45 | Berbicara Tentang Wanita

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- Bagaimana hatimu hancur tanpa kesembuhan daripadaNya? -

Secrets Of Divine Love, Chapter 1, A.Helwa.



Badannya terlantar di atas katil. Buku yang bertajuk 'Panduan Lengkap Sebelum Bernikah' diletakkan ketepi.

Tinggal beberapa minggu sebelum tahun baru menjelma bermakna tarikh perkahwinannya yang semakin hampir.

Umar seakan-akan masih buntu.

Dia benar-benar sayang akan tunangnya, tapi dia juga tidak pasti dengan perasaannya.

Benar, Hanieya Solehah ialah cinta pertamanya, tapi dia tidak pasti jikalau dia juga cinta terakhirnya.

Mereka langsung tidak bersembang selepas hari pertunangan. Adapun, setakat memberi salam dan juga berbincang tentang soal agama.

Dara menjadi orang tengah dalam menyampaikan mesej Hanieya kepada Umar sepanjang pertunangan mereka.

Bagi Umar, Hanieya ialah seorang wanita yang sukar untuk dibawa bicara, semuanya pasti ada peraturan.

Setiap kali bertembung, dia mengalihkan pandangan.

Setiap kali diajak keluar, langsung diberi alasan.

Hanieya juga seorang yang,

Mudah rapuh, seperti membawa barang kaca di dalam sebuah kotak.

Umar cuba sedaya upaya untuk memahami mengapa Hanieya bersikap begitu. Dia membeli buku-buku berilmiah yang dijual di kedai buku yang berhampiran dengan rumahnya dan juga di Shoppee, Lazada,

Semualah!

Dan hampir kesemua buku yang telah dibaca, kesemuanya mempunyai jawapan yang sama untuk soalan itu-

Dia ialah seorang wanita yang mahal, jarang dijumpai pada akhir zaman. Nikmat bercinta itu bakal dirasai selepas bernikah.

Mengetahui soalannya telah terjawab, Umar masih ragu-ragu.

Hanieya sudah cuba sehabis baik untuk bersiap sedia untuk menjadi seorang isteri yang solehah buat dirinya,

Sementara, Umar,

Dia tidak pasti jikalau dirinya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi seorang suami yang terbaik buat Hanieya Solehah.





Dara mengusap belakang Hanieya yang sedang menumpukan perhatiannya di dalam doa. Kubur ibunya sudah disiram dengan air bunga dan rumput-rumput yang tumbuh di kuburnya juga sudah dicabut.

Dara sudah terbiasa melihat Hanieya menangis di dalam doa dan setiap kali dia melihat sahabatnya menangis di hadapan mata, hatinya juga rapuh pada masa yang sama.

Dia benar-benar tidak percaya bahawa Hanieya ialah wanita yang dia pernah khianati.

Tangan kanan Hanieya, di mana jari manisnya disarungkan dengan cincin pertunangannya, diletakkan di batu nisan ibunya.

"Hanieya pergi dulu, ibu... Dara, jom."

"Assalamualaikum."

Bukan Hanieya tidak mahu berlama bersama dengan ibunya, cuma,

Dia tidak mampu dan langit seakan-akan tidak mahu memberi kerjasama.

Air hujan sudah mula menitis di tanah perkuburan. Tangan Hanieya dipimpin oleh Dara ke keretanya yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdua sedang berada.





"Kenapa tak angkat ni.."

"Mama merajuk dengan Hanieya ke?"

Dara mencuri pandangan ke arah Hanieya, tangannya masih berada di stereng kereta.

"Asal? Jadi ke tak ni?"

"J-Jadi, jadi.. Tak apa kut. Nanti sampai nanti, kita call lagi." Kata Hanieya, padahal dalam hatinya dia berasa tidak sedap hati.

Alang-alang mereka berdua di Johor, Hanieya bercadang untuk melawat keluarga Han buat sebentar. Tambahan lagi, Han masih belum mengambil novelnya dari Hanieya.

Akan tetapi, mesej-mesej yang dihantar oleh Hanieya langsung tidak dibaca oleh Puan Huang, Xukun mahupun Han sendiri.

Semenjak hari pertunangannya berlangsung,

Han dan juga adiknya tidak pernah mengangkat panggilannya apatah lagi mahu membalas mesej-mesejnya setelah apa yang berlaku antara mereka bertiga.

Sementara Puan Huang pula, dia akan sentiasa mengangkat panggilan daripada Hanieya.

Namun kebelakangan ini, Puan Huang jarang menghantar mesej ataupun membalas panggilan Hanieya yang tidak terjawab.

Meninggalkan Hanieya, tertanya-tanya jikalau dia pernah melukakan hati keluarga Li Xuan Han.

Xukun selalu membiarkan mesej Hanieya tanpa dibaca membuatkan Hanieya agak terasa dengan perbuatannya.

Bungkusan plastik yang berisiikan kuih lapis itu diikat dengan ketat.

"Sunyinya rumah diorang ni. Tak ke mampus kalau ada setan ke datang melawat.."

PANG! Bahu Dara ditepuk dengan selamba oleh Hanieya.

"Dah. Aku malas nak ikut kau. Aku takde masa nak tengok muka mamat gay tu."

Hanieya mengeluh dan hanya mengangguk. Itu memang sikap sahabatnya, dasar pemalas!

Payung lipat yang berwarna kuning itu dihulur oleh Dara.

Pintu kereta ditutup dengan pantas dan wanita yang berumur 21 tahun itu mula berlari ke arah rumah kedai yang pernah dia duduki selama beberapa minggu.

Jantungnya berdegup kencang,

Dia amat teruja, untuk bersua muka dengan Puan Huang.

Wajahnya sudah terukir dengan senyuman yang lebar seperti seorang kanak-kanak kecil.

Namun, senyumannya tidak kekal lama.

Alangkah terkejutnya Hanieya apabila dia membaca banner bersaiz kecil yang tergantung di hadapan pintu rumah keluarga Li Xuan Han,

RUMAH UNTUK DIJUAL:
Sila hubungi: 015-667812. (ENCIK RIZ)

Wanita yang sedang berdiri di tengah-tengah hujan, detak jantungnya menjadi perlahan. Matanya langsung tidak percaya dengan apa yang sedang dibaca.

Dia mula melihat keadaan rumah itu dari tingkap ke tingkap,

Langsung. Kosong.

Hatinya luluh melihat kerusi makan yang pernah menjadi tempat tidurnya.

Entah mengapa dia terasa seperti hendak menangis buat kali kedua.

Novel yang bertajuk 'Laskar Pelangi' itu dipegang erat, badannya yang mula menggigil kesejukan hanya berdiri di bawah payung.

Hanieya datang dengan penuh harapan,

Dia benar-benar rindu akan pelukan Puan Huang, dia rindu akan panasnya selimut yang menutup badannya sewaktu dia tidur pada waktu hujan, dia rindu akan suara bebelan Xukun ketika dia sibuk mengelap meja makan.

Dirinya mula menyoal,

Kenapa tak bagitahu?

Mereka pindah ke mana?

Hanieya tak berhak untuk ambil tahu ke?

"Lah? Dah kenapa dengan perempuan ni. Ada goblin ke tengah lalu?"

Dara cuba untuk melihat sahabatnya, yang dari tadi hanya berdiri di hadapan pintu rumah kedai milik keluarga Li Xuan Han. Tingkap kereta sudah dipenuhi dengan titisan air hujan, tambahan lagi dengan rabun jauhnya, membuatkan dirinya lebih sukar untuk melihat Hanieya dengan pandangan yang jelas.

"Memang rumah tu dibina untuk dipandang je ke.. Atau aku yang tak pandai sekarang ni?"

Soal Dara buat kali kedua sambil mengeruk wajahnya.

Kelihatan seperti Hanieya sedang berjalan, meninggalkan rumah itu tanpa menoleh ke arah kereta.

"Perempuan ni nak pergi mana pulak?"

PAK!

Dara mengetuk stereng keretanya,

"KAN! AKU DAH AGAK DAH!"

"ADA SETAN RASUK BUDAK NI!"

"AKU DAH KATA DAH! AKU DAH KATA DAH!"

"DENGAN POKOK KELAPA DEPAN RUMAH!"

"ADALAH SALAH SATU PETANDA PUNTIANAK BERGAYUT DAN MAKAN POKOK KELAPA!"

Dengan sekelip mata, Dara keluar dari keretanya tanpa membawa payung.

Dia hanya menggunakan kedua-dua tangannya sebagai pelindung dari terkena air hujan yang langsung tidak berhenti lebatnya.

"Kalau aku kena sambar petir ni,"

"Orang pertama yang aku cari dalam kubur nanti, tidak lain dan tidak bukan,"

"BUDAK KECIK TU!"

Dia mula berlari, langsung tidak menghiraukan jikalau dia terjatuh akibat tergelincir.

Matanya membesar sewaktu langkanya semakin hampir dengan Hanieya. Jejak langkahnya diperlahankan.

"Hanieya?"

"Woi!"

Dara dibiarkan ternganga sejenak sahaja dia berhenti daripada menghampiri perhentian bas itu selepas menyedari,

Bahawa Hanieya sedang menangis teresak-esak buat kali kedua di perhentian bas yang sama.






Helaian muka surat itu diselak menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya.

Matanya langsung tidak bergerak dari membaca setiap patah perkataan yang ditulis oleh penulis buku kegemarannya, Hamka.

'Jelas sekali bahwasanya rumah tangga yang aman damai ialah gabungan di antara tegapnya laki-laki dan halusnya perempuan.'

Hembusan nafasnya hanya Tuhan sahaja yang dengar. Setiap barisan ayat yang dibaca, semuanya sentiasa terkena dengan kisah hidupnya sendiri.

Dia mengangkat wajahnya, lalu melihat ke arah pintu kaca balkoni yang luas. Pemandangan kawasan perumahannya menimbulkan perasaan sedikit tenang dalam dirinya.

Tangan kanannya masih tidak lepas daripada memegang buku yang bertajuk 'Berbicara Tentang Wanita', sementara tangan kirinya sedang mendukung seorang bayi lelaki yang sudah lena tertidur di bahunya.

SKAK!

Darah mula mengalir dari jari telunjuknya akibat papercut.

"Ah!"

Lantas, jarinya ditekan buat beberapa minit supaya darahnya berhenti daripada mengalir. Jantungnya berdenyut dengan laju secara tiba-tiba.

Perasaan tidak sedap hati langsung timbul di dalam dirinya, membuatkan dia lupa akan lukanya sendiri.

Bunyi tapak kaki yang sedang turun dari tangga didengari jelas.





"Xukun.
Hanieya ada call tak?"









Another 2 chapters. 💓😊
Tak ready lagi nak tinggalkan AMS, tapi setiap permulaan pasti ada pengakhiran kan..😊

Jazakallah' khair for reading!!

Boleh tekan bintang warna oyen dan boleh komen kalau mahu🥰🥰😍😍..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro