👑 - 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SOUTHERN ITALY, CALABRIA.

"Sir, you have a lunch appointment with Mr.Leandro of Castel today. Is that alright for you?"

"Yes, it's fine." balasnya ringkas seraya melangkah keluar daripada perut kereta yang telah dibuka oleh orang kanannya, Ricco.

Marcello melangkah masuk ke dalam sebuah pasaraya besar diikuti Ricco di belakang. Mereka melalui laluan ke bahagian barangan basah yang terletak di hujung penjuru pasaraya tersebut.

Pintu bilik yang tertera perkataan 'Staff Only' itu dibuka sebelum mereka berdua masuk ke dalam, pintu ditutup rapat.

Di dalamnya pula, Marcello melihat orang suruhannya melakukan tugas yang telah dia berikan pada mereka. Tong-tong ikan di masukkan ke dalam lori peti yang telah tersedia.

Manakala beberapa orang suruhan yang lain pula mengelar perut ikan yang bakal dijadikan tempat untuk mereka menyimpan dadah yang terbahagi daripada dua: iaitu pil dan juga serbuk.

"Ricco, what about the file? Have Silvia found something?"

"He's still working on that, Sir." balas Ricco yang sedang menekan sesuatu di skrin tab yang di pegangnya.

Kotak rokak yang dikeluarkan daripada poket kot sebelah dalam dibuka dan sebatang rokok berjenama MS itu diambil lalu dikepitkan pada bibirnya sebelum dinyalakan.

Tika ini, aktiviti penyeludupan dadah miliknya masih dalam keadaan stabil tanpa diketahui pihak berkuasa. Malah, Casino miliknya yang beroperasi di beberapa tempat di sekitar Calabria juga masih berjalan lancar.

Dadah dan juga pusat perjudian menjadi kegiatan dan sumber pendapatan untuk kumpulan Cosa Nostra yang di ketuai oleh Marcello Bennati.

Selain itu, mereka juga terlibat dalam bisnes dan kempen biasa bagi menutup aktiviti yang jelas dilarang oleh pihak berkuasa. Buktinya, nama Marcello sentiasa tertera di halaman utama majalah dan surat khabar.

"It's a wrap for today. Deliver the goods before 4 p.m and make sure you arrive on time." arah Marcello serius pada pemandu lori peti yang sedang menutup pintu lori tersebut.

"Yes, sir."

Marcello memberi isyarat tangan pada orang suruhannya untuk meninggalkan bilik tersebut melalui pintu belakang pasaraya supaya tidak disyaki oleh mata-mata yang memerhati dalam diam.

Rokok yang sudah tinggal separuh itu dicampak ke atas lantai sebelum dipijak dengan tapak kasutnya. Blazer yang tersarung di tubuh tegapnya dibetulkan.

Setelah itu dia dan Ricco keluar seperti biasa dan melalui lorong yang sama sewaktu mereka masuk ke dalam pasaraya itu. Selepas ini dia harus berjumpa dengan Leandro iaitu rakan bisnesnya.

Manakala Ricco pula sempat berhenti di kaunter pembayaran di mana pemilik pasaraya tersebut berada sebelum sampul surat berisi wang ditolak ke arah wanita yang berusia 30-an itu.

"Keep your mouth shut." pesan Ricco sedikit berbisik berserta amaran pada wanita tersebut.

Mereka berdua terus melangkah keluar daripada pasaraya seperti biasa. Pun begitu, Marcello masih menanti jawapan berkenaan maklumat tentang anak lelaki milik Arabella— yang begitu mencurigakan baginya.

PALLAZZO KRATAIIS HOTEL, CALABRIA.

Ricco menarik kerusi untuk Marcello yang terus saja duduk dengan sebelah tangan di letakkan pada pemegang kerusi. Setelah itu Ricco mengundur sedikit ke belakang dan tegak berdiri mengawasi bosnya.

Di hadapan Marcello pula terdapat Leandro yang sedang menyisip minuman beralkohol, juga diiringi orang kanannya— Alvi yang sedang berdiri tegak di sebelah Leandro dengan wajah yang serius.

"It's been a while, Marcello. What are you up to these days?" Leandro memulakan bicara, suara yang dingin itu sudah biasa di dengar bagi mereka yang berurusan dengan Leandro.

"Nothing much. I was planning to import some goods from Thailand. So, why are you here? You went to Peru last week, didn't you?" soal Marcello ingin tahu sambil menuang cecair alkohol ke dalam gelas yang telah disediakan.

"That's interesting, you exceed my expectations. Well, I'm here to discuss something I got while in Peru. The government is going to begin another auction later this week."

Leandro menyimpul senyuman kecil melihat riak tertanya-tanya Marcello yang mula meletakkan gelas minuman ke atas meja. Apa yang dia katakan adalah sesuatu yang Marcello mahukan.

Jika lelaki itu dapat berkerjasama dengannya maka, lagi mudah untuk Leandro mengembangkan bisnes yang sedang dia jalankan tika ini. Siapa saja tidak tahu kekayaan yang di miliki Marcello.

Jadi, untuk menjalinkan hubungan bisnes mereka tanpa sebarang masalah— dia harus menyediakan sesuatu yang dapat membuat Marcello bersetuju untuk meneruskan bisnes antara mereka.

"What are you trying to say, Leandro?" kini, suara Marcello berubah dingin. Matanya tajam mencerlung ke arah lelaki tersebut.

"You know, between Cosa Nostra and Castel— who is going to take care of your business in Mexico is me. Don't you think we should come up with an agreement?"

"What's your plans?"

"We're going to take over the auction." senyuman sinis diberikan pada Marcello yang merenung tajam ke arahnya.

Leandro mengelap bibirnya menggunakan kain napkin sebelum bangun dari duduknya. Begitu juga Marcello yang meneguk minuman keras itu dengan sekali tegukan dan turut berdiri dari duduknya.

Walaupun dia bersetuju, Marcello tahu ianya tidak mudah bagi mereka kerana antara Cosa Nostra dan Castel yang menguasai bahagian tertentu di sekitar Itali juga terdapat Silas dan Vanille yang turut mempunyai reputasi mereka sendiri.

Kerana di Itali terdapat empat organisasi yang mempunyai kuasa masing-masing dan setiap daripada mereka berhak melakukan apa saja di kawasan sendiri.


• Cosa Nostra menguasai Calabria.
• Castel menguasai Rome.
• Silas menguasai Syracuse, Sicily.
• Vanille menguasai Palermo, Sicily.

Apa yang pasti, mereka semua mempunyai tujuan yang berlainan. Tiada siapa yang tahu bagaimana pengakhirannya.







PALERMO, CAPITAL OF SICILY.

"Cut! That's good." laungan daripada pengarah filem tersebut bergema di segenap ruang.

Tepukan daripada krew memenuhi ruangan bilik tersebut. Masing-masing mengambil kesempatan itu untuk merehatkan tubuh setelah seharian melakukan penggambaran untuk filem terbaru mereka.

Jam yang terlilit di pergelangan tangan kanannya ditilik, jarum jam menunjukkan sudah hampir pukul 12 malam. Kepala diangguk sekali pada pengarah filem tersebut tanda dia mengundur diri.

Seperti biasa, setiap seminggu sekali selama penggambaran filem itu dijalankan dia akan mengambil masa untuk memerhati perkembangan dan juga jika terdapat sebarang masalah.

Memandangkan dia mempunyai syarikatnya sendiri sebagai seorang pengeluar filem, jadi wang bukan masalahnya baginya selagi hasil yang bakal dia dapatkan memuaskan hatinya.

"Tell Enrico, he'll be going to the auction this week. Where was it again?" suara yang mendatar itu bertanya sambil mengerling ke arah orang kanannya yang berdiri di sebelahnya.

"The auction will take place on April 4 in Sicily. The most wanted item on the list is Fuhrer’s Golden Gun, President V." terang Nicola, ringkas dan padat dengan nada yang serius.

"Right. Please take me to the house, I'm tired." V  melangkah masuk ke dalam perut kereta yang telah di buka oleh Nicola.

V atau President V. Itu hanya gelarannya saja berkaitan kerjayanya sebagai seorang pengeluar filem. Orang suruhannya juga sentiasa memanggilnya dengan panggilan V kerana baginya itu paling mudah untuk disebut.

Nicola yang sedang memandu kereta mengerling ke arah bosnya di kerusi belakang melalui cermin pandang depan. Jelas kelihatan raut wajah gusar dan suram yang dilihatnya.

"Cosa Nostra and Castel will be there too. What should we do?" tanya Nicola memecah suasana sunyi dalam kereta itu.

"Well, it doesn't matter. Enrico is not going to participate in the auction, he just have to keep his eyes on them." V tertawa sinis sambil mengetuk tingkap kereta, sinar matanya kosong dan dingin.

Walaupun dia mempunyai syarikat sendiri tetapi tak bermakna dia tidak terlibat dalam organisasi jenayah seperti mereka yang lain.

V merupakan ketua organisasi Vanille yang bersembunyi di sebalik syarikat tersebut. Pun begitu, dia mempunyai alasannya sendiri dengan apa yang dia lakukan.


MINARETO HOTEL, SYRACUSE, SICILY.

Tiga buah kereta berhenti secara serentak di hadapan hotel Minareto sebelum beberapa orang lelaki bersut hitam berbaris lurus dan seorang daripadanya membukakan pintu hotel.

Manakala seorang lagi membuka pintu kereta dimana keluarnya figura berbadan tegap dan juga kemas berpakaian. Jika diperhati, cukup membuatkan mereka tertunduk ketakutan dengan aura dinginnya.

Kemeja lengan panjang berwarna biru gelap tersarung di tubuh dengan dua butang teratas tidak dibutangkan dan juga lengan baju yang disinsing separas siku.

"Welcome, Sir." sapa mereka yang sedang tegak berdiri sambil menunduk saat lelaki tersebut melangkah masuk ke dalam hotel.

Setelah kelibat lelaki itu hilang di pandangan mata, mereka yang lain mula berpecah untuk melakukan tugas masing-masing. Hanya dua orang sahaja yang menemani si figura tersebut.

Siapa saja tidak mengenalinya di Sicily? Masakan tidak bila organisasi mereka— Silas terkenal dengan ketua mereka yang sukar untuk dilihat kecuali mereka yang berurusan dengannya secara bersendirian.

"Ah, Leon. Please come with me."

Leon berpaling ke arah suara yang datang dari sebelah kanannya. Kelihatan susuk tubuh Alessio yang juga merupakan orang suruhannya dalam menguruskan urusan berkaitan hotel miliknya.

Alessio— perwatakannya jika dilihat dari luar; dia hanya lelaki biasa yang juga menjalani kehidupan normal. Sentiasa bersut lengkap, tubuhnya tidak terlalu tegap mahupun terlalu kurus.

Sentiasa bercermin mata dan dengan sebuah buku yang sentiasa di bawa kemana-mana saja. Alessio seorang yang pendiam dan lebih suka berada di dalam pejabat.

Berlainan pula dengan Dante yang merupakan orang kanan Leon— sikap yang agresif itu telah sebati dengan lelaki tersebut dan ianya sesuai dengan Dante menjadi pengawal peribadi Leon.

"What did you call him?" tanya Dante serius pada Alessio yang mempamerkan riak kosong itu, sudah masak dengan tingkah Dante.

"His name is Leon. Am I wrong?" soalan dibalas dengan soalan. Cermin matanya dibetulkan.

Leon yang melihat, sudah lali dengan dua orang suruhannya itu yang seringkali tidak sehaluan bila bertemu. Dia sendiri tidak tahu apa yang mereka berdua inginkan.

Dante terus saja mendekati Alessio sebelum kolar baju lelaki itu direntap kasar membuatkan tubuh Alessio terdorong ke depan.

"You nerd looking bastard. It's Sir not Leon. " gumam Dante penuh dingin, mata mencerlung tajam ke arah Alessio.

"It's been a year and you still mad at me for calling his name. You agressive bastard." senyuman sinis diberikan pada Dante yang makin menyinga itu.

Leon berdehem kecil, kedua belah tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Itu membuatkan suasana tegang antara Dante dan Alessio hilang serta-merta.

Alessio membetulkan kembali kolar bajunya sebelum memberi satu anggukan pada Leon tanda menyuruh lelaki itu mengikutinya. Termasuk Dante yang sentiasa bersama dengan Leon setiap masa demi menjaga keselamatan bosnya.

"About the disappearing case you told me before, I'm still searching for his whereabouts. But he is in Italy for sure." maklum Alessio sambil menghulurkan beberapa keping gambar bersaiz passport pada Leon.

"Two years ago, he was adopted by someone. His information has been erased from the record. Look like this person is taking care of him."

Dua helai kertas yang mengandungi butiran maklumat mengenai apa yang Leon mahukan dihulurkan pada lelaki tersebut. Hanya sedikit masa saja lagi dan Alessio akan pastikan dia mendapatkan maklumat yang lain.

Leon meneliti satu-persatu butiran yang tertulis di dalam kertas yang dipegangnya. Mata biru kelabu tersebut fokus membaca maklumat yang bakal membawanya kepada apa yang dia mahukan.

"Good. Keep searching. Don't leave anything behind." Leon mengangguk sekali tanda berpuas hati dengan apa yang dilakukan Alessio, kertas tersebut diberikan kembali.

"And lately some people have been making a ruckus at the bar. They will be affecting the customer." Alessio berkata dengan riak wajah yang gusar.

"Tell Stella to get rid of them."

Arah Leon, nada suaranya berubah dingin. Mata biru kelabu itu mula gelap. Dia paling tidak suka bila bisnes miliknya terganggu atau terjejas disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab.

Alessio mengangguk faham. Manakala Dante pula tanpa perlu disuruh terus saja memaklumkan pada Stella apa yang telah di arahkan Leon melalui panggilan telefon.

"What about Mr.Bill's wedding ceremony? You want me to get the flower?" tanya Alessio serius, wajah tak beriak Leon di pandang.

"No. I'll go there by myself."

"Alright. Have a good rest, Leon." Alessio menunduk sedikit kepalanya tanda hormat pada bosnya itu.

"It's Sir, you ignorant bastard!" tingkah Dante sambil mencerlung tajam ke arah Alessio yang hanya tertawa kecil.

Dengan itu Leon melangkah pergi diikuti Dante di belakang, Alessio pula terus kembali masuk ke dalam pejabatnya yang juga terletak di aras yang sama dengan bilik hotel Leon setelah mengundurkan diri.



[#] DONE
UNTUK CHARACTERS INTRODUCTION.

PADA READERS YANG BARU DAN LAMA, TERIMA KASIH MASIH SETIA DENGAN AUTHOR WALAUPUN AUTHOR DAH LAMA MENGHILANG. KOMEN² AWAK SEMUA AUTHOR HARGAI SANGAT. IANYA BUAT AUTHOR MAKIN SEMANGAT UNTUK TERUSKAN AMOR DE REY.

QUESTION;

DRAMA OR SERIES?








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro