan rapat. Jelas suasana tika itu mencurigakan bagi siapa yang melihat.

Dante memberi isyarat tangan pada dua lelaki tersebut yang terus saja menggeledah luar kawasan dan dalam rumah tersebut. Manakala Dante terus saja dengan misisnya seperti yang diarahkan Leon.

Untuk mencari keberadaan si kecil, Kyle.

Ianya satu perkara yang tiba-tiba bila Dante menerima arahan tersebut tanpa sebarang penjelasan pada malam itu. Namun dia tidak merasa hairan kerana apa yang diarahkan bosnya adalah perkara yang pasti mereka lakukan tanpa banyak soal.

"There's nothing suspicious." maklum salah seorang daripada orang suruhannya yang tika itu berada di luar rumah tersebut.

"Where's the woman?" soal Dante serius sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalan poket seluar.

"It looks like someone came here and took her, Sir." jawab seorang lagi lelaki yang keluar daripada sebuah bilik sambil mendukung susuk tubuh si kecil yang sedang tertidur di dalam dakapannya.

Dante yang melihat si kecil tersebut terkedu seketika tambahan pula bila ianya hanya seorang diri di dalam rumah tersebut tanpa ada sesiapa yang menemani beserta keadaan rumah pula berselerak dengan pintu utama yang tidak berkunci.

Isyarat tangan diberikan menyuruh dua orang suruhannya membawa si kecil tersebut keluar lalu Dante melabuhkan punggungnya di sofa yang berdekatan sambil mendail nombor bosnya. Sebelah tangan pula mengurut tepi dahi yang terasa berdenyut.

"Speak." suara Leon menyapa di sebelah talian. Dingin dan mendatar bunyinya.

"What's happening, Sir? We just found the kid and he's all alone." maklum Dante tanpa berdalih dengan nada yang jelas inginkan jawapan.

Seketika, talian di sebelah Leon sunyi tanpa sebarang suara. Dante pula makin gelisah di buatnya bila arahan daripada bosnya adalah untuk mencari si kecil yang dia temui sebelum ini.

Pelbagai persoalan ingin ditanya namun Dante menahan dirinya kerana dia tidak mahu melebihi batas dengan mempersoalkan arahan dan keputusan daripada bosnya itu.

"We will talk later about this. For now, just take the kid to somewhere safe." Leon memberi arahan dengan tenang sekaligus cuba mengurangkan kegusaran Dante tika itu.

"Yes, Sir."

Dante pantas bangun dari duduknya sebelum melangkah ke arah pintu utama namun kakinya terhenti sesaat sebaik hujung matanya menangkap sesuatu yang berkilau di atas lantai rumah tersebut.

Terus dia berpatah balik ke arah berdekatan bilik di mana si kecil berada seketika tadi. Sebentuk cincin yang berkilau menarik perhatian Dante sebelum dia membuat keputusan untuk mengambil cincin tersebut bersamanya.


Kini sudah masuk hari ketiga dia di kurung Marcello dan juga hari ketiga tanpa dia berjaya melepaskan dirinya daripada rantai besi yang mengunci pergerakannya. Pelbagai cara sudah dia lakukan namun tetap tak memberi sebarang hasil.

Sepanjang tiga hari dia berada di dalam bilik tersebut, wajah Marcello langsung tak dia lihat hanya pembantu rumah saja yang selalu tepat waktunya menghantar makanan padanya. Gari pada tangan dan kakinya tak mengganggu untuk dia makan namun ianya juga tak mudah untuk dia bukakan.

Seperti yang dia jangka, pembantu rumah tersebut yang masih muda dan berkemungkinan sebaya dengan umurnya langsung tidak berani membuka mulut. Malah soalan yang dia tanya juga tak terjawab. Tapi Arabella tetap tenang tanpa berputus asa.

Jika ingin dibandingkan dirinya menjadi obsesi lelaki itu, di culik dan dikurun& sebegini, ianya tak sekejam bila dirinya ditinggalkan begitu saja oleh lelaki yang menjanjikan dia satu janji yang akhirnya hanya sekadar janji.

Tawa halus terkeluar dari bibirnya mengingati perkara tersebut. Tawa kosong dan terselit seribu emosi di dalamnya. Sebaik emosinya yang mudah tersentuh itu memunculkan diri, cepat saja Arabella menghalang dari masuk ke dalam fikirannya.

Perkara paling penting baginya tika ini bukan dirinya tetapi si kecil yang ditinggalkan tanpa dia tahu bagaimana keadaannya. Bukan dia tidak risau, namun untuk menjatuhkan airmata darah sekalipun dia tak akan tahu bagaimana dan di mana si kecil tersebut selama dia dikurung di situ.

Namun jika sesuatu terjadi pada Kyle, dia tak akan maafkan sesiapa yang terlibat dalam hal itu dan dia akan pastikan mereka mendapat balasannya. Itu janji Arabella.

Seketika, muncul susuk tubuh Marcello yang melangkah masuk ke dalam bilik dengan riak wajah tegang dan menggerunkan. Jelas ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu dalam keadaan marah namun tak Arabella pedulikan.

Tanpa dapat Arabella bersedia, Marcello terus saja meluru ke arahnya sebelum kedua belah bahunya dicengkam kasar dan ditolak rapat ke dinding bilik membuatkan Arabella mengeluh sakit.

"What's your relationship with that son of a bitch?" soal Marcello keras, nafas kasarnya menyapa tepi wajah Arabella yang terkaku sambil cuba memproses apa yang berlaku.

"What? What are you talking about? Let go!" Arabella bertanya dengan suara yang ditekankan, masih tak memahami persoalan lelaki tersebut. Tubuhnya meronta untuk dilepaskan.

Marcello makin menggelegak amarahnya melihat perempuan itu yang sepertinya tak mengendahkan kemarahannya tika itu. Lalu sebelah tangannya naik mencengkam leher Arabella membuatkan rontaan perempuan itu terhenti serta-merta.

"Don't act stupid, Bella. You know what I'm talking about. Now tell me, what have you been up to?" tekan Marcello memaksa untuk Arabella menjawap soalannya. Suaranya dingin dengan raut wajah yang membengis.

Arabella merenung tepat ke dalam anak mata yang bersinar marah lelaki itu sambil tangannya cuba merungkaikan cengkaman di lehernya. Kini dia mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Marcello. Ianya berkaitan dengan Leon yang dia temui di hotel tempoh hari.

Pun begitu Arabella masih tak mengerti apa kaitan lelaki itu dalam hal ini. Tak mungkin Leon yang merancang penculikannya sekaligus melibatkan Marcello jika lelaki itu juga mahukan sesuatu darinya sebagai cagaran dengan maklumat yang dia terima.

Kerana Arabella tahu, Leon boleh melakukan hal yang lebih masuk akal daripada situasinya tika ini. Lalu, bagaimana pula Marcello dapat mengesyaki Leon terlibat dalam hal ini sekaligus menyimpulkan bahawa ianya rancangan yang dia dan Leon lakukan.  Itu langsung tak dapat dia terima.

"He gave me some information about my father. That's all." Arabella memberi jawapan sebenar tanpa berselindung lagi. Nada suaranya serius tanda dia tidak berbohong atau mengadakan cerita.

Disebalik jawapan yang diberi, Arabella juga mahu memastikan maklumat yang diberi Leon sebelum ini benar atau tidak.  Jika benar, maka dia dapat simpulkan bahawa Leon tidak terlibat dengan penculikannya namun jika tidak maka dia pasti tak akan mempercayai Leon lagi selepas ini.

Dan untuk itu dia akan mendapatkan jawapannya daripada Marcello secara berlapik dengan mengumpan lelaki itu secara halus. Itu sebabnya dia akan menjawap dengan jujur dan dia bakal dapatkan jawapannya yang tersendiri.

"Your father?" tanya Marcello seakan tak percaya seraya perlahan melepaskan cengkaman di leher perempuan itu. Reaksinya seakan ianya sesuatu yang Marcello cuba sembunyikan.

"Yes. I'm trying to figure out the person who murdered my father—" tenang Arabella bersuara tanpa menoleh sedikitpun ke arah lain dari merenung dalam wajah terpana lelaki itu.

"...And it is you. You're the one who kill him."

Sambung Arabella kini penuh dengan perasaan yang terpendam. Sinar mata kosongnya kini terpancar dengan seribu satu kebencian terhadap Marcello.





[#] DONE.

What's in your mind?


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro