02 | Cantik

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sofia! Kau biar betul?" soal Rizk, tak percaya.

"Sofia... tempat tu seram, kan? Mana ada orang yang berani nak pergi sana," rungut Diana, takut.

"Betul tu. Ada orang cakap, dekat situ, tempat yang 'tak kasat mata'. Alam makhluk lain, mungkin? Kalau kita pergi, and hilang macam kakak kau, cemana?" soal Dann pula, risau.

Sofia hanya mampu mendengar kata-kata mereka. Pandangannya ditundukkan, memandang rumput mutiara di kaki. "Tadi... korang cakap... korang akan tunaikan apa sahaja permintaan aku?" sayu Sofia menyoal.

Dann, Rizk dan Diana bertukar pandang.

"Memanglah kitorang cakap gitu... tapi... kau... tak ada teringin ke... benda lain?" berhati-hati Rizk menyoal.

"Aku nak pergi Gunung Lagenda je. Tapi... kalau tak boleh, takpelah. Aku nak masuk rumah dulu, nak tidur, bubbye..." Sofia bangun dari duduknya. Kaki sudah lima tapak melangkah.

"Fine, fine. Tapi, kita pergi kejap je. Okey?" soal Diana. Dia juga bangun dari duduknya.

Sofia mengukir senyum, bahagia.

"Kita pergi sekejap je, tahu. Aku ada latihan bola sepak kejap lagi," pinta Rizk.

"Ha'ahh... aku pun ada latihan silat kejap lagi," setuju Dann.

Rizk ialah kapten pasukan bola sepak bawah 15 tahun sekolah. Manakala Dann pula ialah seorang atlet silat wakil negeri.

Kedua-dua mereka hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun sekarang ialah cuti penggal persekolahan, namun mereka berdua tetap sahaja sibuk dengan latihan.

Diana, dia juga dipanggil sebagai Puteri Diana di sekolah mereka. Ini kerana, dia ialah seorang yang sangat suka berfashion, dan warna merah jambu ialah warna kegemarannya. Dia merupakan pelajar kelab menjahit yang popular, kerana sering menghasilkan rekaan baju yang menarik.

Sofia pula... dia ialah seorang gadis pendiam di sekolah. Hanya sewaktu bersama Diana, Rizk dan Dann, dia mampu menjadi seorang gadis yang ceria. Sifatnya berubah dari seorang gadis periang kepada gadis pendiam sejak kes kehilangan kakaknya.

Dann kini menunggang motorsikal Yamaha Y15ZR miliknya, manakala Rizk membonceng di belakang.

Diana pula menunggang motor skuter Benelli VZ125i, membawa Sofia bersamanya.

Mereka berempat menuju ke Gunung Lagenda bersama-sama... tanpa mengetahui nasib yang sedang menunggu mereka.

Jadi... inilah tempat terakhir kakak hidup?

Sofia memerhati sekeliling kawasan kem. Beberapa buah khemah yang ada di situ, terlihat berhabuk dan hampir roboh. Ada kawah dan periuk yang terbiar di atas bekas unggun api, berserawang. Tidak kurang, tali pita kuning pihak berkuasa juga masih terikat di sini sana kawasan perkhemahan.

"Sofia... dahlah. Jomlah kita balik. Seram weyh tempat ni." Mata Diana meliar memerhati sekeliling. Dahlah kawasan ni macam hutan tebal dah gayanya! Aura tempat ni pun... aduh! Meremang bulu roma!

Sofia tidak menjawab. Kaki masih melangkah, ingin memerhati lebih dekat kawasan perkhemahan itu.

Khemah-khemah diorang ni... dibina berdekatan cenuram bukit. Bukan di tapak perkhemahan biasa yang tersedia untuk pelajar sekolah. Aneh...

Siapa je yang sangka, tapak perkhemahan yang paling top ini, sekarang diabaikan persis bagai hutan mati. Sepi, tak ada lagi manusia yang datang menziarahi.

Benarlah... kun faya kun. Jadi, maka jadi. Semuanya... berlaku dengan izin Dia.

Dann dan Rizk berhenti di tepi cenuram bukit. "Sofia..." Panggil Rizk.

Sofia dan Diana mendekati Rizk dan Dann.

"Cuba kau tengok ni..." Rizk memberi arahan.

Sofia memerhati apa yang dimaksudkan Rizk.

Ada... macam... sebuah... jambatan? Ia terlihat macam dahan sebuah pokok yang amat besar. Agak berlumut. Tak ada pemegang untuk tangan, pastinya. Dah namanya pun, 'macam dahan pokok', kan?

Jambatan itu menghubungkan kawasan perkhemahan Gunung Lagenda, dengan gunung di sebelahnya.

Like... seriously? Ada lagi sebuah gunung dekat area sini? Rasanya, cenuram ni dah penghujung kepada Gunung Lagenda. Dan rasanya lagi... tak pernah dengar pun... cikgu ke, umi ke, abi ke, sesiapa ke, yang bercerita pasal mana-mana gunung, jiran kepada Gunung Lagenda. Ada ke? Tak ada, kan?

"Cuba kau tengok keadaan jambatan ni. Tak nampak macam baru, kan? Nampak lebih kepada macam, 10 tahun lepas, kan? You know... what I mean?" Rizk menyoal. Kening kanannya dijungkit, bibirnya mengukir sengih.

Perkataan '10 tahun lepas', menyambar fikiran Sofia. Kakak...

Dann kemudian melangkah naik ke atas dahan pokok, a.k.a jambatan tersebut.

Membulat mata Diana dan Sofia. Takkanlah dia...?

"Dann! Kau jangan nak tunjuk berani sangat! Tak lawak, okey!" marah Diana.

"Well, alang-alang kita dah sampai sini... alang-alang Sofia nak siasat pasal kakak dia... why not, kita siasat je habis-habisan?" Sekali lagi, Dann tersenyum. Tiga tapak dia melangkah, kakinya tiba-tiba menggelongsor. Bagaikan menggelongsor di atas permukaan ais!

"Woohoo!" Terdengar sorakan kegembiraan dari Dann.

Memandangkan kawasan antara dua buah gunung itu agak berkabus, badan Dann terlihat agak kabur dari pandangan kawannya yang bertiga.

"Korang! Cepatlah datang! Rugi weyh tak ikut! Cantik gila dekat sini! Cepatlah!" Dann melaung dari gunung sebelah.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan! Sofia sudah bertekad, dia harus ke sana untuk menyiasat! Sofia melangkah, ingin menaiki dahan pokok tersebut.

"Sofia! Kau gila ke? Bahayalah!" marah Diana.

"Aku kena pergi sana juga. Kalau tak, nanti aku akan menyesal, dah lepaskan peluang yang ada," ujar Sofia. Dia kemudian mula melangkah. Sama seperti Dann, kaki Sofia juga menggelongsor dengan sendirinya. Badannya langsung tidak terasa bagai ingin terjatuh ke bawah.

Setelah Sofia tiba ke seberang sana, pandangannya disapa dengan pemandangan yang... amat cantik.

Diana yang ketakutan, terpaksa juga mengikut kawan-kawannya setelah Rizk mengambil keputusan untuk pergi juga ke sana.

Setibanya Rizk dan Diana ke seberang... sama seperti Sofia, mereka berdua juga tergamam. Ya Allah! Subhanallah! Cantik gila dekat sini!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro