22 | 'A Talk About Yesterday'

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

--

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. - (Q.S Al-Baqarah: 153)

--



Wajah Han dicepuk dengan bedak, bibirnya disapu sedikit dengan lipstik berwarna merah jambu cair,

"Pucat muka kau, Han." Kata jurusolek yang sedang menyimpan botol-botol foundation ke dalam beg mekapnya.

"Takdelah pucat mana kan." Han tersenyum. Tangannya mula meraba poket seluarnya, memastikan paket tisu tersimpan.

Kerusi rodanya ditolak perlahan oleh seorang staf rancangan temubual 'A Talk About Yesterday.'

Ibu dan ayah Han langsung tidak tahu bahawa anak mereka menerima jemputan daripada rancangan itu.

Li Xuan Han mahu menjadi seorang tetamu di dalam 'A Talk About Yesterday' kerana satu perkara sahaja.

Hanieya.

Mikrofon kecil dipasangkan di kolar lelaki itu,

"You are going to be live in. .3, 2, 1!"





Puan Khadijah tersenyum di hadapan kamera yang menghala ke arah wajahnya,

"Hai dan Assalamualaikum! Saya pengacara anda, Kak Diejah!" Dia melambaikan tangan kanannya manakala tangan kirinya sedang memegang kad skrip.

"Hari ini, kita akan bersembang tentang beberapa perkara dengan seorang tetamu.."

"Tetamu yang membuat kita semua teruja pagi, petang dan malam!"

"LI XUAN HAN!"

Kesemua penonton yang ada di dalam set itu melihat ke arah lelaki yang berkerusi roda.

Ada yang terkejut dengan penampilan baharu milik lelaki itu tetapi tepukan gemuruh tetap diberikan.

Han hanya memberikan senyuman, tangannya dilambaikan ke arah kamera.

Sudah lama kamera tidak dihala ke arah wajahnya. Han masih trauma dengan apa yang sudah menimpa dirinya. Matanya berkelip beberapa kali, perasaan tidak selesa hampir tidak dapat dikawal.

Dia menarik lengan jaketnya yang berwarna hitam, Han cuba sedaya upaya untuk menutup pergelangan tangannya. Parutnya masih ada.

Lampu sorot sudah dihala ke arah Han dan Puan Khadijah.

"Saya kena panggil kamu Han?"

Han mengangguk sekali. Kakinya digoyangkan sedikit, untuk mengurangkan perasaan gementar.

"Umur Han berapa?" Tanya wanita yang berumur 41 tahun itu, intonasinya tegas, tetapi tidak terlalu kuat.

"24 this year." Jawab Han dengan tenang. Dari tadi senyuman tidak lari dari wajahnya.

Perbualan itu hanyalah perbualan kosong buat beberapa minit,

"Soalan ini, mungkin berkaitan dengan privasi Han.."

"Saya mengharapkan soalan ni tak akan mengguris hati awak lah ya.."

Sebuah pandangan dan senyuman sinis diberikan oleh Puan Khadijah ke arah penonton yang ada di dalam set.

"Tak ada apalah." Kata Han, dia cuba menyesuaikan diri.

"Awak gay kan?"

Han sudah agak.

Dia tahu persoalan tentang seksual orientasinya akan dibawa naik di dalam perbualan yang janggal itu.

"Yeah." Jawab Han. Intonasinya bertukar.

Tiba-tiba, gambar Han dan Hide sedang makan di sebuah restoran, terpapar di skrin pentas itu.

Han berpura-pura gelak.

Padahal, darahnya sudah menggelegak.

"Wauuu... Amazing!"

Kesemua penonton bergelak sakan. Sindiran Puan Khadijah langsung tidak memberi sebarang impak kepada Han.

Kerana lelaki itu sudah mempersiapkan serangannya dari malam semalam.

"Mesti susahkan peminat-peminat awak nak.. you know.. terima awak sebagai seorang lelaki 'gay'."

Mahu saja Han membentuk das penumbuk.

"Well, my family members accepted me the way i am."

"Especially, my mother."

Riak wajah Puan Khadijah bertukar sejenak sahaja dia mendengar jawapan Han.

"Seorang ibu selalu menyokong anaknya. Am i right?"

"Yeah. I bet you do, too."

Han tersenyum sinis. Dia mengharapkan sindirian itu menjentik hati wanita yang sudah mula membetulkan posisinya. Refleks badannya diperhatikan.

"Of course! Saya akan sentiasa menyokong anak saya, no matter what." Jawab Puan Khadijah, dia dapat merasakan tekanan di hadapan orang ramai.

"Even though, she is actually not your child?"

Han mula menyindir di sebalik kain. Persoalan itu membuatkan penonton tertanya-tanya. Topik sudah jauh berlari. Puas. Serangan pertama sudah dia berikan.

"Ehh! Of course." Jawab Puan Khadijah, titik peluh sudah mengalir di dahi dan di sebalik kain tudungnya. Beribu soalan muncul di dalam kepala wanita itu, dia mendapat perasaan bahawa malam itu bakal menjadi malam yang malang buat dirinya.

"Pada kesemua penonton, saya ada anak perempuan.. Saya pasti, dia tengah menonton wajah saya yang comel ni sekarang.. Hai anak Solehah umi!" Dia cuba untuk membaik pulih keadaan.

Han menjeling. Dia tidak kisah dengan reaksi penonton tentang tindakannya.

'Si bodoh ni tak sedar diri lagi ya.' Desus hatinya.

"Anak perempuan je?" Soal Han, sambil mengangkat keningnya. Serangan kedua, dilontarkan dengan intonasi bersahaja.

Puan Khadijah terbeliak.

Han tahu bahawa Hanieya Solehah mempunyai seorang adik lelaki.

Dan dia mahu meminta keadilan buat diri Hanieya dan juga buat Anas.

Kesemua penonton sudah mula pelik. Apa yang sedang mereka bualkan sekarang ini?

Perihal artis atau perihal keluarga?

"Yes. Saya ada seorang anak perempuan sahaja." Jawab Puan Khadijah dengan selamba. Mata Han dipandang dalam.

"May i know how old is your daughter?" Tanya Han secara tiba-tiba.

"Erk... 19 tahun. Yeah. 19."

Wajah Puan Khadijah kian berwarna merah. Dia membetulkan mikrofon kecil yang dipasang di tudung selendangnya. Matanya beralih ke sana dan ke sini. Memandang ke arah penonton lalu berbalik ke arah kamera-kamera yang ada.

"Nineteen? Wow."

"That pretty much summed up on why there are so many bruises on your daughter's right arm, huh?" Serangan terakhir, akhirnya ditembak. Jikalau tidak boleh menyerang dengan cara fizikal, kita menyerang menggunakan akal.

(Jawapan awak sudah cukup menjadi bukti mengapa anak perempuan awak ada lebam di lengannya, huh?)

Ibu tiri Hanieya sekali lagi dikejutkan dengan soalan Han. Dia menggigit bibirnya, dengan perasaan marah.

Puan Khadijah sendiri tidak tahu umur anak perempuannya.

Membuatkan Han geram kerana Hanieya tidak berhak diperlakukan sebegitu rupa oleh ibu tirinya. Sampai umur anak sendiri tidak tahu.

Apa lagi?

Dia tahu tidak bahawa Hanieya Solehah sedang menanggung beban yang berat sepanjang dia berada di dalam dunia ini?

Hanieya Solehah berhak disayangi.

Hanieya Solehah berhak diberi kasih sayang oleh seorang ibu, walaupun sedikit.

Han datang ke rancangan temubual itu semata-mata untuk meminta keadilan milik Hanieya Solehah.

Li Xuan Han ada seorang ibu, jikalau dia memerlukan seseorang ketika dia sedang bersedih,

Tetapi Hanieya Solehah ada siapa?

"CUT! IKLAN!" Jerit direktor.

Episod 'A Talk About Yesterday' pada hari itu, ialah episod yang paling teruk dalam sejarah. Dan juga sedutan episod paling teruk dalam sejarah hidup Khadijah, ibu tiri Hanieya Solehah.




Hanieya Solehah sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk di singki, menunggu kepulangan ayah dan ibu tirinya dari kerja.

Ayahnya menghantar mesej, bahawa dia rindu akan Hanieya dan mesejnya berjaya membuatkan Hanieya pulang semula ke Melaka.

Sudah masuk pukul 9 malam, tetapi kelibat 2 makhluk itu masih belum kelihatan.

SKRAKK!

Bunyi pintu rumah dibuka. Hanieya cepat-cepat mengelap kedua-dua tangannya menggunakan tuala bersih. Selipar jepun yang dipakai sewaktu di dapur, dicabut.

Kakinya berjalan ke ruang tamu, dengan senyuman terlakar di wajahnya yang pucat lesu.

Jikalau dia tidak senyum, nasibnya di rumah itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Matanya bertembung dengan mata Puan Khadijah,

"Ummi, Solehah dah lap sikit almari kaca tu.."

Ayat itu terhenti sewaktu Hanieya melihat riak wajah ibu tirinya. Puan Khadijah mencampak kasut tumit tingginya ke tepi, dan masuk ke dalam rumah. Beg tangannya dibaling ke atas sofa. Dia berjalan dengan laju, menghampiri wanita yang berumur 21 tahun itu,

Badan Hanieya ditarik ke meja televisyen. Badannya dihentak kuat di bahagian bucu meja kaca. Punat 'on' di alat kawalan, ditekan oleh ibu jari Puan Khadijah.

Dia membuka aplikasi 'Youtube', lalu mencari video sedutan episod 'A Talk About Yesterday.'

Wajah Li Xuan Han terpapar di kaca televisyen.

Hanieya terkejut, tangannya mula menggeletar sejenak sahaja dia mendengar perbualan ibu tirinya bersama dengan Han,

Dia sudah tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

"Kau kenal dia?" Tanya Puan Khadijah. Tangannya sudah naik ke kepala Hanieya, rambut pendek milik perempuan itu ditarik dengan kuat, lalu badannya dilempar ke atas sofa.

Lengannya dipegang erat,

"Pandang muka ummi."

Hanieya perlahan-lahan mengangkat wajahnya, air mata sudah mengalir deras di pipinya.

"Senyum."

"Ummi nak tengok Solehah senyum."

Hanieya menggeleng, dia sudah letih. Terlalu letih. Tuhan, benar, Kau menghantarkan ujian yang terbaik buat tenteraMu yang kuat,

PANG!

Tapi, benarkah, aku juga tentera yang kuat?

Wajahnya ditampar.

"Senyum." Paksa Puan Khadijah, jarinya menunjuk ke arah wajah wanita yang mula menahan diri daripada menangis,

Hanieya tersenyum. AllahuAkhbar, itu adalah kalimah yang diulang di dalam hatinya.

Pipinya sudah mula bertukar warna.

"Pandai.." Kepala Hanieya diusap perlahan. Seperti seekor anjing yang baru saja dilatih pergerakan baharu oleh pemiliknya.

Bunyi tapak kaki di luar rumah didengari, kepulangan Encik Faizal membuatkan Hanieya lebih takut. Apa lagi? Apa lagi!

"Jadi.."

"Boleh Solehah bagitahu umi.."

"Solehah ada apa-apa hubungan ke dengan lelaki ni?"

Puan Khadijah menunjuk ke arah kaca televisyen,

"Solehah ada apa-apa hubungan dengan Li Xuan Han?"

Hanieya menggeleng.

Rambutnya tiba-tiba ditarik dari belakang oleh lelaki yang sedang berdiri di belakang sofa,

"Tak baik tipu umi, Solehah.. Jawab penuh kejujuran, sayang. Allah tak suka orang tipu-tipu ni, kan?" Encik Faizal menarik rambut Hanieya dengan lebih kuat, akar rambutnya terasa seperti bakal tercabut pada bila-bila masa sahaja.

"Abi, Solehah cakap betul-betul.. Solehah tak ada apa-apa hubungan dengan Han.."

PANG!

Hanieya ditampar buat kali kedua. Tangannya dicubit, rambutnya ditarik pada masa yang sama.


Dia didera di ruang tamu.
Dan mata Hanieya Solehah hanya tertumpu ke arah kaca televisyen, wajah Li Xuan Han ditatap lama. Darahnya mengalir di dahi.

"Han.."

"Tolong, Hanieya."







Jazakallah' Khair kerana membaca.
Feel free to comment, dan tekan bintang oyen❤️💕. Assalamualaikum.

Jangan sedih-sedih tau....🥰❤️.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro