Bab 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aiden menepuk bahu Tristan sambil tersenyum senget. Memandangkan latihan akan dimulakan dalam beberapa minit ini, jadi dia masih sempat berbual dengan kawannya itu.

"Aku nak kau buat langkah seterusnya selepas ini. Tapi kali ini kau kena nampak seperti seorang yang amat mengambil berat.
Aku tahu in reallity pun kau memang suka ambil berat. Lagipun Hailey ni satu satunya gadis yang kau suka sudah tentu kau ambil berat tentang dia. Jadi lepas je dia dah selesai latihan parasut tu kau akan ambil step seterusnya seperti yang aku kata semalam," ujar Aiden perlahan.

Tristan berfikir buat sementara waktu. "Tapikan kau rasa makanan yang aku belikan untuk dia dan Lucy pagi tadi dia suka ke atau macam mana?sebab makanan tu aku belikan berdasarkan makanan kegemaran Lucy. Jadi aku fikir je lah yang mungkin mereka berdua ada selera yang sama. Aiden bantu aku boleh tak?kau kan instructor dia,"  ujar Tristan sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Tak...tak boleh. Nanti jadi salah faham pula. Kau kena buat sendiri okey?aku boleh je bantu tapi aku tak nak dia...you know what is it?" dalam hati Aiden sudah membantah seratus sejuta kali. Bukan dia tidak tahu yang Hailey ni sebenarnya degil dan nakal. Sudah tentu kalau dia tanya details tentang Hailey pasti gadis itu mula tertanya-tanya. Mungkin juga tersalah sangkah?

Tristan memuncungkan mulutnya apabila Aiden membantah. "Ala, kau kan boleh je cakap kat dia yang kau nak details dia lagipun kau insructor dia apa salahnya kau ambil tahu details pelatih kau sendiri kan?sebab kau juga mesti kena tahu lebih banyak tentang dia. Maksud aku serba sedikit latar belakang dia. Taklah yang menyentuh sensitif. You know what I mean?"

Lama Aiden berfikir sebelum dia bersetuju.
"I'll try. Aku buat untuk kau. Jangan risau," kata Aiden lalu menepuk bahu Tristan. Senyuman kawannya itu mula kelihatan. Bukan kemain gembira lagi dia ni.

"Tristan,"

Serta merta kedua dua mereka memandang ke arah suara itu. "Tu dia dah datang. Goodluck. Aku pergi dulu," ujar Aiden perlahan lalu melangkah pergi meninggalkan kawannya.

Tristan tersenyum manis. "Ya saya. By the way good morning," kata Tristan.

"Morning too. Err...terima kasih untuk makanan pagi ini. Nah, sebagai ganti untuk makanan yang kau beli tu," Hailey menghulurkan duit kepada Tristan namun Tristan tidak mengambil duit itu.

"Saya ikhlas Hailey. No need to pay me back.
Just take your money back," kata Tristan lembut.

"Tapi-"

"Its okey. Anggap je makanan tu hadiah untuk Hailey kerana lulus latihan kelmarin," potong Tristan laju.

Hailey akhirnya mengangguk perlahan. Dia melihat sekilas jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 7. Dia pun meminta diri untuk ke kem latihan walaupun masih ada beberapa minit lagi sebelum latihan bermula. Puas Hailey mencari keberadaan Aiden namun masih belum dia dapat temui instructornya itu.

"No!dad!please!" rayu Elena berterusan kepada ayahnya. Beberapa pelatih angkasawan hanya memandang ke arah dua  anak beranak itu.

"Elena!mind your behaviour. Di sini kawasan kem latihan. Jangan jadi macam budak-budak. Kalau daddy kata tak boleh itu maksudnya tak boleh. Now go home!" kolonel Edward berkata perlahan namun nampak jelas wajahnya yang kelihatan dalam kemarahan.

"Im not a kid. Yes, thats true!tapi kenapa daddy nak kawal semua kemahuan Elena?
apa yang Elena nak buat semua tak boleh. Benda baik pun daddy larang Elena nak buat. Tapi kalau Charlene semua boleh!this is not fair!" balas Elena seraya menghentakkan kakinya.

Wajah Kolonel Edward sudah kemerahan.
"Respect your twins!Elena balik sekarang. Now!" kini suara kolonel Edward sudah naik seoktaf. Elena hanya menahan air matanya dari jatuh lalu dia segera berlari anak meninggalkan kawasan kem latihan angkasawan.

Hailey hanya memandang Elena yang sudah  jauh. Tidak sangka rupanya hubungan Elena dan ayahnya tidak begitu baik. Tidak mahu dicop sebagai seseorang yang suka jaga tepi kain orang lain dia pun segera berlalu pergi.

Sebelum latihan parasut dimulakan, instructor angkasawan yang sudah diiktiraf memberikan serba sedikit penerangan kepada pelatih angkasawan mengenai latihan parasut dan arahan yang perlu diikuti oleh mereka sebelum latihan dimulakan.

Kolonel Dr.Thomas dan kolonel Edward turut bersama dengan mereka pada ketika itu. Sepuluh orang anggota tentera dari Amerika Syarikat yang bergabung dengan tentera Rusia juga membantu mereka dalam latihan tersebut.

Setelah pelatih angkasawan mendapat penerangan dan arahan yang cukup jelas itu, mereka pun bergerak menuju ke pangkalan tentera udara yang berdekatan dengan kem latihan.

Hailey cuba untuk mencari keberadaan instructornya ketika ini namun masih tidak menjumpainya. Seharusnya Aiden harus bersama dengannya ketika ini namun di manakah dia menghilang?

"Hailey," panggil kolonel Dr.Thomas.

"Aiden ada urusan lain hari ini. Jadi seperti biasa Hailey akan teruskan latihan ini tanpa instructor Aiden," kata kolonel Dr.Thomas lagi.

"Boleh saya tahu?instructor Aiden pergi mana?" tanya Hailey. Dia tahu soalan seperti ini tidak seharusnya ditanyanya namun dia tetap ingin tahu dimanakah Aiden?penting sangatkah urusan itu berbanding latihannya hari ini?

"Itu urusan peribadinya. Hal keluarga. Pagi ini dia dikejutkan dengan panggilan dari hospital yang ibunya dalam keadaan kritikal," jelas kolonel Dr.Thomas. Mendengar sahaja balasan dari kolonel itu, Hailey merasakan kakinya terlalu lemah kerana dia tahu apa yang dirasakan oleh Aiden di saat ini.

Di dalam helikopter, tidak ada perkara lain yang dia fikirkan kecuali memikirkan keadaan Aiden. Arahan dari tentera A.S itu pun sudah hilang fokusnya untuk mendengar. Alexander Maynard yang juga berada di helikopter yang sama dengan Hailey turut menyedari gadis itu seakan akan terganggu oleh sesuatu masalah.

Dia segera menukar posisi duduknya dengan seorang anggota tentera dari Russia.

"Hailey are you okey?" tanya Alexander.

Hailey mengangguk perlahan.

"If there is something wrong just tell me. I'll be there to help you. Goodluck and do the best," ujar Alexander.

"I will," balas Hailey ringkas.

Sejurus itu, pelatih angkasawan diarahkan untuk memeriksa beg payung terjun masing-masing sebelum memakainya. Mereka akan menjalani latihan parasut ini dengan melompat melalui pintu terbuka helikopter tentera dimana latihan ini merupakan latihan yang berkaitan dengan misi terbang bulan Soyuz 7K berawak.

Alexander membantu Hailey untuk memeriksa beg payung terjun yang dipakainya. Hatinya berasa risau melihat Hailey yang tidak kelihatan aktif seperti sebelumnya. Hal inilah yang membuatkan dia takut untuk melepaskan gadis itu.

"Hailey you need to be focus more. Remember. This is your mark and you should be more confident. Come on you can do it Hailey," ujar Alexander bersungguh-sungguh.

"I can do this. Dont worry," kata Hailey perlahan. Namun, dilihat dari raut wajahnya dia nampak tidak bertenaga sahaja.

"Hailey, instructor Aiden is calling you," panggil salah seorang instructor angkasawan yang bertugas untuk menyimpam telefon bimbit para angkasawan di dalam helikopter itu.

Hailey lantas mengambil telefonnya. "Sir...sir...Im here," kata Hailey.

"Hailey do the best. Untuk beberapa hari ini aku tak dapat pergi ke kem latihan atas sebab tertentu. No matter what happen, please you need to be confident. Your mark is the most important right now and you should do the best as you can," kata Aiden. Dia tahu dengan kata-kata semangat yang ringkas yang dia berikan kepada Hailey akan mampu membakar semangat gadis itu.

Hanya itu cara yang dia dapat lakukan. Walaupun hari ini merupakan hari kedukaannya namun dia harus ambil tahu tentang Hailey kerana dia tahu apa tanggungjawabnya terhadap gadis itu.

Hailey tersenyum nipis."Sir, I will do the best. I promise and no matter what happen I will be there for you. Sir, I know that today your...and...and...I promise to be there for you. I pry that everything is going well to you today," Hailey cepat-cepat mengesat air matanya yang mula mengalir. Entah kenapa dia begitu mudah terkesan dengan keadaan Aiden hari ini.

"Dont mind about me. Im okey. So Im going to hang up now. Once again keep fighting. You can do it!"

Hailey mengangguk. "I will!" balas Hailey penuh bersemangat. Tidak menghiraukan semua yang berada di dalam helikopter sedang memerhatikannya apa yang penting dia akan buat sebaik yang mungkin latihan untuk hari ini.

"Hailey are you ready?"

"Yes, I am!"

Alexander tersenyum lega.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro