1. Koma

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2017-2020

Cerita ni ditulis 3 tahun lepas, penuh cincai dan barai tapi dah complete. Pernah posting di Instagram dan pernah publish di Wattpad tapi unpublished sebab... haha rasa dungu sangat cerita ni.

Tapi, bila fikir balik kesian diri aku yang gian nak menulis dulu tu. Mesti terasa aku taknak publish cerita dia.

Bukan mudah nak tulis apa yang ada di kepala.
Bukan mudah nak tamatkan apa yang dah tertulis.

Jadi, yeah... publish jelahhhh~

Ada masa nanti editlah balik (kononnyaaaaa)~

Flizwn.

——————————————

Nama aku Radhi.

Seperti semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya, aku menapak lagi ke hospital ini. Isteri yang sudah 3 tahun aku nikahi kini terlantar nyenyak di pembaringan.

Koma.

Entah bila Eli akan bangun. Sekurang-kurangnya aku lega dan bersyukur, dia sudah melepasi tahap kritikal dan tidak memerlukan sokongan pernafasan lagi.

Pintu wad aku tolak dari luar.

Diam.

Aku pandang wanita berbaju kurung itu. Merenung Eli sama seperti sebelum ini. Ada riak suram yg tidak pernah padam sejak pertama kali kami bertembung di ICU. Dia pelawat setia Eli, tidak pernah aku kenali, tidak pernah berbicara dengan aku biarpun aku pernah beberapa kali mengajukan pertanyaan padanya. Apabila aku sampai ke situ, dia akan keluar meninggalkan kami. Namun kali ini agak berlainan. Dia memandang aku lama, hidung yg merah dan setitis air mata gugur di pipi. Kemudian, barulah dia melangkah pergi, melintasi aku yg masih berdiri tegak di pintu.

"Radhi! Kenapa berdiri depan pintu?" sergah mama.

Aku terkejut hingga terhantuk pada daun pintu. Hanya mampu tersengih apabila ibu mertua ku menggelengkan kepala sambil beristighfar. Sama seperti aku, mama adalah insan setia yg melawat Eli setiap hari. Hari itu, dalam perjalanan pulang, aku sempat tanyakan pada mama mengenai wanita yg mungkin mama kenal siapa gerangannya.

"Alin?" Mama menebak.

"Alin?"

"Ya. Kakak kembar Eli. Dulu mama pernah cerita, kan? Muka mereka memang tak sama sangat. Kembar tak seiras."

"Oh ya." Aku mengangguk perlahan.

Eli pernah mengajak aku mencari kakaknya itu. Selepas mama dan suaminya bercerai, Alin dijaga bapanya, Eli pula mengikut mama. Mereka tidak pernah bertemu sejak kecil namun kerana rasa ingin tahu, aku bantu Eli menjejaki Alin. Ternyata, Alin sedikit pun tidak teruja dengan pertemuan itu. Alin sudah berkahwin dan apa yang aku ingat Alin memang seorang yang suka memakai baju kurung. Beberapa kali Eli bertemu Alin tapi Alin nampak kurang berminat.

Kesian Eli. Susah payah dia menjemput Alin datang ke majlis doa selamat meraikan tahun pertama perkahwinan kami, tapi Alin hanya muncul sekejap sahaja. Itupun dia hanya meninggalkan kotak hadiah pada penyambut tetamu.

Rasanya kalau hadiah itu tidak ditinggalkan pasti kami tidak menyedari kedatangannya. Kali terakhir kami bertemu pada akhir 2 tahun lepas jika aku tidak silap. Waktu raya Aidilfitri.

Aku tidak jelas dengan apa yang berlaku tapi mereka bergaduh besar selepas berbual di tepi bangunan tempat Alin bekerja. Alin meminta Eli berhenti mencari dan mengganggu hidupnya. Seharian puas aku memujuk isteri aku yg kecil molek itu menangis ditolak oleh kakak kembarnya sendiri.

Pada pandangan mata, aku pasti jauh di sudut hati Alin masih menyayangi Eli kerana sewaktu Eli melangkah masuk ke dalam kereta selepas dimarahi, aku nampak betapa sayunya wajah Alin namun sifat dinginnya itu mungkin kerana dia masih berjauh hati dgn mama dan Eli kerana meninggalkannya dgn ayah mereka dahulu.

Mungkin dia sudah menanamkan di dalam hatinya bahawa dia akan meneruskan hidup keseorangan tanpa ahli keluarga di sisi. Mungkin dia pernah mghadapi penat lelah kehidupan tanpa ada mama dan Eli utk diadukan keluh kesahnya. Aku rasa, aku patut mencari Alin semula. Pasti mereka berdua gembira apabila bertemu saat Eli sudah sedarkan diri nanti.

CUTI SEMINGGU!

Aku rasa mahu ketawa sepuasnya untuk hari ini. Eli sudah sedarkan diri tapi masih di bawah pemantauan doktor kerana dia masih mengalami kesukaran untuk berjalan. Ada beberapa perkara yang dia lupa terutama saat-saat kereta yang dia naiki, terjunam ke dalam tasik.

Mujur dia tak lupakan aku. Kalau tak, tak lena tidur malam aku, tak selera makan minum aku!

Ketika Eli sudah dibenarkan pulang ke rumah, dia masih memerlukan tongkatnya dan sesekali aku menyuruh dia duduk sahaja di atas kerusi roda. Kasihan tengok dia terkial-kial begitu. Paling kelakar sekali bila dia malu-malu kucing bila berhadapan dengan suami dia ni. Macam baru kahwin pula.

Aina, adik aku yang sedang bercuti dari pengajiannya, aku minta duduk di rumah aku buat sementara untuk tengok-tengokkan kakak ipar dia. Mana tahu, jika ada apa-apa yang berlaku waktu aku tiada nanti. Mama hanya tidur 2 malam sebelum aku hantar kembali ke kampung.

Asalnya aku cuba biasakan diri. Tapi aku agak selesa dengan perubahan peribadi Eli. Dulu dia kerap juga menjawab bila ada perkara yang aku tegur. Sekarang ni, tak sempat aku nak buka mulut dia dah minta maaf takut-takut kalau ada buat salah.

Eli yang dulu kurang rajin masuk ke dapur, kini setiap masa bertanya jika aku ada apa-apa hidangan yang aku teringin nak makan.

Eli yang dulu lantang berbicara bila ada perbalahan, suka merajuk dan sangat manja.

Rindu juga bebelan dia sebenarnya tapi mungkin ini adalah peluang yang Allah beri untuk kami perbaiki semula hubungan kami yang agak tegang beberapa bulan sebelum kemalangan ini berlaku. Tidak aku nafikan, masih tiada rezeki memiliki anak membuatkan kami selalu berselisih. Terasa bersalah kerana sepatutnya aku memimpin rumahtangga kami untuk menjadi suami isteri yg saling menyokong, kuat dan menguatkan.

Hanya ada seperkara yg membuatkan aku tidak sedap hati. Malam tadi...

——

"Awak nak minum air panas ke air sejuk?" Eli bertanya.

Sejak sedar dari koma, panggilan 'abang' tidak lagi meniti di bibirnya. Aku agak, dia lupa.

"Abang tak haus. Eli duduklah sini," aku menepuk sofa kosong di sisi.

Dia bertatih-tatih dengan tongkatnya dan duduk di situ. Bahunya aku paut, membawa dia rapat ke sisi. Selepas berbual-bual, Eli bertanya kepada aku, "Kenapa Aina menangis?"

"Menangis?"

Hairan aku. Ada masalah percintaan ke adik aku tu? Atau stress dengan pembelajaran.

"Tadi petang Eli lipat kain dengan dia, dia diam saja. Eli gurau-gurau pun dia tak respon. Lepas tu, tadi nak datang kat awak, saya lalu depan bilik dia. Dengar dia menangis, macam sedih sangat."

"Iya ke?"

Risau pulak aku.

Aina ni memang jarang cerita masalah pada aku. Banyak cerita pada umi saja sebab aku ni lelaki, manakan faham masalah perempuan. Mana tahu dia tak selesa kena ulang alik balik ke rumah aku untuk tengokkan kakak ipar dia ni.

Aku bingkas bangun meninggalkan Eli dan menapak perlahan ke arah bilik Aina di tepi tangga. Telinga aku lekapkan pada daun pintu.

Senyap.

Tiada sebarang bunyi mahupun suara apalagi tangisan. Aku pandang Eli di hujung ruang tamu. Dia memandang aku dengan riak wajah ternanti-nanti. Dia dengan Aina memang rapat. Tangannya digerakkan memberi isyarat supaya aku mengetuk pintu.

Namun, baru sahaja aku mahu memanggil nama Aina, tiba-tiba naik bulu roma aku. Rasa lain macam bila teringat Aina baru saja mesej aku tengahari tadi yang dia tak dapat balik rumah aku malam ni sebab nak temankan umi yang demam kat rumah. Dan setahu aku, Aina keluar dari rumah sejak pagi tadi lagi.

Cepat-cepat aku menggamit Eli dan mentalakan pandangan pada kaca TV. Aku yakin Eli bukan mereka cerita apalagi menipu. Tambahan pula dia bersungguh bertanya mengapa aku tidak mengetuk pintu bilik Aina.

"Biar saya pergi tanya, mungkin dengan saya dia takkan segan sangat nak cerita apa-apa."

"Tak payahlah. Teman abang saja. Kita biar dia sendiri dulu. Ambil masa dia."

"Baik.." dan Eli menyandarkan kepalanya pada bahu aku sedang aku terasa jantung sudah berdetak tidak tentu hala.

——

Peristiwa malam itu tidak berakhir begitu sahaja. Ketika aku membiarkan Eli keseorangan di laman rumah menikmati minum petang, aku terdengar suara ketawa kecil Eli memaksa aku mengintai di balik langsir dapur. Eli tenang sahaja sambil membelek novel di tangan.

Aku sangkakan mungkin dia tertawa kerana ada bab-bab yang lucu di dalam novel yang dibaca namun ketika aku kembali melabuhkan duduk di hadapannya, aku terkelu.

Novel Eli berada di dalam keadaan terbalik di tangannya.

Aku pandang Eli. Dia membalas pandanganku dan melemparkan senyuman ikhlasnya. Teragak-agak aku ingin membalas.

"Kelakar sangat ke novel tu?" Aku menguji.

"Awak dengar saya ketawa tadi ke? Kuat sangat eh? Sorry... saya bukan ketawa sebab novel ni tapi sebab keletah anak jiran kita ni kelakarlah. Sudahlah comel, mengintai-intai lagi dengan mata dia yang bulat tu. Awak, kenapa kita tak ada anak lagi? Kalau tak silap, dah 4 tahun kita kahwin kan?"

Aku diam. Sentap. Bukan sebab hal anak yang Eli bangkitkan tapi sebab setahu aku rumah sebelah kami ni sudah lama tak berpenghuni. Rumah kami adalah rumah yg paling hujung jadi sudah tentulah Eli bercakap tentang rumah sebelah kiri kami ni.

"Comel sangat ke budak tu?"

Aku tak tahulah aku ni bodoh ke bebal nak tanya soalan bangang macam tu.

"Comel. Tapi mata sebelah dia tak ada. Macam pernah cedera." Eli mengecilkan mata memandang laman kosong sebelah rumah kami.

Aku rasa nak terbang ke langit. Bulat mata ketika melihat Eli melambai seakan memanggil 'budak' itu mendatangi kami. Aku paut lengannya ketika dia berdiri.

"Nak ke mana?"

"Nak pergi ke pagarlah. Nak tanya kenapa mata dia macam tu," jawab Eli tanpa rasa bersalah.

Aku macam berperang dengan diri sendiri. Rasa macam nak biar Eli ke pagar, nak tengok dia bercakap 'apa' dengan 'budak' yang dia maksudkan tu tapi sebahagian dari diri aku suruh dukung bawa Eli jauh dr situ.

"Dulu Eli rapat tak dengan jiran sebelah?"

Spontan aku mencempung tubuhnya dan membawa dia masuk ke dalam rumah. Petang-petang macam ni mana elok duduk luar. Aku melingas pandang ke rumah 'jiran' kami.

Kosong, tiada bayang sesiapa.

Malan itu Aina berbual dengan aku. Dia kata, Eli macam tak pandai membaca. Terkial-kial baca nama tepung kat plastik. Doktor dah maklumkan aku mengenai itu. Kesan dari kecederaan otak traumatik.

Kata Aina lagi, kadang-kadang pakai selipar terbalik macam budak kecil. Ada waktu Eli seakan tidak tahu nak berbuat apa. Bila Aina bertanya, dia kata dia tak ingat mana satu bilik tidur kami.

Aku pening.

Pening.

Eli cuma koma 1 minggu tapi perubahannya yang sebelum ini aku senangi kini terasa menakutkan. Tapi aku masih boleh menarik nafas lega apabila Eli mampu menunaikan solat dengan sempurna. Bacaannya agak tergagap namun tidak ada yg terlupa.

"Along, adik rasa..." Aina terhenti bicara.

Aku pandang dia.

Tiba-tiba Eli muncul dari arah tangga. Sejak dia sudah boleh melangkah dengan baik, kami berpindah semula ke bilik tingkat atas. Lagipun doktor kata dengan menaiki anak tangga boleh menjadi salah satu terapi untuk dia.

"Eh, Aina?"

"Ya, kaklong."

"Sekejapnya dah ada kat bawah."

"Haa?" Muka Aina macam ayam berak kapur.

"Tadi rasanya macam baru je saing dengan Aina kat tangga."

Aina cubit peha aku macam nak tercabut isi dr tulang.

Secara tak langsung,
aku pun teruji nak tulis cerita ni😷

April 2017

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro