Anime One Shot Story Contest

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Meet My Anime Crush

Kumiko x Yato

"Eh?Kat mana ni?"kata gadis itu hairan.Bukankah dia sepatutnya tidur di dalam bilik selepas menonton anime 'Noragami'?Kenapa pula sekarang dia berada di tengah bandar?

Kumiko's POV

Aku berjalan lalu melihat sekeliling bandar tersebut.Tapi ada sesuatu yang pelik.

Kenapa aku macam kenal tempat ni?

"Sekki!"aku melihat ke sisi. Tak mungkin...suara tu...

"Engkau yang berani mengotorkan bumi Matahari Terbit ini!Aku akan serahkan kuasa kepada Sekki dan singkirkan pengotoran engkau!" seorang lelaki berambut hitam membaca mantera lalu mula menyerang makhluk hodoh berupa seperti belut itu.

"Carik!"Dengan arahan tersebut,makhluk itu terbelah dan meletup menjadi seperti debu.Aku terkedu melihatnya.Ini mesti mimpi!Lelaki di hadapan aku ni...

YATO?!!! OMG! AKU MIMPI NI! AKU DAPAT JUMPA YATO!😱😱😱

"Yukine!Kembali!"seru Yato kepada pedangnya.Pedangnya bercahaya lalu bertukar menjadi seorang budak lelaki berambut kuning.

"Kerja bagus tu,Yukine!"puji seorang gadis berambut hitam dan mempunyai ekor ungu di belakangnya.

"Hehehe...terima kasih Hiyori!"ucap Yukine sambil tersipu malu kerana dipuji.

"Apapun,aku kena balik sekarang.Esok kita jumpa lagi,bye!"kata Hiyori lalu terus berlari meninggalkan mereka berdua.Mereka berdua juga mula berlalu dari situ.Belum sempat aku memanggil mereka,seekor makhluk berupa seperti ular menjalar di sisi aku.

"Apakah?!Jauhkan diri dari aku lah!"kata aku panik sambil melarikan diri. Namun,kakiku tiba-tiba sahaja dililit oleh ular tersebut.

"Kau boleh nampak aku?Oh~kau ni apa?Bau kau pun sedap~"

Kata-kata makhluk tersebut berjaya membuatkan bulu roma aku meremang!Aku meronta untuk melepaskan diri.Urgh!Ayakashi tak guna!Tolong aku!

"Sekki!"seseorang muncul lalu terus menyerang Ayakashi tersebut.Disebabkan serangan tersebut,Ayakashi tersebut melempar aku ke belakang.

"ARGGGHHHH!"jerit aku sekuat hati.Mak!Aku tak nak mati lagi!Pada masa itu juga,seseorang menyambut aku dari belakang.Aku segera berpaling.Membulat mataku tatkala melihatnya.

"Kau tak apa-apa?"soal Yato dengan riak muka risau.Y-Yato!!! Aku hanya mampu mengangguk,terlalu teruja dengan kenyataan sekarang.Yato mula membaca manteranya yang aku sendiri dah terhafal dan Ayakashi tersebut telah bertukar menjadi debu.

"Oh wow!Kau memang alat suci aku yang terbaik,Yukine!"puji Yato sebaik sahaja Yukine menjelma semula.

"Heh!Aku tahu!"kata Yukine penuh bangga.Aku mula berjalan menghampiri mereka.

"Urmm...terima kasih sebab selamatkan aku"ucap aku sambil menunduk hormat.Yato tidak membalas bahkan terus merenungku.Aku hanya membuat muka hairan.

"Kau boleh nampak makhluk tu?"tanya Yato sambil mendekatkan mukanya kepadaku,membuatkan muka aku memerah.

"Eh?K-kalau ya,kenapa?"tanya aku sambil menjarakkan diri daripadanya.Urgh...Yato,kau tahu tak aku minat kau?!

"Mustahil manusia biasa boleh nampak Ayakashi..."ujar dia,membuatkan aku tersedar sesuatu.Mestilah dia pelik!Aku lupa aku bukannya dari dunia ni!

"A-aku memang macam ni sejak kecil..."terpaksa aku tipu.Yato pula hanya mengangguk,tanda dia percaya.Lega aku...

"Ok,kalau macam tu,bye!"kata Yato lalu mula berjalan pergi.Alamak!Aku tak nak ditinggalkan kat sini!Dengan segera aku menarik bajunya.Yato memandangku dengan wajah hairan.

"Tolong lindungi aku!Aku tak suka diganggu oleh makhluk tu!"kata aku sambil merayu.

"Tapi itu bukan kerja aku sebagai dewa"ujar dia selamba.

"K-kalau macam tu,tunaikan lah permintaan aku ni!"ucap aku lagi.Kali ni mesti dia akan terima punya!Yato memandangku lalu menggaru kepalanya.

"Nah"Yato memberikan sesuatu seperti rantai kunci kepadaku.Kelihatan beruang kuning bernama Capyper yang agak terkenal dalam anime 'Noragami' itu.

"Ini tangkal terbaik yang aku ada.Ia akan lindungi kau"ujar Yato sambil menyerahkan benda tersebut di tanganku.Aku memandang lama benda tersebut.

"Pfft...!Ahahahahahaha! Ini tangkal ke rantai kunci?!!"pecah ketawa aku.Yukine juga turut serta ketawa.😂😂😂

"Hoi!Kau jangan hina Capyper aku!Kau,Yukine!Berhenti gelak lah!"marah Yato apabila diketawakan.Muka bengang dia selalu menghiburkan aku.

"Kalau tak nak,bagi aku semula!"ujar Yato lalu ingin merampas benda tersebut namun aku segera memakainya di pergelangan tanganku.

"Terima kasih!"ucap aku sambil tersenyum manis.Crush bagi,takkan tak nak ambil.😍

Dan sejak itu hubungan kami menjadi semakin rapat.Aku semakin kerap berjumpa dengannya,bahkan Hiyori,Kofuku,Daikoku dan yang lain juga sudah mengenaliku.

"Selamat pagi,Kumiko!Kenapa ni?Kau nampak tak bersemangat je"soal Hiyori sebaik sahaja mereka bertembung seusai Hiyori pulang sekolah.Aku?Malas lah nak daftar sekolah:p

"Eh?Ye ke?Tak de apalah..."aku tipu Hiyori.Sebenarnya,kata-kata pari-pari yang aku jumpa tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinga aku.

"Kalau kamu ingin kembali ke dunia kamu,jangan pernah mencintai seseorang di sini.Kalau tidak,kamu akan lenyap dari dunia asal kamu dan dunia ini juga..."

Mulanya aku tak begitu kisah tentang tu,tapi sekarang ya sebab...

"Yato!"Dari jauh,kelihatan Yato membalas lambaian Hiyori.Begitu juga dengan Yukine.

"Hiyori~Aku teringin sangat nak pergi ke Capyper Land~"ujar Yato dengan nada gedik.Nak bodek lah tu.😒

"Tapi mahal lah"kata Hiyori cuba menolak pelawaan Yato.

"Aloo~Jom lah~"pujuk lagi Yato.Dan mula lah sesi berdebat mereka.Aku pula hanya mampu tersenyum miris melihat kemesraan mereka.

Eh...?

Jangan cakap aku...

Aku segera menggelengkan kepala.Tak mungkin lah...

"Maaf lah korang,tapi nampaknya aku tak dapat ikut lah"ujar aku sambil tersenyum simpul.

""Alah~Kenapa Kumiko?"soal Yukine sambil membuat muka sedih.Alahai budak ni...😅

"Maaf tapi aku memang tak boleh ikut korang,mungkin lain kali ya.Ok,selamat tinggal!"kata aku lalu segera pergi dari situ.Yato hanya memandang aku pergi.

'Atau mungkin takkan...'

##########

Aku kini berjalan di sebuah taman.Jam menunjukkan pukul 10 malam.Aku memandang sekeliling taman tersebut sambil tersenyum sendiri.

"Kumiko..."aku segera berpaling.

"Yato...?"kenapa dia ada kat sini?Yato berjalan menuju ke arahku.

"Kau nak pergi mana,Kumiko?"soalan tersebut membuat aku tersentak.Aku segera mengalihkan pandangan daripadanya.

"Apa yang kau sembunyikan sebenarnya?"tanya lagi Yato sambil merenung tepat ke wajahku.

Mata itu...

Mata yang dalam dan penuh seribu makna...

"Yato...maaf..."sebaik sahaja aku berkata,seluruh badanku mula mengeluarkan cahaya terang.Badanku juga terapung!

"Kumiko!Apa maksudnya ni?!"jerit Yato sambil tangannya cuba menggapaiku.Namun cahaya yang terang tersebut tidak membenarkan dia berbuat demikian.

"Yato...maaf.Aku sebenarnya bukan berasal dari dunia ni.Dunia aku adalah dunia lain.Tapi aku gembira sangat dapat jumpa kau dan yang lain.Terima kasih,Yato!"ucap aku sambil tersenyum.Air mata mengalir di pipiku,rasa sebak cuba untukku tahan.

"Kumiko!"Yato semakin pani tatkala melihat tubuhku kian menghilang.Aku menggerakkan mulutku.Seakan-akan membisikkan sesuatu.Membulat mata Yato tatkala mendengarnya.Jasadku hilang dibawa angin malam.

'Aku cintakan kau...'

"Kumiko!"

"Kumiko!Kamu dengar tak?"aku mengerdipkan mataku beberapa kali,mencari sumber suara tersebut.

"Hish kamu ni!Tidur je kerja!Cepat turun!Dah nak makan malam ni!"eh?Ibu?Aku memandang sekeliling.

Kelihatan katilku yang bersepah dengan manga, sebuah komputer riba yang setia berada di hujung katil dan snek-snek yang telah habis dimakan.Ini...bilik aku?

Jadi,semua tu hanya lah mimpi?Aku hanya mengeluh.Ingatkan betul-betul terjadi...Aku mula bangkit untuk pergi mandi.

'Kling!'🔔

Bunyi apa tu?Aku memandang sumber bunyi tersebut.Membulat mataku tatkala melihatnya.

Kelihatan rantai kunci Capyper tergantung kemas di pergelangan tanganku.Jadi maknanya...

Aku tersenyum.Air mata bergenang di pelupuk mataku.

"Aku cintakan kau,Yato..."ucap aku sambil memeluk rantai kunci tersebut.Tanpaku sedari angin membawa bisikan seseorang.

"Aku pun cintakan kau,Kumiko..."

(1000 words)

Tamat

Anime_ClubOfficial

Sengal punya citer!!!😂😂😂😂😂Serius tak percaya gila aku buat citer macam ni!*hantuk kepala kat dinding

Apapun,harap suka.Ayumu failed lah bab buat citer cintan-cintun ni.😂Kalau tak jadi,sila kecam~

Naoko:Tak habis-habis dengan kecam dia tu 😒

Suka hati aku lah 😑

Oh ya,Ayumu menggunakan watak daripada anime 'Noragami'!

Jaa,matta nee!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro