[Bab 2] Dear Diary

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2023/02/14

Hari ini kulihat langit sangat cerah. Mungkin sampai ke petang, ataupun terpisah oleh hujan di tengah hari. Ramalan manusia ada kalanya tepat, ada kalanya tidak bernasib baik. Terpulang kepada hati, untuk menerima sebagai perjuangan ataupun halangan. Disini akan ku kongsikan sebuah puisi sebagai penutup untuk hari ini...

Cerah bukan bermaksud siang,
gelap bukan bermaksud malam,
matahari sememangnya panas,
tapi bulan tak bermaksud sejuk,
bintang terlihat di langit sana,
tapi hujan masih turun lebatnya,
mungkin pelangi akan muncul,
mungkin juga ianya bersembunyi,
seperti hati yang nan sepi,
yang turun hanya lah air hujan,
tanpa ditemani oleh sang pelangi.

Sekian,

_Amesha_

Amesha menutup pen hitam yang dipegang tadi. Diary yang di contengnya dibiarkan terbuka di atas meja menunjukkan halaman demi halaman yang berbalik ditiup angin kipas siling biliknya. Buku itu jelas hanya dipenuhi dengan tulisan tangan sahaja. Amesha kemudian menyandarkan tubuh di kerusi dengan wajah tak terkata.

Kring!

Bunyi panggilan telefon menyentapkan lamunannya. Amesha meraih telefon yang berada di atas meja. Nama Mai terpampang di skrin telefon. Dia pantas menekan butang terima. Suara yang berada di hujung talian mengejutkan Amesha.

"Huaaa...kenapa ending dia sedih. Kenapa heroin dia kena mati. Macam mana pula dengan hero bila heroin mati. Kenapa ending dia tragis. Kenapa?! Mesha, jawab lah kenapa?! Janganlah senyap macam tu saja."

Mai berkata dengan nada sedih. Dia memerlukan seseorang yang perlu di ajak berbual sekarang. Akhirnya Mai menelefon Amesha dan terus mengeluarkan segala persoalan yang bermain di fikirannya.

Amesha menghela nafas perlahan mendengar hal itu. 'Ini mesti kes tengok drama, selepas itu menyesal sebab sad ending. Sampaikan salam pun tak ucap.' Monolognya di dalam hati.

"Assalamualaikum. Awak tengok drama apa pula?" tanya Amesha. Mai kalau tak telefon dia disebabkan kdrama memang tak sah.

"Waalaikumussalam. Drama yang saya cakap dekat awak minggu lepas. Dah habis tapi ending dia heroin mati sebab selamatkan hero. Hero dia asyik menangis saja sampai habis cerita, awak tahu tak." Ucap Mai dengan sedih.

"Ya. Tapi, awak tak boleh lah sedih macam ini. Lagipun, heroin mati sebab selamatkan herokan. Jadi, apa maksudnya itu?"

"Maksudnya? Ada maksud ke, saya tak tahulah. Apa maksudnya?" tanya Mai bingung.

"Maksudnya hero dan heroin adalah cinta sejati. Kekal sampai dipisahkan dengan kematian. Dan heroin berkorban untuknya. So, it's beautiful ending. Bukan sad or tragis ending."

Sudah beberapa saat, hujung talian masih sunyi. Amesha berasa pelik. Takkan lah Mai tertidur mendengar dia mengulas panjang lebar tadi.

"Mai, awak dengar ke ni?"

"Ya, saya dengar."

"Habis itu kenapa senyap saja."

"Tak, saya rasa terharu bila awak cakap pasal cinta sejati. Bila lah saya nak rasa true love." kata Mai sambil ketawa gembira.

Amesha ketawa bersama. "So, drama dah hilang?" tanya Amisha kemudian.

"Haah, dah hilang. Yang tinggal hanya keriangan."

"Baguslah kalau macam tu." kata Amesha dengan lega.

"Babe, terima kasih tau."

"Ya. Tapi, jangan sedih sebab drama lagi. Kalau tak saya buat tak layan." Ugut Amesha.

"Ya. Dah tak buat. Thanks babe. Last word, goodbye love you."

"Hurm. Bye too."

Talian dimatikan. Amesha mengukir senyuman sambil menatap telefon yang berskrin hitam itu.

"Ada-ada saja Mai ni." gumamnya.

Amesha melangkah turun ke tingkat bawah. Kakinya menuju ke ruang dapur dan punggung dilabuhkan di meja makan. Hari ini hari ketiga dia tiada kelas kerana cuti sakit selama empat hari.

Roti hiris di atas meja makan dicapai dan dicelupkan ke dalam air milo sebentar lalu disuap ke dalam mulutnya. Amisha sarapan pagi sambil memikirkan sesuatu.

"Hari ini hari valentine, tapi tak boleh sambut. Tapi macam ada yang tak kena. Apa yang tak kena dengan hari ini hah?" ucap Amesha seorang diri di dapur.

Ting!

Bunyi mesej masuk dari telefon Amesha. Dia bangun membasuh tangan dan membuka aplikasi whatsapp.

AMMAR AL-FATTAH FAMILY

Abang Long
Adik dah bertolak ke?

Kak Long
Adik, akak tak boleh pergi. Ada hal mustahak dekat kedai.

Kak Chik
Nak pergi juga. Adik, datang ambik sekarang!

Abang Long
@Kak Chik, laki sis ada kan. Ajak la laki sis. Adik, dah ada dekat mana tu?

@Abang Long, baru nak bertolak. Nanti sampai adik inform okey. Hehehe...

Selesai sahaja menaip, Amesha pantas bangun dari duduknya dan berlari ke tingkat atas. Dia kembali teringat yang hari ini hari ulang tahun ke-2 anak saudaranya. Amisha menukar pakaian dengan gelabah. Kunci kereta dicapai dan dia bergegas keluar rumah.





ᕙᕗᕙᕗᕙᕗᕙᕗ




                        Tuan Zamri memberhentikan kereta di depan sebuah rumah di taman perumahan. Dia berpaling ke arah tempat duduk penumpang dan tersenyum kecil.

"Baba, dah sampai ke?" tanya seorang lelaki di tempat duduk belakang. Suaranya terdengar serak kerana baru tersedar dari tidur.

Tuan Zamri berpaling. "Ya, dah sampah. Dah, cepat turun angkat beg kamu. Baba nak kejutkan umi kamu dulu." Katanya perlahan.

Lelaki itu hanya menggangguk turun dari kereta. Dia meregangkan saraf-saraf urat badannya selepas duduk di dalam kereta selama lebih empat jam dari Pahang ke Terengganu.

"Astaghfirullah, bertuah punya budak. Boleh pula dia tayang badan dekat tempat awam macam ni."

Ucap puan Hawa sebaik sahaja keluar dari kereta. Terkejut dia dengan aksi anak teruna nya itu.

"Astaghfirullah. Umi, bila masa pula along tayang badan ni? Umi mengigau ke apa?"

"Tadi itu apa. Along tahu tak, walaupun along itu lelaki, tapi aurat masih kena jaga. Aurat tetap aurat."

"Ya umi, along faham. Tapi tadi itu untuk regangan otot saja. Tak lebih...janji tak buat di tempat awam lagi." sambung lelaki itu akur terhadap umi tersayang.

"Ha, dua beranak ini berbincang pasal apa bawah matahari terik ini. Kenapa tak masuk lagi?"

Ucap tuan Zamri kepada isteri dan anak lelaki tunggalnya.

"Tunggu abang la. Dah, jom masuk ke dalam." sahut puan Hawa.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah baru tersebut untuk mengemas apa yang patut.




ᕙᕗᕙᕗᕙᕗᕙᕗ




                           Semua tetamu yang berada di bawah khemah itu memandang seorang wanita muda yang mengenakan kasut tanpa tumit tengah berlari menuju ke rumah Tuan majlis.

Amesha yang menyedari akan pandangan orang terhadapnya pantas berhenti berlari. Dia berjalan laju dengan wajah memerah menahan malu.

'Kenapa dengan semua orang ni, pandang semacam saja. Ada sesuatu ke dekat muka aku, ke tudung aku senget. Entah-entah baju kebaya yang aku pakai berlubang. Hadoi, kereta la ni punya pasal, semua parking terdekat penuh. Dah la lambat.'

Monolog Amesha dalam hati dengan merasa kurang selesa.

"Assalamualaikum." ucap Amesha sebaik sahaja sampai di pintu dapur rumah Ummi. Sebenarnya, anak saudaranya menyambut hari lahir di rumah mak mentua abang longnya kerana anaknya tinggal di sana. Manakala abang dan kakak iparnya tinggal di Kuala Lumpur.

"Waalaikumussalam. Laa Mesha, dah sampai pun jemputlah masuk, janganlah berdiri di luar saja." Jemput puan Ummi.

Amesha tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mendekati puan Ummi dan bersalaman dengannya.

"Apa khabar umi?" tanyanya. Amesha memanggil puan Ummi dengan panggilan umi kerana diingini oleh puan Ummi sendiri. Lebih dekat dikatakan.

"Khabar baik sahaja. Macam biasa la Mesha umur orang yang dah lebih separuh baya. Mesha pula macam mana?" tanya puan Ummi prihatin.

"Saya sihat saja. Cuma hari ini cuti sebab itu boleh datang sekejap melawat umi dengan anak saudara kesayangan, rindu lama tak jumpa."

"Ingatkan kamu tak ada kelas hari ini. Cuti apa, kamu sakitkah? Wajah kamu pun nampak pucat saja." kata puan Ummi risau.

"Kelas ada, cuti demam saja. Sekarang dah sihat walafiat dah." ucap Amesha dengan bersalah.

"Betul ni. Kalau tak kamu boleh naik rehat bilik atas."

"Tak perlu, betul misha dah sihat. Ermm, uncle mana umi?" tanya Amesha mengubah topik.

"Uncle Mesha tengah berbual dengan rakan dia yang datang di luar sana."

"Kalau macam itu Mesha pergi lihat Haziq dengan Hazim dahulu lah. Selepas itu Mesha pergi makan, boleh sapa uncle sekali."

"Pergi lah. Mereka berdua ada dekat atas tengah bermain. Budak-budak, orang buat majlis apa pun mereka tak kisah, yang penting boleh bermain." bebel puan Ummi tentang kedua cucu kesayanganya.

Amesha hanya tersenyum mendengar hal itu. "Erm, Mesha naik atas dahulu lah kalau macam tu." ucapnya minta diri.

"Pergilah. Umi pun nak pergi layan tetamu di depan sana."

Amesha melangkah naik ke tingkat atas. Matanya melilau ke sekeliling ruang mencari anak saudaranya.

"Ehh, tak ada pun mereka di luar. Takkan lah mereka berada dalam bilik. Betul juga, takkanlah umi biarkan budak umur 2 tahun dengan 5 tahun bermain diluar tanpa diawasikan. Tapi sekarang ini, siapa yang jaga dan bilik mana satu, jangan cakap yang 'dia' kena buka satu persatu bilik untuk 'memeriksa' pula. Mesha, you 'still' alive."

Katanya seorang diri sambil melangkah mendekati pintu bilik tersebut dengan risau.

Kreck!

Pintu terbuka dengan sendirinya. Amesha yang melihat gelabah. Mereka berdua saling berpandangan dengan wajah terkejut.

"Mesha, datang lihat Haziq dengan Hazim ke?" tanya lelaki di hadapannya cuba beriak biasa. Nasib tak bertembung dengan anak dara orang tadi.

"Ya, betul. Mereka ada dekat dalam ke?" tanya Amesha janggal. Terdengar samar suara budak di dalam sana.

"Ada, Haziq tidur tapi Hazim tengah bermain. Masuklah, saya dah nak balik pun." Ucap Lelaki itu perlahan. Nasib baik dapat ditangkap oleh Amesha kalau tidak kena buat-buat faham pula.

"Ouh, baiklah." Mereka memandang satu sama lain. "maaf, silakan." Ujar Amesha sambil memberi laluan untuk lelaki itu. Boleh pula dia mengelamun dekat situ. Lelaki itu berlalu pergi. Amesha menggaru kepala yang berlapik tudung. Janggal tahu tak.

Amesha menutup pintu bilik. Dia berpaling melihat seorang budak lelaki tengah asyik bermain dengan ekspresi gembira.

"Boy, maksu datang!" ucapnya sambil mendepakan tangan.

"Makshu!" jerit Hazim abang kepada Haziq dengan gembira. Dia berlari dan memeluk Amesha.

"Yelah, mestilah datang untuk melihat anak saudara kesayangan maksu ini." ucap Amesha tersenyum.

Amesha berpaling melihat ke arah Haziq yang sedang lena tidur di atas katil. Hazim turut memandang.

"Makshu, makshu tau tagh yan adek tagh shayankana makshu." kata Hazim spontan dengan kata susah untuk ditafsir.

"Betul yang adik tak sayangkan maksu yang cantik ini? Hazim tak tipu?" tanya Amesha sambil menahan ketawa.

Hazim menganggukkan kepala.

"Hurm, kalau macam itu kita kena buat adik sayangkan maksu kesayangan Hazim ini. Jom kita kacau adik tidur." bisik Amesha di telinga Hazim.

"Jom..!" kata Hazim teruja.

Lelaki yang berada di luar bilik itu hanya ketawa kecil mendengar perbualan maksu dan anak saudaranya.



ᕙᕗᕙᕗᕙᕗᕙᕗ



                    Baju yang telah dilipat kemas di dalam beg dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam almari dengan cermat.

"Aeril, turun bawah makan dahulu. Nanti umi tolong kamu sambung kemas. Makan dulu biar perut kenyang baru hati senang." kata puan Hawa di sebalik pintu bilik.

Aeril ketawa mendengar kata uminya yang tahu saja dia mudah terhibur. "Ya umi, sekejap." Aeril memuatkan baju-baju yang telah disangkut dengan penyakut baju ke dalam almari dengan cepat. Dia kemudian menuju ke meja makan yang dipenuhi dengan masakan kegemarannya.

Dia menghulurkan pinggan kosong ke arah uminya dengan wajah gembira. Puan Hawa mencedok lauk kegemaran anaknya ke dalam pinggan. Aeril melihat perilaku itu sambil tersenyum bahagia. Selepas ini, dia akan tinggal seorang diri di kawasan yang dia langsung tak kenal. Makan pun dia harus beli atau masak sendiri. Mesti dia akan rindukan umi dan babanya serta masakan uminya. Begini rasanya, bila akan berjauhan dengan ibubapa. Siapa potong bawang ni! Cakap cepat!

"Angah, kampus kamu tu dekat saja kan dengan rumah sewa kamu ni?" Tanya tuan Zamri yang baru melabuhkan punggung sebelah isterinya. Puan Hawa hanya menjadi pendengar sambil mencedok nasi kedalam pinggang suaminya itu.

Aeril memandang babanya di depan. Berfikir sejenak. "Dekat. Rumah ni terpaling dekat dengan kampus. Angah dah pastikan, kan uminya." Aeril menatap uminya. Dia memberi isyarat mata.

Puan Hawa buat-buat tak faham. Memang tak lah dia nak terlibat dalam hal tu. Sendiri buat sendirilah selesaikan. Dia memberi isyarat mata kepada Aeril. Aeril balas kembali. Puan Hawa menatap tajam anaknya. Tuan Zamri berdehem.

"Dah, tak perlu nak isyarat mata bagai. Apa yang nak dirahsiakan sangat. Tak nak beritahu sudah. Aeril, baca doa." Pinta tuan Zamri dengan nada tegas tapi lembut.

Aeril tersengih. "Baik baba." Sahut Aeril turuti kata. Dia membaca doa. Mereka sekeluarga menjamu selera.

Tangga yang dinaiki semakin laju didaki. Dia perlu mengetahui tentang apa yang dikatakan uminya.

Pintu bilik dikuak. Langkah laju mendekati sebuah kotak ungu terikat reben putih yang terletak elok di atas meja belajar.

Ada kad ucapan terselit di situ. Dia mengambilnya tanpa ragu. Kad dibuka perlahan bagaikan masa terhenti sekejap. Matanya disepetkan. Bibir bergerak membaca isi kad tersebut.

"Kepada Syed Aeril Hizriel. Mungkin..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro