10 | Angin Teguran

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

-❊ Rasulullah kami umatmu,
walau tak pernah melihat wajahmu,
kami cuba mengingatimu,
dan kami cuba mengamal sunnahmu.

Kami sambung perjuanganmu,
walau kita tak pernah bersua,
tapi kami tak pernah kecewa,
Allah dan rasul sebagai pembela ❊-

Rasulullah, Hijjaz




Sebagai seorang muslim, Hanieya Solehah menarik nafas sebelum menghakimi Hide atau nama Islamnya, Umar Khalish.

'Bencilah dosa yang dilakukan oleh seseorang itu, tetapi jangan membenci dirinya..'

Hanieya sentiasa memberitahu dirinya yang dia tidak berhak menghakimi sesiapa. Sepertimana nasihat Al-Habib Umar bin Hafidz,

'Bukan hak kamu untuk mengutuk orang yang belum diberi hidayah sepertimu, tetapi berdoalah agar mereka diberi hidayah lebih mulia dari apa yang telah Allah berikan kepadamu.'


"Nama saya Hanieya Solehah. Okaylah, Umar. Saya pergi dulu.." Hanieya Solehah menundukkan kepalanya lalu berjalan pergi, meninggalkan Hide.

Dia terus berlari ke lif dan terkedu. Dara sudah tiada, kisah si Adam bersama dengan ustazahnya dan sekarang kekasih hati Li Xuan Han. Hatinya retak, mengetahui petanda akhir zaman benar-benar sedang berlaku.

Buka sahaja pintu lif, dia terus ke stor untuk mengambil penyapu, mop dan barang-barang yang diperlukan untuk membersihkan biliknya.

Hanieya menoleh kebelakang, tetapi, secara tiba-tiba, Hide muncul di sebelahnya entah dari mana.

Wanita yang bertudung coklat itu jatuh terduduk, kayu mop yang dipegang tadi, jatuh ke lantai.

"H-Hanieya!" jerit Hide, dia terus mencangkung, melihat keadaan Hanieya yang sudah jatuh kerana terkejut.

"Umar buat apa dekat sini!" tanya Hanieya. Dia mula kebelakang, jauh dari Hide.

"N-No, no! Saya bukannya nak buat apa pun, janji!"

"It is just.."
"When you told me your name,"

"Han talked about you, a lot."

Hanieya Solehah ternganga, dia segera berdiri, membetulkan posisi badannya.

"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Han!" Hanieya mengangkat kedua-dua tangannya.

Hide tergelak, giginya yang dipakaikan dengan braces kelihatan jelas.

"Awak ni cute sangatlah. Tak ada apa pun. Meh la saya tolong awak angkat barang-barang ni."

"Takpe-takpe, Umar. Saya boleh buat. Umar pergi sajalah, tak baik perempuan lelaki berdua-duaan ni."

Hide membuat tidak endah dan terus meninggalkan Hanieya sambil membawa kayu penyapu.

Hanieya mengeluh.

'Mesti dia akan bagi alasan 'aku gay' sama macam si Han..'




Tiba sahaja di tingkat 5,

"Umar buat apa saja datang dekat sini?" Tanya Hanieya, sambil berjalan membawa batang mop. Kasutnya sudah terkena dengan titisan air sabun dari bulu mop, menyedari mopnya masih belum kering, mungkin kerana baru habis digunakan oleh pekerja kebersihan.

"Saja mahu melawat bilik studio Han.." jawab Hide.

"You sounded like a really nice girl from what i heard. Han described you as an introvert. And i could see that..."

"But he didn't tell me that you were this.. Short." Hide tergelak kecil.

"Tapi dia ada juga cakap yang awak ni alim." tambah Hide, namun riak wajahnya masih tidak bertukar.

Tombol pintu kayu itu dipusingkan.

"Terima kasih sebab tolong saya Umar.. Saya nak kena bersih bilik ni dulu.." kata Hanieya, sambil memegang tombol pintu itu.

"Saya call kawan saya, boleh kitaorang tolong awak." Hide menyandarkan batang penyapu ke dinding yang bercat putih. Matanya bergerak, melihat keadaan sekeliling.

"Tak payahlah, Umar."

BAM!

"Ha, beb. Asal?" jerkah seorang perempuan yang rambut panjangnya diikat ke atas. Matanya dipakaikan dengan contact lens berwarna coklat cair dan jari kukunya sudah diwarnakan dengan cat kuku berwarna ungu pekat.

"Hanieya, meet Lynn. She works at the prop department."

Hide memperkenalkan nama wanita yang masih berada di hadapan pintu, Hanieya segera menghulurkan tangannya.

Lynn menyambut tangan Hanieya dengan senyuman,

"Teman aku kemas bilik ni.. Sapu-sapu dulu.."

"Eh takpelah.. Saya boleh buat sendiri.."

Bahu Hanieya ditempis oleh Lynn, dia terus mengambil batang penyapu yang disandarkan di dinding oleh Hide sebentar tadi.

"Lets go!"

Lynn mula menyapu lantai, manakala Hide dan Hanieya sibuk mengelap rak-rak yang ada di dalam bilik itu.

"Saya ajak Lynn supaya tak adalah orang fitnah apa-apa dekat kita." Hide memulakan perbualan.

Hanieya mengangguk faham di belakang badan Hide yang tinggi lampai.

"Awak ingat saya boleh nampak ke awak mengangguk, Cik Hanieya. Cuba respon sikit dengan suara awak tu..."

Hanieya tergelak, mengeluarkan bunyi tawa yang kecil.

"U-Umar..." Panggil Hanieya dengan suara yang perlahan, tangannya masih bergerak, mengelap rak itu.

"Hm?"

"Tak ada apalah.."

Hanieya menukar fikirannya semula daripada menanyakan soalan berkenaan dengan agama. Terasa seperti dia perlu mengelak daripada menanya sebarang soalan.

"Saya muslim."

Hide seperti seorang pembaca minda. Tahu-tahu saja yang Hanieya mahu bertanya tentang itu. Timbul sebuah perasaan rasa bersalah di dalam dirinya pada masa yang sama, perasaan ingin tahu juga datang.

"Tapi Tuhan Maha Mengetahui... Dia mesti tahu kenapa saya macam ni. Mesti."

Tangan Hide berhenti dari mengelap. Tuala buruk yang berwarna biru itu diletakkan ke tepi buat seketika, matanya mula bertembung dengan mata Hanieya.

"Tuhan mesti sayang juga dekat awak sebab awak boleh bernafas lagi hari ni dan Tuhan Maha Mengetahui juga, sebab Dia masih letak kepercayaan dekat awak untuk berubah, Umar. Saya doakan yang baik-baik sahaja, sebab saya juga pendosa. Awak boleh jadi lagi baik dari saya." kata Hanieya sambil cuba untuk tidak memandang ke arah lelaki yang sudah mula merenung.

Tegurannya yang tegas tapi pada masa yang sama, lembut, masuk ke dalam hati Hide seperti angin. Ini juga boleh diselitkan dengan nasihat daripada Al-Habib Umar bin Hafidz,

'Jika dalam hati seseorang terdapat keikhlasan dan kasih sayang, nasihatnya atas ucapannya akan meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Kerana hati akan hidup ketika mendengar ucapan dan nasihat yang disampaikan dengan kasih sayang.'

"Terima kasih, Hanieya." Topik itu ditukar. Tidak mahu dilanjutkan, takut jikalau Hide akan menyimpan perasaan di sebalik tegurannya.



Dua jam kemudian, selesai sahaja menyapu, mengemop lantai dan mengelap tingkap dan rak yang ada,

"Time to.. Tampal the poster?" tanya Hide sambil tersengih.

"Yeah! Lets tampal the poster!"

Kerusi kecil berwarna merah ditarik oleh Hanieya,

Hanieya mula berdiri di atas kerusi itu, sambil memegang poster '99 Nama Allah' yang diberi oleh Han.

"Eh Solehah! Turun, turun!" Arah Hide serta merta. Takut jikalau dia terjatuh, susah pula nanti.

Hide mula menarik double sided tape yang ditampal di belakang poster itu,

'Allah, Maha Pengampun'

Dia terbaca salah satu sifat Allah SWT, hatinya tersentak. Nafasnya berhenti buat seketika.

Hide teringat segala kenangan sewaktu di bangku sekolah. Alunan Asmaul Husna akan sentiasa dipasang di dewan sekolah rendahnya sebelum sesi pembelajaran dimulakan.

Poster itu ditampal..



"Terima kasih, Umar, Lynn."

Lynn mengeruk wajahnya, Umar mana pula ni?

"U-Umar...?" Hide membuat signal 'shh' ke arah Lynn.

"Sama-sama, Solehah.." Jawab Hide, matanya mengecil kerana senyumannya yang lebar.

"Oklah. Saya nak solat Asar."

Hide dan Lynn hanya mengangguk dan mula meninggalkan Hanieya. Akan tetapi bunyi tapak kaki Hide yang kembali berjalan ke arahnya didengari jelas,

"Another thing, Hanieya!
Thank you for today."

(Imbas Kembali)

Aafiyah Rose
Hey Dee!
How are you?
Its been a long time since you replied to my messages..

A Man With Feelings
Hey, Aafiyah♥️
I am doing great!
Recently, i met a guy that i really get into these days..
He is so sweet, kind and he even replied to my messages!!

Aafiyah Rose
Have you told him about your feelings?

A Man With Feelings
Tomorrow... Wish me luck..
By the way, thanks Aafiyah for always giving me support to show people who i really am..

seen

-

Aira Sam
Woi.
Amacam dengan kau punya 'Dakwah Projek' dengan mamat gay tu?

Aafiyah Rose
Tak jadila projek tu, Aira.

Aira Sam
Kan aku dah kata!
Kau ingat senang ke nak buat orang gay jadi straight!
Kau dah buat dosa kau tahu tak.
First kau tipu dia macam kau sokong dia gay, sekarang kau dah buat dia betul-betul gay!

Aafiyah Rose
Dia cakap yang dia dah minat sorang lelaki, esok dia nak confess...

Aira Sam
Kan aku dah cakap!
Pandai-pandai lah kau hadap benda ni!

seen

Aira Sam
Asal kau seen mesej aku?

seen

Aira Sam
Jangan kau cakap kat aku,
Yang kau dah suka mamat tu!














Jazakallah' khair for reading!
Tekan butang oyen dan boleh komen♥️🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro