Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kertas putih A4 diambil dari laci lalu menulis sesuatu di atas kertas itu sambil matanya memerhati skrin komputer dengan khusyuk. Markah setiap pelatih angkasawan ditatap satu per satu sehinggalah nama Hailey muncul. Markah gadis itu ditatap penuh lama dan di dalam hati sudah memikirkan rencana baru untuk gadis itu.

"For this past 1 year, your scores are the most satisfying me. Maybe I have to give you the most challenging exercise after you pass the NASA class 1 and I really want to know how far the strength you have that time," kata Kolonel Dr.Thomas berseorangan di dalam bilik pejabatnya.

Semua markah yang diperoleh Hailey itu memanglah satu kebanggaan di dalam dirinya kerana Hailey merupakan anak kandungnya namun mereka terpisah sudah bertahun lamanya dan apa yang menyedihkan Hailey tidak lagi mengenal siapa dirinya. Mungkin, ini salahnya namun dia tidak berniat untuk kembali lagi dalam hidup bekas isterinya seperti dulu. Soal kehidupan Hailey dan bekas isterinya itu pun langsung dia tidak masuk campur mahupun ambil berat tentang mereka.

"Elizabeth, I don't think that your daughter is energized like this. Maybe I was unaware of her abilities since she was a kid but this is not a point for me to stop giving her a challenge," ujar kolonel Dr.Thomas.

Dan ketika itu pintu officenya diketuk oleh seseorang dari luar dan dia terus sahaja mengarahkan orang itu masuk ke dalam.

Kolonel Edward segera menapak masuk ke dalam sebaik mendengar sahutan dari rakan sekerjanya itu. Fail-fail yang dipegangnya diletakkan di atas meja.

"Kolonel, saya nak kemukakan sedikit idea untuk latihan terakhir Hailey yang akan dibuat pada hari esok. Saya rasa latihan ini agak mencabar dan saya bercadang jika kita biarkan Aiden untuk berikan Hailey persiapan selama tiga hari sebelum Hailey jalani ujian terakhirnya ini," kata kolonel Edward sedikit simpati terhadap Hailey dari hari ke hari disebabkan satu hal.

Setiap hari gadis itu akan menjalani ujian latihan yang sememangnya agak memenatkannya. Dia sedar bahawa beberapa minggu ini, tidak ada rehat pun yang diberikan khas untuk gadis itu. Dibandingkan Max, rehat yang diberikan oleh lelaki itu baru-baru ini amat banyak sedangkan markah yang dia perolehi pun tidak sebaik yang dicapai oleh Hailey.

Kolonel Dr.Thomas hanya membiarkan kata-kata kolonel Edward itu ditiup angin.
Jika, hal yang dibawa oleh rakan sekerjanya itu adalah mengenai Hailey maka dia tidak akan mempersetujui mahupun menyokong pendapat kolonel Edward itu kerana apa yang dilakukan oleh Hailey adalah di bawah suruhannya kepada Aiden. Jika Aiden memungkiri setiap arahannya maka, Aiden lah orang pertama yang terlebih dahulu berjumpa dengannya.

"Kolonel...apa pendapat kolonel mengenai latihan terakhir Hailey esok?" kali ini kolonel Edward pula yang bertanya. Melihat wajah rakan kerjanya itu seperti berdiam saja jadi dia mengambil keputusan untuk mengalihkan soalan.

"Apa yang sudah termaktub dalam fail ini maka itulah keputusan terakhir. Saya tidak akan bercakap banyak mengenai latihan Hailey, dan sama sekali tidak mahu mendengar sebarang bantahan dari mana-mana pihak. Saya seorang yang berhak untuk mengendalikan mahupun memberhentikan Hailey. Oleh itu, keputusan yang saya buat adalah muktamad," balas kolonel Dr.Thomas dengan tegasnya.

Kolonel Edward menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Sungguh dia tidak faham dengan ketegasan yang dimiliki oleh rakan kerjanya itu. Kalau diikutkan yang betul, hal ini sama sekali tidak adil kepada Hailey. Jika ada apa-apa yang terjadi pada gadis itu pasti instructor Aiden yang dipersalahkan terlebih dahulu.

"Kalau begitu, saya hanya memperingatkan kolonel satu perkara sahaja. Buatlah kerja secara adil dan saksama dengan sesiapa sahaja. As a colonel we must have our own honesty and integrity for all the trainee so that they put their high beliefs on us. Saya keluar dulu," pamit kolonel Edward lalu melangkah keluar.

"Jadi sekarang ini kolonel mahu berikan saya nasihat?" tanya kolonel Dr.Thomas yang membuatkan langkah kolonel Edward terhenti. Dia memusingkan badan dan menghadap semula ke arah kolonel Dr.Thomas berserta satu senyuman nipis.

"Saya cuma memperingatkan untuk kebaikan kita semua," balas kolonel Edward dan tanpa menunggu jawapan dari rakan kerjanya dia pun terus keluar dari pejabat itu.







             BUKU-BUKU mengenai panduan latihan simulasi moon walk spacesuit dibaca  penuh khusyuk oleh Hailey di luar kediamannya. Dia ada masa setengah jam lagi sebelum masuk untuk tidur kerana jam telah menunjukkan ke angka 11:00 p.m. jadi dia harus mengambil tidur yang secukupnya untuk latihan terakhir esok.

Panduan itu dibaca sambil dia memahami page ke page seterusnya. Tidak hanya itu dia cuba untuk menghafal apa yang paling penting supaya dia tidak blur apabila sampai di tempat latihan esok pagi. Secawan kopi yang masih panas diambil lalu menghirupnya perlahan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Sampai di page ke-47, Hailey mengambil keputusan untuk menutup buku kerana esok pagi jam 7 dia akan cuba untuk membaca nota-nota penting yang ditulisnya. Lagipun berada di luar rumah saat ini, terasa begitu sejuk sehinggakan menusuk di tulang.

Namun belum sempat dia menyusun semua bukunya, loceng di pagar rumah berbunyi.
Hailey lantas memandang ke arah tersebut dan melihat satu figura yang sedang berdiri di luar pagar sambil melambai ke arahnya. Dia cuba untuk mengecam wajah tersebut, dan apabila Tristan memanggil namanya barulah dia menyedari figura tersebut adalah Tristan. Tapi apa yang dia buat malam-malam buta macam ni?

Hailey pun segera menapak menuju ke arah pagar. Semakin dia maju semakin itulah wajah Tristan dekat. Dia hanya memutuskan untuk bercakap dengan lelaki itu dari dalam memandangkan dia takut. Bukan takut dengan Tristan, namun dia takut untuk mengambil risiko.

"Err...saya ganggu masa Hailey belajar ke?" tanya Tristan seraya tersenyum manis. Memang Hailey sendiri nafikan yang Tristan memang kacak apabila tersenyum tapi tak mampu dikalahkan jika itu Aiden. Isy apalah aku ni, tak baik tau kata gitu.

"Taklah, saya sebenarnya baru je selesai study. Kau buat apa kat sini malam buta macam ni?ada sesuatu yang penting ke?" ujar Hailey ingin tahu. Tak pernah-pernah lagi Tristan berkelakuan seperti ini. Itu yang buat dia takut. Aku jujur sekarang ni.

"Sebenarnya saya nak bagi Hailey nota ringkas ni untuk baca esok pagi supaya Hailey tak stress. This note is very helpful and I believe that it's will make easy for you to understand. Nota ni saya bagi khas untuk Hailey. Saya tahu esok ialah hari terakhir ujian kau jadi kau perlu buat dengan sebaik yang mungkin. I just want to tell that, if you have any problems you can ask me anytime. I'll be there to help you. I promise," kata Tristan penuh keikhlasan dan ketelusan di dalam hati.

Hailey memandang nota yang dipegang oleh Tristan itu lama. Betapa gembiranya dia jika orang yang berdiri di hadapannya sekarang ini ialah Aiden. Apakah instructor Aiden betul-betul tidak mengambil berat mengenai latihan terakhirnya esok. Kenapa harus orang lain yang muncul sedangkan dia amat berharap Aiden yang muncul malam ini?

"Hailey, Hailey okey tak ni?" panggil Tristan sedikit risau.

"Instructor Aiden di mana ya sekarang?" tanya Hailey.

"Dia...dia dah tidur," balas Tristan. Namun, dia hanya terpaksa berbohong kerana Aiden sebenarnya memarkir keretanya di tepi jalan. Ini adalah idea Aiden dan semestinya Aiden menemani dia datang ke rumah Hailey cuma Aiden tidak menunjukkan dirinya kerana dia cuma menjadi spy di dalam kereta.

Raut wajah Hailey bertukar namun dia cepat-cepat mengawal dirinya supaya tidak disyaki oleh Tristan. Pintu pagar dibuka dan dia mengambil nota itu dari Tristan.

"Thank you for this note," ucap Hailey seraya tersenyum paksa.

"I wish you good luck for tomorrow. I'll wait you tomorrow morning," kata Tristan lagi. Senyuman Hailey itu mampu menggegarkan seluruh anggota badannya kerana senyuman gadis itulah yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Hailey mengangguk tanpa dia sedari. Bermacam-macam perkara yang bermain di dalam fikirannya sehinggakan dia tidak menyedari yang dia bersetuju dengan menganggukkan kepala.

Tidak mahu berlama-lama, Hailey terus masuk ke dalam dan menutup semula pagar tanpa menoleh ke arah Tristan.

"Good night Hailey," Tristan melambaikan tangannya dengan senyuman yang penuh kegembiraan.

"Good night too," balas Hailey.

Setelah Hailey hilang dari pandangannya, apalagi dia terus melompat kegembiraan kerana plan yang dibuat Aiden berjaya dan berhasil. Ketika itu barulah Aiden keluar dari kereta dan menayangkan thumbs up ke arah kawan baiknya.

"Plan kau memang terbaiklah!" ujar Tristan seraya menepuk bahu Aiden dan Aiden pula hanya tersenyum. Selagi dia boleh buatkan Tristan bahagia dan gembira dia akan membantu Tristan sehinggakan impian kawan baiknya itu untuk memiliki Hailey tercapai.


















Wait for the very sad part😉
Thanks for the read lovelies♥😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro