29. APRILIUS

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dalam hiruk-pikuk jeritan manusia yang saling berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain, aku berdiri diam dibalik puing-puing kota yang sudah hampir tenggelam dek timbunan salju.

Das tembakan, jeritan amarah, raungan kesakitan dan hilai tawa kegilaan sahaja yang tinggal diatas dunia apokaliptik ini. Semua mahu terus hidup, dan sanggup berbuat apa sahaja untuk meneruskan saki baki kehidupan yang semakin menghimpit.

Manusia tidak hirau dan tidak ambil kisah lagi tentang sastera atau ilmu, yang penting adalah makanan dan teruskan hidup. Kerana unggun api manusia boleh saling berbunuhan, api yang dulu semua pandang enteng kini boleh jadi punca perbalahan dan malah perang. Bagaimana tindakan mereka kalau ia berkenaan makanan atau senjata.

Itulah dunia yang aku diami sekarang. Dunia yang hanya tinggal orang-orang yang ditinggalkan Daedalus, cuba meneruskan kehidupan dalam keadaan pasca apokaliptik - yang mana suhu semakin menyejuk, mentari sudah tidak lagi menyinar, makanan sangat sukar ditemukan, tumbuhan dan haiwan sudah pupus dan tinggal manusia sahaja yang juga menanti saat kemusnahan total.

Aku masih lagi menyandar pada puing konkrit, diselimuti gebar tebal dan beberapa lapis pakaian yang aku dapat dari entah siapa yang sudah menemui ajal. Aku masih menggengam tiket Daedalus, dan secebis kertas yang tertulis bait-bait sajak nukilan entah siapa yang aku temui didalam kocek jaket yang aku pakai sekarang.

Aku merenung lama bait sajak itu dan membaca didalam hati. Ia seolah mengejek aku.

Manusia makhluk haloba
Sering fikir dirinya yang utama
Walhal hidupnya sementara
Dipinjamkan oleh Sang Pencipta

Manusia sangka dirinya punya kuasa
Bisa mencipta
Dan kemudian memusnah semula
Tapi lupa
Kuasa diberi tidak mutlak dan sementara cuma

Matahari menjadi saksi kerakusan
Bilamana manusia cuba bermain tuhan
Akhirnya terjebak dalam malapetaka kemusnahan

Aprilius 29, Hari Terakhir Bumi

Aku merenung jauh keufuk yang samar-samar. Cebisan kertas tadi aku lipat kemas dan dimasukkan semula didalam kocek.

Kemudian aku tersenyum sendiri.

Bait sajak tadi barangkali adalah bait kesusasteraan terakhir manusia di Bumi yang sudah mati ini. Dalam kacau bilau kemusnahan alam dan kegilaan manusia, masih ada orang yang waras merenung nasib dunia yang musnah dan menterjemahkan ia menjadi bait sastera.

Barangkali orang itu adalah orang waras dan orang seni terakhir di atas muka Bumi ini dan aku adalah penyajak yang terakhir wujud dalam ketamadunan manusia.

Aku bingkas bangun lalu berjalan dicelahan puing-puing konkrit mencari sesuatu untuk aku jadikan sebagai pena untuk menulis. Aku nekad. Jika manusia menemui kehancuran sebegini, aku sekurang-kurangnya harus meninggalkan pesanan kepada sesiapa sahaja nanti yang akan menemui planet ini bahawa bagaimana pengakhirannya.

Aku hanya menemukan cebisan besi. Itulah pena aku. Kemudian aku mula menuliskan bait sajak tadi pada tembok konkrit yang besar. Aku toreh dan tarah satu demi satu abjad padanya yang kemudian membentu perkataan dan akhirnya menjadi sepotong ayat, bagaikan seorang penukang batu dari Memphis mengukir heiroglif kisah Firaun pada dinding piramid.

Aku terus mengukir konkrit itu sambil melaungkan sekuat hati bait-bait sajak tadi. Aku sudah gila barangkali tapi aku tahu usaha aku ini takkan jadi sia-sia. Satu masa nanti akan ada yang akan temui sajak ini dan merungkai isinya.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro