TEASER 2 EBOOK ANNYEL

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

➡️REVAMP EBOOK SALE‼️
➡️JOM DAPATKAN EBOOK REVAMP TEAM MAMA GOJES ‼️

#revampEbook
#aisyLoveKarya
#TeamMamaGojes
---

TEASER 2 ANNYEL

“LISA! Alisa Khalid!” Nama itu dilaung dengan kuat setelah beberapa kali dipanggil tidak bersahut. Lisa masih dengan dunianya. Alunan serunai itu sering mengganggunya hingga membuatkan dia berkhayal sendiri bagaikan mayat hidup keadaannya.

“Lisa! Alisa Khalid!” Cikgu Fatimah masih tidak berputus asa memanggil nama pelajarnya itu kerana hanya Lisa yang tidak memberi tumpuan di dalam kelasnya.

Masih tiada respons membuat wanita itu geram, lantas mengambil tindakan untuk menepuk meja budak perempuan itu bertujuan menyedarkannya dari terus berkhayal.

Pang!

Bunyi tepukan meja yang kuat itu automatik memeranjatkan Lisa dan terpecah khayalannya. Budak perempuan itu terus memanggung  kepala  memandang  ke arah Cikgu Fatimah yang sedang berdiri di hadapannya. Cikgu Fatimah berasa lega kerana dia telah berjaya menghapuskan bunga mimpi Alisa.

“Kenapa dengan kamu ni, Lisa? Apa masalah kamu? Kenapa tak tumpukan perhatian dalam kelas? Kalau kamu datang sekolah asyik nak berkhayal macam ni, baik kamu tak payah datang. Saya tahulah ayah kamu orang kaya dan mampu menghantar kamu ke sekolah VIP ni.

Tapi, itu tak beerti yang kamu boleh main-main dalam kelas dan berkhayal. Rugi ayah kamu bayar mahal-mahal untuk melihat kejayaan kamu di masa depan, tapi anak dia langsung tak tumpukan perhatian dalam kelas ketika cikgu tengah mengajar. Kamu tak kasihan pada mak ayah kamu ke yang nak tengok kamu berjaya?” Berjela Cikgu Fatimah menceceh pelajarnya itu.

Lisa hanya pamerkan sengihan sinis.

“Mama papa nak tengok saya berjaya? Itu semua alasan aje. Apa guna hantar  anak belajar pandai-pandai tapi langsung tak menerapkan nilai kasih sayang pada anak-anak mereka?

Sebenarnya, bukan kejayaan anak yang mereka mahukan. Tapi, kehancuran pada masa depan anak mereka. Itu yang mereka mahukan!” balas Lisa seiring dengan riak tak berperasaan yang dipamerkan.

Kelihatan biadab cara jawapannya pada guru yang mendidiknya. Namun begitu, itulah kebenaran yang Lisa lalui selama ini sejak dari lahir hingga dia tidak mengenali apa itu erti kasih sayang keluarga yang sebenar.

Dia tak merasai serta memiliki semua itu. Dia hanya bersendirian. Kedua ibu bapanya sibuk mengejar cita-cita duniawi sehingga anak-anak terabai. Ya, itu yang Lisa lalui selama ini. Dia tidak melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain. Sejak kecil dia perlu hidup berdikari dan mengalami gangguan yang menakutkan itu sendirian. Dia sudah lali dengan semua itu.

Cikgu Fatimah berasa tercabar dan marah mendengar jawapan Lisa yang tidak seperti kanak-kanak lain. Gaya jawapannya persis orang dewasa. Mungkin kerana apa yang dilaluinya itu lebih membuat Lisa cepat bersikap matang dan lebih berfikiran seperti orang dewasa berbanding dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya.

“Jangan biadab, Lisa! Berani kamu cakap macam tu pada kedua orang tua kamu. Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni?” tegur Cikgu Fatimah dalam nada yang cukup tegas.

Lisa melempar tenungan helang ke dalam anak mata Cikgu Fatimah sedalamnya. Senyuman sinis masih terukir.

“Tetapi, itulah kebenaran yang saya lalui, Cikgu Fatimah. Mereka tak sayangkan saya. Mereka hantar saya ke sini sebab tak nak tengok muka saya dekat rumah tu. Mereka nak tengok kehancuran saya perlahan-lahan. Ya, itu yang mereka mahu!” Cikgu Fatimah tidak betah mendengarnya lagi.

“Lisa! Enough! Saya nak jumpa awak kat pejabat lepas habis kelas. Saya akan panggil mak ayah awak sekali.” Cikgu Fatimah memberi arahan tegas kemudian meneruskan pengajarannya dalam Bahasa Sains.

Lisa terus merenung ke luar tingkap kelasnya. Dia duduk bersendirian. Tiada siapa yang mahu mendekatinya dalam keadaan dia yang suka berdelusi sebegitu yang adakala  naik angin tak tentu hala.

“Lisa...”

Pada waktu yang sama, kedengaran lagi suara gemersik seorang lelaki menyeru namanya seperti yang dia dengari saban malam. Lisa terus menekup telinganya. Tidak mahu mendengarinya lagi.

“Lisa...” Kedengaran lagi. Lagi dan lagi.

“Lisa...” Lisa menggeleng-geleng, tidak suka mendengarnya.

“Tidak. Pergi!” Lisa mengusir suara itu menyebabkan satu kelas memandang ke arahnya serentak. Pelik rakan sekelas mereka meradang dengan tiba-tiba sedangkan murid-murid di situ seorang pun tidak mendengari suara yang memanggil-manggil namanya.

“Lisa! Stop it!”  jerkah Cikgu Fatimah yang turut berasa seram dengan tindakan Lisa yang bercakap sendiri itu.

Lisa terkejut dijerkah sebegitu terus berlari keluar dari kelas. Cikgu Fatimah tersentak. Kerisauan mulai menular ke dalam dirinya. Dia terus menghubungi kedua ibu bapa Lisa.

“Amir, tolong jagakan kelas sekejap. Saya nak dapatkan Lisa. Risau dia buat yang bukan-bukan nanti,” pesan Cikgu Fatimah kepada Amir, selaku ketua kelas.

“Baik, cikgu,” jawab Amir yang turut risaukan Lisa yang tiba-tiba berlari keluar seperti orang terkena rasukan ablasa pula gayanya.

“Zain Khairin, kamu ikut cikgu. Kita cari Lisa. Jangan sampai dia hilang lagi seperti sebelum ni,” arah Cikgu Fatimah  kepada  Zain  Khairin, salah seorang  murid dari kelas Enam Cemerlang.

“Baik, cikgu. Mari kita cari dia.” Khai bersedia untuk membantu Cikgu Fatimah mencari Lisa.

Lisa pula berlari entah ke mana. Dia tidak sedar.

Tiba di bilik muzikal, langkahnya termati tatkala terdengar seperti ada seseorang sedang meniup serunai di dalamnya. Lisa menggigil ketakutan. Dengan langkah perlahan-lahan dan penuh berhati-hati, dia memberanikan diri untuk menjengahkan diri ke dalam bilik muzikal. Pintu itu dibuka perlahan.

Siulan serunai itu masih kedengaran. Dengan penuh debaran, Lisa melangkah masuk ke dalam.

Tiada sesiapa di dalam bilik muzikal itu membuatkan Lisa tertanya-tanya, dari mana datangnya alunan serunai itu? Matanya melingas ke seluruh genap ruang bilik muzikal. Suasana di dalamnya agak kelam kerana tanpa cahaya lampu yang menerangi kawasan itu.

Kini, Lisa berdiri tercegat di tengah ruang bilik muzikal. Masih menghayati alunan serunai malam yang masih bergema. Disangkanya hanya malam kedengaran gangguan seperti itu. Ternyata, siang pun masih ada? Sungguh Lisa tidak mengerti dengan apa yang terjadi dalam hidupnya selama ini.

Di kala malam tiba
Sang serunai malam menjelma
Mencenung dirimu mendampingimu
Kehadirannya mahu menuntut janji
Janji mereka sejak azali
Janjinya yang masih belum terpatri
Demi mengejar cita dan harta
Serunai malam jadi miliknya
Perjanjian hanya seketika cuma
Pulangkan serunai ke tempat asalnya
Bila masanya sudah tiba
Hingga melepasi pada waktunya
Serunai malam tiada ditempatnya
Beginikah sikap semua manusia
Bila mereka telah berjaya
Mencapai cita-cita dunia
Mudah alpa dan terleka
Sang serunai malam
terus menanti akan janjinya
Jika masih tidak tertunai
Anak gadis galang gantinya...

Kedengaran alunan syair saban malam yang didengari oleh Lisa bersenandung indah. Syair yang sama. Sungguh Lisa tidak mengerti maksud kata-kata dalam syair itu. Hingga dia boleh hafal sedikit ayatnya.

“Siapa kau?” soal Lisa ingin tahu suara si empunya pensyair indah bersama pemain serunai malam itu.

Si pendusta
Tidak layak memiliki permata
Permata anugerah yang Esa
Si permata anak yang jelita
Si jelita untuk si sempurna rupa
Tegap tubuh sasanya
Bundar matanya
Biru cair manik matanya
Lunak suaranya
Gemersik siulan serunainya
Janji tidak ditepati
Si jelita pasti dimiliki
Tiada yang mungkiri
Kerana itu yang pasti
Cinta yang hakiki bakal terjadi
Itulah padahnya
Tatkala janji tidak dipatri...

Suara itu tidak menjawab pertanyaan Lisa. Malah dia terus bersyair indah membuatkan gadis tersebut terus menekup telinganya. Seriau.

“Pergi! Jangan ganggu aku!” Lisa ingin berundur, berniat mahu beredar dari situ.

Malangnya, dengan tiba-tiba terasa kakinya bagaikan digam ke simen. Tidak mampu bergerak. Pada waktu yang sama, angin sendalu entah datangnya dari mana menyapa lembut ke wajah Lisa. Haruman mawar terhidu dan sungguh menusuk ke rongga hidung gadis tersebut hingga menyesakkan nafas.

“Bau wangi dari mana pulak ni?” Lisa bermonolog sendiri.

Pelik, tiba-tiba  datang  bau haruman mawar putih di situ. Sedangkan dekat sekolah itu tidak ada sebarang pokok mawar putih yang ditanam. Bagaimana ia boleh terbau haruman itu dengan begitu kuat sekali? Sungguh aneh.

“Bebaskan aku. Jangan ganggu aku. Kau tahu tak, disebabkan kau... hidup aku tak terurus macam ni. Orang semua dah anggap aku gila sebab kau mengganggu aku terus-terusan macam ni. Pergilah! Jangan ganggu aku!”

“Herh!” Tiba-tiba suara  rengusan kasar menampar wajah Lisa membuatkan gadis itu terperanjat besar. Lisa menggigil lebih kuat dari tadi. Kegerunan terasa di jiwa.

“Ma… maafkan aku. Lepaskan aku. Jangan ganggu aku. Aku masih kanak-kanak. Apa yang aku tahu pasal gangguan ni semua. Tolonglah. Aku merayu...” Lisa mulai menangis sambil merayu minta dia dilepaskan.

“Lisa! Lisa!” Lisa dikejutkan dengan suara Cikgu Fatimah.

Lisa ingin menyahut suara panggilan Cikgu Fatimah. Tiba-tiba pintu terhempas  kasar dengan sendirinya membuatkan  Lisa terperanjat besar. Dia berusaha  menarik kakinya yang  berat  bagaikan disekat oleh sesuatu menuju ke pintu keluar. Dia mahu keluar dari situ.

“Cik... gu... to... tolong  Lisa!” Suaranya bagaikan hendak  membeku. Namun, digagahkan jua  untuk  bersuara walau dalam keterpaksaan.

“Jangan pergi. Jangan takut.”

Suara ghaib itu masih kedengaran. Lisa berusaha juga membuka pintu.

“Argh!” Sergahan yang  terlalu kuat menggegarkan  tempat  itu membuatkan Lisa jatuh pengsan kerana terkejut.

Pintu terbuka sendiri dengan luas. Kelihatan figura Cikgu  Fatimah dan Khai terpacul di muka pintu. Mereka terkejut dengan apa yang terhidang di hadapan mata.

“Lisa!” Cikgu Fatimah terus mendapatkan Lisa yang sudah terbaring kaku di atas simen bilik muzikal tersebut.

Khai  pula diarahkan  memanggil  guru besar untuk datang ke situ membantu mereka.

*AISYLOVE*

http://www.wasap.my/601116229207/RevampEbook/order



https://www.youtube.com/watch?v=Z4FguSZWYkk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro