🌠First

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌬️

ⓑⓨ ⓐⓘⓡⓔⓔⓝ

Hope korang semua enjoy dengan hasil karya ㆁAIREENNS.ㆁ

◎◎◎

Udara di pagi hari sungguh menyegarkan bagi sesiapa sahaja yang menghirup udaranya, namun tidak bagi seorang puteri diraja kerajaan malaikat tersebut.

Jung JinAe atau nama penuhnya Grace JinAe Jung.

Gadis itu sedari tadi asyik mundar - mandir di dalam bilik tidur mewahnya. Jantungnya berpacu dengan cepat dan otaknya terasa kosong. Sungguh, gadis itu bukan dalam keadaan baik-baik sahaja malahan boleh dikatakan keadaannya amat kacau.

" Apa yang beta patut lakukan dayang? Beta sangat gementar! Bagaimana kalau beta tersilap langkah dan akan memalukan ayahanda dan bonda di hadapan rakyat jelata? Oh tidak! Beta harus sempurna di hadapan mereka" ujar gadis itu sambil tangannya menepuk perlahan bahagian dahinya.

" Tolong bertenang Tuan Puteri, patik tahu Puteri JinAe agak gementar. Tapi, patik yakin Puteri JinAe akan baik-baik sahaja. Tuan Puteri sudah berlatih dengan giat. Usaha akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Percayakan pada patik Tuan Puteri " balas Seungyeon ataupun boleh juga dipanggil sebagai dayang yang selalu mengurus Puteri Kerajaan tersebut, iaitu Jung JinAe.

Gadis yang diberi nama Seungyeon itu sejak tadi menahan tawa yang akan meledak akibat melihat Tuan Puteri Kerajaannya yang sedikit kelam kabut berbeza dengan sikapnya yang pemberani apabila dihadapkan dengan senjata. Pelbagai jenis senjata sudah mahir beliau gunakan untuk pertahanan diri. Ini juga sebagai langkah awal untuk menjaga kerajaan dan rakyat apabila diserang musuh nanti.

Setiap Puteri kerajaan diwajibkan untuk berlatih menggunakan senjata kerana suatu hari kelak, mereka yang akan menjadi pendamping raja dan pendamping raja haruslah pintar menjaga diri, keluarga dan kerajaan.

" Huh! Baiklah. Beta akan bertenang. Tapi Seungyeon, bila Puteri Bungsu Aera akan tiba? Beta memerlukan adik beta untuk berkeluh kesah. Haih, dasar adik derhaka! Berani sungguh pulang lewat di hari pertabalan beta sebagai puteri kerajaan!" protes JinAe tanda tidak berpuas hati, padahal 2 minggu lalu gadis itu telah menghantar surat kepada akademi adiknya supaya membenarkan Si Bungsu Aera pulang sebelum hari pertabalan.

" Tuan Puteri jangan risau ya? General Jungkook sudah pergi menjemput Puteri Aera sebelum subuh menjelang tadi. Mungkin sebentar lagi mereka akan sampai " balas Seungyeon seraya gadis itu mula menyiapkan pakaian untuk si Puteri raja sementara JinAe hanya mengangguk patuh dan mula beranjak untuk mempersiapkan diri.



Puteri JinAe mula berjalan dengan anggun menuju ke ruang makan istana sementara Si Dayang Seungyeon membuntuti dari belakang sambil menunduk. Walaupun di wajahnya terbit senyuman menawan yang mampu meluluhkan hati, namun tidak dengan perasaannya yang kacau bilau.

Entah mengapa sejak beliau bersiap-siap tadi, perasaannya mula memburuk. Seperti mengatakan kepadanya bahawa akan terjadi perkara yang tidak diingini. Namun awal-awal sudah ditepis dahulu. Mungkin beliau hanya berdebar dan gementar sahaja.

" Grace JinAe Jung, mengapa tercegat sahaja di muka pintu? Tidak mahu santap sarapan pagi bersama ayahanda dan bonda ke?" suara lembut ibunya mendayu di pendengaran membuatkan JinAe tersentak dan mula melangkah perlahan ke arah meja makan seraya tersenyum kecil.

" Maafkan JinAe, bonda. JinAe hanya gementar untuk majlis sebentar lagi. Harap bonda dan ayahanda memahami " ujar JinAe dengan nada yang sedikit cemas kerana perubahan wajah ayahnya yang sedikit kentara.

" Puteri Kerajaan sulung seharusnya berani untuk memikul tanggungjawab. Jangan menjadi seorang pengecut " balasan Ayahnya membuatkan JinAe terdiam dan tertunduk.

Ktakkk

Bunyi sudu yang dihentakkan bergema di seluruh ruang makan. Pelayan dan cef yang berada di situ terus berjalan keluar secara perlahan. Manakala Permaisuri mula tersenyum palsu memandang anak gadisnya yang menahan air mata untuk jatuh.

" Beta selesai "

Si Raja mula melangkahkan kaki dan keluar dari ruang makan diikuti beberapa menteri yang sudah menunggu di muka pintu tersebut.

" JinAe, bonda tahu semua perkara ini berat untuk JinAe. Tapi JinAe sebagai Puteri Sulung kerajaan harus tabahnya sayang. Bonda sayangkan JinAe sama seperti ayahanda. Jadi jangan ambil hati ya dengan sikap ayah?" pujuk bondanya.

JinAe hanya mengangguk perlahan. Walaupun selera makannya sudah hilang ditelan bumi, namun gadis tersebut tetap menyantap makanan di pinggannya untuk memperoleh tenaga untuk majlis pertabalan sebentar lagi.

TBC...

Harap sangat korang suka dengan cerita ni. Jangan lupa vote dan tinggalkan komen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro