BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

https://www.youtube.com/watch?v=Lk6GSqWpL_E

(Ni just ibarat instrument serunai malam macam tu la)

Dikala malam tiba
Sang serunai malam menjelma
Melihat dirimu mendampingimu
Kehadirannya mahu menuntut janji
Janji ayahmu sejak azali
Janjinya yang masih belum terpatri
Demi mengejar cita dan harta
Serunai malam jadi miliknya
Perjanjian hanya seketika cuma
Pulangkan serunai ke tempat asalnya
Bila masanya sudah tiba
Hingga melepasi pada waktunya
Serunai malam tiada ditempatnya
Beginikah sikap semua manusia
Bila mereka telah berjaya
Mencapai cita-cita dunia
Mudah alpa dan terleka
Sang serunai malam
Hadir tanpa dipinta
terus menanti akan janjinya
Jika masih tidak tertunai
Anak gadis galang gantinya...

LISA terjaga dari tidurnya tatkala terdengar alunan syair seakan nyanyian gemersik. Dia bangun duduk dan turun dari katil.

Mula mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Seiring dengan bunyi siulan serunai malam yang sungguh mengkhayalkan.

' Suara siapa tu ya? Gemersik sungguh,' desis Lisa.

Si pendusta
Tidak layak memiliki permata
Permata anugerah yang Esa
Si permata anak yang jelita
Si jelita untuk si sempurna rupanya
Tegap tubuhnya
Bundar matanya
Biru cair anak matanya
Lunak suaranya
Gemersik siulan serunainya
Janji tidak ditepati
Si jelita pasti dimiliki
Tiada yang mungkiri
Kerana itu yang pasti
Cinta yang hakiki bakal terjadi
Itulah padahnya
Bila janji tak dipatri...

Alunan gemersik suara nyanyian pula berkumandang memecah gegendang telinga Lisa. Mata Lisa meliar ke setiap penjuru ruang kamarnya mencari arah datangnya suara itu. Sepertinya datang dari arah jendela di hujung katil Lisa.

Lantas dengan perlahan dia menghayunkan langkah menuju ke arah jendela. Tingkap sliding itu di buka untuk di lihat ke arah luar mencari tuan si empunya suara. Tiada. Sunyi sepi. Barangkali semua penghuni bandar itu sudah terlena di buai mimpi indah. Hanya dia yang masih berjaga dek kerana gangguan yang menyeramkan itu.

"Lisa..." Tiba-tiba kedengaran suara seseorang menyeru namanya membuatkan Lisa tersentak lalu dia terus berundur ke belakang.

Kepalanya tertoleh ke kiri ke kanan. Tiada sesiapa. Alunan serunai malam hilang lenyap begitu sahaja.

Zass!

Pada waktu yang sama, Lisa terlihat lintasan kelibat hitam dari arah jendela. Dia terkejut. Matanya membulat merenung ke luar jendela. Mahu melihat apakah ia?

"Apa benda tu?" Jantung Lisa berdegup kencang.

Dia mulai rasa meremang dan ketakutan. Apakah yang mengganggu dirinya tika itu? Sungguh dia tidak mengerti.

"Lisa..." Kedengaran lagi suara gemersik lelaki yang menyeru namanya.

Menggeletar tubuh Lisa tika itu tidak dapat dikawal lagi. Sungguh dia berasa ketakutan.

"Mama... papa... Lisa takut..." Lisa merintih sendiri.

Mengapa dikau takut?
Mengapa dikau resah?
Usah gentar usah resah
Dengari aku dengari syairku
Dengari siulan serunaiku
Pasti kau bakal jatuh hati
Wahai si jelita...

Suara gemersik sekali lagi hadir dengan mendendangkan syair indah namun tidak pada pendengaran Lisa. Baginya, ia amat menyeramkan.

Lisa menerkup telinganya. Air matanya mula merembes keluar.

"Pergi! Jangan ganggu aku!" jerit Lisa cuba mengusir suara syair dan alunan serunai malam yang sering mengganggunya saban malam.

Alunan serunai makin menjadi-jadi bergema ke seluruh genap ruang kamarnya.

"Diam! Pergi!" bentak Lisa dalam nada terketar-ketar kerana ketakutan akan suara syair ghaib itu.

Suasana sepi. Lisa yang terasa kesunyian itu mula menjatuhkan tangannya yang tadi menerkup telinganya. Dia merasa lega apabila suara syair ghaib dan juga alunan serunai sudah tidak didengarinya.

Lisa bingkas bangun untuk menutup jendela. Risau jika perkara ghaib akan masuk ke ruang kamarnya. Elok sahaja tangannya menggapai cermin jendela mahu dikatup, dia terasa angin bayu meniup lembut ke wajahnya. Saat itu, automatik bulu romanya dari seluruh anggota badan mencacak naik. Sekali lagi keseraman datang bertandang ke dalam diri Lisa. Lantas dia menggosok lengannya berharap bulu roma yang mencacak naik itu bisa turun secepatnya. Sungguh dia tidak suka dengan rasa itu.

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang...

https://www.youtube.com/watch?v=CFZ9g9vEdbE

Suara tadi kembali lagi bergema. Kali ini bukan lagi syair cinta seram itu. Tetapi, lagu zaman P. Ramlee. Tanya sama pokok. Amat menyeramkan. Yang lebih menyeramkan, setiap rangkap yang dinyanyikan itu, seiring dengan apa yang terjadi di luar jendela. Pokok bergoncang. Angin datang dengan tiba-tiba. Lebih kuat dari tadi menyapa tubuh Lisa yang sedang berdiri di jendela itu.

"Apa pulak kali ni?" Lisa mengundur setapak demi setapak.

Matanya meliar ke serata tempat. Risau jika sesuatu muncul di sekelilingnya.

"Apa benda yang kacau aku ni? Tolonglah jangan ganggu aku..." rayu Lisa bersungguh bersama tangisan kecil.

Tidak lama kemudian, keadaan menjadi seperti sediakala. Tiada lagi angin. Tiada lagi pokok bergoyang. Suara nyanyian itu juga menghilang.

Tubuh Lisa masih menggigil ketakutan. Dia masih tidak dapat mengawal dirinya dari terus menangis di situ. Kakinya yang lemah terus jatuh terduduk di atas lantai kayu jati.

"Apakah semua ni? Aku tak fahamlah!" Lisa meronyokkan rambutnya hampir jadi tidak waras dengan gangguan seperti itu saban malam.

Disangkanya keadaan sudah reda. Lisa cuba gagahkan diri untuk bangun dan berniat mahu menutup cermin jendela.

Dengan tangan yang menggeletar, Lisa menggapai cermin kaca jendela mahu ditutup. Dengan tidak semena-mena...

Zass!

Satu cahaya terang benderang datang menyerang Lisa dari hadapan menyebabkan Lisa silau dan terkejut yang teramat.

"Mama! Arghhhh!" Lisa menjerit sekuat hati dan pandangannya makin kabur.

Tidak sampai sesaat terasa tubuhnya seakan melayang dan terjatuh ke atas sesuatu. Pandangan Lisa semakin kelam. Sepi. Pitamkah dia?

cikdella_
Biqash
DiyaDizyaa
EiykaNightmaree
erarusli
farahwahida12
iennaaidiel
nls_0313
NornuliKassim
rinarin75
Rodhiyatul_
Yana_one
jambaru

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro