Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kaki dilajukan melangkah ke arah tempat latihan. Dia sudah terlepas 10 minit disebabkan terbangun selewat pukul 8 pagi. Dalam hati sudah menyumpah serenah dengan keterlanjuran terbuai mimpi di pagi ini dan inilah akibatnya.

"Hailey Handerson!"

Terhinjut bahu Hailey apabila mendengar namanya dipanggil kuat oleh pegawai pelatih angkasawan yang berumur dalam lingkungan 50-an. Muka yang persis harimau sedang mengaum itu dipandangnya perlahan-lahan.

"Im really sorry sir. Its my fault," ujar Hailey sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takut sebenarnya dia melihat renungan tajam pegawai pelatih angkasawan itu. Sudahlah ini kali pertama dia membuat kesilapan memang takutlah jawabnya.

"Memandangkan ini adalah kali pertama Hailey terlambat saya nak Hailey lari 100 meter dan buat pusingan sebanyak tiga kali!" arah pegawai pelatih angkasawan itu dengan nada penuh serius. Pelatih yang berbaris di belakangnya hanya mampu berdiam dan memandang Hailey penuh simpati.

"Okey sir," balas Hailey berserta satu senyuman. Nasib baiklah denda ni tak berat bayangkan kalau dia suruh aku pushup sebanyak 100 kali mahu pengsan lah jawabnya nanti. Eh tapi bagus juga, kan hilang belly fat aku nanti.

Setelah selesai membuat pusingan sebanyak tiga kali, Hailey sempat berehat sebelum menuju ke sebuah kolam renang. Tempat dimana dia akan menjalankan latihan sebentar sahaja lagi.

Kolam renang tersebut berukuran 12.1 meter dalam, 61.5 meter panjang, 31 meter lebar dan saiznya lebih besar daripada kolam renang olimpik. Air kolam renang ini ditetapkan pada suhu diantara 27 hingga 30 darjah celcius dan ditukar setiap hari.

"Di sini saya akan mengumumkan senarai nama yang telah lulus dalam latihan menyelam. Sila dengar nama anda jika disebut dan beralih ke sebelah kanan saya," ujar seorang pegawai penyelam.

Hanya 50 orang calon sahaja yang lulus dalam latihan menyelam dan salah satunya adalah Hailey. Semua calon yang lulus itu terus menghembuskan nafas lega. Dalam hati, mereka berasa bangga dengan pencapaian mereka setakat ini.

Ingatkan aku gagal yelah nama aku disebut paling akhir tadi. Syukur sebab dapat juga aku lepasi latihan renang ni. Bisik dalam hati Hailey.

"Baiklah kepada 50 orang calon yang lulus ni anda diminta untuk memakai sut angkasa lepas kerana selepas ini anda akan menjalani latihan di dalam air. Ingat anda hanya diberikan masa 30 minit untuk bersiap sedia dan rekod anda akan sentiasa dicatat. Faham?"

"Understand sir!"

     

  

           DI BAWAH permukaan air, setiap pelatih dikawal oleh 2 pegawai penyelam dan dibawa ke pelbagai penjuru kolam renang.

NASA mempunyai replika kapal angkasa Soyuz bersaiz sebenar, sebahagian daripada ISS dan peralatan lain. Semua peralatan tersebut dimasukkan ke dalam kolam renang untuk tujuan latihan.

Calon yang lulus tadi ditenggelamkan dan akan melalui latihan membaiki kapal dan aktiviti lain yang mensimulasikan pekerjaan yang perlu dilakukan semasa berjalan di ruang angkasa.

Latihan ini juga bertujuan untuk membiasakan para angkasawan supaya tidak merasa berat yang akan mereka alami di angkasa lepas.

Mereka telah menghabiskan masa selama 6 jam berada di dalam air untuk berlatih dan setelah selesai mereka pun diberikan masa untuk berehat.

Hailey menanggalkan sut angkasa lepas yang dipakainya di bilik persalinan.
Seharian berada di dalam air memang seronok tapi itulah penat dia tak boleh bawa bincang.

Latihan angkasawan tidaklah semudah yang disangka tetapi jika anda memang seorang yang minat meneroka ruang angkasa sebaliknya itu tidaklah menjadi masalah bagi anda.

"Macam mana dengan latihan tadi?" tanya Lucy. Wanita yang berumur 46 tahun itu tersenyum ke arah Hailey. Lucy merupakan seorang pegawai penyelam yang sangat rapat dengan Hailey dan dia jugalah yang banyak memberikan semangat kepada Hailey agar tidak pernah berputus asa.

"Best tu memang best. Tapi itulah sangat penat ditambahkan pula dengan sut angkasa lepas ni. Badan pun rasa berat lepas keluar dari kolam renang tu," ujar Hailey seraya mengeluh perlahan.

"Tak apa lama-lama Hailey biasalah tu. Memang latihan ni agak berat tapi Hailey kena harunginya tanpa rasa berputus asa. Jangan pernah mengalah dan teruslah kejar impian tu. Aku yakin kau akan berjaya!" Lucy menepuk perlahan bahu Hailey.

Dia pun macam tu juga dulu. Demi impiannya dia tidak pernah berputus asa kerana dia percaya akan kebolehan yang ada dalam dirinya dan yakin dia boleh harungi semua latihan yang penuh dengan cabaran itu.

"Terima kasih Lucy sebab dah banyak bagi kata-kata semangat untuk aku. Mesti bestkan bila dah jadi angkasawan yang sah. Tak sabar rasanya dapat title tu," ujar Hailey yang meletakkan harapan agar suatu hari nanti dia akan menjadi seorang angkasawan wanita yang akan menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Lucy tersenyum seraya mengangguk."I believe you can do it because you are the best Hailey. Semua rekod kau setakat ini sangat memuaskan dan aku yakin kau dapat melepasi ujian fizikal NASA kelas 1,"

"I really hope that too," balas Hailey.

"Sebelum saya terlupa nak beritahu, pemimpin angkasawan bersama dengan dua orang saintis angkasawan akan kembali hari ini dan pengarah program menyuruh kita semua berkumpul di dewan untuk menyambut kepulangan mereka setelah hampir setahun berada di stesen angkasa lepas antarabangsa," kata Lucy. Terserlah satu senyuman kebanggaan yang terukir di bibirnya.

Hailey mengganggukkan kepala. Dia pula yang tidak sabar ingin berjumpa dengan pemimpin angkasawan itu. Manakan tidak pemimpin angkasawan itu sering kali dijadikan bualan para wanita di luar sana.

"Hailey jangan lupa datang tau nanti terlepas pula peluang tengok jejaka hensem tu," usik Lucy seraya ketawa.

Memang tak ada yang menafikan pemimpin angkasawan yang dikatakan hot itu menjadi idaman para gadis. Hailey sendiri bukannya tidak tahu yang pemimpin angkasawan itu setiap hari menjadi perbualan hangat di Rusia sekaligus menjadi dambaan para gadis termasuk diri dia sendiri.

"Hm...yelah...yelah..." balas Hailey malas namun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia saat ini.

"Jumpa petang ni. Hailey rehatlah dulu. Kalau nak tidur aku tolong kejutkan nanti,"  ujar Lucy sebelum berlalu pergi.

Setelah Lucy hilang dari pandangan Hailey terus bersorak keriangan kerana sekejap lagi dia dapat berjumpa dengan idolanya.

Feeling dia sekarang ni rasa macam nak pergi concert pun ada.








Comment and vote
I hope you guys like it💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro